Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Friday, June 3, 2011

hati mahu pulang..

Bismillah


Sepanjang aku berada di Purdue ni, apabila aku merasa penat mental, aku akan cuba untuk lari dari sini. Aku cuba escape. Selalunya aku akan spend masa di Chicago bersama dengan ‘abg’ Ust Aziz, ‘akak’ Ummi Aisyah, ‘ibu’ auntie Sarah and makcik Ain.. lepak-lepak dengan mereka membuatkan perasaan aku sedikit sebanyak terubat dan ter’therapy’. Sanggup aku drive 3 jam semata-mata untuk ini. Dahla diorg ni suka masak yg sedap2.. bolehla terubat sikit rindu kampung halaman..


dan saat yg paling tak best ialah waktu nak drive pulang ke Purdue, menghadapi hari isnin yang menjadikan aku seolah2 kembali menjadi robot.. Bangun pagi buta untuk ke kelas.. Homework assignment project lab belambak..sedikit sekali masa yg boleh diluangkan untuk membasahkan HATI.


Point aku sebenarnya nak cakap, manusia mempunyai sifat yang suka untuk kembali kepada fitrah. Walaupun jauh blajar sampai ke luar negara, fitrah untuk spend masa dengan keluarga tu tetap ada. Disebalik mengikut acuan mengejar materialism, fitrah untuk mencari benda yang mengubat hati itu pasti ada.


Kat situ datang pula fungsi quran, solat berjemaah di masjid, halaqah dan usrah mencari tuhan bersama kawan2..ini menjadikan fitrah2 yang disebutkan tadi disantuni. Tertunai.




Tapi..


Ada masanya, hati rasa kecewa. Hati rasa benci. Benci dengan diri sendiri sebab terrbuat benda2 yang tak sepatutnya.


Fail exam. Not performing in class dan tempat kerja. Maksiat. Apa sajalah..


lalu fitrah mahu pulang tadi dimain2kan oleh perasaan yang dipengaruhi syaitan. Katanya: orang akan bercakap buruk pasal dirimu. Kau tak cukup bagus. Keluargamu akan membuangmu.. mak ayahmu akan marah..kawan2mu akan slalu mengejekmu.. kau dah buat salah dengan mereka, takkan kau masih mahu kembali dan buat2 macam takde apa2 berlaku..jgnla hipokrit..



Lalu hati yang sedang sakit itu, semakin sakit kerana tidak dapat ubat yang sepatutnya.


Ubat Percaya kepada qadar Allah bahawa apa yg berlaku, tiada satu pun yang terjadi tanpa kebenaran dan kehendak Allah. Ubat yang perlu diambil setiap hari, setiap detik. Pasti ada sebab kenapa Allah taqdirkan begitu.


Ubat ukhuwah fillah dan kasih sayang keluarga dan kawan2..ubat yang akan membantu membasahkan hati yg kering, gersang, kecewa itu dengan siraman manisnya ukhwah..segarnya redha ibu ayah..


Dek kerana ikutkan perasaan, kau lari..lari dari kawan2..lari dari ibu ayah..lari dari Dia....lari dari semua..


makin dekat dengan siapa? Kawan barumu syaitan yg tersenyum gembira.




Ini jalannya..


Dalam quran, Allah ajarkan kepada kita satu ayat yang sangat2 perlu untuk kita amalkan.

Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingati Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya. Dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedangkan mereka mengetahui.


Balasan bagi mereka ialah ampunan dari tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan (itulah) sebaik-baik pahala bagi orang- orang yang beramal.
(3: 135-136)





Taubat.


Ya taubat adalah jalannya.


Bukan lari. Bukan mengasingkan diri kerana malu. Bukan menjauhkan diri kerana merasakan diri kotor dan tidak sempurna.


Juga dari hadis nabi yang mafhumnya:


mukmin itu dengan mukmin yang lain, ibarat satu jasad. Apabila sakit satu anggota, anggota lain turut merasa sakitnya.


Tentu saja apabila kita bersedih dan kecewa, mereka yang disekeliling kita juga turut merasainya. Lalu takkan kaki mahu berehat, takkan tangan tak mahu sapukan ubat, tatkala gigi sedang sakit..


Jangan lagi kita tertipu dengan perdaya syaitan itu..


Biarpun apa yang berlaku, pulangkanlah hati ini kepada fitrahnya..

kembalikanlah kepada Rabb, mencari ampunan dan redhaNya..


kembalilah bersama keluarga dan sahabat2 mu yang beriman itu, agar mereka dapat membantu memegang erat tanganmu yang hampir terkulai..




No comments:

Post a Comment