Serangkap pantun yang membuatkan kita terfikir ya inilah dia perjuanganku..perjuangan mendapatkan kekasih hati. Lalu bercinta dan berkasih sehingga tinggalkan segalanya..lupakan semalam..lupakan esok.. lupa membuat persediaan untuk fasa seterusnya. Eh jap, fasa baru? Bukankah matlamat sudah tercapai?
Bang, perkahwinan tu bukan the end of your fairy tale ye yang can live happily ever after tu....It’s the beginning of a new era. Era berfikir tentang diri sendiri sudah tamat. Ia adalah permulaan era memikirkan ummah pula!
Sesudah berdua, insyaAllah dikurniakan rezeki untuk berzuriat pula. Pernah fikir sejauh ini? (selalu org yang tak bijak, yang tak menjauhi zina tak sampai tahap ni..tu yang bersepah zuriat dibuang merata..astaghfirullah..). Pernah fikir nak anak yang soleh ke, nak anak yang mendoakan, menjaga kita sehingga akhir usia? Sehingga ke akhirat? Sehingga ke syurga?
Atau…nak anak derhaka ke..?anak Tanggang ke..?anak yang murtad dan hina maruah Islam dan keluarga? Na'uzubillah..
Well, ramai yang tak fikir sampai situ. Baik yang bercinta, mahupun parent mereka (yg letak hantaran puluh2 ribu tu, yang buat kenduri juta2 tu, lepas tu duit habis n berhutang…sape susah?)
Mari kita selusuri contoh tauladan dari quran mengenai kisah seorang pemuda bernama Ibrahim (dia lagi..). kalau kita rujuk petikan quran dari surah Al-Baqarah ayat 134 – 139. Sewaktu Allah melantik Ibrahim menjadi imam (ketua) bagi seluruh umat manusia, kira pangkat macam Perdana Menteri dunia la..manusia paling hebat atas muka bumi pada waktu tu, Ibrahim minta apa kat Allah? Dia tak mintak banglo besar, tak mintak kereta sport untuk senang dia nak berdakwah. Dia mintak pertama skali adalah untuk Allah jadikan keturunan dan zuriat dia juga jadi macam dia. Leader dunia, yang dekat dengan Allah, yang boleh bawa kalimah Haq lailahaillah ke seluruh pelosok bumi!
Pastu dalam ayat 136 Ibrahim doa untuk negeri ini diberi keamanan, sentosa, dan diberi rezeki dari buah-buahan..siapa yang ada kat negeri itu? Kan keturunan Ibrahim juga semuanya.. negeri itu (makkah) bermula dari isterinya Hajar dan Ismail.
Ibrahim ajar Ismail bersama-sama dengannya berkerja untuk Allah (membina Kaabah), kemudian sama-sama berdoa supaya Allah jadikan anak cucu mereka manusia yang tunduk dan patuh kepadaNya, dan mengurniakan dalam kalangan mereka itu utusan(rasul) yang mengajarkan kepada kita tentang Allah.. Guess what? Islam sampai kepada kita ni pun berasal dari doa Ibrahim dan Ismail untuk kita semua.
Subhanallah, betapa pengajaran yang sangat cemerlang untuk kita ambil dan contohi dari kisah ini.
kita ni dah bersedia ke jadi parent yang terbaik, contoh terbaik untuk generasi keturunan kita?
dah blajar2 ke untuk tak degil2 bila org nasihat?
tak malas2 bila ada kewajipan dan tanggungjawab?
tak bising2 dan merungut bila things did not go as well we planned them?
kita dah jadi anak soleh ke kepada parent kita supaya anak2 kita tak jadi kuajaq macam kita hari ni?
kita dah hormat orang lain ke supaya anak2 kita jaga maruah dan tak ludah ke muka orang di masa akan datang?
kita jaga tak hubungan kita dengan 'bakal' kita tu supaya anak2 kita nanti tak berzina pulak dengan entah sape2 di masa akan datang?
maaflah some words are harsh but those words tak keluar dalam novels, dalam movies yang kita dok berangan2 nak jadi hero heroin tu..
astaghfirullah..astaghfirullah..
betapa banyaknya benda yang aku kena baiki sebelum melangkah ke alam baru ini..betapa lemah dan kerdilnya diri ini, kalau Allah tak bantu dan pimpin aku dengan petunjuk dan ujianNya, tentulah aku akan tersasar jauh..mungkin keturunan aku juga tidak menjadi hamba yang taat..lalu menolak aku ke gaung neraka..
Na'uzubillah..
Akhir kata, ku menyeru kepada semua yang disebutkan di atas td, untuk sama2 kita bersiap sedia untuk melahirkan generasi yang akan memimpin ummah menyebarkan islam dan memerangi maksiat.
Persiapan membina generasi ini bukan bermula selepas anak itu lahir, bahkan sebelum mengandungkan ia lagi, bahkan sebelum honeymoon lagi, bahkan sebelum berkahwin lagi, iaitu saat memilih pasangan..
Pilihlah pasangan yang hensem, yang cun meletup...yang kaya raya..kalo boleh tanak anak Dato Sri, nak anak Tan Sri..carilah yang keturunan raja2 kalo dapat..tanak yang darah merah, biarlah yang berdarah emas. haha..tapi yang lebih baik adalah yang reti solat, yang tahu mengaji, yang menjaga islamnya..macamtulah mafhumnya pesan nabi..tak gitu?
akhir kata pun 3 perenggan ke..adoi..sekian.. peace ;)
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami pasangan, dan keturunan yang menjadi penyejuk di mata, penawar di hati..
Ya Allah, jadikanlah kami sebagai pasangan yang menjadi penyeri di dunia ni, dan menjadi teman setia di syurgaMu nanti..
Ameen ya Allah, perkenankanlah..
salam encik macho,
ReplyDeleteBetul tu.perkahwinan bukan titik akhir, tp titik mula..wa pon dah lama perasan mindset ni pada anak muda zaman skrg..ni pon bg wa salah satu punca orang kita sanggup bergolok gadai bila buat majlis kawin..lantak pi la nak bg anak bini makan apa lepas kawin..bak kata steven covey-begin with the end in mind..
Ps: gamba2 kat entri ni betul menguji jiwa orang2 bujang (kecuali gamba 2 brader atas bangku tuh)
bro farhan..
ReplyDeletewa ingat lu dah lama simpan perasaan..wa salah baca rupanya..haha
lu bila lagi bro?
gamba2 kat entry tu hanyalah sekadar gambar hiasan...seindah2 hiasan dalam post kali ni adalah gambar brothers atas bangku tu la haha..
paang...takkan gambar dua brother tu x mengganggu jiwa kot...cute giler kot gambar tu....
ReplyDeleteapepon yang hendak dilakukan, memerlukan permulaan yang terbaik..
ReplyDeletesamada dakwah dan tarbiyah.
mahupun kehidupan
dan rumahtangga
maka,
mulakanlah dengan baik (jgn dekati atau cuba2 yg x baik tu),
carilah pasangan yg baik (agamanya, rupanya, keluarganya, hartanya)
dan
paling penting, tarbiyah diri yg TERBAEKK!!
diri kita penentu siapa pasangan kita..
attoyyibun littoyyibat..
attoyyibat littoyyibun~
p/s:
moga dikurniakan pasangan yang mlajukan akh macho nih dlm dakwah dan tarbiyah
selamat membina bayt muslim ya (ceh.ucapan mcm dah nk kawen je eh..heh)
dah berkenan, cari timing yg baik, ready, get set go!
ReplyDeletexD