Beberapa minggu yg lalu, aku berkesempatan untuk bekerja part time untuk MSD Chicago menjadi driver kepada tetamu yang datang dari kementerian di Malaysia.
Kerja dua hari yang diberikan gaji sebanyak $100 sehari, tambah dengan tips yang diorang bagi, tambah dengan duit2 upah kiriman corelle diorang ape semua..kira2 agak mewah jugak la. Berkepuk jugak duit yang masuk dalam poket dalam masa 3-4 hari tu.
Di tambah pula dengan duit jualan kereta mustang kesayangan kami tu, dapatla balik modal sorang $700..hmm kira2 banyak jugak lah duit yang masuk dalam akaun aku seminggu dua ni.
Namun memegang duit yang banyak tu, beberapa perkara telah menjadikan aku tidak happy, tidak bahagia.
First skali, walau banyak macammana pun duit aku dapat untuk kerja part time aku tu, hati aku ni tetap meronta2 dan jeles dengan partner yang kerja sama macam aku, tp dia 4 hari, so dpt gaji lebih, tips berlipat kali ganda lebih, dapat pulak ‘org2 besar’ tu belikan gajet2 untuk dia.. biarpun aku dah dpt banyak, lebih dari expectation aku, still…hisy tak suka betul perasaan tamak haloba dengki yang hitam itu..sampai satu tahap aku rasa nak muntah dengan duit2 tu..tak tenang lansung!
Pastu pulak, ada miscommunication dengan adala satu company dengan projek yg kami buat utk kawan2 jugak. Company tu plak member yang lead. Bila melibatkan duit ni, ha mula la rasa orang sana tak amanah la. Tipu la. Nak amik untung lebih la.. Syak wasangka dalam hati makin membara..keikhlasan nak tolong orang pun makin terhakis..
Lepas tu, bila simpan duit2 tu dalam bank, bayar credit card ape sume, tgk2 still tak dpt cover sepenuhnya hutang dengan kad kredit tu. Sedangkan sebenarnya pada permulaan, hutang dengan kad tu sikit je..pusing pusing bayar bill tu bill ni ape sume, tak cukup jugak..aku still berhutang. Duit bahagian jual kereta $700 yg sepatutnya menjadi simpanan (sbb dpt tiba2 luar dari budget) pun dah 'selesai' entah ke mana.
Mmgla duit tu takkan hilang camtu je. Dah ditakdirkan belanja aku juga banyak untuk seminggu dua ni. Blanja utk ke Midwest Game 2011, blanja makan/beli2kan adiah utk kawan2 yg dah nak grad ape sume..Maybe jugak sebab aku ni suke melabur..beli barang2 utk org2 kat mesia, nnt dorg bayar balik..cumanya aku takleh nak guna harta banyak yg berkepuk2 tu even utk setelkan kad kredit aku. Aku ni mmgla jenis hati tak tenang bila ada baki hutang..
So selesai dihitung kira, aku seolah2 tak dapat ape pun dari duit2 yang aku dapat seperti yang disebutkan di atas. Harta aku, tapi bukan rezeki aku. Hutang masih ada, duit masih kurus.
********
Beza harta dan rezeki?
Dalam bahasa mudah, harta ialah apa sahaja yang kita nampak bernilai pada mata kita. Kereta dua tiga bijik, banglow kat sana sini, jam2 tangan berjenama tu.. Rezeki pulak adalah apa sahaja yang menjadi manfaat untuk diri kita di dunia ni. Kereta yang kita gunakan, rumah yang kita berteduh, jam yang bgtau kita bila sampai waktu..
Contoh: ada duit RM50 dalam poket kita..jalan2 skali ternampak orang meminta sumbangan. Bg RM50 tu kat dia, kita tinggal 0. Ternyata RM50 yang patutnya boleh buat makan sampai kenyang, or boleh buat gunting rambut, or apa2 jelah..tak menjadi rezeki kita tetapi rezeki orang lain. Kita tak dpt manfaatnya di dunia ni. Diakhirat maybe ada manfaatnya insyaAllah.
Contoh: roti gardenia inti ikan bilis yang sedap tu, hampir2 masuk ke dalam mulut kita, tetapi terjatuh ke dalam sungai dan di makan oleh ikan2 sepat yg sedang berenang2 di situ..ternyata roti itu bukan rezeki kita. Tp kalo kita tangkap ikan td tu, goreng dan makan, ha itu rezeki lah haha..
********
kadang2 aku pelik..waktu takde harta banyak, boleh je survive. Boleh je gi kelas naik bas. Boleh je survive takde henpon yang canggih manggih. Tp makin lama makin rasa hebat. Drive kereta sendiri, henpon mau ada internet siap..lepas tu mula sakit kepala duit asek tak cukup. Mula risau harga minyak makin naik..adui..
Kata orang tua-tua:
semakin besar periuk, semakin banyak keraknya..
yang memberi maksud mudah semakin besar gaji seseorang tu, makin banyak jugak belanjanya. Rumah besar, kne la bayar letrek lebih. Kereta besar, kenela bayar minyak lebih, road tax lebih..
kata orang muda-muda:
kata orang muda-muda:
dalam sebulan, sehari duit masuk, setiap hari duit keluar..
yang membawa maksud ha sendiri mau ingat la..
********
kalu asik fikir pasal duit ni takde, duit ni tak cukup..kita akan slalu igt pasal harta, dan lupa pulak pasal nikmat2 lain yang Allah kurniakan. Lupa pasal nikmat penglihatan..lupa nikmat pernafasan dengan udara segar saban hari. Lupa nikmat ukhuwah dengan rakan2..baaanyaklah lagi nikmat2.
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah(yang dilimpahkan kepada kamu),tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." Surah An-Nahl:18
“Maka yang mana satu diantara nikmat- nikmat tuhanmu yang hendak kau dustakan” Surah Ar-Rahman: 13
Marilah bersama-sama menjadi orang yang selalu beryukur, berterima kasih, merasa cukup dengan apa yang ada. Janganlah kufur, lupa, gundah gulana terhadap apa yang Allah berikan kepada kita. Janganlah botak kepala pening memikirkan rezeki kita, kerana Allah lah yang memberikan rezeki kepada kita, bukan diri kita sendiri.
Astaghfirullah alAzim.
Alhamdulillah..terima kasih Allah.
suka perumpamaan RM50 & roti ikan bilis tu. baru faham beza harta & rezeki. jazakallah
ReplyDelete