Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Wednesday, May 18, 2011

Maafkan aku tidak berada di sisimu..

bismillah..

hari ni, aku nak share kisah peribadi.


ummi mengadu perihal adik lelakiku muhaimin yang dia rasakan semakin tidak terkawal (meliar) kerana berambut panjang, ramai kawan pompuan..bermain game slalu..maklumlah org baru lepas spm. ummi stress sebab dia takut adikku terjebak dalam masalah sosial yang selama ini ummi antara pahlawan yang memerangi wabak ini.

bagi adikku pula, ummi slalu marah dia. knapa ummi takleh jadi macam mak org lain, yg lembut2..knapa ummi stress n bawak stress kat tempat kerja tu pulang ke rumah. maklumlah hidup sebagai pendakwah ni, takde pejabat tetap. kat mana2 pun adalah tempat dia bekerja..so dalam cite ni, dia rasa dia kekurangan kasih sayang dan perhatian la kot..(ni normal kan utk usia macam ni?)

alhmdulillah adikku tak terlibat dalam budaya coupling. tp taktaula dari mane dia kenal ramai sgt kawan perempuan yg dok tulis macam2 kat wall FB dia, tag gambar tu gambar ni. macammanala ummi tak risau..

aku dan muhaimin berbual melalui msg FB yang panjang lebar. dan ini jawapanku untuk luahan perasaannya.

kita sebagai anak2 yg muda2 ni..yg masih belum sampai tahap sakit jantung ni...biar je ummi nak cakap ape..or opah(nenek) nak cakap ape. kadang2 tu dorg sebenarnya tak marah pon. cuma cara cakap macam suara tu tinggi sikit..dah style dorg dari dulu macam tu..kita dengar je. mana yang penting untuk kita betulkan, kita betulkanla..improve diri..mane yg tak betul, tuduhan palsu or melulu, biar je dulu..nanti bila suasana tgh ok, tgh makan2 ke..tgh buat ape2 sama2..siram pokok ke ape ke..ha time tu cakapla perkara sebenar.

ummi hot la pasal muhaimin berhutang tu sebab ummi baca kat wall kita yg muhaimin nak cari duit utk beli game/psp. kita kene appreciate kesenangan yg kita ada. kalo ada duit, jgnla guna utk benda2 yg membazir (along byk gak la buat ni kan..beli tu beli ni)..

good job la muhaimin tkde awek. well, ada ramai kawan perempuan tu pun tak bagus juga. sebab ia boleh merosakkan hati kita. tgk gambar2 dorg kat fb..tag sana tag sini..takut2 lama2 syaitan berjaya jugak robek iman kita dan akhirnya tersilap langkah..takmau kan camtu?

since ummi dan ayah banyak berkorban untuk orang lain, susah jugak kita nak expect ummi dan ayah ada untuk mendengar masalah kita. well, kali ni, kita la pulak jadi tempat luahan ummi dan ayah.tak sama mak ayah kita ngan mak ayah org lain..mak ayah org lain ada masa utk keluarga..tp mak ayah kita adalah kepunyaan ummah.. kesian dorg menghadapi macam2 kes kat luar sana. kalau kita pun nak tambah sesak kepala dorg, dorg lagila stress. try kita bagi can kat dorg utk luahkan kat kita. masalah kita? stress kita? kita share sama2 adik beradik la ok? along ada..boleh tak?

sorry lah tanggungjawab utk tunjuk ajar muhaimin, tarbiyah muhaimin tu tanggungjawab along jugak. tp along kat sini jauh2..along tryla utk make it up to you guys dengan belikan itu ini. tapi along tahu itu sebenanya cara yang salah.


faham tak ape yg along cakap ni? ummi takkan sama dengan mak org lain..sebab mak org lain hanya mak diorg je..tp ummi mak semua org..ramai anak2 ummi (terutama yg kat RS tu) semua mengadu dan buat masalah kat ummi..dan ummi dah spend banyak tenaga utk bantu dorg. jomla kita bantu ummi plak k? kita inspire ummi plak?

aku rasa bersalah sangat sebab dia takde abg y boleh guide dia untuk menghadapi hidup dia. abg yg dia ada ni (aku), sejak dulu duduk asrama, berjauhan dengan family..dah 12 tahun dah aku duduk jauh dari family sebab belajar. kalau muhaimin umur 17 sekarang, lebih kurang 1/3 je dari hidup dia yang aku ada bersamanya. belum adik aku yang bongsu tu yg umur 14..

sekarang aku rasa sedih dan sgt bersalah kepada mereka ni. yes aku maybe boleh jadi kawan yg baik, murabbi, most helpful senior or what so ever dekat tempat aku blajar. tp untuk adik2 aku ni?

hmm...

setiap orang ada cabaran dia. setiap keluarga ada cabaran dia. cabaran kami, ialah semua orang jauh2..ayah di saudi, aku di US, kakngah di sabah, mashitah di Shah alam (ni tak jauh sgt la), fattah di skolah asrama. lepas ni muhaimin sambung blajar ke univ, pun jauh jugak maybe..

maafkan along guys..what do I have to do to make things right?

7 comments:

  1. hurmm.. you dont have to blame your self... berjauhan sbb tanggungjawab...
    lagipon itu lah pengorbanan... yang dah lepas.. lepaskan... sekarang ni kne lah sentiasa tny kabar.. nasihat apa yang patut.. try to make it up...

    ReplyDelete
  2. Ehh, rupa rupanya syaitan/iblis tu masih kukuh berpegang dengan sumpahnya pada Allah. Sumpah apa tu?

    “Iblis berkata: Ya Tuhanku, berilah aku ketangguhan sehingga hari manusia dibangkitkan. Allah berfirman: Sesungguhnya kamu termasuk yang diberi tangguh sehingga hari yang telah ditentukan waktunya. Iblis menjawab: Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba-Mu yang ikhlas di antara mereka.” – (Shad, 79-80)

    Dengan sumpah tersebut ramai yg tergoda, kalo para para ahli ibadat yg hebat seperti Barsisa pun kantoi, apalagi kita kalo tak berhati hati.

    Mungkinkah ilmu yang di tuntut dan di pelajari di Sekolah terbaik di KL, Kelantan, pengalaman di Syria dan hampir tiga perempat ayat Quran di dada, adik mu itu mungkin terlupa mengamalkan ayat ayat mudah seperti di bawah

    "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

    Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang salih). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. Lokman 14-15

    Bukan jarak yg menentukan kejayaan hidup dunia dan akhirat tapi IMAN. ILMU dan AMAL

    ReplyDelete
  3. emm...beginilah kehidupan. Sesuai sangat pada saat ini kita semua muhasabah diri. Apa yang dah jadi tentulah tak boleh patah balik, dan agaknya mungkin kita lupa memikirkan kenapa Allah izinkan semua ini terjadi...pastilah ada hikmahNya yang terbaik untuk kita semua.

    Fokus orang muda pastilah tak sama dengan yang dah dewasa cam ummi ngan ayah...sudut pandang juga berbeza. Ummi ayah pikir masa depan yang jauh dan kadang2 kene buat hard decision in order to reach the long term life plan. Anak2 rasa apa yang ada di sekeliling dan mahukan sesuatu dengan segera. Bila tak dapat, akan rasa seolah2 ummi ayah menghalang kehendaknya walaupun dia sedar yang ummi ayah suruh bersabar. Sabar ni plak bukannya untuk yang kita nak sahaja, bahkan untuk elak diri daripada terjerumus hal2 yang negatif pun Allah suruh banyak2 sabar.

    Ummi percaya orang muda semangat juangnya tinggi. Kalau lah dapat digabungkan dengan nasihat dan tunjuk ajar dari orang lama cam ummi ayah, ummi yakin akan lebih terkehadapan perjuangannya tu. Bak kata pepatah arab "hamasatussyabab wa hikmatussyuyukh" = semangat orang muda dan kebijaksanaan orang tua = insyaAllah akan sampai ke destinasi cinta yang unggul = syahid bertemu denganNya di Jannah! InsyaAllah...insyaAllah...

    Akhir kalam, nice sharing akem. Pengorbanan yang ummi ayah buat utk anak2 bukan untuk dibalas di dunia. Setiap sen dan kudrat yang kami keluarkan
    bukan utk dikembalikan. Kami hanya mohon anak2 kami dikurniakan tempat terbaik di sisi Allah SWT, mendoakan kami dan membantu kami membangunkan ummah. Hanya redha Allah yang kami dambakan..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. left my family for almost more than 9 years now..feels like i should reach out to my siblings and family too. but its definitely not easy. we just got used with separation now that our attachment seems to be the same the last time I left them.

    I honestly respect your family,to have that kind of spirit and belief in Allah's promises are something that few people could stick too. may Allah bless and bless the whole family.amin

    ReplyDelete
  6. jauh mana kita pergi,dalam mana kita jelajahi,selagi bergelar 'anak,mak,ayah' ataupn 'kakak/abg',maupun 'adik'..tggjawab tu masih ada...xde pn pepatah yg mengatakan jauh perjalanan,makin jauhlah tanggungjawab...

    so,the least thing u could do is du'a...xsemestinya kene berada di sebelah utk jaga adik2..dgn doa yg ikhlas,concern yg xpernah putus,insyaAllah it will always be the right thing to do...

    dont worry,i know u're a good BIG brother...masih sempat utk mmperbetulkan segalanya... like i said,raya nnt boleh je jumpa..cume xtau raya taun mana je...sile tggu dgn sabar~ =)

    ReplyDelete
  7. ayah lia pesan...jauh di mata, dekat di hati..dekat di telefon, dekat di skype jugaa..
    btw, akem..masing2 punya dugaan hidup yg brbeza..smoga kita sama2 ketemu pengakhiran yang baik & insyaAllah sempurna...
    take care!

    -lia-

    ReplyDelete