Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Monday, June 6, 2011

dekat ke jauh...?

bismillah

Aku belajar dari pemerhatian hidupku, dan rakan2ku juga..

Dan aku melihat, ada satu perkara yg aku rasa sangat perlu untuk diambil iktibar dan pengajaran.

Aku ada 2 orang kawan..both insyaAllah soleh. Ada basic islam yang kuat dari sekolah menengah yang islami.

*******
Sorang ni, katakanlah namanya A. aku kenali beliau dengan pakej. Maksudku, sejak aku kenali dari awal lagi, sudahpun berpasangan. Si ‘kawan’ A ni juga seorang yang solehah juga, ada asas sekolah agama juga.

Setakat yg aku perasan, mereka tidaklah keterlaluan dalam berhubungan. Takla bersentuhan..takla berkepit nak motor bersama.. cuma kadang2 call, sms, makan sama2 berteman..camtu jela..

bukanlah aku menyokong perhubungan ini, tapi aku tak juga menghalang. So-so kata orang. Aku gembira juga kalau mereka ni cepat2 setel dalam keadaan yang terjamin halal.

Cumanya.. harapan mereka ke arah pernikahan seolah-olah sangat jaaauh lagi. Ada saja perkara yang menjadi halangan dan alasan untuk mereka tak dpt nak bernikah segera. Terutamanya dari pihak keluargalah. Nak suruh kerja dulu lah, nak suruh ikut turn abg/kakak kawin dulu lah.. sehinggakan mereka kelihatan jauh hati untuk meneruskan langkah ini. Sedangkan waktu berkawan dan bercinta sudah memakan hampir separuh dekat (mungkin).

Apa kesudahan mereka ni?

Belum pasti..buat masa sekarang, mungkin kene tunggu dalam setahun dua lagi kot baru boleh dpt green light utk bertunang..kawin mestila lepas tu kan..kne tunggu lg la mungkin..Tp belum hantar surat rayuan ke pihak keluarga lg. lepas hantar rayuan harap2nya bolehla settle segera.

*******

Sorang lagi ni, namakan saja dia B. Dia seorang yang menjaga hati dengan urusan silang jantina ni. Setakat yang aku perasan, mmg takdelah dia nak berangan2 ke, mngorat2 ke ape ke..kadang2 bergurau tu adala.. Aku juga pernah ditegur beliau supaya lebih menjaga hubungan (aku pun bukanla baik sgt kan..) inter-jantina ni.

Tapi bila sampai masanya untuk bernikah, alhmdulillah urusan beliau sangat lancar dan mudah. Tempoh merisik (bertanya) selama seminggu yg diberikan kepada bakal pasangan pun, hanya mengambil masa 4-5 hari untuk mendapat jawapan positif. Terus bertunang seminggu dua kemudian, dan selepas 4-5 bulan, bakal bernikah awal July ini(bulan depan). Keluarga pun bereh je..

Alhmdulillah, bakal pasangan beliau yang juga adalah kawan aku, pun mempunyai asas islami yg kuat, bekas budak skolah agama juga.

*******

So, 4 orang kawan aku, 2 pasang merpati, 1 sahaja yang nampak jalan..1 lg sedang berusaha ke arah itu (semoga tidak berputus asa!)..

Lalu apa yang mungkin berbeza dari dua situasi ini?

Menjaga hati..menjaga hubungan dengan Allah..

Both couple pun tahu halal haram.. And they try to avoid it. Cuma perhaps couple A tu, termasuk dalam bahagian syubahah yang banyak kelabu dari hitam dan putihnya..

It’s time to muhasabah..

Sebelum sampai masanya untuk berumah tangga nanti, aku akan (dan sedang) cuba untuk tidak membiarkan hati dilambung maksiat silang jantina ini. Aku nak urusan aku nanti lancar dan dipermudahkan..siapa tak nak kan?

Untuk aku yang selama ini maybe tidak fikir pun pasal ni, untuk kawan2 ku yang menjadi A dalam cerita ini, or aku-aku yang menyangka there is nothing wrong dalam berhubungan dan bercinta sebelum nikah, masih belum terlambat untuk menguatkan disiplin diri, bersabar sehingga tiba masanya.

Mungkin ada yang akan berkata, "alah kawan aku sorang tu bercouple baek punya..semua benda dah buat..mudah je urusan pernikahan diorang.. takde masalah pun.." Jaga-jaga..janganlah ini menjadi 'istidraj' (rezeki yang makin menjauhkan kita dari Allah)..

Janji Allah dalam quran:

….dan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik…… [Surah al-Nur, ayat 26]

Tadahkan tangan, mohonlah taubat dari Allah dengan menyaksikan bahawa Sungguh ya Allah, Kaulah satu-satunya Cinta hatiku yang hakiki..bukan dia..

Aku tidak mahu lansung cintaku kepadaMu terhakis dan diketepikan oleh perasaanku kepada dia..

Tapi aku manusia lemah..aku manusia yg menzalimi diri sendiri..

Selama ini hatiku tidak sabar..hatiku tidak redha..hatiku terlalu mendambakan belaian manusia sehinggakan aku biarkan perisai hatiku jatuh terhadapnya..

Oh God please help us..kuatkan aku, kuatkan dia..semoga kami bersatu selepas kami mendapat keredhaan dari Mu..

ameen

7 comments:

  1. janji Allah, perempuan yg baik utk lelaki yg baik.
    janji Allah juga, Dia xkan biarkan kite mendabik dada berteriak kt org beriman selagi kt xdiuji. jadi, lelaki baik atau perempuan baik adakala akan dipertemukan dgn org yg xbaik.

    di situ Islam kt diuji..sabar&ikhlas

    ReplyDelete
  2. yun...kenal ek? bila nak ikut jejak langkah? haha

    oh, yg ni pun yun gak..yuyun, ye betul! sabar dan ikhlas..moga diganjari dengan redhaNya

    ameen

    ReplyDelete
  3. tetapi....walaupun bermula mcm pasangan B, tp awas spy xterlalu rasa 'diberkati' kerana nikah itu adlh titik permulaan fasa baru, yg juga akan diuji sejauh mana kekuatan diri...perjalanan masih jauh,banyakkan bersyukur dan ikhlaskan diri...improve diri bukan sbb insan ttp krn Allah...semoga Allah kurniakan yg terbaik utk kita semua, especially si penulis insyaAllah... =)

    ReplyDelete
  4. insyaAllah moga yg terbaik untuk kita semua..Allahumma ameen

    ReplyDelete