Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Sunday, July 10, 2011

so lepas bersih, nak buat apa?

bismillah..

so 9th July mencatat sejarah baru di Malaysia..well, 10, 11 and brape2 hb pun tetap mencatat sejarah kan..cuma tinggal glemer tak glemer je..tinggal memberi kesan or tak je..

aku terasa nak komen beberapa perkara tentang apa yang berlaku disekitar peristiwa itu since aku tak berada di Malaysia pada saat dan ketika itu, so sekitar2 jela yang boleh kan..btw, this comment is pasca-bersih rally. so it does not matter you are on any side, the thing happened. this is what I learned from it.


gambar dari al-jazeera


1st, aku suka melihat somebody is doing something to get what he/she believe is right. tak kisah la kuning merah hijau biru skalipun as long as mereka bergerak berjuang untuk sesuatu, that is a good start. u know, lama sangat dah rakyat di malaysia di'beku'kan otak mereka, di ajar supaya tidak buat benda2 bodoh takut itu dan ini terjadi.

analogi simple ialah anak2 mat saleh kat sini (even anak indonesian aku jumpa waktu STC aritu) dibiarkan je main2 kotor, main lumpur pasir dll waktu dorg kecik2. bila sakit, nnt antibody dorg increase. bila terkena sakit, dorg belajar bahawa itu bukan cara yang betul. mereka belajar dari itu semua. org kita malaysia harapan la nak biar. bila anak2 sakit terkena hujan terus budak tu kene marah kan org dah cakap jangan main hujan kan dah menyusahkan aku nak kne bawak gi spital lah ape lah (rupanya tanak bg sebab takut menyusahkan diri)..last2 jadilah budak tu senyap tak aktif dan melembu sahaja..

kecik2 budak blajar bercakap dengan cara antaranya tgk tv dan bsembang ngn kawan2 lain..bila budak tu cakap benda yang tak sesuai, cara nak atasinya kenela ajar benda baik dengan lebih bersungguh supaya budak tu tahu mana baik mana tidak. bukan potong lidah budak tu or salotep mulut dia. kan bisu jadinya? .ini yang berlaku pada mahasiswa kita hari ini. pegawai2 penaja/ipta sound budak2 jgn terlibat aktivism la usrah la nnt balik takut lawan kerajaan. kalo benda yg kerajaan buat tu bagus dan elok ape nak ditakutkan entah..jadilah mahasiswa kita melembu bodoh ternganga bila cetusan cetusan peristiwa berlaku di sekeliling dunia. itu yang bila besar2 jadi menteri kena interview ngn stesen tv jawab benda merapu tuh..memalukan betul..

so, aku suka melihat pemuda kita bergerak ke arah apa yang mereka percaya benar mengikut ijtihad masing2 setelah mendengar nasihat2 dari pemimpin2, ulama2, orang tua2, dan mereka buat keputusan untuk memilih warna masing2. that is good.



ni pemuda kita ke bukan aku tak sure la ;p


2ndly, aku suka kalau dapat melihat masing2 berjuang dan berhujah dengan menghormati orang lain. perbezaan pendapat itu adalah lumrah, namun bergaduh dan berpecah belah itu bukan penyelesaiannya.

masing2 ada Facebook, masing2 boleh tulis and post di wall dan status masing2 dengan aman tentang apa yang mereka percaya benar. kalo ada tidak bersetuju, boleh kemukakan dengan profesional and facts..kalo tak baik takyah ada ruangan komen tu kan? tak pun baik lock je wall tu..tp yang awak gi kaco kat posting dia bikin panas cari gaduh mencarut2 tu apehal? buat pulak serangan2 peribadi lah, kutuk mengutuk kafir mengkafir lah, provoke sana sini tu kenapa? nanti akan memalukan diri sendiri je tau. baik jgn buat lah benda2 macam ni..hish bertamadun la sikit..cepat benor melatah kan menjadi bad example kepada generasi hadapan.

itu kalo di FB la..kalo di blog, blog lah..kalo di akhbar, akhbar lah..kalo di tanah pula, janganlah sampai bertumbuk bergaduh..buatla benda2 yang bermoral dan boleh sampai ke matlamatnya. dah awak sokong putih, awak pakaila baju putih, awak register la mengundi utk putih. kalo itam, itam la..melalak2 pastu tak reg utk vote camne pulak tu..

pastu kalo orang buat something, marching in the rally for example, takyahla nak kutuk2 kata dorg bodoh la, buang masa ke hape ke. kalo dia rally tu dalam halaman rumah awak ha takpe la nak marah. kalo dia rally bising memekak kat sebelah telinga awak pukul 1 pagi awak takleh nak tido ke ha semburlah mereka dengan spray nyamuk tu..kalo tak, berlapang dada jelah. kalo kata dorg mngaco keharmonian negara awak yg sedang aman itu, mereka juga boleh claim yang disebabkan rakyat mandom macam awak lah keharmonian dan keamanan mereka juga dikaco dan dirampas dek kepimpinan negara yang tidak adil kepada mereka (ini claim mereka la kan..).

lgpun org merokok tu pun bodoh dan buang masa dan duit bahkan merosakkan kesihatan diri dan orang lain..takde pulak awak kutuk macam kutuk org2 marching tu kan..

3rd, baguslah kalo semua org berlumba-lumba berebut2 untuk tunjukkan yang dia lebih mencintai negara berbanding orang lain..berlumba2 menunjukkan dia berada di dalam kebenaran, tanpa menganiayai dan menzalimi orang lain.

kalo awak berada di pihak yang benar dan awak teraniaya, doalah banyak2 semoga Allah beri bantuan, moga Allah beri kesedaran dan hidayah kepada yang menzalimi tu, dan org2 lain yg tak sedar tu..tak kira la awak pemimpin adil yg sedang cuba diguling rakyat, atau awak pasukan keselamatan yang terpaksa berhempas pulas dibalik siraman air dan gas2 merbahaya, atau awak orang kebiasaan yang tak dapat buat kerja seharian dek tersekat di tengah kekalutan itu..doalah..Abu Jahal pun berdoa moga Allah tunjukkan pihak mana yang benar sewaktu beliau dalam perjalanan ke perang badar aritu.

insyaAllah kalo dua2 pihak pun bawak benda yang benar, kan akan bersatu jugak keduanya..kalo salah satu tu batil, tidak akan bercampur yang batil dengan yang benar. semoga semua orang boleh nampak dan memilih yang benar dengan rela hati, bukan terpaksa.

4th, ni antara isu yang keras sikit. adala org yang bawak point bahawa yang anjurkan bersih tu ada niat nak menjatuhkan islam sebab dia adalah antara orang yang lantang memperjuangkan tuntutan isu murtad (the murtad side of course). bimbang makcik ni ada niat lain utk tgk org islam berpecah belah. takut islam akan ditekan di Malaysia katanya.

komen aku: org murtad tu tentu2 murtad sebab dia tak rasa islam ni best. kalo dia rasa islam ni best mesti dia tanak murtad. kan? kalo takut orang murtad, jomla kita amalkan islam betul2 supaya islam yang best ni terbukti best. jgnla takut tak ketahuan. biasanya yang takut ni kalo dia di pihak yang salah..makcik tu pun, dan org2 bukan islam yang lain pun kalo dorg nampak islam ni adil, ringan, bersih, wangi, glemer, best, mesti dorg join. kalo tak join pun mesti dorg hormat. dalam dunia ni zionis je yang takleh terima agama lain terutamanya islam. bukannya semua yang menentang islam sebab dorg zionis..tp dorg takut ngn islam sebab apa yang muslim potraykan tentang islam selama ni.

memetik kata2 seorang rakan cina " Following Bersih stories on Twitter, we talked about how good Malaysians can be…we remembered certain events (occured during the rally) and openly admitted those from other races who have been kind to us. And we confronted our stereotypes of always painting them a certain way." kita pun ada stereotype kat dorg kan?




ni antara pics yang menyebakkan aku..belas kasihan tu kan islam?

seterusnya, kita bukan pejuang manusia, tapi pejuang islam. kalau apa yang sedang diperjuangkan oleh muslim itu adalah kezaliman, itu bukan perjuangan kita. kalau apa yang sedang diperjuang oleh seorang non-muslim itu adalah keadilan, itu adalah perjuangan kita. nanti kalau non-muslim yang sama itu perjuangkan kezaliman, kita akan lawan pula. kan macamtu yang Saidina Abu Bakar pesan waktu mula2 jadi khalifah.

Semoga perjuangan saudara2, perjuangan kita semua adalah berdasarkan niat yang bersih suci hanya kerana Allah, untuk melihat islam tertegak dimuka bumi ini..

Semoga Allah redhai dan rahmati perjuangan kita, dan Allah terima sebagai hujjah di akhirat kelak bahawa I did something to prove islam is the best to the world. Semoga Allah terima amalan ini.

ameen

14 comments:

  1. i like your first, second, third, and fourth point..pendek kata semua point la..haha..i lap u brother..:)

    ReplyDelete
  2. aiii main lap2 nampak...tanakla lap kat i nanti kotor la..i tak suke tau kotor2 ni..i suke yg haaaa u tau la sendiri kan~

    ReplyDelete
  3. aku setuju dengan semuanya =] dalam jiwa aku ni pun ada mcm2 perasaan. hahaha...i'A semoga yg benar akan bersatu dan ke depan juga akhirnya

    ReplyDelete
  4. "1st, aku suka melihat somebody is doing something to get what he/she believe is right"

    - matlamat x m'halalkn cara.bkn 8 tuntutan thdp SPR tu yg dipertikaikn,tp cara menuntut tu.naif sgt rsnya kalau kita x sedar crowd tu tlh dimanipulasi.those politicians yg involved bknnya bersih sgt.jgn stakat dgr official statement diorg.mesti la x terus terang sbb itu la politician.their purpose is to bring good impression.

    knp perlu jugak bersih ni?kalau nk hantar memo,masa Ambiga,pak samad dan sorg lg wakil menghadap YDPA,boleh je bagi tp x bagi pun.

    kalau nk crowd 300k org,boleh buat di stadium melawati yg lebih besar saiznya dan boleh dpt permit mcm PAS anjurkan solat hajat sbelum ni tanpa gangguan.knp nak buat di std merdeka jugak yg berkapasiti 20k + few k tgh padang?

    sbb publisiti?jemput la bbc aljazeera cnn dtg s alam.jemput skali wakil istana dtg.

    yg sokong demo ni brp juta org?yg tak sokong pulak brp juta org?mcm mana kita nk ukur yg mana majoriti?nak kena semua rakyat turun berdemo lpas tu kita kira group mana yg ramai?ini ke kemajuan tamadun yg kita cari?

    last year bersih duduk bincang dgn SPR,daripada 17 tuntutan skrg tinggal 8 je.ultimate success?no...progress?yes!kalau duduk bincang lg mungkin bleh solve 2-3 perkara lg.instead of bermusyawarah,dipilihnya cara berdemo.siapa nk tunduk dgn demo ni?kalau tunduk pada org2 berdemo ni,lpas ni mcm2 lg mintak dgn cara berdemo.

    psl si imam ambiga ni plak,berhati2 lah memberi komen psl isu murtad ni.jgn smpi terpesong akidah.isu murtad ni sgt clear dlm islam.zero tolerance.jgn gunakan logik akal semata.islam ajar,kalau ada kekeliruan,kembali kpd al quran dan hadis.bahaya kalau memandai2.wallahualam.

    ReplyDelete
  5. good job anonymous..atleast you are one of people who can think and brave to shout what you believe is right =)

    kalo tuan/puan nak berdebat pasal siapa salah siapa betul, ini bukan tempatnya..ini hanyalah apa yang saya dapat pasca-bersih 2.0 which sy pun tak pegi and sy pun tidak menyatakan sy sokong mahupun bangkang.

    apepun, matlamat bersih yang mungkin utk mencari publisiti tu berjaya mendapatkan perhatian sy dan mnyebabkan sy menulis tentangnya. kalo buat kat stadium, maybe sy tak pandang kot..

    cheers ;)

    ReplyDelete
  6. the way you put it shows that you support bersih.just admit it lol

    ReplyDelete
  7. I know right? maybe the pics isnt it?

    I guess I was more informed by that side compared to the other 3 (there were 4 from my point of view: kuning, merah, tak sokong kuning, berkecuali).

    ReplyDelete
  8. ha bace ni nice wlpn bias tapi at least smpaikn - fuzz

    ReplyDelete
  9. Though I don't fully understand Malay, from what I do get I respect that you are open to just about any movement, so long as students prove independent thinking and are willing to fight for their beliefs. As someone pointed out to me, the revolution in Egypt started from student blogs. We will only be respected when we prove ourselves as forces to be reckoned with. Preferably without violence, of course.

    ReplyDelete
  10. Sarah,
    I'm not saying that I am opened to any movement, I said if students to do things based on what they believe and know instead of just following around stupidly, then it is a good start. InsyaAllah time will let them grow in the truth =)

    ReplyDelete
  11. ^oh yes, to be sure, I didn't think EVERY movement - that'd be taking a leap towards the wrong direction as well. Nevertheless, I don't think anyone can argue against the optimism in seeing the young generation break away from blind worship.

    ReplyDelete
  12. ooooww some people do against the raising of young generation. They are just thinking about themselves, the power, the money..everything they can grab today, they will grab it.

    it does not matter if their sons and daughters are going to have to pay for their 'debt' created today..

    so they put all this bogus dummy entertainments in front of the youngsters so that they will forget their real reason of living

    ReplyDelete