Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Thursday, June 30, 2011

ceritera cuti

bismillah..

so summer sudah hampir separuh perjalanan..subuh pun dah mula lewat sket (4.40pg)..menandakan akan datang siang akan semakin pendek dan malam (maghrib 9:25ptg) akan memanjangkan diri..

sebulan lagi insyaAllah aku akan bertemu dengan jodohku yg ditunggu..lamenye tak jumpa..last jumpa tahun lepas. doakan ye mudah2an aku panjang umur untuk bertemunya nnt ^_^ !

persiapan nak bjumpa kekasih lama ni mestila kene buat kan..

1st, aku nak meng-fit-kan diri. alhmdulillah cuti2 ni byk peluang untuk bersukan..dalam seminggu yang normal, biasanya 2-3 kali main volleyball, sekali dua tenis, soccer mahupun golf.. ha walaupun golf tu paling sikit mengeluarkan peluh dan paling byk memakan duit, tp itu penting ye untuk mendapat projek daripada Dato Mahfuz (my housemate) dan kroni nanti ;). treadmill tu dah lame berhabuk nak kene dipanaskan semula tu..

2nd, dalam kesibukan (sgt~) bersukan tu, aku juga bkerja untuk menyimpan duitla konon2nya..minggu ni tgh try kerja sehari lebih 6 jam tgk camne bukan susah sgt kerja aku nih..login FB sambil duit masuk bak kata org..yela duit nak kene kumpul nnt senang nak blanja dia bila bertemu nanti kan..mesti dia suka!

3rd, ha amalan time summer ni berat sikit la..muka beriman aku ni pun dah tak brape nak bercahaya dah pfft..aku nak kene improve banyak dalam qiyam (sebelum ni alasan malam too short), puasa sunat (alasan siang too long), practice reading quran byk2 sambil memahami maksudnya (alasan takde kelas arab) dan banyaklah amal2 serta alas2 yang boleh aku bg. bukan ape..kang nak jumpa dia takkan la nak jumpa dengan diri yang penuh terbelengu dosa..mmgla dia tak nampak dosa tu, tp diri kita kan lesu bila byk sgt dosa disamping amal yang kurang menyengat..nnt dia kata apa plak..impression tu penting tau! bukanla nak beramal kerana dia..tp kalo dia tak nampak muka beriman aku nih, camne dia nak tau akulah org paling beriman dalam dunia ni kan HAHAHAHA (gelak jahat..btw, riak itu adalah quote dari kisah penggali kubur).

sementara cuti ni lah aku nak kampoi buat 3 benda ni, sambil persiapkan diri berjumpa dengan dia..kang dah mula kelas, takut tak sempat nak buat, takut2 dia pun aku tak sempat nak layan..

korang, doakan dia menerima aku yang besar tapi kerdil ini ye..

ya Allah, berkatilah kami di Rejab dan Syaaban..dan pertemukanlah kami dengan dia, si Ramadan..

Ameen..

No comments:

Post a Comment