Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Tuesday, June 14, 2011

ketika ku lumpuh

bismillah

ketika ini, aku merasakan diri lumpuh tidak berdaya lagi membajak tanah..
kerana anggota badan ku sudah tidak bersama ku lagi. mereka sudah berpindah zaman dari zaman penuntut ke zaman pekerjaan. tentu mereka juga merasakan ini bahkan cabaran mereka pasti lebih besar.


ketika ini, aku merasakan diri lumpuh tidak berdaya lagi berdiri tegak..
kerana saraf2 ku sudah tidak bercantum lagi. ukhwah antara kami yang masih tinggal ada di sini seolah tidak dipeduli lagi. sudahlah terpisah jauh dipandangan mata..hati juga turut tercampak merata..


ketika ini aku merasakan diri lumpuh tidak berdaya lagi mengangkat pedang..
kerana pedang yang ada terlalu berat utk ku pikul seorang..terlihat raut wajah dan jiwa2 suci mad'u yang mendambakan belaian tarbiyah, sedangkan daie mereka tiada di sisi. aku kah seorang yg tinggal untuk menjawab segalanya di sini?


ketika ini aku merasakan diri lumpuh tidak berdaya lagi mengorak langkah..
perjalanan tarbiyah yang ku sangkakan sudah sampai ke situ, rupanya belum lepas pun lagi langkah yg satu..insan2 binaan masih belum terbina selayaknya. buah yang diperam lama masih belum masak..pejuang2 masih manja..masih tidak tajam masa..masih melilau mata..


ketika ini aku rasakan segalanya..adakah iman sudah tersejat dek bahangnya musim panas?

ya..seribu kisah boleh ku tayangkan di layar perak..seribu madah boleh ku ukir di dinding rasa..

namun aku sedari bahawa yang mampu menggerakkan kembali diri ini tidak lain hanyalah dengan izinNya..Dia yang mengurniakan anggota, yang menyambung saraf, yang memberi kemampuan memikul dan melangkah..

Ya Allah, jadikanlah aku dikalangan orang yang sentiasa berzikir dan bersyukur dan menjadi abid yang baik untukMu.

No comments:

Post a Comment