Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Friday, August 27, 2010

sudah berdosa..kemudian?

hari hari kita buat salah...
kadang salah kecik..kadang salah besar..
kadang sengaja...kadang tak sengaja...
kadang tahu..kadang tak tahu...
kadang rela kadang terpaksa...

makcik jual tudung tepi jalan

ada satu kisah, seorang makcik tua ni jual tudung2..kain2 pe sumelah untuk menampung kehidupan beliau dan anak2 yang masih bersekolah..cumanya makcik ni jual secara tidak sah..kira haramla kan..tengah makcik ni jual2 tetibe datangla org bandaraya merampas perniagaan2 haram di tepi jalan...termasuklah yg makcik ni punya..

situasi satu:

makcik ni dengan sedih terpaksa menyerahkan barang2 yang dia ada tu kepada pegawai bandaraya tadi..sambil berlinangan air matanya..dia tahu dia salah..dan dan2 tu jugak dia mintak maaf kat pegawai tu..tanpa pikir lansung kerugian yang ditanggung olehnya..berdiri dia kat tepi trak bandaraya tu tgk barang2 dia kene rampas dengan rasa lemah longlai..

situasi dua:

makcik tu tak puas hati btol ngn pegawai bandaraya ni..lalu makcik sound "oi korang ni takleh tgk org nak cari makan ke..aku nak sara anak2 lagi..korg ni tak berhati perut..kejam..sama2 kita tanak tolong..bla bla.." sambil marah2 ke muka pegawai tadi..




agak2 kalo kita jadi pegawai tadi..yang mane satu yang kita bg can, lepaskan? n yang mane satu kita rasa nak sepak je mulut soh diam?

manusia biasa buat salah

of coursela kan manusia cam kita ni biasa membuat salah dan silap..tidak terlepas dari berdosa..kalo Allah tunjuk dosa2 aku kat semua org...sungguh aku tak layak lansung untuk menulis artikel ni..bahkan malu terus untuk berhadapan dengan semua orang..kesalahan aku kepada ummi dan ayahku, kepada adik2 ku..kepada kawan2...yang paling penting salah aku kepada Dia yang menciptaku dan kepada dia yang membawa risalah islam kepadaku..

zaman skang ni...mcm2 cara orang yang buat salah, menghadapi pertuduhan kesalahan itu..ada yang mengaku tu, bagusla..ada yang menipu untuk melepaskan diri...ada yang menjawab dengan bijak pandai dan hujah2 mereka..dan ada yang men'sound' pulak org yang menegur kesalahan. eii jaga tepi kain sendiri la..sebok je..kubur masing2 ape..

2 makhluk pertama buat kesalahan kepada Allah

tahu tak, ada 2 makhluk yang mula2 skali buat salah kepada Allah..yang pertama si iblis. beliau melawan perintah Allah yang menyuruhnya sujud kepada adam. makhluk kedua yang buat salah ialah Adam dan Hawa yang memakan buah larangan di syurga.

kisah iblis camni..

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat:

“Sujudlah kamu kepada Adam”; maka mereka sujudlah melainkan iblis; ia berkata: “Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah?” [al-Isra’ 17:61]

Allah berfirman: “Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.

Allah berfirman: “Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir. [al-A’raaf 7:12-13]

tulah iblis...dahla langgar suruhan Allah...menjawab pulak tu..mane taknye kene laknat terus oleh Allah..dan dijanjikan neraka untuk beliau..

sedangkan kisah adam pulak..

Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim".

Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".

Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani. [ Al-Baqarah 35-37]

Adam bila membuat kesalahan, lalu dimurkai Allah...namun lepas tu Adam mengaku dan memohon taubat kepada Allah atas dosa yang telah dia dan Hawa lakukan.. lalu Allah menerima taubatnya...happy ending

skarang kita pilih..bila kita buat dosa, kesalahan kepada Allah...lalu org tegur kita, kita nak mengaku dan bertaubat macam adam? atau nak melawan dan tunjuk pandai macam iblis?


ya Allah...untuk semua dosa2 yang pernah aku lakukan kepadaMu, samada sengaja atau tidak...samada sedari atau tidak...ampunilah ya Allah...

No comments:

Post a Comment