Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Tuesday, August 10, 2010

cita-cita ku

bismillah..

ni tgh bsemangat...kita cakap pasal usaha dan cita cita..

sekarang ni cam ramai yang rasa susah untuk berjuang. "kat univ aku ni susah sikit nak cakap pasal islam..", "aku pon tak bape reti la bab ni.." dan laen2 kata semangat diucapkan pada diri..akhirnya nafsu tersenyum lagi kerana iman sekali lagi berjaya ditundukkan dengan alasan alasan..

semua boleh ber'impian'

dulu2 waktu kita kecik2, kita nak jadi org paling power kat bumi ni..nak kerje yg paling power..nak jadi doktor, engineer, perdana menteri,angkasawan tak kurang yg nak jadi power rangers.. habis buku dan dinding diconteng membayangkan impian murni itu..

tak pernah sekali pon kita pikir pasal betapa susahnya kelak belajar algebra nak jadi engineer, betapa payahnye menghapal nama2 sel dalam badan..orang kata nak jadi doktor susah...kene pakai spek tebal~ semua tidak dipeduli.
yg penting, aku jadi org kaya..bila kerje best,jadi pemegang saham syarikat besar..gaji besar, dapat beli rumah besar, kete besar..nnt nak bg duit selalu kat mak ayah..nanti jumpa kawan2 sama2 kerje cam kita boleh lepak2 kadang2 race kete mewah..macam2 lg..

betapa mudahnya bermimpi seperti itu..semua orang boleh kot..

tapi dari sebuah impian itulah kita mula menapak..mula merancang perjalanan hidup mengejar mimpi..dari cita2 kerjaya turun ke skop lebih kecil- cita2 pendidikan nak capai kerjaya..turun ke result pekse nak kne skor turun ke jadual study di rumah..

dari sebuah visi masa depan yg belum pasti turun ke misi tanggungjawab sehari-hari

lupa impian hakiki

tapi bila masuk bab tarbiyah..yang susah tu yang difikir dahulu. nak kne spend masa lebihlah, nak kne study+kerja sambilan+tanggungjawab2 laenlah..kondisi masyarakat jahiliyah yg terlalu mendominasilah..aku tak pandailah..ada saja kesusahan yang boleh difikir..

Maha-impian kita: mendapat keredhaan Allah + melihat wajah Allah di akhirat nnt, mudah saja asek terlupa. cita2 menjadi seorang pemegang saham dalam kejayaan islam nanti seringkali hilang dari hati.

jomla jadi macam budak2 balik..tak peduli cabaran2 yg bakal menanti asalkan cita2 terlaksana..yang dibayangkan selalunya habuan2 yg menanti..

bayangkan pahala yang sentiasa masuk kedalam akaun pahala kita ibarat counter bil air tu..sentiasa bertambah tambah..bayangkan syurga yg menanti yg dibawahnya mengalir sungai2 madu..susah sgt eh?

ok..bayangkan kita dan kawan2 kita semuanya hidup dalam suasana aman..tenang harmoni (inilah dia islam)..bayangkan dapat jadi saham mak ayah (AMANAH SAHAM ANAK SOLEH). bayangkan dapat pasangan dan anak2 yg soleh solehah..bayangkan anak2 kawan2 dan anak2 kita keturunan semuanya pon sama..semuanya islami..semuanya hasil dari susah payah kita mengamalkan dan menyampaikan islam (hakikatnya dengan keizinan Allah)..bayangkan ustaziatul alam(islam menjadi rujukan alam) yang dicita2kan itu, ada nama kita sebagai salah seorang penyumbang..fuh saham besar tu kat akhirat dividen infiniti..

kalau2 rasa lemah semangat, rasa susah, bayangkan balik impian kita ni..dan usahakan melangkah kearahnya..


teringat pulak kat lagu cita citaku dendangan nadamurni belasan tahun dulu..
(mind the vclip...bukan nak promot mane2 parti..dah ni je yg ada kat utube)




Cita-citaku islam cemerlang,
cita-citaku islam tinggi menjulang,
cita-citaku islam gemilang,
cita-citaku daulahnya berulang.....

kawan mari susun barisan,
kite mara kehadapan,
mari perjuangkan islam,
kite tagih yang dijanjikan....

kawan mari kumpul tenaga,
kte korbankn harta semua,
jangan kite buang masa percuma,

kawan mari kumpul tenaga,
kte korbankan harta semua,
perjuangkan islam hingga berjaya......

kawan jangan tunggu-tunggu lagi,
jangan mengangan-angan yang merugi,
dunia menipu kita hindarkan,
cita-cita islam kite tunaikan........

ayuh mari mara kehadapan,
jangan buang masa lagi,
inilah masanya tunjukkan bukti.....

ayuh mari mara kehadapan,
jangan buang masa lagi,
kalau benar cintakan islam...........


oo Allah, tetapkanlah kaki2 kami dan hati2 kami di jalan perjuanganMu ini
THINK BIG!

No comments:

Post a Comment