harini, ada lagi panggilan...tp taktau lagi boleh gi ke tak..sebab dah mula selesema2 maybe tak cukup or terlebih tidur. budak2 yang baru sampai dari malaysia, diorg jetlag sebab perbezaan masa 12jam antara sini dan malaysia. ku juga jetlag sebab mlm asek tak tido sebab pulang lewat dari airport, takut terlepas subuh pulak..alhmdulillah tugas2 meraikan adik2 di siang hari disambung oleh kawan2 lain..kalo tak..mmg pengsan..thanks guys..
lalu orang bertanya..tak penat ke buat kerja camni? cam takde org laen je yg boleh buat..biarla diorg naek bas sendiri..jangan manjakan sgt freshies tu...all out sgt buat kerja, ada ape2 ke? ha....
jawapan saya: well, aku bahagia.. nak wat camne?
gila ke ape bahagia dengan bersusah payah?
3 jenis kebahagiaan
3 jenis kebahagiaan
ada 3 jenis kebahagiaan yg ada dalam hidup kita. yg pertama,
bahagia intelektual: kita akan merasa bahagia bila dapat penghargaan intelektual..dapat degree..dapat 4 flat..dapat semua A..dapat ilmu yg kita suka sgt2 sampai sanggup travel berejam demi mendapatkan mknn akal tu.. terpulanglah asalkan bahagia kan..
bahagia emosi: merasa bahagia bila mendapat pujian..orang kata kita macho (mmg sebab macho..bukan amik hati ;p).dapat bunga...dapat cokelat Ferraro rosher.. atau mendapat doa dari org lain..org doakan depan muka kita (on your face) "Ya Allah..bagilah member aku ni dapat jadi org berjaya..bini cantik..kete besar..anak ramai..bla bla..". atau mendapat benda2 lain yg menyebabkan emosi kita bahagia..bahagia kan?
tapi dua jenis kebahagiaan ini, adalah kebahagian yg kita dapat dapat dapat..kalo dapat, bahagia la...kalo tak dapat? tak bahagiala...kalo ada org bagi, kita dapat la bahagia ni..so bergantung kepada org kan..susah jugak nak tau bila boleh bahagia..
kebahagiaan ke3: kebahagiaan spiritual..
kalau 2 jenis bahagia td tu kita dapat dari org..kali ni kebahagiaan ni, kita dapat dari diri kita memberi kepada orang.. bila kita tolong org, kita bahagia..bila kita bagi kuih kat jiran sebelah, kita bahagia..bila kita tolong basuh kete ayah, kita bahagia..
tak percaya? ada ke org bahagia bila kene korbankan diri?korbankan masa dan duit sendiri?
ha cube tgk seorg ibu..bangun pagi2 masak untuk suami dan anak2 bersahur..mesti dia bahagia bila tgk mknn sume licin sebelum masuk waktu sahur..kan? kalo lepas waktu sahur pun ada org makan gak..mmg sedih la si ibu td tgk anak pose tipu..
atau tgk pasangan bercinta.awek abih prepaid, abg tolong topupkan.takpelah rm30 tak mahal mane pon..abg nak duit beli sparepart moto, takpe awek boleh tolong bg duit..awek nak mkn sebab lapar, takpe abg sanggup teman makan sama2 walaupon waktu pose..kui kui..waktu ni semua pun bahagia kan..
terbukti bahawa wujudnya kebahagiaan bila kita korbankan diri untuk org yg kita sayang..
rukun islam ke 4: zakat
sebenarnya memberi ni, islam dah lama ajar...dengan cara berzakat..zakat literally bermaksud memberikan sebahagian harta kita, kepada org yg memerlukan(dengan niat untuk menyucikan harta kita dari benda syubahah dan haram)..
tp semangat yg kita boleh ambil dari zakat ni, ialah kita seharusnya dan pastinya akan mendapat kebahagiaan spiritual bila kita bantu org..tak semestinya harta..kita zakatkan masa yg banyak kita kadang2 terbuang dengan lagha bermain game, FB,movies dll. so, dengan spend masa tolong org lain..tolong freshmen contohnye..bolehla kot sucikan sket masa kita...zakatkan tenaga tolong org angkat barang pindah rumah..semua ni kita akan rasa lebih ringan dan seronok bila kita sayangkan semua makhluk ciptaan tuhan ni (tanpa racist)..bila kita sayangkan mereka kerana mereka saudara islam kita..dan paling seronok bila yg kita tolong tu, awek cun..haha joking(tp realiti kan..).
so, tak susah kalau kita nak bahagia..kita pasti bahagia bila kita cari kebahagiaan spiritual..kita tak perlukan org lain untuk kipas2 kita, puji2 kita, bg duit sebemban kat kita..kita akan bahagia bila kita buat sesuatu, hanya ada Allah di tengah2..
bak kata ustaz saiful islam, dan ustaz farhan hizami, erti hidup pada memberi.
selamat berpuasa dan berzakat semua =)
alamak en macho...hahaha
ReplyDelete