Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Thursday, August 12, 2010

Antara dua..

bismillah..

Dalam sehari kan, berapa kali kita igt Allah eh? berapa lama masa kita peruntukkan untuk ingat Dia? setiap kali solat? setiap kali masuk masjid? kalau camtu..bape minit je dari 24jam ni yg kita spend masa untuk igt kat dia..well, bape kali je pon kita masuk masjid dalam sehari kan..solat pon, bukannya sepanjang2 solat tu kita khusyuk..kadang teringatkan assignment, teringat nak masak ape mlm ni..adui parah2...

telah lama kita sekular

sekular ni ape? sekular ni mengasingkan perkara2 ketuhanan dengan realiti camtu lah bahasa senangnye..bermula dari zaman gelap eropah dulu2 yang bergaduh antara puak gereja dengan puak sains tu..lalu bermula lah pengasingan 2 kategori ini..sedangkan sebelum tu islam gabungkan semua ilmu menjadi satu cara hidup tapi yang sekular ni jugak yang kita amalkan sampai skarang..

ape buktinya kita sekular?
ha meh nak btau..kat sekolah kita belajar sains, belajar pasal letrek contohnya..ada pernah dikaitkan tentang letrek tu dengan Allah? picit suis kat sini, kat sana lampu menyala..ada silibus kata "hebatkan kuasa tuhan?". lagi? kita diajar untuk berbaju melayu, baju kurung pada hari jumaat..hari jumaat kan hari umat islam..kenelaa..bersopan.. abihtu hari lain pakai ape? baju2 kecik / yang ranggi2 dedah2 la skit....hari lain hari untuk benda lain la pulak..takkan hari2 untuk tuhan..

atau...ramadan kali ni...taklehla nak gossip2...nak kutuk2 org kat facebook.. kenela tunggu raya dulu kot..ramadan ni kan bulan untuk beribadah..malaikat catit amalan woo bulan ni..bulan2 laen? em tgklah camne..

hidup kita dibahagi dua..perasan tak? ada side islami, ada side realiti..nape jadi camtu? islam ni tak compatible ke ngn realiti? nape terpaksa buat 'part time' untuk 'acara2 keagamaan' tu? rasa cam berdosa pulak kalo tinggalkan terus islam kan..

no wonder mat saleh last2 give up terus untuk mengamalkan agama diorg..kata mereka religion was created for idiots who cannot control/guide themself.

jom hidup secara complete

islam dan kehidupan ni..secenarnya..kalau nak dipisah...ibarat dipisah laut dan pantai..ataupun cam dipisah lagu dan irama..ha camne nak cakap tu? tak terbayang laut mane yang takde pantai. ada ke?

sememangnya islam tu adalah cara hidup, manual hidup bagi manusia..islam sebenarnya ada ajar adab2 dan akhlak yang kita boleh buat sejak bangun tidur, sampaila tidur balik..banyakla kan..nak cite sume pun tak muat pulak..tp cerita2 ni anda boleh dapatkan dari hadith2 atau sunnah yang rasulullah buat..yg mana, dialah contoh terbaik yg Allah hantar untuk kita ikut..

dia nabi..bolehla jadi baik..aku ni manusia biasa je..

nice one..sebab tu nabi tu Allah pilih dikalangan manusia biasa..Muhammad bin Abdullah manusia biasa..lahir cam biasa..makan minum cam biasa..takde pulak tetiba dia jatuh dari langit kepada Aminah kan? cuma langkah2 dia..perilaku dia sume Allah yang ajar..bukan bapa dia..bukan mak dia..nabi pon penah buat salah..lalu Allah tegur..dalam quran ada..so kita ikutla sehabis mana yg kita boleh..jgn bg alasan dulu tp tanak ikut..

so jom tgk balik quran dan sunnah..camne nak hidup sebagai seorg muslim 24/7/52/12/365.

paling mudah..mulakan semua perkara dengan bismillah..pastu igt, sebelum buat sesuatu, islam cakap ape? nak mkn nasi ayam, islam cakap ape? nak maen congkak, islam kata apa? nak tidur tengahari, islam ajar camne?


selamat beramal =)

Ya Allah, terimalah amalan kami. jadikanlah kami hamba2Mu setiap waktu dan ketika..bukan pada waktu2 tertentu sahaja..jadikanlah kami muslim (berserah diri) sepanjang masa kami hidup...dan mati...ameen


2 comments: