Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Tuesday, September 7, 2010

pagar atau rumah?

ayah aku selalu pesan, islam ni bukannya buat tu takleh buat ni takleh, tapi buat semua boleh kecuali ... (merujuk kpd benda2 yg takleh)

kita boleh makan apa saja,kecuali arak, pork dll..kita boleh bersukan apa saja,kecuali melibatkan judi dll..boleh pakai apa saja asalkan menutup aurat..kita boleh berkawan ngn sapa saja, kecuali yg boleh membawa kepada zina dll..

islam pagar eh?



kadang2 terpikir..islam ni, macam pagar..pagar yang meghalang kita dari buat benda2..samada best atau tak best. pagar yang kawal benda luar dari masuk dalam diri.
bagusla kalau rumah kita ada pagar..bagus ke eh? kat US ni rumah takde pon pagar..

bila kita asek dok fokus kat pagar tu, kita intend to look outside it. selama2 ni asek terkurung, kita curious ngn benda kat luar pagar. apetah lagi benda yg kat luar tu slalu dok lambai2 kita..tambah lagi ngn kawan2 yg dah 'berjaya' (tahniah) mengeluarkan diri dari pagar...membuatkan kita rasa islam semakin mengurung kita. akhirnya? kita pon bukakla sikit demi sikit pagar2 itu..

bukak pagar ikhtilat..

bukak pagar aurat..

bukak pagar tu pagar ni..

oh tp pagar makanan tak bukak..tak makan pork..geli. (tp ada je yg bukak kan..)

akhirnya takde dah islam disebabkan terlalu asyik ngn benda luar pagar.


ISLAM TU RUMAH

sebenarnya kita terlupa pulak kat RUMAH yang tersergam indah di belakang kita..rumah yg cantik, besar, selesa tp yg paling penting tempat untuk kita berlindung, tempat kita berehat, tempat kita kembali..


biasanya lepas penat kerja/blajar bila dapat balik rumah kita rasa lega kan..
dalam rumah ni kita ada keluarga yang support kita..persaudaraan yang tak kenal bias..yg always there for us..dalam rumah ni ada ubat bila hati sakit dan gelisah..dalam rumah nila mengadu susah dan payahnya dunia kat luar tu.


teringat pulak hadith 3 : Islam didirikan atas 5 perkara........ syahadah, solat, puasa, zakat, dan naik haji


syarah hadith ni menceritakan islam tu ibarat sebuah rumah, yg atapnya undang2,hukum2 untuk melindungi, dindingnya sistem ekonomi, politik, muamalah, munakahah dll...yang semuanya berteraskan kepada 5 rukun islam..(sape tak tau ni boleh tanya atau kenela baca buku Asas-asas Islam - Fathi Yakan)


rumah islam ni ada semua yang kita perlu..yet kita kejari yang kita mahu tanpa bersabar..


nak bercinta..kan dalam rumah pon ada..tp kene lepas kawin la..
nak tunjuk aurat dgn perhiasan baru serta wangi2an..mekap tebal2...untuk yg bukan muhrim/suami kan boleh..
nak bertepuk tampar ngn bukan muhrim...(kene lepuk mau? haha..)


tu lah..lupa pulak kat RUMAH ni..bahkan semakin jauh dari rumah..


aku nak pulang ke rumah..

No comments:

Post a Comment