Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Thursday, November 11, 2010

Perjuangan ini..untuk orang-orang yg manja??

bismillah..

Jalan dakwah ini susah..
kerana susahnya jalan yang dilalui
beronak, berduri
tanahnya keras berdebu
tidak pula dihampar permaidani gebu
lalu semestinya sang pejuang mengeluh
kerana dia pejuang yang manja..

jalan tarbiyah ini panjang..
bukan sehari bukan setahun
entah mana hujungnya
perjalanannya'bosan' dan sunyi
orang lain sudah bersara
namun sang pejuang masih berkelana
terkadang kau cemburu
lalu sang pejuang mengadu
kerana sang pejuang seorang yang manja..

tawa riang anak anak
senyuman manis kekasih hati
masa berehat beradu bersenang
kau tak punya itu
namun pastinya kau juga merindu
hatimu merayu rayu
untuk dipeluk dibelai dirai
sudah tentu
kerana kau seorang yang manja

kata-katamu tak dipeduli
kadang ditohmah dan dimaki kembali
tak terkira luka-luka pedih di hati
dan kau menangis dan merintih lagi
sememangnya kau, pejuang yang manja..

saban malam
dikala manusia sedang tidur nyenyak
kau tak lena tidur
kau menangis
kau mengadu
kau mengeluh
kau merintih
kau merindu
kau merayu
dengan Dia yang sentiasa dekat denganmu
Dia yang selalu menunggu rayuan dan rintihanmu
Dia yang selalu malayani manjamu




Ya..
memang perjuangan ini untuk orang yang manja
manja dengan Rabbnya

2 comments: