


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]




menumpang teduh di bawah pokok..
dan semua orang mahukan pokok itu. kita mahukan ia, dan kita mahukan ia sekarang!
bai..kat mane ko nak beli pokok yang terus besar camtu? camne nak angkut dan tanam kat seblah rumah? larat plak nak angkat?
dulu aku selalu ikut ayah ke kebun untuk membantunya membina dusun buah. kadang ku tanam benih pokok..tabur baja..buang semak di sekeliling..pokok durian, dukong, mangga, jambu, rambutan pon ada. tapi waktu pokok ni kecik, cara jaga dia semua serupa je lebih kurang. dan pokok2 ni takde pun berbuah dalam masa dekat. setahun takde. pokok durian dalam 5 tahun camtu kot baru berbuah. bayangkan 5 tahun tu, pergi kebun untuk bekerja, berpeluh,kene duri dan pacat je. mane hasilnya? takde. ayah cakap ni kita tanam skarang ni, untuk anak2 la makan bila kitorang dah besar nanti. aku hanya mengiakan jelah sebab yang penting pastu ayah blanja makan ;)
boleh ke berteduh bawah pokok besar ni?
step for beginers yang tak glemer ni tak ramai yang sedar kepentingannya..sebab mereka menyertai kerana terkesan dek pokok yang besar. dek redup teduhnya dari sinaran UV. dirasakan perlu ada pokok seperti ini dirumah kita..tapi bukan dengan cara menebang pokok ini dan ditanam semula, tetapi benihnya itu diambil dan disemai.insyaAllah jika benih tarbiyah ini dijaga dengan baik, akarnya akan menjunam ke bumi, dan pucuknya akan menjulang ke langit. cabangnya akan orang jadikan teduhan, buahnya? tentu sahaja buahnya 'termahal' di pasaran.. dan benihnya akan dijadikan semaian di tempat lain pula..
kuncinya? sekali lagi, sabarlah.. dan berdoalah..
Allahumma tsabbit qulubana fi sabilika..Ya Allah tsabatkanlah hati kami ini dijalan Mu. Semoga kami dapat menanam benih2 tarbiyah di merata tempat, sehingga akhirnya semua ummat manusia berteduh dibawah dahan kasihMu itu.
Alhamdulillah weekend lepas (Feb 18-20) berpeluang menziarahi ikhwah akhwat di Ottawa Canada dan berkongsi stories dengan mereka di sana. majlis yang mengumpulakn lebih kurang 40 students dari Carlton univ, univ of Toronto, Hamilton, dan ada lg yg ku tak tahu kot. baru je bersemangat nak tinggalkan musim sejuk di purdue, akhirnya winter semula di Canada (lebih kurang suhu -17 celcius...je)
perkongsian tafsir surah an-nas sebagai warming up perkongsian untuk melihat respon peserta dan dijadikan ice-breaking antara kami dan mereka. hadith ghulam dan buku syahadatul haq (abul a'ala al-maududi) di kongsikan bersama dengan pemuda-pemuda bersemangat ni. tempoh sehari setengah dirasakan sangat tak cukup untuk mengenali mereka dengan lebih mendalam, walaupun itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan kami sudah merasa menjadi sebahagian dari keluarga Canada. I really2 want to go there and visit them again. soon insyaAllah.
dulu, waktu zaman budak2 dulu, aku tak rapat sangat ngan family..so these friends of mine, they are my family at that time. they are a lot closer to me. aku ceritakan dan kongsikan segalanya dengan mereka sebab aku tak kongsi ngn keluarga. waktu tu aku rasa cari pasal la kalo share ngn ummi dan ayah. haha..

Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan.
Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.
Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan Kami, jauhkan azab Jahannam dari Kami, Sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal”. Sesungguhnya Jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.
Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.
Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan yang demikian itu, niscaya Dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan Dia akan kekal dalam azab itu, dalam Keadaan terhina,
Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; Maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Dan orang-orang yang bertaubat dan mengerjakan amal saleh, Maka Sesungguhnya Dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya.
Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.
Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat- ayat Tuhan mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang- orang yang tuli dan buta.
Dan orang orang yang berkata: “Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada Kami isteri-isteri Kami dan keturunan Kami sebagai penyenang hati (Kami), dan Jadikanlah Kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”
Mereka Itulah orang yang dibalasi dengan martabat yang Tinggi (dalam syurga) karena keSABARan mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan Ucapan selamat di dalamnya, Mereka kekal di dalamnya. syurga itu Sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman.” (QS 25:63-76)