Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Showing posts with label alat. Show all posts
Showing posts with label alat. Show all posts

Sunday, July 15, 2012

aku hari ini

Bismillah..

Alhamdulillah sudah hampir sebulan aku kembali ke Malaysia tanah air tercinta. Ternyata kepulanganku banyak membuahkan soalan-soalan di kalangan orang di sekitar kerana tempoh hari ku katakan yang aku mahu terus berada di bumi Amerika itu untuk beberapa tahun lagi.

Namun kini aku pulang, dan mengubah perancangan aku itu. Kini aku sedang menjadi Research Assistant dan sedang memohon untuk menyambung pelajaran ke peringkat master di UiTM dalam bidang yg sama seperti diploma dan degreeku, kejuruteraan mekanikal. Macam tak percaya yang aku masih berada di institusi pendidikan setelah 8 tahun (sejak 2004) di sini. Aku sangkakan yg aku sudah serik. Tetapi inilah aku hari ini.

Kenapa? Persoalannya ialah kenapa aku memilih jalan ini.

Selepas menamatkan pelajaran di Purdue tempoh hari, aku merancang untuk bekerja sebagai seorang jurutera. Tentulah! Setelah bersusah payah berusaha untuk lulus dalam bidang ini. Namun lama kelamaan aku merasakan yang aku lebih cenderung untuk membangunkan dan bekerja untuk manusia berbanding mesin.

Seluruh hidup kita ini tujuannya ialah untuk mencari ketenangan, kebahagiaan, kegembiraan. Ianya berada di hati manusia. Hati yang tidak terdidik dengan hakikat kehidupan sebenar akan terus mencari yang bukan-bukan utk mencipta kebahagiaan ini. Lalu disitulah peranannya ahli-ahli sains yang tugasnya adalah untuk menyelesaikan masalah dan salah satu masalah yang utama manusia ialah kepuasan. Ada kereta, mahukan kereta yg lebih besar, lebih mahal barulah puas. Ada henpon mahukan yg lebih nipis, lebih bergaya lebih hebat barulah puas. Ada pakaian mahukan yg lebih berjenama lebih glamor barulah puas. Lalu orang sains saban hari bekerja keras mencipta membina untuk memuaskan nafsu manusia yang tidak akan pernah puas andai ianya tidak diisi dengan iman. Iman bahawasanya sungguh dunia ini hanyalah tempat persediaan utk ke akhirat.

Graduan university yang diserap masuk dalam arus membina teknologi hari ini sebenarnya ramai yang diperangkap oleh teknologi itu sendiri. Contoh: sudah dapat kerja di Kuala Lumpur dan untuk hidup di bandar besar seperti ini tentulah perlu ada kenderaan, tempat tinggal dll. Maka belilah mereka kereta standard harga RM50K secara hutang kerana tentu tidak ada simpanan sebanyak itu pada masa mereka grad. Mahu mencari rumah samada sewa atau beli juga dua2 perlukan kepada pembayaran bulanan. Rumah dan kereta sahaja sudah mampu mengikat pemuda hari ini untuk terus bekerja gigih, korbankan masa utk segala-galanya yang lain, kadang terpaksa melakukan sesuatu yg diluar prinsip hanya semata2 kerana hutang. Andai tidak bekerja, bagaimana untuk membayar hutang kereta selama 5 tahun ini? Hutang rumah selama 20 tahun ini? Hutang pelajaran dahulu juga kena bayar semula. (majority graduan berhutang ini, tahniah!) Dan belum cerita yang sudah terjebak dengan kad hutang.

Pemuda harapan ummah hari ini sudah tidak lagi mampu untuk memikirkan tentang ummah kerana beban mereka sendiri pun tidak temampu untuk tidak difikirkan. Apabila pemuda tidak berfungsi sebaiknya, bagaimanakah kepimpinan kita nanti? Pemuda tidak mempunyai masa utk mengenal dunia tentulah kelak akan menjadi pemimpin yang tidak matang dan jahil dalam memacu hala tuju ummat masa hadapan.

Oh, by the way kitaran ini sudah berlansung beberapa generasi, dan sekiranya tidak kita sedari dan ubah sekarang, tentunya penyakit ini akan terus menyerang generasi keturunan kita juga.

Lalu aku bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik di institusi pengajian tinggi Negara, dengan harapan mudah-mudahan aku dapat mengubah hati-hati yang tidak puas itu ke arah mendapatkan kepuasan yang lebih manis bersama islam. Untuk ini aku juga perlu menyediakan diri secukupnya kerana manusia yang tiada apa-apa, tidak dapat memberi apa-apa. Doakanku.

Itu salah satu sebabla. Tapi ada lagi satu sebab yang amat penting iaitu aku memikirkan bukan lagi hanya untuk diriku, tetapi untuk masa depan berdua, bertiga dan seterusnya.

Dulu perancangan aku utk menetap di bumi kelahiranku itu hanyalah perancangan aku sendiri. Tempoh hari aku bertanya kepada dia bagaimana perancangannya kehadapan. Katanya dia mesti berkhidmat untuk Malaysia untuk beberapa tahun atas janjinya kepada negara. Aku rasakan elok juga kalau aku turut bersama-sama berada di sini untuk menemani. Mudah-mudahan dia tahu yang aku ini boleh dibawa berbincang dan merancang itu bersama-sama, bukan hanya aku yang boleh bersuara ye. InsyaAllah bila diizinkan Allah pasti aku akan kembali semula ke tanah tumpah darahku itu utk berbakti di sana pula.

Mohon doa dari kalian semoga kita semua sentiasa tsabat dalam jalan mencari erti hidup, dalam jalan mencari kebahagiaan hakiki, dalam jalan bertemu Rabb yang dicintai dan dirindui. Biar apa pun pekerjaan kita, biar di tanah mana pun bumi ini di pijak, biar di langit mana pun kepala ini menjunjung, tetaplah hati ini, jiwa ini, hidup dan mati ini tidak lari dari tujuan hakiki, untuk Allah Rabbul Izzati.

Thursday, October 13, 2011

Antara berjuang dan senjata


bismillah

hari ni, aku nak bersembang pasal satu benda y common sense..tp ramai pulak yang nampaknya terkeliru..aku sendiri pun kadang2 terkeliru jugak..pasal ape ye agak2? cube tgk kat tajuk tu la..

seorang perwira sedang diancam oleh musuh yang cuba untuk merampas keadilan yang sedang dinikmati. maka sang wira itu pun terus menggunakan ilmu bergocoh yang dia belajar secara asas iaitu tarik rambut, gigit telinga, pukul2 ke..baling batu dan sebagainya lah..common sense la waktu ni. tp ape pun, dia akan buat sehabis baik utk menang dalam pertarungan mengembalikan keadilan itu. samada menang dan hidup harmoni, atau kalah dan mati syahid dalam berjuang..wira islam tak pernah rugi =)

maka ilmu pertahankan diri mula dipelajari untuk lebih membantu diri menghadapi musuh itu. habis segala ilmu persilatan takewando judo silambam semuanya dicuba untuk melengkapkan skill diri. tentu sekali tujuan utama adalah untuk berhadapan musuh kan..so that pertarungan tanpa ilmu yg cam tadi punya susah sampai 2-3 hari bergocoh tu, dapatla dikurangkan menjadi 2-3 jam sparing sambil terbang2 semua, supaya menang dan dapatlah buat kerja lain pulak pastu seperti menanam kobis atau mengail udang galah disungai (bayangkan setting kisah2 pendekar dulu2).


bila kepakaran senjata api menyusul tiba, mulailah pejuang pun turut sama bersenjata, pistol kiri kanan pinggang, pedang dihunus di belakang badan ditutup perisai besi, pisau belati tersisip di boot dan tangan memegang selaras sniper. cukup bersedia untuk pertempuran jarak dekat mahupun jauh. atau shotgun lebih susuai ye? atau M-16? nampak AK-47 keluaran Rusia lebih kuat dan sesuai untuk semua jarak? emm...beli semua lah..pening pula memikirkan senjata yang mana yang lebih best. banyak lg senjata2 yang menarik minat. beli semua dan dijadikan koleksi di ruang tamu pon macho gak..musuh datang? biarlah dia..nanti dia tgk senjata aku yang banyak dan mantap ini mesti dia takut lalu lari mencicit..


wah..sang wira sudah bertukar profesion..dari seorang pejuang kpd seorang collector..badan dulu tangkas kini sudah berkarat sendi..

semuanya kerana apa? kerana pejuang lupa yang mana alat yang mana matlamat. matlamat untuk mengembalikan keadilan muka bumi beralatkan senjata kini sudah bertukar senjata pula menjadi matlamat..kadang 'nama perjuangan' dipergunakan pula untuk memudahkan beliau mendapatkan lagi koleksi2 baru..

ya sungguh..manusia itu mudah sekali lupa. seringkali didatangkan Allah dengan ujian2 utk melihat adakah kita mampu bertahan mengejar matlamat bila Allah bantu dengan mendatangkan alat?

katakan belajar disekolah/universiti..adakah masih tetap dengan matlamat itu? atau kini sudah terlupa lalu sibuk dengan asik bertukar telefon bimbit?selalu meninjau2 untuk upgrade laptop/komputer baru? atau gusar memikirkan baju apa lagi yang nak dipakai ke kelas sebab baju tu dah pernah pakai semalam, yg ni plak dah pakai minggu lepas...ish kene kumpul duit nak beli baju lain ni...untuk menjadi pelajar cemerlang aku kene guna pen yang berharga RM10 ke atas sahaja! adui...ni dah salah matlamat ni....

atau...belajar di Universiti itu sebenarnya matlamat kah? lalu selepas grad nnt dah boleh mati dengan tenang dan aman? kerana aku graduan universiti sekian2..mati pun tersenyum :) begitu kah? atau apakah matlamat hidup kamu sebenar2nya? sanggup bersengkang mata tak tidur malam demi menyiapkan projek itu ini..kadang masa utk solat pun diabaikan..solat pun asik teringatkan hw.. kelas jam 7.30 og weekdays boleh bangun tapi bila takde kelas, subuh ke mana hala..aduh...untuk ini sahajakah hidupmu? kenapa? tak pernah jumpa org yang hidup bahagia walaupun dia tak masuk universiti? tak boleh imagine camne orang nak hidup kalau tak blajar kat skolah? agak2 nnt dalam kubur malaikat tanya tak 'dari universiti apa kamu graduate?' ?

takyahla kan nak terangkan matlamat hidup lagi skali kat sini...rasa2 macam posting aku kat blog ni asek pasal matlamat hidup je..dah takde point lain ke nak sentuh? nampak sgt cetek ilmu..

begitu juga dengan dakwah..menyeru umat manusia kepada Allah..kepada islam. itu perkara pokoknya..itu matlamatnya..biarpun tanpa senjata perjuangan tetap perlu diteruskan..apabila mendapat bantuan wadah dan jemaah sebagai senjata mengukuhkan barisan, menyusun dan mengoptimum gerak kerja, sepatutnya semakin tangkas berjuang. mendakwah manusia kepada matlamat..bila mereka sedar tanggungjawab diri di dunia ini, mereka juga akan turut bangun berjuang..nah pada waktu ini mereka mungkin akan bersama dengan kita menggunakan senjata wadah dan jemaah kita. sekiranya ya, baguslah..sekiranya berjuang menggunakan senjata lain? jgnlah berkata ah ko ni apela pakai keris..zaman sekarang orang pakai pistol la...lupa dah ye mana satu alat mana satu matlamat? Biarlah..yg penting berjuang seikhlas hati menggunakan cara yang dia selesa..bukan berbalah pula kerana senjata. kelak takut mnjadi fitnah pula org yg ada 'senjata' ni kerja nak berbalah je pulak...takut2 org taknak join pula berjuang...

yes sangat susah untuk pastikan hati ini sentiasa ikhlas..apatah lagi tatkala diuji dengan cucukan2 dari pihak2 lain yang seolah2 mencabar ego perjuangan kita..lihatlah senjata kami best~...ada laser....senjata kami ada teropong...sebenarnya raaaamai lg org yang tak sedar pun bahawa hidup kita ini sebenarnya perlu berjuang...takkan nak promot senjata dulu pulak..kalau dah sampai tahap ramai sgt pejuang yang benar2 faham..insyaAllah dah takde masalah kekeliruan lepas tu..

harap2 pahamlah ye analogi yang dikongsikan..kalau tak paham sila angkat tangan, berdiri, kenalkan nama, dari kelas ape...ha pastu tanyalah soalan ;p



semoga Allah sentiasa memelihara diri kita, hati kita, niat kita..agar sentiasa berjalan ke arah matlamat yang betul...sentiasa benar dan tidak terkeliru yang mana tujuan, yang mana bantuan..yang mana telur kuning, yg mana telur putih..

ameen