Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Showing posts with label cita-cita. Show all posts
Showing posts with label cita-cita. Show all posts

Tuesday, March 5, 2013

pemudah cara

bismillah..

bila kita kehausan, kita mahu minum air yg boleh membasahkan tekak kita y kering itu..

air boleh didapati dari sungai dan lautan..tapi takkan kita nak gi sana setiap kali kita nak minum kan? susah pula nampaknya..
takkan setiap kali nak macam ni..penat jugak kan..

sebab tu kita ada sistem saliran air..ada loji untuk merawat air2 tersebut..ia memudahkan kita untuk mendapatkan air..lalu air itu datang kepada kita melalui paip besi..

air boleh didapati dari paip besi..tapi takkan kita nak buka paip dan minum terus dari paip tu setiap kali kita nak minum air kan? tak terjamin pula..tak bertamadun pula..
budak-budak buat comel lagi.orang tua buat mmg sangat kesian..

sebab tu kita ada jug/cerek untuk bekas kita memasak air. ia memudahkan kita untuk menyimpan air dan memanas/menyejukkan air tu juga..

air boleh didapati dari jug..tapi takkan kita nak tonggang jug tu dan minum dari bekas tu terus kan? gelojoh sangat pula nampaknya..

sebab tu kita tuangkan air ke dalam cawan sebelum kita minum. ia memudahkan air2 yg sedap itu untuk diminum oleh kita, dan boleh dituangkan ke dalam cawan2 lain untuk di minum oleh orang2 lain juga..

itulah nama dia pemudah cara..namun jangan sampai kita ingat cawan itu pulak yg boleh mengeluarkan air..kena tahu yang mana alat, yang mana matlamat..

ye..kita nak belajar islam..antara cara yang paling mudah ialah dengan menyertai gabungan2 kumpulan orang yang sama2 turut mahukan islam..islam yang sebenar..islam yang bukan sekadar teori seperti yang kita belajar disekolah tapi tak mampu pun mengubah kita menjadi cintakan Allah lebih dari segala2nya..

sebab tu kita ada naqib/naqibah..dia memudahkan cara untuk kita mendalami islam itu..dia susun kita supaya berkongsi dengan kawan2 tentang aqidah, ibadah, akhlaq, seerah dan lain2.. tapi dia juga manusia biasa..tentu sahaja ada kelemahan dan kekurangan sendiri..janganlah kita memandang bahawa kelemahan dia sebagai kelemahan sistem tarbiyah itu sendiri.dan jangan pula kita terlalu percaya sebulatnya hanya kepada dia..kepercayaan kita sebenarnya bukan bersifat individu, tetapi kepada sistem tarbiyah itu sepatutnya. dan sama2 kita usahakan supaya sistem yg ideal ini boleh berlaku dalam hidup kita..naqib/naqibah hanyalah pemudah cara..

dah pernah tgk cerita sang murabbi?

sistem tarbiyah  pula menyusun kita agar menjadi seorang individu yang mantap aqidah, benar dalam ibadah, kuat tubuh badan, berdisiplin, bermanfaat utk orang lain etc (10 muassofat). ia bukan sekadar teori dalam usrah tetapi diterjemahkan dalam qiyamullail dalam MABIT, menuntut ilmu dari Daurah, sihat dan ukhwah dari Riadah dan Rehlah, mengajar disiplin dan mujahadah dalam mukhayyam dan seterusnya..

sila lengkapkan sifat2 ini dalam diri anda..

sebab itu kita ada jemaah. ia memudahkan kita unutk bekerjasama dengan orang lain yang sama dengan kita untuk menjayakan sistem tarbiyah ini. tetapi jemaah-jemaah yang ada hari ini juga adalah atas ijtihad manusia..tentu sahaja tidak boleh memuaskan hati semua insan di dunia..mungkin kena dengan cara aku tetapi tidak kamu..

janganlah pula kita merasakan bahawa jemaah kita sahaja yang betul dan jemaah lain pula confirm salah (melainkan yg obviously melanggar syariat). kepercayaan kita kepada jemaah kita tidak boleh sampai segala yg jemaah kita buat kita iyakan dan benarkan walaupun mungkin ia berlawanan dengan kemaslahatan ummah sejagat atau mendatangkan fitnah kepada islam..ia seharusnya adalah cerminan kepada satu kepercayaan yang lebih hakiki, iaitulah kepercayaan bahawa islamlah satu cara hidup yang paling syumul yang sesuai dengan semua manusia di dunia..jemaah hanyalah pemudah cara..

sebab itu kita ada islam..ia sebenarnya satu2nya jalan yang valid pada hari ini untuk mendapatkan keredhaan Allah..islam itu turunnya kepada kita sebagai rahmat, bukan menyempitkan dan menyusahkan..ianya turun berperingkat2 sebagaimana sewaktu zaman nabi kita Muhammad s.a.w bermula dengan pengukuhan aqidah, membawa kepada ibadah2 dan seterusnya syariat hukum hakam..

 ia tentu sahaja tidak boleh dibawa terus secara total kepada mereka yang baru mendekati islam..ada peringkat2 tahapan2nya..hudud sebagai contoh yang menakutkan orang islam apatah lagi bukan islam, sepatutnya diterangkan ia hanya boleh dilaksanakan setelah semua sistem ekonomi, pendidian, sosial, politik dan lain2 semuanya menggunakan rangka islam, sehingga tiada sebab untuk seorang itu melakukan perbuatannya (mencuri, berzina dll), maka jatuhlah hukuman kepada beliau..mungkin dengan penangguhan perlaksanaan sistem hudud di negara ini akan menyebabkan orang semakin dekat dengan islam dan akhirnya memahami islam dengan kefahaman yang murni, dan menerima islam samada menjadi muslim atau tidak.


jangan sampai kerana salah faham kita terhadap islam, menyebabkan orang2 disekeliling kita semakin jauh dari islam, jauh dari Allah. afterall, islam juga hanyalah satu perbuatan untuk kita sampai kepada Allah. islam yang bermaksud menyerah diri (rujuk 2:131) kepada Allah, tuhan sekalian alam..

cawan memudahkan dari jug, jug memudahkan dari paip, paip memudahkan dari sungai, sungai adalah nikmat dari Allah kepada kita...

naqib memudahkan dari sistem/jemaah..jemaah memudahkan dari islam..dan islam adalah rahmat dan nikmat dari Allah kepada kita..

Moga Allah mempermudahkan kita untuk memahami Deen yang kita cintai ini...

wallahu a'lam..

Tuesday, December 4, 2012

yeay dah kawin!!

bismillah...

1st time menulis blog dengan gelaran suami hahaha...well perasaan ketika menulis? sama jek..mungkin lebih tenang, lebih matang kot. tgkla camne pas2ni kan..

alhmdulillah segalanya berjalan lancar. Allah permudahkan segala2nya..alhmdulillah alhmdulillah...persiapan perkahwinan dipermudahkan..hari pernikahan dipermudahkan..majlis walimah dipermudahkan...sampai takde satu perkara pun lah yg aku rasa can be better..semuanya mudah dan sempurna.

aku bernikah pada 10/11/12. tarikh yg sebenarnya taklah dikejar atau dirancang sejak lama. aku bgtau parent rasa cam nak bernikah bulan 11, lepas raya haji camtu. lepas ckp camtu aku pun naik flight balik us. turun je flight ummi cakap ok walimah belah kita 18hb Nov ye. ditakdirkan dewan tu ada kosong tarikh tersebut sahaja..aku pon ok jela..(sebab tak sabar kan..)


Hari Nikah..

so camni lah rupa aku sebelum nak bernikah tu. cemas2 sket2 tu dah ada tp not really feeling it. mungkin sebab orang2 yg ada kat sekeliling tu ramainya kawan2 aku..so debaran tu takla rasa sgt..


pak imam yg nikahkan aku tu, ust adib namanya. alhmdulillah dia sangat2 bagus orgnya..tazkirah nikah pun bagus..dan sgt mempermudahkan urusan nikah. asalkan jelas, tiada syarat2 tambahan dikenakan. lepas aku jawab akad, terus dia kata alhmdulillah dan membaca doa. takde tanya org2 lain sah ke tak sah ke..well, kalau kat US jawab yes je kan dah sah..namun kat mesia kenala jawab panjang sket..



lepas akad nikah, aku mengimami isteriku menunaikan solat sunat nikah. time solat ni lah baru aku rasa sgt bahawa aku dah menjadi seorang suami, tanggungjawab makin berat, kena jadi imam kepada isteri. perasaan waktu tu, gembira campur cemas campur takut..rasa cam nak nangis btul dalam solat tu..itu antara hikmahnya kot solat sunat nikah tu..isteri aku pun kata time solat tu lah dia paling rasa sampai menggigil lutut..
alhmdulillah it went well. nikah tu tak sampai seminit pun..tp moga ia berkekalan selama2nya insyaAllah.


lupa plak nak perkenalkan. nama isteri aku Husna Madiha binti Zainul Abidin. kalau dalam gambar tu, dia yg belah kiri aku tu la. ni gambar Ayah aku, ust adib, abah dia, aku, dia, ummi aku dan mama dia. ni adalah line up org paling penting untuk aku pada hari tersebut. hari2 seterusnya pon sama kecuali ust tu jela tak masuk lg dah hehe..


special thanks to kawan2 dulang boy and pak andam aku, which are usrahmate waktu kat purdue dulu..




who's next in line? mungkin gambar di bawah memberikan jawapannya..




Hari Walimah...

hari walimah aku pada 18 Nov 2012, alhmdulillah juga berjalan lancar. siap ada kejutan video dari diorang ni yg menyebabkan mata aku berkaca2..tak sempat nak mengalir je sbb org datang nak amik gambar bersama. Thanks guys..you guys are the best.

tetamu yg datang, lagi ramai tetamu parent aku la dari tetamu aku..walaupun majlis aku tp sponsor parent kan haha...tetamu yg aku jemput siap pos kad seawal kad siap pun rasanya adala beberapa je yg datang..diorg dok jauh2..sejarah kawan aku dulu2 sejak kat kedah membawa ke johor..jauh gak diorg nak dtg..ada yg ada urusan penting yg tak dpt nak dielakkan..

tp antara yg aku takleh nak lupakan, sepasang kawan yg aku beru 1st time bersua muka..sejak dari dulu kawan di alam maya je..sejak zaman friendster lg tu! Lia dan suaminya, wafi. datang dari ipoh rasanya..sgt2 berterima kasih kepada korang berdua..lia siap malu2 sebab 1st time jumpa kan..sebbaek wafi macho je dtg salam..tak sempat bergambar bersama kan? len kali jumpa lagi insyaAllah..

serentak dengan walimah aku tu, ialah serangan yahudi ke atas saudara2 kita di Gaza. aku sgt2 rasa bersalah..dahla tak gi join diorg lawan musuh islam, bersuka ria bergembira plak dengan walimah aku..alhmdulillah surrounding aku juga turut merasakan yg sama. kawan aku azizi selaku pembaca doa untuk majlis, turut menyelitkan doa untuk mereka di sana (macam 80% doa tu utk Gaza je hehe..). menginsafkan doanya..terima kasih azizi..alunan doa qunut nazilah juga ada by unic..dan juga ada tabung2 aqsa syarif utk gaza di setiap meja makan.. alhmdulillah dapat mengutip beberapa RM untuk disumbangkan kepada mereka di sana. dan yg paling penting ialah menggunakan kesempatan ini untuk mengajak para hadirin untuk turut sama tidak lupa kepada saudara2 kita di mana sahaja kita berada..korang pun nanti buatla ye (kalau belum or kalau tambah ;D )

 


owh and yes..tema hari dewan walimah aku aritu pink! ciss tak macho..awal2 aku dah tolak warna tu..event manager setuju je. tp preparation dewan diorg tak bg aku gi tgk..rupanya diorg amik pink gak..ummi la yg suka kot..last2 ok je pink pon..tak kisah dah warna apa bila what matters is dengan siapa ;p

cakap pasal event manager, terima kasih byk2 kepada RYD event management yg telah memanage event aku hari tu. KakDi selaku event manager dan sepupu lah terutamanya..walaupun kakdi mmg la tak baca blog ni kan..moga Allah membalas jasamu..mempermudahkan segala urursanmu untuk duniamu dan terutamanya akhiratmu..dan semua ahli team RYD yg lain juga. ameen.

Hari Realiti..

Selesai bergelar raja 2 hari..tiba masa untuk hidup realiti..

The very next day 19hb Nov terus husna work her 1st day as a dentist. kena posting ke perak!! namun alhmdulillah Allah permudahkan..thanks to pegawai2 kesihatan dan semuanya, dia kena kerja di klinik pergigian Tanjong Malim..betul2 sempadan Perak-Selangor. adala tak sampai sejam dari kl..


maka jadilah kami kekasih hujung minggu..weekdays bujang weekend kerja sebagai husband lah aku wat masa ni..to think about it, alhmdulillah Allah susun sebegini..since aku pon ada 2 jenis family...satu family seakidah walau tak sedarah yg perlu aku santuni di Shah alam ni..dah beberapa minggu mereka bercuti..dah rindu2 dah ni..so weekdays bolehlah aku fokuskan untuk mereka, manakala weekend untuk isteri dan family yg sedarah. cantik sungguh aturan Allah untuk kami..Moga dapat kami manfaatkan sepenuhnya peluang yg Allah bg nih.

Hati tenang rasa sempurna

to be honest, aku rasa macam dah takde ape yg aku nak kejarkan sangat..walaupun belum bekerja, belum bergaji besar, belum berkereta dan berumah besar...aku rasakan hidup simple aku ni dah cukup wat masa ni..bukanlah nak kata dengan berkahwin ni, impian dah tercapai..kahwin bukannya impian kan? ia hanya satu lagi alat yg boleh digunakan untuk mencapai matlamat. mencapai cita2.. dan terasa macam ada satu cita2 yg aku rasa sangat dekat semenjak dua menjak ni..iaitu mati syahid..entah mengapa..mungkin ada kena mengena dengan syria dan gaza yg amat hectic baru-baru ni..well, semua orang akan mati..kan best kalau mati pun, kita nak mati yg sebaik-baik mati..syahidlah jawapannya. kan?

sekali lagi aku berterima kasih untuk semua yg selalu mendoakan aku, mendoakan kami..semoga Allah membalas kalian dengan ganjaran yg bahkan lebih dari itu...teruskanlah berdoa untuk kami..insyaAllah kami juga sentiasa mendoakan antum..dan semoga dapat sama2 kita bernaung dibawah arasy Allah ta'ala nanti..di hari dimana tiada perlindungan selain dariNya...



Ameeen


Sunday, July 15, 2012

aku hari ini

Bismillah..

Alhamdulillah sudah hampir sebulan aku kembali ke Malaysia tanah air tercinta. Ternyata kepulanganku banyak membuahkan soalan-soalan di kalangan orang di sekitar kerana tempoh hari ku katakan yang aku mahu terus berada di bumi Amerika itu untuk beberapa tahun lagi.

Namun kini aku pulang, dan mengubah perancangan aku itu. Kini aku sedang menjadi Research Assistant dan sedang memohon untuk menyambung pelajaran ke peringkat master di UiTM dalam bidang yg sama seperti diploma dan degreeku, kejuruteraan mekanikal. Macam tak percaya yang aku masih berada di institusi pendidikan setelah 8 tahun (sejak 2004) di sini. Aku sangkakan yg aku sudah serik. Tetapi inilah aku hari ini.

Kenapa? Persoalannya ialah kenapa aku memilih jalan ini.

Selepas menamatkan pelajaran di Purdue tempoh hari, aku merancang untuk bekerja sebagai seorang jurutera. Tentulah! Setelah bersusah payah berusaha untuk lulus dalam bidang ini. Namun lama kelamaan aku merasakan yang aku lebih cenderung untuk membangunkan dan bekerja untuk manusia berbanding mesin.

Seluruh hidup kita ini tujuannya ialah untuk mencari ketenangan, kebahagiaan, kegembiraan. Ianya berada di hati manusia. Hati yang tidak terdidik dengan hakikat kehidupan sebenar akan terus mencari yang bukan-bukan utk mencipta kebahagiaan ini. Lalu disitulah peranannya ahli-ahli sains yang tugasnya adalah untuk menyelesaikan masalah dan salah satu masalah yang utama manusia ialah kepuasan. Ada kereta, mahukan kereta yg lebih besar, lebih mahal barulah puas. Ada henpon mahukan yg lebih nipis, lebih bergaya lebih hebat barulah puas. Ada pakaian mahukan yg lebih berjenama lebih glamor barulah puas. Lalu orang sains saban hari bekerja keras mencipta membina untuk memuaskan nafsu manusia yang tidak akan pernah puas andai ianya tidak diisi dengan iman. Iman bahawasanya sungguh dunia ini hanyalah tempat persediaan utk ke akhirat.

Graduan university yang diserap masuk dalam arus membina teknologi hari ini sebenarnya ramai yang diperangkap oleh teknologi itu sendiri. Contoh: sudah dapat kerja di Kuala Lumpur dan untuk hidup di bandar besar seperti ini tentulah perlu ada kenderaan, tempat tinggal dll. Maka belilah mereka kereta standard harga RM50K secara hutang kerana tentu tidak ada simpanan sebanyak itu pada masa mereka grad. Mahu mencari rumah samada sewa atau beli juga dua2 perlukan kepada pembayaran bulanan. Rumah dan kereta sahaja sudah mampu mengikat pemuda hari ini untuk terus bekerja gigih, korbankan masa utk segala-galanya yang lain, kadang terpaksa melakukan sesuatu yg diluar prinsip hanya semata2 kerana hutang. Andai tidak bekerja, bagaimana untuk membayar hutang kereta selama 5 tahun ini? Hutang rumah selama 20 tahun ini? Hutang pelajaran dahulu juga kena bayar semula. (majority graduan berhutang ini, tahniah!) Dan belum cerita yang sudah terjebak dengan kad hutang.

Pemuda harapan ummah hari ini sudah tidak lagi mampu untuk memikirkan tentang ummah kerana beban mereka sendiri pun tidak temampu untuk tidak difikirkan. Apabila pemuda tidak berfungsi sebaiknya, bagaimanakah kepimpinan kita nanti? Pemuda tidak mempunyai masa utk mengenal dunia tentulah kelak akan menjadi pemimpin yang tidak matang dan jahil dalam memacu hala tuju ummat masa hadapan.

Oh, by the way kitaran ini sudah berlansung beberapa generasi, dan sekiranya tidak kita sedari dan ubah sekarang, tentunya penyakit ini akan terus menyerang generasi keturunan kita juga.

Lalu aku bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik di institusi pengajian tinggi Negara, dengan harapan mudah-mudahan aku dapat mengubah hati-hati yang tidak puas itu ke arah mendapatkan kepuasan yang lebih manis bersama islam. Untuk ini aku juga perlu menyediakan diri secukupnya kerana manusia yang tiada apa-apa, tidak dapat memberi apa-apa. Doakanku.

Itu salah satu sebabla. Tapi ada lagi satu sebab yang amat penting iaitu aku memikirkan bukan lagi hanya untuk diriku, tetapi untuk masa depan berdua, bertiga dan seterusnya.

Dulu perancangan aku utk menetap di bumi kelahiranku itu hanyalah perancangan aku sendiri. Tempoh hari aku bertanya kepada dia bagaimana perancangannya kehadapan. Katanya dia mesti berkhidmat untuk Malaysia untuk beberapa tahun atas janjinya kepada negara. Aku rasakan elok juga kalau aku turut bersama-sama berada di sini untuk menemani. Mudah-mudahan dia tahu yang aku ini boleh dibawa berbincang dan merancang itu bersama-sama, bukan hanya aku yang boleh bersuara ye. InsyaAllah bila diizinkan Allah pasti aku akan kembali semula ke tanah tumpah darahku itu utk berbakti di sana pula.

Mohon doa dari kalian semoga kita semua sentiasa tsabat dalam jalan mencari erti hidup, dalam jalan mencari kebahagiaan hakiki, dalam jalan bertemu Rabb yang dicintai dan dirindui. Biar apa pun pekerjaan kita, biar di tanah mana pun bumi ini di pijak, biar di langit mana pun kepala ini menjunjung, tetaplah hati ini, jiwa ini, hidup dan mati ini tidak lari dari tujuan hakiki, untuk Allah Rabbul Izzati.

Thursday, January 19, 2012

musafir I




bismillah..

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..

akhirnya Allah beri jua kelapangan untuk aku mencoret lagi di pondok buruk ini..setelah sekian lama ia seolah2 tak berpenghuni..bukan sengaja aku meninggalkan ia terbiar, tapi terlalu byk perkara yang dikejarkan sampai terpaksa aku utamakan y utama..benarlah kata ulama bahawa sungguh masa y ada utk kita bermain di dunia ini lansung tiada, andai benar kita bersungguh mahu menjadi khalifah di muka bumi ini..ii

banyak perkara y ingin aku kongsikan..apa y berlaku, dan apa yg aku pelajari darinya. biarlah aku ceritakan dalam bentuk kronologi ye.

alhamdulilah pertamanya ialah hari graduasiku sebagai seorang pelajar ijazah(degree) di Purdue University. aku telah menghabiskan kira2 2 tahun tadika, 6 tahun skolah rendah, 5 tahun sekolah menengah, 3 tahun diploma di UTHM, 1 tahun Ijazah di Uthm sebelum pindah ke purdue for another 3.5 years. Thats a total of 20.5 tahun pendidikan secara rasmi sepanjang hidup aku yg baru 25tahun lebih ni. Lama jugakla jadi pelajar kan?
so atleast satu peringkat pendidikan rasmi sudah berjaya ditamatkan. Satu peringkat perjuangan dari beribu jenis y ada dimuka bumi ini dah selesai..terima kasih berjuta2 kasih kepada semua yang mendoakan diriku ini. Walaupun lambat dari org lain tp yg penting it's done.

Namun bak kata ayah, education system tu is just one part of life. Jangan larut sangat lemas dan lupa hakikat kehidupan plak..kan?

So, Dec 18 2011 maka sahlah aku bergelar seorang graduan :)



Credit to all the photographers, lunch organizer dan y paling penting `mak ayah' kami di sini: puan Sarah and uncle Mud serta family


Next day terus bertolak ke Las Vegas! Astaghfirullah ape buat kat sin city tu???!! Ha jawapannya??

Sila lihat sekali lagi gambar di atas, dan baca backdrop tersebut. bukan pelakon utamanya ;p

dari kanan: Naib Presiden 2 MISG, aku, Naib Presiden 1 MISG, Ketua Region EAST.

Muktamar 2011 dengan tema yang sebenarnya membawa maksud membina muwassofat individu muslim utk memandu ummah kepada Allah :)

sempat berpic ngn ust Samsi and Kang Abik (pengarang buku ayat2 cinta)..


Pic dengan pak eka (presiden IMSA), ust hasanuddin (speaker dari Malaysia) dan 2 orang aku ;)


Pic budak csm (coorado school of mines) selaku 'tuan rumah'..


Pic ngn pak dubas (duta besar Republik Indonesia ke USA..bukan yg paling kiri tp yg pakai songkok tinggi)



Muktamar IMSA-MISG utk Kali ke kesekian kalinya (brpa ek?)

Nnt sambung tulis lah..Susah plak nak upload pics guna tablet ni. Lgpun dah ngantuk. Insyaallah tbc. Saja nak post gak supaya tak hilang momentum.

Menukil dari Mu'tah, Jordan. Jan 19, 2011

******
Ok nak sambung harinilah..

rasanya muktamar di LV ni lah muktamar paling jauh dan paling grand yg pernah aku lalui. 1st of all, jaraknya subhanallah punyala jauh dari majority student msia..dari tempat aku sahaja dah hampir 2000miles laluan kereta. bayangkan kalau dari NY?

dan ditakdirkan Allah banyak btul cabaran2 yang dilalui utk menjayakan muktamar ini. nak tau? biarlah aku ceritakan utk pengajaran kita bersama ye?

1st, sebenarnya keputusan utk mengadakan muktamar di belah west coast adalah hasil survey yg dijalankan oleh IMSA kepada semua sasaran di USA ini (termasuklah families and students both malaysian and indonesian ). dan majority besar telah memilih utk ke west coast. aku pelik kerana bila draft awal keputusan muktamar di west coast, rata2 kami students malaysia kurang bersetuju kerana terlalu jauh (plus ianya LAS VEGAS). rupanya statistik survey yg dijalankan itu hanya diisi oleh tak sampai 50 org dan hanya 9 org vote for west coast! ternyata sample y tidak mewakili majoriti sasaran telah mnyebabkan keputusan ini berat ke sana. survey ini telah dijalankan pada bulan 7 kot dimana pada waktu itu ramai students sedang bercuti, pulang ke malaysia dan maklumat utk mngisi survey tidak sampai kepada mereka. waktu itu kontrak dengan hotel sudahpun ditandatangani (mewakili IMSA-MISG dan pihak hotel setelah berlaku miss-communication dalam persetujuan dari MISG) dan untuk membatalkannya akan dikenakan bayaran 30% dari jumlah kontrak iaitu sekitar $6000.

pengajaran: betapa pentingnya chain of command atau information networking yg efficient bila berhadapan dengan perkara penting seperti ini! dan lepas ni kena buat survey awal..waktu yg semua org ada..senang nak dpt maklumat yg accurate ye!

2nd, cabaran y dihadapi oleh pasukan bas. diketuai oleh akhi syamir aizat (ketua region east di atas tu..) MISG diberi amanah utk menguruskan perjalanan bas dari Pennsylvania ke LV. ramai yg mungkin tak tahu dan tidak ambil peduli tentang bas ini kerana menyangka semuanya smooth. tetapi hanya Allah yg tahu betapa bergelojaknya hati team pengurus bas ini utk menjayakannya. harga sewa bas utk muktamar ini sepanjang 9 hari adalah sebanyak $18000. bas yg berkapasiti 56 org itu hanya diisi oleh 40 plus org..kita cuba jadikan ia sebagai usaha meringankan beban perjalanan maka maksimum rate kita letak $300 seorang. dan baki wang akan dikorek dari tabung MISG. perjalanan beribu batu, mengambil masa 3 hari utk sampai ke LV. bayangkan mereka ini 3 hari di atas bas, 3 hari bermuktamar, dan 3 hari pula untuk pulang ke tempat asal. dengan bas rosak, dengan kejutan kejutan lain yang pasti takkan dapat aku kisahkan di sini.

kepada akhi syamir dan seluruh team bas, aku ucapkan jazakumullahu khairan jaza'. Allah akan ganjari antum dengan sebaik2 ganjaran..disebabkan amanah ini aku menjadi bertambah sayang dekat akh syamir. beliau masih single, dan hensem pulak tu..kepada yang rasa2 nak cari suami, percayalah syamir are one of the top of the list of the best ikhwah available in the US ;) ..berapa banyak of daa

3rd, speaker dari Malaysia pada awalnya ramai calon2, kemudian hanya 2 yang mampu datang (2 yg mampu kita tanggung utk datang). bukan sengaja taknak panggil yg top2 tu..tp tahu jelah tak semua available. tahun ni kenala book mereka awal2..ust Azhar ke..dr.MAZA ke..ust Salam ke..

lebih kurang sebulan nak muktamar, seorang speaker jatuh sakit..seminggu lepas tu beliau mengesahkan tidak dapat hadir..sian aakif (Naib Pres 1 di atas) kena cari speaker lagi..

kemudian naik lg nama seorang speaker..hampir konfirm..oops beliau kena gi tempat lain..masa semakin suntuk, kena cari speaker yg sudah ada visa takut tak sempat datang..

oh ada ust yg baru pulang dari US atas jemputan MSD, boleh ust? boleh..kot...

oh tak boleh notice too late beliau ada acara lain yg tak sempat nak selitkan muktamar kami..

ok2 ada sorg lagi beliau dah ada visa..insyaAllah boleh...speaker bagus ni pakar comperative religion..oh ganti ngan kawan beliau? ok je alhamdulillah

..oh tak boleh jugak? hmm takpelah kami teruskan dengan sorg speaker jelah..

masa tinggal seminggu lg ni mmg tak sempat nak cari lagi dah..5 speaker sudah berganti namun tiada rezeki utk bersama mereka..

dalam keadaan makin intense itu alhmdulillah ust hasan bawa zaujah beliau utk menjadi speaker ke2. terima kasih ust dan makcik syarifah kerana really helped us a lot..sempat pulak makcik promote nama saya kan waktu slot makcik.. Allah sebaik2 perancang..dapat jugak wakil speaker wanita utk membantu menyusun gerak kerja akhwat sedikit sebanyak..

4th...sehingga tinggal 3 minggu untuk bermuktamar, committee masih belum secure hotel yg dijanjikan. ini berlaku apabila tiba2 pihak hotel (alexis) mengubah perjanjian menyatakan bahawa kami tidak boleh menggunakan dapur mereka utk masak makanan utk peserta, dan sekiranya mahu membeli mahupun membawa makanan luar ke dalam hotel akan dikenakan charge yg tinggi dan tidak masuk akal! mereka menyatakan pegawai yg pada asalnya menandatangani perjanjian dengan committee itu telah dipecat dan tidak mewakili hotel tersebut. kami percaya bahawa ini adalah satu usaha untuk menekan kami supaya membatalkan kontrak (mungkin kerana program islami).

usaha committee yg pantas mencari jalan keluar mencari hotel alternative akhirnya narrowed to 3 option: either buat di hotel Reiviera (a gambling hotel), di Renaissance hotel (taraf 4 bintang y pasti meningkatkan kos sgt tinggi) atau batalkan muktamar! bayangkan hanya tinggal 3 minggu sahaja lagi dan committee diuji sehingga tahap ini. kos yg sudah sedia tinggi dengan tiket flight yg sudah dibeli oleh kebanyakan hadirin, kos perjalanan, pada waktu itu option 2 hampir sahaja dibuang. option satu dengan keras kami nyatakan tidak setuju kerana ia akan membawa fitnah yg sangat besar buat MISG hari ini dan masa depan. sedangkan buat program di Las Vegas sahaja sudah di'perli' orang. adakah sanggup berhadapan dengan option ke3? burn duit tiket semua? burn duit sewa bas ?

tatkala committee IMSA bergelut dengan cabaran ini, ahli MISG diambang final exam. aku sendiri diambang final projects dan exams..sehingga apa yg kami mampu buat hanyalah berdoa dan saling memberikan sokongan moral to each other..selalu aku pesankan kepada diri, dan kepada ajk untuk berdoa dan berdoa..berusaha sehabis baik biar bagaimanapun hasilnya pastilah Allah akan berikan yg terbaik untuk kita..

barang siapa yang bertaqwa pastinya Allah akan memberikannya jalan keluar..akhirnya alhamdulillah, tanpa disangka2 option 2 dipermudahkan Allah..hotel taraf 4 bintang itu dengan sangat senang hati menerima kami dan memberikan layanan yg sangat baik! of course harganya lebih mahal..hari pertama muktamar kami mulakan dengan defisit hampir $30K (that is $30,000 atau hampir RM100,000)..bak kata pak syafrin (ameer muktamar IMSA) kita berada dalam REDZONE tetapi beliau masih sentiasa senyum (to pak syafrin: I really salute you!) dan yakin dengan pertolongan Allah..

barang siapa yang bertaqwa pastinya Allah akan memberikannya jalan keluar..selepas buat 2 kali (HANYA 2 KALI!!) fundraising..hadirin yg ringan tangan begitu ramai pledge untuk cover cost yg tertunggak itu. semua skali kos settled!

subhanallah...subhanallah..astaghfirullah...meremang roma roma ku..hampir mengalir air mataku..betapa aku sedar diri ini hina dan kerdil..ternyata pertolongan Allah itu bila-bila masa sahaja sampai kepada mereka yg ikhlas dan bertaqwa..malu aku kepada abang2 kakak2 IMSA kerana aku tahu dan sedar kami MISG tidak sekuat mereka bekerja untuk muktamar ini..keikhlasan mereka bekerja..ketaqwaan mereka..ya Allah kau anugerahilah mereka syurgaMu ya Allah..mereka benar2 layak..

banyaklah lg kisah2 backstage yg berlaku..tak larat aku kisahkan semuanya di sini..

benarlah muktamar ini walaupun ianya antara the best, tapi juga ianya antara yg paling mencabar, banyak air mata yang mengalir untuknya dan kerananya. dan kemanisan muktamar ini akan dinikmati oleh mereka yg benar2 berkorban untuk menjayakannya, samada di muktamar ataupun diakhirat nanti..

oooppss sebelum terlupa,

tradisi muktamar..

Houston, Texas 2008


Atlanta, Georgia 2009


Las Vegas, Nevada 2011

adakah akan ada lagi muktamar untukku akan datang? Allahu A'lam.. moga yg terbaik diatur untukku oleh Allah Taala.


walhamdulillahi rabbil alamiiin :)

Tamat
Taiping, Malaysia.

Thursday, October 13, 2011

Antara berjuang dan senjata


bismillah

hari ni, aku nak bersembang pasal satu benda y common sense..tp ramai pulak yang nampaknya terkeliru..aku sendiri pun kadang2 terkeliru jugak..pasal ape ye agak2? cube tgk kat tajuk tu la..

seorang perwira sedang diancam oleh musuh yang cuba untuk merampas keadilan yang sedang dinikmati. maka sang wira itu pun terus menggunakan ilmu bergocoh yang dia belajar secara asas iaitu tarik rambut, gigit telinga, pukul2 ke..baling batu dan sebagainya lah..common sense la waktu ni. tp ape pun, dia akan buat sehabis baik utk menang dalam pertarungan mengembalikan keadilan itu. samada menang dan hidup harmoni, atau kalah dan mati syahid dalam berjuang..wira islam tak pernah rugi =)

maka ilmu pertahankan diri mula dipelajari untuk lebih membantu diri menghadapi musuh itu. habis segala ilmu persilatan takewando judo silambam semuanya dicuba untuk melengkapkan skill diri. tentu sekali tujuan utama adalah untuk berhadapan musuh kan..so that pertarungan tanpa ilmu yg cam tadi punya susah sampai 2-3 hari bergocoh tu, dapatla dikurangkan menjadi 2-3 jam sparing sambil terbang2 semua, supaya menang dan dapatlah buat kerja lain pulak pastu seperti menanam kobis atau mengail udang galah disungai (bayangkan setting kisah2 pendekar dulu2).


bila kepakaran senjata api menyusul tiba, mulailah pejuang pun turut sama bersenjata, pistol kiri kanan pinggang, pedang dihunus di belakang badan ditutup perisai besi, pisau belati tersisip di boot dan tangan memegang selaras sniper. cukup bersedia untuk pertempuran jarak dekat mahupun jauh. atau shotgun lebih susuai ye? atau M-16? nampak AK-47 keluaran Rusia lebih kuat dan sesuai untuk semua jarak? emm...beli semua lah..pening pula memikirkan senjata yang mana yang lebih best. banyak lg senjata2 yang menarik minat. beli semua dan dijadikan koleksi di ruang tamu pon macho gak..musuh datang? biarlah dia..nanti dia tgk senjata aku yang banyak dan mantap ini mesti dia takut lalu lari mencicit..


wah..sang wira sudah bertukar profesion..dari seorang pejuang kpd seorang collector..badan dulu tangkas kini sudah berkarat sendi..

semuanya kerana apa? kerana pejuang lupa yang mana alat yang mana matlamat. matlamat untuk mengembalikan keadilan muka bumi beralatkan senjata kini sudah bertukar senjata pula menjadi matlamat..kadang 'nama perjuangan' dipergunakan pula untuk memudahkan beliau mendapatkan lagi koleksi2 baru..

ya sungguh..manusia itu mudah sekali lupa. seringkali didatangkan Allah dengan ujian2 utk melihat adakah kita mampu bertahan mengejar matlamat bila Allah bantu dengan mendatangkan alat?

katakan belajar disekolah/universiti..adakah masih tetap dengan matlamat itu? atau kini sudah terlupa lalu sibuk dengan asik bertukar telefon bimbit?selalu meninjau2 untuk upgrade laptop/komputer baru? atau gusar memikirkan baju apa lagi yang nak dipakai ke kelas sebab baju tu dah pernah pakai semalam, yg ni plak dah pakai minggu lepas...ish kene kumpul duit nak beli baju lain ni...untuk menjadi pelajar cemerlang aku kene guna pen yang berharga RM10 ke atas sahaja! adui...ni dah salah matlamat ni....

atau...belajar di Universiti itu sebenarnya matlamat kah? lalu selepas grad nnt dah boleh mati dengan tenang dan aman? kerana aku graduan universiti sekian2..mati pun tersenyum :) begitu kah? atau apakah matlamat hidup kamu sebenar2nya? sanggup bersengkang mata tak tidur malam demi menyiapkan projek itu ini..kadang masa utk solat pun diabaikan..solat pun asik teringatkan hw.. kelas jam 7.30 og weekdays boleh bangun tapi bila takde kelas, subuh ke mana hala..aduh...untuk ini sahajakah hidupmu? kenapa? tak pernah jumpa org yang hidup bahagia walaupun dia tak masuk universiti? tak boleh imagine camne orang nak hidup kalau tak blajar kat skolah? agak2 nnt dalam kubur malaikat tanya tak 'dari universiti apa kamu graduate?' ?

takyahla kan nak terangkan matlamat hidup lagi skali kat sini...rasa2 macam posting aku kat blog ni asek pasal matlamat hidup je..dah takde point lain ke nak sentuh? nampak sgt cetek ilmu..

begitu juga dengan dakwah..menyeru umat manusia kepada Allah..kepada islam. itu perkara pokoknya..itu matlamatnya..biarpun tanpa senjata perjuangan tetap perlu diteruskan..apabila mendapat bantuan wadah dan jemaah sebagai senjata mengukuhkan barisan, menyusun dan mengoptimum gerak kerja, sepatutnya semakin tangkas berjuang. mendakwah manusia kepada matlamat..bila mereka sedar tanggungjawab diri di dunia ini, mereka juga akan turut bangun berjuang..nah pada waktu ini mereka mungkin akan bersama dengan kita menggunakan senjata wadah dan jemaah kita. sekiranya ya, baguslah..sekiranya berjuang menggunakan senjata lain? jgnlah berkata ah ko ni apela pakai keris..zaman sekarang orang pakai pistol la...lupa dah ye mana satu alat mana satu matlamat? Biarlah..yg penting berjuang seikhlas hati menggunakan cara yang dia selesa..bukan berbalah pula kerana senjata. kelak takut mnjadi fitnah pula org yg ada 'senjata' ni kerja nak berbalah je pulak...takut2 org taknak join pula berjuang...

yes sangat susah untuk pastikan hati ini sentiasa ikhlas..apatah lagi tatkala diuji dengan cucukan2 dari pihak2 lain yang seolah2 mencabar ego perjuangan kita..lihatlah senjata kami best~...ada laser....senjata kami ada teropong...sebenarnya raaaamai lg org yang tak sedar pun bahawa hidup kita ini sebenarnya perlu berjuang...takkan nak promot senjata dulu pulak..kalau dah sampai tahap ramai sgt pejuang yang benar2 faham..insyaAllah dah takde masalah kekeliruan lepas tu..

harap2 pahamlah ye analogi yang dikongsikan..kalau tak paham sila angkat tangan, berdiri, kenalkan nama, dari kelas ape...ha pastu tanyalah soalan ;p



semoga Allah sentiasa memelihara diri kita, hati kita, niat kita..agar sentiasa berjalan ke arah matlamat yang betul...sentiasa benar dan tidak terkeliru yang mana tujuan, yang mana bantuan..yang mana telur kuning, yg mana telur putih..

ameen


Sunday, September 25, 2011

T.I.M.E

Bismillah

Subhanallah..boleh tahan juga berat semester akhirku ini. Walaupun subjek yg diambil hanyalah 4 subjek namun 3 darinya adalah subjek Mechanical Engineering iaitu Heat and Mass Transfer, Machine Design 2 dan Senior Design. Satu lagi subjek yg sepatutnya ringan tp cam tak ringan sangat ialah Arabic Culture..walaupun hanya 4 subjek ni tp ish taktau la rasa cam setiap minggu masuk je hari isnin cam cepatlah datang wahai hari minggu..dan hari minggu tentulah terasa sangat pendek pula.


oh oh oh nak wat tu nak wat ni oh berpeluh!

Namun Alhamdulillah bersyukur sekali bila Allah bg kerja dan tanggungjawab yg banyak utk diuruskan dalam hidup ini agar sentiasanya diri ini ingat bahawa dunia ini mmg tempat bekerja. Bukan tempat untuk melepak2 tgk movie, main game, tido sebab taktau nak buat apa2..kalau kat dunia dah bersenang lenang, apalah seronoknya bersenang lenang di akhirat nanti? Kalau la Allah sudi jemput masuk ke ‘rumah bahagia’Nya kan..

Jangan pulak kita terlupa tujuan kita diciptakan..mengabdikan diri kepadaNya, dan menjadi Ketua Dunia (Khalifah Allah) di muka bumi.

Khalifah: sana tu jalan menuju islam. Orang: jom jom gi sana

Bayangkan kalau seorang tu nak jadi PM, takkanla masanya dihabiskan dengan bersenda gurau bergelak ketawa berhalai balai bergoyang kaki melenggang perut melepak segala kan? Teringat pula kata seorang ust tu tentang hidup ini. Bahawasanya di luar sana itu terdapat raaaaaaaaaaaaamai lagi orang yang tak tahu, tak faham, tak rasa bahawa islam ni best. Sebab tu mereka tak peluk islam, tak amalkan islam, tak sokong islam, tak tak tak tak banyaklah tak nya tidak kira mereka sudah sedia islam mahupun yg belum islam. Maka tanggungjawab kita lah org2 yg ya ya ya ya bg jawapan ayat tadi untuk menerangkan kepada mereka. Pastu terpulangla kat dorg nak join islam ke tak..kalo tak, rugila dia..kalau ya, ha jomla nikmati islam bersama-sama…

kenapa tanggungjawab kita pulak utk terangkan kat diorg? Laaa..nama pun khalifah islam (ada ke yg betul2 nama ni ;p )..kalau kita tak buat, Allah nak hantar sape plak masuk syurga kan? Sebab takde sape buat apa2 utk tegakkan kalimah suci Nya..dan takkanla Allah zalim sangat nak campak semua org kafir tu ke dalam neraka sedangkan mereka tak tau pun islam ni best. Kalau dorg tau mestila dorg join islam kan? Masalahnya dorg taktau..nape dorg taktau? Sebab kita tak bgtau la!! Ish ish…

Abih tu nak kena cite kat dorg la ni?

Ha ye la!

Abih tu diri sendiri pun tak pandai nak cite camne?

Ha sebab tu la kena blajar..kena kerja..kena amalkan islam ni baru reti nak share dengan orang..kalau asek tgk cite (korea, drama, hindustan, gossip) or main game je mana nak ada masa nak blajar utk jadi khalifah Allah betul2.. abih tu takleh rehat la? Boleh…rehat boleh..lepak2 tak tentu hala tu yg taklehnya..lepak2 sambil ber’bulatan gembira’ baru boleh ;p

Ha itulah antara monolog yg bermain dalam minda aku pada beberapa ketika ini. Mudah2an benarlah doaku, janjiku, sumpahku kepada Allah dalam setiap hari ucapanku dalam solat bahawa SESUNGGUHNYA solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah..bukan untuk aku lalai2 lepak2 buat benda2 tak berfaedah untuk ummah ni..

Maka kalau anda bz untuk ummah, untuk study agar satu hari nanti anda akan gunakannya untuk ummah, maka tahniah! Semoga anda bz selalu =)

Tiba-tiba terasa benarlah kata-kata (siapa ye? Kalau tahu tolong bgtau)

jaga2 jangan sampai terperangkap dek masa

Masa ibarat pedang, kalau kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita.

Masa adalah kehidupan..membuang masa atau ‘killing time’ seperti membunuh diri sendiri akhirnya

Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..(ini mesti semua org tahu kot?)

Ya Allah kurniakanlah kepada ku, kepada ibu bapaku, kawan2ku semua keberkatan masa. Semoga amanah masa yang ada pada kami ini ini aku gunakan sentiasanya tidak lain hanya untuk mencari keredhaanMu.

Ameeeeen

Tuesday, July 12, 2011

Cerita Sungai Pusu

bismillah

aku ditakdirkan untuk bersekolah menengah atas di SMK Sungai Pusu. untuk mereka yang tak tahu, skolah ni terletak di Gombak, sebelah karak hiway gombak-kuantan tu..skolah ni skolah asrama separuh harian. takdela glemer sgt skolah ni cuma org kata skolah ni skolah bestari. taktaula kan~

batch kami adalah batch pertama skolah tu yang masuk sejak f1 (aku masuk waktu f4) so maksudnya waktu aku skolah situ, skolah ni baru la 3 tahun camtu.

skolah ni budak2 dia baik2 (cam aku la kan pfft)..dulu2 waktu kalo ada mesyuarat cikgu2 skolah lain dtg skolah kami waktu hari skolah, cikgu2 tu tanya kat cikgu kami "skolah ni cuti ke hari ni?" sebab budak2nya semua snyap je tak bising2 dan tekun belajar haha..

pintu masuk utama aku ke skolah dan asrama

walaubagaimanapun bukanlah itu point aku sebenarnya..bukan point kami baik tu yg aku nak kongsikan..aku nak share hari ni ape yang aku belajar dari skolah tu. ha ironi tak ironi la kan..mmgla skolah tempat kita blajar? but u know what..blajar akedemik tu hanyalah 1 part daripada kehidupan..byk lagila yg aku blajar selain akedemik..

1st, aku blajar bkawan ngn budak2 yang pernah skolah smksp tp da pindah skolah lain..ada 2 sebab knapa aku bleh ada kawan ni. 1st ialah persahabatan antara dorg ni mmg kuat sampai pas pindah pon dorg still hangout sama2 sampai aku pon knal dorg, dan kedua ialah skolah ni mmg best sampai ada y pindah masuk smksp balik selepas diorg dpt sambung ke skolah2 power sperti kisas dan mrsm (yg ni lelaki takde kot..ada ke?)

antara kawan kategori ini yg aku sempat kenal ialah herman, asyraf, safwan, safuan, faris, aslami, inas, abbad, mael, zaid, bob dan ada la beberapa lg kot..dorg ni sume blaja kat skolah power2 sampai aku pun cam inferior sket la kan..

tp takpe smksp pon best jugak sebab ada kawan2 yg macam adik bradik aku dah iaitu azizi si ketua kelas, zahid si budak fav cikgu2 (dan aweks), ayoi si pengawas jambu haha, ibai si pengawas tido tapi pandai, hasan ketua pengawas, hamzah brainer agung, ajim berbaju oren, najmi katil seblah. saini, alan, bad, ramai lah maleh aku tulis semua baik aku letak buku tahunan je kan kalo nak cite semua..

ni dia muka taiko2 senior asrama

2nd, aku blajar kawan ngn pompuan. ha jgn tak pcaya yg aku ada kawan pompuan gak..waktu f1-f3 aku skolah agama yg kelas asing jantina. so mmg takde kawan pompuan la. masuk je smksp ni ada budak pompuan bg aku pnyapu soh sapu kelas. tkejut aku. bg la bunga ke...duit ke..makanan ke..haha..

kalo aku tak silap, 1st day aku masuk skolah girl yg memula aku jumpa ialah pengawas fazliza and nadia dok kat tangga pastu tunjuk kat aku mane satu pejabat skolah. pastu lyn penolong ketua kelas yg soh aku buat keje..aja dan adie duduk dekat ngn meja aku (blakang aku kot), wenny yg hari2 mintak sposen duit kelas..sabrina yang jadi contoh ayat bahasa melayu kat papan hitam haha..tu waktu f4 la..

pastu aku masuk asrama waktu f5, naik jadi pengawas skolah..mula kamcing ngn budak f5 kelas lain jugak so terlibat la ngn minah2 lain seperti 3 pengawas sekawan yg sama 'tinggi' powerpuff girl fifi, fae dan fye, ada minah ayu atiqah, minah dok blakang aku yg sememeh sket kak roq (dulu la sememeh skang dah phuiii cun seh) ,n najwa jgn dilupa mau kne pelangkung aku nnt..dan ada la lagi org2 lain yang tak larat dah aku nak sebutkan semuanya..

kat smksp ni lah aku blajar develop persahabatan yang lebih realiti dari waktu aku skolah rendah dan menengah bawah. dulu aku diletakkan di skolah basic islami / agama rakyat sebab parent aku nak aku ada asas yang kukuh la sebelum aku bercampur ngn realiti. walaupun takla kukuh sgt asas aku tp atleast ada foundationnya.

tak dinafikan kat smksp ni aku ada crush perasaan terhadap beberapa kawan silang jantina nih. maklumlah baru kenal hawa kata org..tp perasaan tu terkawal dengan agak baik ngn kehadiran kawan2 yg supportive, dan kegiatan2 aktif lain, makanan asrama yg not bad, serta junior2 yg takut kat aku haha..

perwatakan aku kalo untuk org yg tak kenal (terutamanya junior) mesti kata aku ni serius dan garang. aku pernah menjerit sound budak2 kat dalam dewan makan asrama sebab budak pompuan ni makan tak sure la guna ape sebab yg pasti mulut guna utk bsembang dan bising..geram aku! ape lagi..mmg naik la saham aku kan haha..

and cikgu! cikgu yang paling kamcing ngn aku ialah cikgu disiplin iaitu cikgu samat..dia ni cam ayah/abg kpd ramai org la kat smksp tu sebab usaha dia yg sgt bersungguh mengajar kitorg matematik moden dan tambahan. siap aturkan tusyen utk kitorg, study group sume lah. bahagian disiplin tak nampak sgt sbb budak skolah ni kan baik2 sume..

cikgu, acik (bini) dan dua kanak2 istimewa di blakang ;p

tu kisah dulu2 la...what? 9 years ago? phew lame tuu..kalo bela anak kucing skang dah jadi bapak rimau kot..

"Persahabatan ibarat satu janji yang dibuat dalam hati. Tak dapat ditulis, tak dapat dibaca. Namun takkan terpisah dek jarak, takkan berubah dek masa." (quote)

so pengajaran ape nak ambil dari posting kali ni?

1st, people come and go..but friendship last forever..ceeewah ayat. ni takyah aku komen korang dapat paham kot pengajarannya..

2nd, kawan2 aku ni dah jadi macam2..ada dah nak abih master, ada dah kerja ustaz ustazah..ada dah jadi nurse, cikgu, arkitek, doktor, lawyer, engineer di kilang2 factory2, stabel2 kuda..ada yg baru sambung blajar lg..ada yg sambil blaja sambil keje..macam2 lah..

slalu aku rasa ketinggalan bila aku baru nak abih degree tp kawan aku tu dah nak abih master..tp ada gak kawan aku yg baru nak abih diploma..so camne? ada yg single, ada yg da btunang, ada yg baru kawin, ada yg dah ada anak dah pon..(ok peer pressure sudah mari..)

rezeki masing2 Allah dah tetapkan..tak perlu risau2 tak perlu jeles2..ada dia lebih tu tp kurang ni..and vise versa. but together? we will paint the world beautifully colorfully rainbowly (ada plak perkataan ni)..

kan lawa warna warni dunia ni..kalo satu kaler je tak best la (source)

3rd, keeping in touch is so much easier..20 years ago mesti susah nak kontek kawan2 kan..mak ayah kita kalo dulu2 agak2nya guna surat kot ek? so adala reason nak lost kontek kan..

zaman skang nih walaupun dah 9 tahun terpisah, still slalu berhubung melalui teknologi baru..boleh tgk update camne dah jadi kawan aku skang..masih nakal cam dulu ke, atau dah jadi imam muda..

so networking has become more accessible. input and output process should be optimized maximally. aku nampak ada kawan2 promote perniagaan, promote politik, promote aktiviti2, promote diri kui3, dan islam sepatutnya dipromote dengan lebih hebat lg. dah takde alasan dah kat Allah nnt nape tak share pasal islam kat kawan2 sedangkan they are available online 24/7 (or you can leave a msg and they will receive it when they online).

aduss mnyesal plak aku tulis part nih..hmm kne usaha lebih kuat lg nih..

kepada yg baca post ni, tp aku tak pnah share pasal islam ngn korang, jomla kita saling bertukar idea dan pengalaman bagaimana nak jadikan diri kita dan kawan2 kita ni muslim yg hebat macam Salahuddin Al-Ayubi, macam Muhammad al-Fateh, macam Rabiatul Adawiyyah macam Ummu Sulaim..

Allah telah mempertemukan kita dalam sebuah memori satu masa dahulu, semoga Allah mempertemukan kita lagi dalam syurga yg penuh kenikmatan abadi di akhirat nanti..

Allah telah memberikan kita peluang untuk bersama dalam kenangan yang indah..semoga Allah tetapkan hati kita, memperkukuhkan ikatan hati kita ini dalam perjuangan mencari dan mengenal ilahi rabbi.

Ameen

Thursday, February 24, 2011

Mula dari benih..



Bismillah..

Seronok kan bila tgk kat satu2 tempat tu, ramainyeee orang yang join program2 islami. skali program tu mmg meriah. yang datang pun ramai..bersemangat..speaker pun hebat2..tempat pun best..makanan pun best..tp yang paling best ialah pengisiannya bertajuk yang glemer, semasa, dan sedap didengar..

bila attend program2 tarbiyah yang macam tu, selalunya terasa diri jeles dan nak buat seperti yang itu di tempat kita juga. kenapa? maybe sebab puas kot bila dapat sambutan dari semua orang camtu. Tapi kita lupa bahawa program sebegitu hanyalah tarbiyah spark yang bersifat sementara. apa yang lebih penting, ialah bagaimana untuk kita follow up peserta yang terkesan dek pengisian, dan bagaimana untuk membawa mereka ke jalan perubahan dan jaga mereka sehingga mereka jadi lebih mantap dari kita.

selalunya setelah habis a big event macam tu, kadang tu ramai pula yang serik dan merasakan dah cukuplah usaha dan amal yang telah dilonggokkan demi acara tersebut berjalan lancar..tarbiyah selepas itu? silakan buat sendiri. nak nak pula bila event yang kita lihat itu diuruskan oleh puluhan orang untuk menjayakannya, dan kita pula bangga mampu buat seperti mereka dengan hanya beberapa orang anggota. dan akhirnya? penat sendiri..dan bertanya dimanakah silapnya strategi dakwah dan tarbiyah ini..

ibarat fitrah pokok..

umpamakan program hebat itu seperti sepohon pokok yang sudah matang. Orang melihat cabangnya tinggi dan mencapah sehingga membolehkan kita menumpang teduh. orang merasakan buanya itu banyak, sedap dan manis. orang bahkan mengambil getahnya, dan benihnya untuk dibuat semaian di tempat lain pula.

menumpang teduh di bawah pokok..


dan semua orang mahukan pokok itu. kita mahukan ia, dan kita mahukan ia sekarang!

bai..kat mane ko nak beli pokok yang terus besar camtu? camne nak angkut dan tanam kat seblah rumah? larat plak nak angkat?

dulu aku selalu ikut ayah ke kebun untuk membantunya membina dusun buah. kadang ku tanam benih pokok..tabur baja..buang semak di sekeliling..pokok durian, dukong, mangga, jambu, rambutan pon ada. tapi waktu pokok ni kecik, cara jaga dia semua serupa je lebih kurang. dan pokok2 ni takde pun berbuah dalam masa dekat. setahun takde. pokok durian dalam 5 tahun camtu kot baru berbuah. bayangkan 5 tahun tu, pergi kebun untuk bekerja, berpeluh,kene duri dan pacat je. mane hasilnya? takde. ayah cakap ni kita tanam skarang ni, untuk anak2 la makan bila kitorang dah besar nanti. aku hanya mengiakan jelah sebab yang penting pastu ayah blanja makan ;)

jangan berteduh bawah pokok ini!

dakwah, tarbiyah, kehidupan manusia, pelajaran, semuanya boleh diambil pelajaran dari kisah pokok ni. Allah ajar kita bahawa kita kene sabar, step by step, kita curahkan kasih sayang kepada benih pokok ni dulu...sampai masanya nanti, dia pula yang akan berbakti kepada kita.

situasi di tempat kita..

bayangkan kalau tarbiyah di satu lokaliti tu baru bermula. dengan ahli yang baru boleh dibilang dengan jari. ilmu, amal dan fikrah pun baru tahap2 tali pinggang kuning, takkanlah kita meletakkan strategi untuk mereka bekerja keras dengan buat event2 besar, atau masuk bertanding dalam MPP misalnya..atau dilambakkan dengan jawatan itu ini, sehingga akhirnya mereka penat sendiri di sana.. anak pokok yang baru berputik sudah disiat kulit untuk getahnya, atau sudah berbaring dibawahnya untuk menumpang teduh. manakan sama hasilnya nak dibandingkan dengan pokok yg sudah lama tertanam. anak pokok baru tumbuh sekaki manakan nampak dari kejauhan..manakan sama glemer program oleh ahli baru dengan ahli ditempat lain yang sudah lama berkecimpung..

sepatutnya sewaktu ahli2 ini masih baru, mereka di siram dengan tarbiyah yang menyegarkan..dibaja dengan baja2 iman..dibuang semak samun yang membantutkan pertumbuhan..mereka belum diharapkan berbuah..bahkan kitalah yang perlu menjaga anak pokok ini agar tak patah ditiup angin. hasilnya? buahnya? mungkin bukan untuk kita..tapi untuk generasi akan datang..sabarlah..

boleh ke berteduh bawah pokok besar ni?


step for beginers yang tak glemer ni tak ramai yang sedar kepentingannya..sebab mereka menyertai kerana terkesan dek pokok yang besar. dek redup teduhnya dari sinaran UV. dirasakan perlu ada pokok seperti ini dirumah kita..tapi bukan dengan cara menebang pokok ini dan ditanam semula, tetapi benihnya itu diambil dan disemai.insyaAllah jika benih tarbiyah ini dijaga dengan baik, akarnya akan menjunam ke bumi, dan pucuknya akan menjulang ke langit. cabangnya akan orang jadikan teduhan, buahnya? tentu sahaja buahnya 'termahal' di pasaran.. dan benihnya akan dijadikan semaian di tempat lain pula..

kuncinya? sekali lagi, sabarlah.. dan berdoalah..


Allahumma tsabbit qulubana fi sabilika..Ya Allah tsabatkanlah hati kami ini dijalan Mu. Semoga kami dapat menanam benih2 tarbiyah di merata tempat, sehingga akhirnya semua ummat manusia berteduh dibawah dahan kasihMu itu.

Thursday, February 10, 2011

Rupanya aku pun terlupa

bismillah

ku kongsikan kata-kata semangat oleh kawanku dikala aku tengah sedikit down dan lost.

Salam untuk saudara seislam..
terdetik dihati untuk menules panjang..
maaf kalau coretan ni tak sesuai masenye dan isinye..

kerana aku juga akan terlupe, tertanye2 sebagaimane hakim mempersoalkannye. suatu hari nnti pasti saye akan mengalaminye...
dan ketika itu, haruslah semue mengingatkan sy ape yg telah sy tules ini..
kerana aku seorang manusia, yang sering tenggelam dalam lautan dunia.

ketahuilah sahabatku, da'wah anda bukan untuk membantu islam semata
da'wah anda bukan untuk berukhuwah dan mengumpul, mengejar pahala..
tapi da'wah anda untuk mencapai redha ALLAH
terkadang kiter terlupe, untuk bertawakkal kepada ALLAH
tawakkal untuk segalanya..
untuk ibadah, untuk solat sujud yg belom pasti diterima..
apatah lagi tarbiyyah yg dipenuhi corak dunia

kalau semata yg ingin dicari adalah pahala,
kutip smpah pasti akan diberikan pahala..
makan minum tidur., jaga kesihatan, itu cukup memberikan pahala..
namun yg dicari bukanlah pahala
kerana pahala tak dpt menghapuskan dosa
pahala tak dapat menenangkan jiwa
pahala tak dapat membelikan aku syurga!

yg dicari adalah berkat dan rahmat...
yg dikejar adalah redha dan penerimaanNya..

dan dalam perjalanan pencarian itu, seringkali akan ader mehnah
kerana kiter adalah seorang manusia.
yang Dia janjikan sebuah kehidupan yg penuh cabaram
kerana kiter adalah seorang Muslim
yang Dia janjikan kesenangan diakhirat bile dunia dipenuhi cabaran
kerana kiter adalah seorang hamba
yang Dia janjikan hadiah terbesar disyurga, bersama Dia 'selame-lamenye'..
'selame-lamenye'..


"jalan ini bukan untuk mereka yang mengimpikan kejayaan pada usia mereka.
jalan ini untuk mereka yang mengimpikan kejayaan bersama" - Syed Qutb

Allah tidak menghalang kiter menggapai cita2
Allah tidak melarang kiter mencari cinta
namun haruslah yang kiter gapai, yang kiter cari, untuk dapat redha Dia..

maka gapaila cita
carilah cinta..

dan jika tidak tergapai sebuah cita, usah risau kerana kiter pasti akan menggapai cita yang lain
dan jika tidak tercapai sebuah cinta, usah risau kerana bidadari syurga sedang menunggu hakim disana, pendamkanlah , azamkanlah.


dan tidaklah berarti kiter murabbi harus sentiasa kuat dan tidak diduga
kerana lebih faham agama, lebih besar cabrannye..


dan sesungguhnye aku bersyukur, kerana dianugerahkan dengan saudara2 yang punye jiwa pencinta untuk terus memacu jalan da'wah ini kerana mereka tahu tiada seorang pun yng tahu dimana akhirnya.
maka mereka yakni antum, berusaha, dan berusaha.. dan usaha itulah yang menyemarakkan semangat saye
make mari same2 kiter lebih berusaha

renungkanlah kekasih-kekasih ALLAH dan kekasih-kekasih saye, kerana saya ingin mencari antum disyurga sane

ALLAHumma ameen...


Terima kasih atas perkongsian beliau.kepada saya, dan kepada kita semua.

tulisan yang ternukil dari hati, kan berbekas di hati juga.

Ameen.

Tuesday, January 25, 2011

Strategi 2011

bismillah

Terasa sangat segar dengan perkembangan tarbiyah di US ini yang bermula selepas sahaja berakhir Muktamar 2011. Muktamar kali pertama yang ku hadiri dulu tahun 2008 bertempat di Houston Texas, sempat berbual dengan akh Taufiq dan kami berazam dari situ, untuk mengembalikan semula muktamar sebagai tempat berkumpul tahunan yang di nanti-nantikan. Tempat berkumpul yang bukan sahaja hanya sekadar untuk berjumpa kawan, apatah lagi persinggahan sebelum berjalan2 ke Florida dll, tetapi sebagai acara kemuncak dakwah dan tarbiyah oleh MISG di bumi US ini. Untuk itu, ku kembalikan balik rasa syukur ini kepada Allah Ta'ala yang memberikan peluang untuk kita kecapi semua ini..Maha suci Engkau, dan kami memohon ampun atas segala kemungkinan dosa yang kami sedari ataupun tidak, dalam usaha mencapai apa yang kami hajati ini.

Maka tahun 2011 bukanlah tahun untuk kita semua bersenang lenang dan bergoyang kaki bila sudah makin ramai yang mahukan tarbiyah. Bahkan usaha dan gerak kerja harus diilipat gandakan bagi memenuhi hak hak tarbiyah semua ahli yang mahukan kemanisan iman kepada Allah. Kalau tahun 2010 dirasakan sudah mengah dek terkejar ke sana ke mari untuk dakwah dan tarbiyah, tahun 2011 seharusnya lebih dari itu..tahun 2011 mungkin akan menuntut setiap titis darah dan nyawa kita. Biar kita hidup bersusah untuk mencari Allah..biar kita hidup mulia...atau mati syahid! itu cita cita kita!


Namun terlalu banyak lagi agenda-agenda tarbiyah dan dakwah yang memerlukan perhatian kita..Masih ramai lagi kawan-kawan kita di sana yang ternanti-nanti bilakah kita akan mengajak mereka menyertai barisan tentera islam ini..Masih banyak lagi jahiliyyah dalam diri kita semua yang harus diperangi..Masih hebat lagi Taghut di mata manusia yang harus kita tumbangkan. Berhadapan dengan semua ini, memerlukan strategi yang sangat hebat. strategi yang lebih optimum dan terperinci.


Seperti mana sewaktu sahabat Saad bin Abi Waqas hampir buntu memimpin tenteranya seramai 36,000 orang berhadapan dengan tentera parsi yang berjumlah 120,000 orang dalam perang Al-Qadisiyyah. Jumlah tentera yang lebih dari 3 kali ganda ramai tentu saja menggusarkan hati. Khalifah pada waktu itu, Saidina Umar Al-Khattab mengutuskan surat menghantar strategi kepada Saad. Kata Umar:

"Wahai Saad, aku perintahkan kepadamu dan orang-orang yang bersamamu supaya meningkatkan taqwa kepada Allah dalam setiap keadaan. Taqwa kepada Allah adalah sebaik-baik persiapan dalam menghadapi musuh dan strategi terhebat dalam pertempuran. Aku perintahkan kepadamu dan orang-orang bersamamu supaya menjadi orang yang lebih kuat dalam memelihara diri daripada berbuat maksiat berbanding musuh-musuh kalian. Dosa pasukanmu lebih aku takuti daripada dosa musuh-musuhmu."


Saad itu sahabat nabi..namun masih lagi diingatkan oleh Umar untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah. Kita yang bukan sapa-sapa ni bagaimana pula? Masih mahu berlengah-lengah dan berlagha-lagha kah kita?

mari kita sama-sama meningkatkan diri kepada Allah Taala, jadikan Dia sumber inspirasi dan strategi kita. Mudah-mudahan perancangan kita, amalan kita, semuanya dibantu Allah dan diterima olehNya. Mari bersama kita pertingkatkan lagi amalan-amalan sunat kita, those extra credits insyaAllah will be counted sebagai usaha kita mendekatkan diri kepada Dia yang kita cintai.

Saturday, January 8, 2011

Tahun Baru!! (lambat 8 hari)

bismillah...

alhmdulillah alhamdulillah alhamdulillah..

tgh mlm tadi baru menjejakkan kaki semula ke US bumi para (ape ye?). terus dihujani update2 tentang program cuti winter oleh ikhwah2 seperjuangan..rasa sangat rugi kerana tak dapat join bersama mereka, walaupun mungkin pengisian itu pernah ku dapat sebelum2 ini..tapi tentunya tak sama sekiranya dapat bersama mereka yang sangat ku sayangi ini..

ya Allah,

setahun yang lepas, ku rasakan seolah2 berat dan byk sudah tenaga di perah dan di kerah untuk mencari dan mengumpulkan jiwa2 yang mahukan islam, yang mahu berserah kepadaMu, hati mereka, dan persekitaran mereka..lalu mereka berkumpul di muktamar 2010 yang lalu, ketika itu aku tidak dapat melihat wajah mereka ini..tetapi aku yakin bahawa mereka semua semakin dahagakan semakin dambakan tarbiyah dariMu ya tuhan..

maka apakah pada tahun ini, kami yang mengepalai perjuangan ini dapat berehat setelah setahun bekerja keras? dengan hambatan2 dunia yang semakin menuntut kepada perhatian..kelas yang semakin memberati dan sebagainya..

sudah tentu tidak! sudah tentu tidak!!!!!

rehat kami adalah bila kami memejamkan mata kami, syahid di jalanMu..

rehat kami adalah bila kami melangkah masuk ke syurga yang indah milikMu..

rehat kami...bila kami dapat melihat wajahMu nanti...Allah, we miss you..

ya Rabbul izzati,

ya zaljalali wal ikram..

ya rabb yang kepunyaan Mu lah dunia, dan segala isinya ini..

berikanlah kami petunjuk dan bantuanMu..agar dapat kami lakukan yang terbaik dalam hidup kami ini..agar dapat kami lakukan ahsanu amala..

seandainya Kau tak bantu kami, tiadalah tuhan lain yang mampu membantu kami..
seandainya Kau tak rahmati dan berkati perjuangan kami ini, tiadalah tuhan lain yang akan kami persembahkan pengorbanan kami ini..

ya Tuhan..kami berserah kepadaMu..

dengan namaMu, yang Maha pengasih, Yang Maha Penyayang..

ku mulakan tahun baru ini..semoga lebih baik dari tahun2 sebelumnya..

terimalah dari kami oh tuhan..

Tuesday, August 10, 2010

cita-cita ku

bismillah..

ni tgh bsemangat...kita cakap pasal usaha dan cita cita..

sekarang ni cam ramai yang rasa susah untuk berjuang. "kat univ aku ni susah sikit nak cakap pasal islam..", "aku pon tak bape reti la bab ni.." dan laen2 kata semangat diucapkan pada diri..akhirnya nafsu tersenyum lagi kerana iman sekali lagi berjaya ditundukkan dengan alasan alasan..