Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Showing posts with label pasangan. Show all posts
Showing posts with label pasangan. Show all posts

Monday, October 1, 2012

persiapan berubah fasa

bismillah..

tik tok tik tok masa semakin menghampiri..

amanah dan tanggungjawab yang berat sedang menanti..bersediakah aku untuk menanggung lebih dari apa yang aku ada sekarang? untuk mula memikirkan tentang 2 orang? tentang keluarga? hmm...sentiasanya soalan ini bermain2 di fikiran..

selalu aku pesankan kepada ahli usrahku akhir2 ini untuk selalu membaca doa rabbana hablana tu..

"wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami isteri-isteri dan zuriat keturunan kami penyejuk mata..dan jadikanlah kami pemimpin di kalangan orang bertaqwa" (25 : 74)



supaya mereka realise bahawa apa yg sedang mereka lalui ini juga adalah satu persediaan untuk menjadi bapa yg sesuai untuk isteri dan anak yg penyejuk mata itu.

doa nabi ibrahim ni, ku rasakan sangat sesuai dengan kita yg menggunakan usrah sebagai amal dakwah. yang mana kita bukan sekadar ingin menjadi orang soleh yg beribadah di masjid, orang bertaqwa yang dekat hatinya dengan Allah..bahkan lebih dari itu. untuk menjadi pemimpin bg orang2 bertaqwa..menjadi murabbi mereka!

ye benar..aku bukanlah baik sgt..semua org akan cakap camtu. termasuklah aku sendiri. tp usrah ni bukanlah untuk org baik tp untuk org yang mahu jadi lebih baik..dan org yg memimpin hijrah ini tentulah besar ganjaran dari Allah.. bukankah andai ada orang yg mendapat hidayah lantaran usaha kita itu ganjarannya lebih baik dari dunia dan seluruh isinya? (mafhum hadith).

to be honest, preparation utk menjadi bapa (atau ibu) yg terbaik bg aku, adalah dengan menjadi murabbi usrah. apa yg akan murabbi2 ini pelajari dalam usaha memimpin kawan2, adik2 menuju islam secara keseluruhan, itulah juga sebenarnya yg diperlukan oleh seorang bapa untuk memastikan anaknya hidup dan membesar dalam acuan islam yang lebih praktikal. bukan sekadar teori seperti yg kita belajar dalam kelas2 pengajian islam satu masa dahulu.

kalau kita lihat dari sudut pandang ini, jelas menunjukkan bahawa sebenarnya yg menjadi murabbi itulah yg akan banyak belajar bagaimana menjadi seorang ayah, kawan, pemimpin dan sheikh (org yg lebih hikmah) sebagai persediaannya untuk menjadi seorang suami/ ayah. Sekiranya sejak dari zaman bujangya lagi dia sudah berusaha untuk merealisasikan doa "menjadi pemimpin orang2 bertaqwa", insyaAllah bila dia memimpin keluarganya nanti, ahlinya juga akan menjadi orang2 bertaqwa..dan ahlinya juga pula menjadi pemimpin orang2 bertaqwa yg lain.

bukankah ini juga salah satu dari cita2 kita?

siapa yg pada hari ini tidak takut dengan realiti anak2 muda yang berperangai semakin menyesakkan dada? dan siapa pula antara mereka ini yang cuba berbuat sesuatu supaya anak keturunan mereka tidak terjebak dalam kancah ini sejak sekarang walaupun mungkin belum plan untuk berkahwin? semoga kita menjadi salah seorang yang bersiap sedia dari hari ini untuk melihat pelaburan (zuriat) kita di masa hadapan nnt tidak rosak bahkan lebih dekat dengan Allah lebih lagi daripada diri kita sendiri.

mohon doa dari rakan2 semoga kita sama2 sentiasa bersiap sedia untuk menjadi bapa (atau ibu) yang terbaik untuk pasangan dan zuriat kita.

Monday, September 5, 2011

penanda


bismillah..

alhamdulillah alhamdulillah alhmdulillah

aritu famili aku beraya kat kampung aku sempat online dan menyaksikan family beraya bersama2. masuk tahun ni dah 4 tahun dah tak beraya bersama keluarga sedarah daging..tp alhmdulillah juga family seaqidah di sini semuanya best juga.

hari raya pertama terus family aku balik KL semula. sebab ada urusan nak di bincangkan pada lusa hari. urusan ape? ha tu part yg paling seronok tu...urusan khitbah (pertunangan) aku =)


hari khamis 1 september 2011 family aku telah masuk meminang sorg awek ni. nama dia jeng jeng rahsia takleh btau..dia blajar kat jordan dalam dentistry. haritu aku skype dengan atok kat kampung, atok bercakap dengan tidak memakai gigi palsunya. so aku tanya atok mane gigi dia? dia kata esok dia nak gi jumpa doctor gigi. aku tak paham lawak atok tu rupanya dia maksudkan tunang aku tu la..ceh..

dengan siapa? dengan kawan lama..jujurnya, kami tak pernah bercinta. hanya sekadar kawan. sejak mula2 kenal dulu2, baru 3-4 kali je kot jumpa. kalo nak kira purata, tak sampai sekali setahun pun sejak kenal. so aku mmg tak brape sure sgt hati aku ni betul ke serius. tp setelah istikharah berkali2, beristisyarah juga dengan parent dan kawan2 yg rapat, keputusan ini ku ambil. semoga padanya terdapat rahmat, redha dan barkah dari Allah.


berapa lama bertunang? kalau ikutkan aku seminggu dah cukup haha tp dalam rancangan menunggu dia habis belajar dulu.. insyaAllah setahun je lg kot..so ada agak banyak masa untuk prepare diri utk menghadapi saat itu.



to be honest, aku merasa lebih tenang. sedikit sebanyak peer pressure tu hilang hehe. xdela rasa diri ni tak laku sgt..tak malu sgt bila nak berhadapan dan berurusan dengan gadis2 lain kat tempat aku ni (maklumlah aku kan pemalu).

tp yg paling penting aku nak selalu ingatkan diri bahawa pertunangan ini tidak pun menghalalkan apa2 yang belum halal lg. hati ini mesti selalu dijaga..tangan, mata, telinga mulut juga perlu dijaga supaya tidak terpengaruh dengan title pertunangan ini. ia hanyalah sekadar satu tanda bahawa ada org dah 'reserve' diri ini. tidak bermaksud sudah saling memiliki. maka berhati2lah wahai hati.. jgn selalu terbang ke merata2 sana..masih banyak urusan ummah perlu kau fikirkan!

kepada dia, kalau awk baca post kali ni, sy nak mintak maaf siap2 lah kalo sepanjang ikatan kita ni kita tak selalu berhubung, sms, call or anything. kita akan still masih macam dulu..sehinggalah dapat tanda sah 'halal' dari pegawai JAKIM (pakcik jgn marah ye sy melawak je).

terima kasih kepada adikku mashitah dan ummi yg menguruskan 100% majlis tu mewakili pihak aku memandangkan aku berada kat perantauan ni takleh nak tolong ape2...tolong bg no fon makcik tu je kat ummi. lepas daripada tu aku serahkan segala2nya kpd mereka.. juga kepada bro AO selaku cameraman pada hari kejadian..boleh gak aku nampak suasana majlis itu.

mohon doa dari rakan2 sekalian..moga langkahku ini adalah sentiasa dalam syariat dan sunnah Allah, moga langkahku ini mendekatkan lagi aku kepadaNya. dan mendekatkan dia juga kepadaNya.

mohon doa dari rakan2 moga kami sempat mempersiapkan diri sebagai individu muslim yang sedia dan melangkah membina rumahtangga muslim juga dalam usaha memperjuangkan Islam ke seluruh alam.

thanks to paan menghadiahkan aku lagu ni..

alhamdulillahi rabbil alamiin.

wassalam

Monday, June 6, 2011

dekat ke jauh...?

bismillah

Aku belajar dari pemerhatian hidupku, dan rakan2ku juga..

Dan aku melihat, ada satu perkara yg aku rasa sangat perlu untuk diambil iktibar dan pengajaran.

Aku ada 2 orang kawan..both insyaAllah soleh. Ada basic islam yang kuat dari sekolah menengah yang islami.

*******
Sorang ni, katakanlah namanya A. aku kenali beliau dengan pakej. Maksudku, sejak aku kenali dari awal lagi, sudahpun berpasangan. Si ‘kawan’ A ni juga seorang yang solehah juga, ada asas sekolah agama juga.

Setakat yg aku perasan, mereka tidaklah keterlaluan dalam berhubungan. Takla bersentuhan..takla berkepit nak motor bersama.. cuma kadang2 call, sms, makan sama2 berteman..camtu jela..

bukanlah aku menyokong perhubungan ini, tapi aku tak juga menghalang. So-so kata orang. Aku gembira juga kalau mereka ni cepat2 setel dalam keadaan yang terjamin halal.

Cumanya.. harapan mereka ke arah pernikahan seolah-olah sangat jaaauh lagi. Ada saja perkara yang menjadi halangan dan alasan untuk mereka tak dpt nak bernikah segera. Terutamanya dari pihak keluargalah. Nak suruh kerja dulu lah, nak suruh ikut turn abg/kakak kawin dulu lah.. sehinggakan mereka kelihatan jauh hati untuk meneruskan langkah ini. Sedangkan waktu berkawan dan bercinta sudah memakan hampir separuh dekat (mungkin).

Apa kesudahan mereka ni?

Belum pasti..buat masa sekarang, mungkin kene tunggu dalam setahun dua lagi kot baru boleh dpt green light utk bertunang..kawin mestila lepas tu kan..kne tunggu lg la mungkin..Tp belum hantar surat rayuan ke pihak keluarga lg. lepas hantar rayuan harap2nya bolehla settle segera.

*******

Sorang lagi ni, namakan saja dia B. Dia seorang yang menjaga hati dengan urusan silang jantina ni. Setakat yang aku perasan, mmg takdelah dia nak berangan2 ke, mngorat2 ke ape ke..kadang2 bergurau tu adala.. Aku juga pernah ditegur beliau supaya lebih menjaga hubungan (aku pun bukanla baik sgt kan..) inter-jantina ni.

Tapi bila sampai masanya untuk bernikah, alhmdulillah urusan beliau sangat lancar dan mudah. Tempoh merisik (bertanya) selama seminggu yg diberikan kepada bakal pasangan pun, hanya mengambil masa 4-5 hari untuk mendapat jawapan positif. Terus bertunang seminggu dua kemudian, dan selepas 4-5 bulan, bakal bernikah awal July ini(bulan depan). Keluarga pun bereh je..

Alhmdulillah, bakal pasangan beliau yang juga adalah kawan aku, pun mempunyai asas islami yg kuat, bekas budak skolah agama juga.

*******

So, 4 orang kawan aku, 2 pasang merpati, 1 sahaja yang nampak jalan..1 lg sedang berusaha ke arah itu (semoga tidak berputus asa!)..

Lalu apa yang mungkin berbeza dari dua situasi ini?

Menjaga hati..menjaga hubungan dengan Allah..

Both couple pun tahu halal haram.. And they try to avoid it. Cuma perhaps couple A tu, termasuk dalam bahagian syubahah yang banyak kelabu dari hitam dan putihnya..

It’s time to muhasabah..

Sebelum sampai masanya untuk berumah tangga nanti, aku akan (dan sedang) cuba untuk tidak membiarkan hati dilambung maksiat silang jantina ini. Aku nak urusan aku nanti lancar dan dipermudahkan..siapa tak nak kan?

Untuk aku yang selama ini maybe tidak fikir pun pasal ni, untuk kawan2 ku yang menjadi A dalam cerita ini, or aku-aku yang menyangka there is nothing wrong dalam berhubungan dan bercinta sebelum nikah, masih belum terlambat untuk menguatkan disiplin diri, bersabar sehingga tiba masanya.

Mungkin ada yang akan berkata, "alah kawan aku sorang tu bercouple baek punya..semua benda dah buat..mudah je urusan pernikahan diorang.. takde masalah pun.." Jaga-jaga..janganlah ini menjadi 'istidraj' (rezeki yang makin menjauhkan kita dari Allah)..

Janji Allah dalam quran:

….dan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik…… [Surah al-Nur, ayat 26]

Tadahkan tangan, mohonlah taubat dari Allah dengan menyaksikan bahawa Sungguh ya Allah, Kaulah satu-satunya Cinta hatiku yang hakiki..bukan dia..

Aku tidak mahu lansung cintaku kepadaMu terhakis dan diketepikan oleh perasaanku kepada dia..

Tapi aku manusia lemah..aku manusia yg menzalimi diri sendiri..

Selama ini hatiku tidak sabar..hatiku tidak redha..hatiku terlalu mendambakan belaian manusia sehinggakan aku biarkan perisai hatiku jatuh terhadapnya..

Oh God please help us..kuatkan aku, kuatkan dia..semoga kami bersatu selepas kami mendapat keredhaan dari Mu..

ameen

Thursday, April 14, 2011

Tulang Pelengkap Rusuk ..

bismillah..

Posting ini ku tujukan untuk semua kawan2 yang baru berumah tangga, sudah bertunang dan menghitung hari ‘halal’, yang sedang planning nak meminang, yg tengah kumpul duit, mahupun yang baru aqil baligh ;)

Kepada yg frust bercinta pun boleh jugak baca ni ;) (Gambar hiasan)


Secara novelnya, setiap insan punya hati dan perasaan, mempunyai fitrah ingin membelai dan dibelai, rindu merindu, sayang menyayang dan lain2… bersesuaian pula dengan fitrah manusia yang tuhan jadikan berpasang-pasangan. Bahkan Adam juga ditemani Hawa yang dicipta dari tulang rusuk Adam sendiri untuk menemani Adam hidup sehingga ke akhir hayat dalam berkasih and so on and so on..ni secara novel dan movie nya la kan..

Pasangan adikku Maisarah dan suami, Arif dalam cover novel Cinta Tamparuli ;)

Kerana dek terpengaruh dengan budaya cinta ‘berdua’ ini, selalunya kita yang terhinggap perasaan ingin berteman ini menyangka bahawa gerbang perkahwinan adalah titik noktah dalam melayari perasaan itu. Bak kata pantun melayu


Nasi lemak buah bidara,Buah selasih hamba lurutkan,

Buang emak buang saudara, Kerana kasih hamba turutkan

Serangkap pantun yang membuatkan kita terfikir ya inilah dia perjuanganku..perjuangan mendapatkan kekasih hati. Lalu bercinta dan berkasih sehingga tinggalkan segalanya..lupakan semalam..lupakan esok.. lupa membuat persediaan untuk fasa seterusnya. Eh jap, fasa baru? Bukankah matlamat sudah tercapai?

Bang, perkahwinan tu bukan the end of your fairy tale ye yang can live happily ever after tu....It’s the beginning of a new era. Era berfikir tentang diri sendiri sudah tamat. Ia adalah permulaan era memikirkan ummah pula!


Sesudah berdua, insyaAllah dikurniakan rezeki untuk berzuriat pula. Pernah fikir sejauh ini? (selalu org yang tak bijak, yang tak menjauhi zina tak sampai tahap ni..tu yang bersepah zuriat dibuang merata..astaghfirullah..). Pernah fikir nak anak yang soleh ke, nak anak yang mendoakan, menjaga kita sehingga akhir usia? Sehingga ke akhirat? Sehingga ke syurga?

Ayahnda Ustaz Zulazizi membimbing anaknda Faheem menjadi anak soleh insyaAllah ;)


Atau…nak anak derhaka ke..?anak Tanggang ke..?anak yang murtad dan hina maruah Islam dan keluarga? Na'uzubillah..


Well, ramai yang tak fikir sampai situ. Baik yang bercinta, mahupun parent mereka (yg letak hantaran puluh2 ribu tu, yang buat kenduri juta2 tu, lepas tu duit habis n berhutang…sape susah?)


Mari kita selusuri contoh tauladan dari quran mengenai kisah seorang pemuda bernama Ibrahim (dia lagi..). kalau kita rujuk petikan quran dari surah Al-Baqarah ayat 134 – 139. Sewaktu Allah melantik Ibrahim menjadi imam (ketua) bagi seluruh umat manusia, kira pangkat macam Perdana Menteri dunia la..manusia paling hebat atas muka bumi pada waktu tu, Ibrahim minta apa kat Allah? Dia tak mintak banglo besar, tak mintak kereta sport untuk senang dia nak berdakwah. Dia mintak pertama skali adalah untuk Allah jadikan keturunan dan zuriat dia juga jadi macam dia. Leader dunia, yang dekat dengan Allah, yang boleh bawa kalimah Haq lailahaillah ke seluruh pelosok bumi!


Pastu dalam ayat 136 Ibrahim doa untuk negeri ini diberi keamanan, sentosa, dan diberi rezeki dari buah-buahan..siapa yang ada kat negeri itu? Kan keturunan Ibrahim juga semuanya.. negeri itu (makkah) bermula dari isterinya Hajar dan Ismail.


Ibrahim ajar Ismail bersama-sama dengannya berkerja untuk Allah (membina Kaabah), kemudian sama-sama berdoa supaya Allah jadikan anak cucu mereka manusia yang tunduk dan patuh kepadaNya, dan mengurniakan dalam kalangan mereka itu utusan(rasul) yang mengajarkan kepada kita tentang Allah.. Guess what? Islam sampai kepada kita ni pun berasal dari doa Ibrahim dan Ismail untuk kita semua.

Subhanallah, betapa pengajaran yang sangat cemerlang untuk kita ambil dan contohi dari kisah ini.


kita ni dah bersedia ke jadi parent yang terbaik, contoh terbaik untuk generasi keturunan kita?

dah blajar2 ke untuk tak degil2 bila org nasihat?

tak malas2 bila ada kewajipan dan tanggungjawab?

tak bising2 dan merungut bila things did not go as well we planned them?

kita dah jadi anak soleh ke kepada parent kita supaya anak2 kita tak jadi kuajaq macam kita hari ni?

kita dah hormat orang lain ke supaya anak2 kita jaga maruah dan tak ludah ke muka orang di masa akan datang?

kita jaga tak hubungan kita dengan 'bakal' kita tu supaya anak2 kita nanti tak berzina pulak dengan entah sape2 di masa akan datang?

maaflah some words are harsh but those words tak keluar dalam novels, dalam movies yang kita dok berangan2 nak jadi hero heroin tu..


astaghfirullah..astaghfirullah..

betapa banyaknya benda yang aku kena baiki sebelum melangkah ke alam baru ini..betapa lemah dan kerdilnya diri ini, kalau Allah tak bantu dan pimpin aku dengan petunjuk dan ujianNya, tentulah aku akan tersasar jauh..mungkin keturunan aku juga tidak menjadi hamba yang taat..lalu menolak aku ke gaung neraka..

Na'uzubillah..

Akhir kata, ku menyeru kepada semua yang disebutkan di atas td, untuk sama2 kita bersiap sedia untuk melahirkan generasi yang akan memimpin ummah menyebarkan islam dan memerangi maksiat.

Persiapan membina generasi ini bukan bermula selepas anak itu lahir, bahkan sebelum mengandungkan ia lagi, bahkan sebelum honeymoon lagi, bahkan sebelum berkahwin lagi, iaitu saat memilih pasangan..

Pilihlah pasangan yang hensem, yang cun meletup...yang kaya raya..kalo boleh tanak anak Dato Sri, nak anak Tan Sri..carilah yang keturunan raja2 kalo dapat..tanak yang darah merah, biarlah yang berdarah emas. haha..tapi yang lebih baik adalah yang reti solat, yang tahu mengaji, yang menjaga islamnya..macamtulah mafhumnya pesan nabi..tak gitu?

Tak dapat keturunan raja, keturunan 'raja sehari' pon ok la kan..Zahid dan Affizah


akhir kata pun 3 perenggan ke..adoi..sekian.. peace ;)

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami pasangan, dan keturunan yang menjadi penyejuk di mata, penawar di hati..

Ya Allah, jadikanlah kami sebagai pasangan yang menjadi penyeri di dunia ni, dan menjadi teman setia di syurgaMu nanti..

Ameen ya Allah, perkenankanlah..