Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Showing posts with label rasulullah. Show all posts
Showing posts with label rasulullah. Show all posts

Saturday, April 28, 2012

Lembut


Bismillah..

Selalu aku terkenangkan antara peristiwa yg tak dapat aku lupakan sewaktu menunaikan umrah tempoh hari, ialah pengalaman berjumpa dengan seorang pakcik melayu malaysia ketika makan tghr pada suatu hari tu.  Selama seminggu sebelum tu seringkali hati ini tertunggu2 bilalah agaknya akan ada seorang yg memberikan taujihat (macam tazkirah/pengisian) dalam bahasa melayu sebab banyak kelas pengajian dalam bahasa arab yg tak dapat ku fahami.  Luahan hati ku didengari Allah, lalu dipertemukan aku (dan adik) dengan pakcik tu.

Dari cara pakcik mat, sudah dapat ku baca dia adalah orang yg berharta. Pakaiannya. Gayanya. Rokok yg dihisap tanpa henti. Namun hatinya sangat baik. diajaknya kami bersembang. Nak dibelanja kami makan tp kami dah beli sendiri.  sembang2 macam2.. Dikongsikan pengalaman2 beliau. pengalaman hidup. pengalaman umrah. Penuh pengajaran.

Aku tanpa melengahkan peluang, terus meminta agar pakcik memberikan nasihat kepada kami yg masih muda ni. Pakcik mat mengambil nafas panjang, lalu pakcik mat berpesan kepada kami: (lebih kurang beginilah bunyinya..)

" Ini tanah makkah yg sedang kita pijak ni, yg kita sedang mengerjakan umrah ni, ada banyak sejarahnya. janganlah kita hanya melakukan umrah tanpa memikirkan dan mengambil pengajaran daripadanya.

Di kota ini lah dulu nabi kita Muhammad dimaki dihina, dipulaukan, diejek gila dan sebagainya kerana membawa islam. Di sinilah para sahabat disiksa dibunuh demi mempertahankan aqidah.  Lihat betul2 sekeliling ni, dan ambillah semangatnya. Kalau bukan kerana mereka disini 1400 tahun dahulu, mungkin tidak sampai islam pada kita hari ini. "

Muka pakcik mat sudah merah sebak sebaik menyebut tentang rasul yg sangat dicintai. matanya sudah bergenang.

" Waktu pakcik menunggu untuk pintu ziarah makam rasul, bila pintu dibuka, orang merempuh masuk. Pakcik tertolak jatuh tersungkur ke depan. Pakcik bangun perlahan. Pakcik kata dalam diri pakcik " Ya Rasulullah, apa yg aku hadapi hari ni cuma sedikit berbanding apa yg kau hadapi dahulu. Aku tak apa2. Aku tak kisah semua ni, demi mu wahai kekasih Allah". "

Berjuraian air matanya  sewaktu berkongsi tu. Pakcik mat bukan orang muda. Umurnya lebih separuh abad. Aku yakin memang sakit dihimpit ditolak sehingga tersungkur sedemikian. Namun sempat lagi dinisbahkan kepada perjuangan muhammad dahulu.

Aku pun turut sebak. Ku tarik nafas dalam. Cuba untuk tidak menangis di hadapan adik perempuanku. mungkin sebab aku lelaki.  Pakcik mat adalah seorang kontraktor. tangannya nampak kasar dan gagah. aku dapat rasakan betapa 'lelaki'nya pakcik mat mencari rezeki yg halal. Namun aku sangat mengagumi kelembutan hati pakcik mat, dan sayangnya, rindunya beliau kepada rasul junjungan.

Aku terus mencelah sambil mendoakan beliau, dengan menceritakan tentang kisah kerinduan nabi kepada ikhwan(saudara)nya. Kali ni dia dengan aku sekali berlinangan air mata. Mudah-mudahan dia, aku, dan kita semua adalah ikhwan yg disebutkan oleh baginda rasul.








*****
Akhir2 ini aku terasa lebih cenderung ke arah pendekatan yg lembut. Tulisan2 Ust Pahrul Mohd Juoi di blog beliau, siri2 perkongsian Ust Don, kedua2nya lembut, dan kedua2nya banyak membawa kita kepada kisah2 nabi Muhammad, dan kerinduan kepada baginda.

Aku memang terkenal dengan gayaku yg kasar dan bengis. Bersuara lantang. Marah, Serius. Mungkin satu perkara yg paling mudah diingati oleh kenalan2 lama ialah sekurang2nya aku ini garang.  Mungkin seperti Umar. Namun tak pernah lagi aku dengar nabi menggunakan pendekatan seperti aku. Cara nabi semuanya lembut. Tenang. Berhikmah. Ia bukan hanya berkesan kepada Abu Bakar yg lembut. Tapi juga Umar yg keras. Ia tidak membina generasi yg lemah longlai. Tapi berjaya membina generasi yg membawa islam ke puncak keagungannya.

Perlukah aku berubah? Menjadi lembut dan tenang? Atau seperti adanya ini pun memang sudah lembut?


Wednesday, February 2, 2011

kita masih ada kita..

Bismillah..


Apakah nilai harga sebuah persahabatan? adakah nilainya sama dengan nyawamu? adakah hanya sekadar perbalahan kecil dan salah faham, sudah mampu membuatkan kau membenci dia, dan serik untuk bersahabat lagi?

Sedangkan Rasulullah pun ada Abu Bakar,sahabat baik yang rapat dengan baginda. Umar, yang sanggup menghunus pedang untuk siapa yang menyakiti baginda. ini membawa erti bahawa sahabat baik ini adalah suatu fitrah. bukan mengada-ngada nak ada bff lah ape lah..

sahabat yang baik, adalah sahabat yang bila kita lihat muka dia, menambah keimanan kita kepada Allah. bila kita dengar suara dia, terasa macam nak menambah amal. kadang2 bila kita dekat dengan dia, kita rasa takut, kita rasa diri ni banyak sangat buat maksiat dan dosa. benci tau bila dia ni datang dekat dengan kita, rasa diri hina, malas, tak cukup amal. tapi kalau dia tak datang, tentulah lebih banyak maksiat yang kita dah lakukan..tentulah hati ini sudah keras dan hitam..tentulah syaitan tidak lagi memandang kita kerana bagi syaitan, kita dah boleh 'urus' diri sendiri.

sahabat dengan sahabatnya yang lain adalah ibarat cermin. bukan sekadar untuk menampakkan aku ni hensem, tetapi yang lebih utama sebagai tempat untuk aku rujuk sewaktu nak menyikat rambut, nak membuang misai/janggut, nak memicit jerawat. paham la tu kan? ada ke org waktu tgk cermin, nampak jerawat kat muka dia pastu gi marah cermin tu sebab cermin tu penipu. ada ke? gila kot org tu..

mafhum hadith Rasulullah, tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri. atau orang mukmin dengan mukmin itu ibarat satu jasad. sekiranya sakit satu anggota, anggota lain akan turut terasa kesakitannya.

bahasa pasarnya ialah, kalau sahabat tu masuk rumah, dan terus ke dapur mencari nasik dan lauk dan kita tak rasa apa2 pun yang salah dengan itu...ataupun tgh makan nasi, kita taruh lauk baek punya dalam pinggan konon2 nak makan yg tu last la kan.. tiba2 dia amik yang kita dok simpan tu..ape kita rasa? kalo masih ada rasa cam nak lempang dia, means kita belum lagi jadi sahabat yang terbaik untuk dia.

nilai persahabatan bagiku

di sebalik aku yang kelihatan riang dan gembira ini..terdapat satu jiwa. satu jiwa yang sangat sangat menghargai erti sebuah persahabatan. sangat.. kerna bagi aku, tanpa sahabat-sahabat yang mencorakkan aku, aku tidak menjadi seperti ini sekarang..

dulu, waktu zaman budak2 dulu, aku tak rapat sangat ngan family..so these friends of mine, they are my family at that time. they are a lot closer to me. aku ceritakan dan kongsikan segalanya dengan mereka sebab aku tak kongsi ngn keluarga. waktu tu aku rasa cari pasal la kalo share ngn ummi dan ayah. haha..
sahabat bagi aku, adalah diri aku, tapi dalam jasad yang lain. aku dan dia sangat memahami satu dan lain, sampai tak persoalkan ape yang dia buat untuk kebaikan aku sebab aku tau dia buat itu sebab sayangkan aku.

bukan bermaksud dengan sahabat kita ni, kita tak pernah bergaduh. yes, aku pernah bergaduh dengan kawan2 baik aku tu. ada yang aku libas dengan tuala sampai lebam2..ada yang aku baling shampoo sebotol kat dia..ada yang aku flying kick dari belakang. ada yang pernah aku benci seluruh hati pada waktu tu..tapi, siapa yang aku nak tipu? kasih sayang antara kami ibarat air, dicincang takkan putus. sehinggalah TUAN PAIP menutup pili air, sehingga itulah kasih sayang antara kami akan sentiasa bertaut. insyaAllah.

tapi sehingga waktu itu tiba, kami akan sama-sama sedaya upaya menjaga kami dari melakukan maksiat kepada Allah.

ye seperti biasa, dengan kawan baik yg dah bertahun, pasti akan kalah juga dengan gadis yang mungkin baru dikenali beberapa bulan. aku akui fitrah kawan2 aku setakat ni takdela senget..insyaAllah semuanya akan menuju ke gerbang perkahwinan dengan wanita. bukan dengan aku.

kadang tu, ada benda yang boleh menggegarkan persahabatan ini. tapi aku sanggup aku dimarahi oleh mereka sebab tidak mahu mereka terlibat dengan maksiat, asalkan aku tahu kelak insyaAllah api neraka tidak ada sebab untuk menyentuh kulit mereka. aku sanggup dipersalahkan sekarang, dan mungkin aku akan terpaksa melepaskan persahabatan kita secara zahir, namun aku memandang dan mengikutimu dari jauh. sekiranya kau terjatuh lagi, jangan khuatir..akulah insan yang akan menyambutmu.

Dan akan sampai satu masa, di mana aku akan terpaksa melepaskan mereka untuk mereka bina keluarga mereka sendiri. bermaksud mereka ada lagi tanggungjawab yang lebih besar. menjaga dan membesarkan isteri2 serta anak2.. aku anggap bakal2 isteri mereka sebagai adik2 aku sendiri. kalau calon mereka ni aku kenal, dan mereka juga kawan aku, I will do my best, untuk persiapkan mereka berdua menjadi bakal ibu dan ayah yang terbaik di dunia. yang akan menjadi lubuk keturunan2 yang baik2 dan berserah diri kepada Allah. ini janjiku pada diriku sendiri.

kepada Allah ku panjatkan doa.

Ya Allah Ya Hannan, Ya Rahim, Ya Rahman..suburkanlah cinta dan kasih antara kami, tautkanlah hati kami..sehingga kami bertemu semula di syurgamu ya Allah..

Ampunilah dosa-dosa semua sahabat2 ku yang pernah aku kenali sejak aku mula mengerti akan dunia ini..Kau ampunilah dosa mereka, Kau limpahkanlah hidayah kepada mereka agar mereka kenal dan bersama dalam jalanMu yang sebenar..

Ya ilahi, Kau jagalah mereka di mana sahaja mereka berada. Kau berikanlah ujian-ujianMu kepada mereka, agar sentiasa mereka kembali dan mencariMu. agar mereka tak lupa kepadaMu.

Kau jadikanlah kami, sertakanlah kami dalam barisan orang-orang yang memperjuangkan agamaMu.

Ameen ya Rabb..Ameen ya Rabbal Alamin.


aku masih kenal, ingat, dan hubungi kawan2 yg rapat ngn aku, sejak aku tadika. these are some of the pictures dalam computer aku. rakaman-rakaman memori yg lain sentiasa tersemat di hati sanubari aku.

ni gambar waktu skolah SMANH



dorg ni dah buat rumah aku cam umah sendiri..



budak asrama SMKSP tahun dua ribu lebih


some of the names yang mengisi memori aku dulu..

Tadika Ihkam: Fathi Tahir, Anas Kamarudin
SRIAAG: Abdul Rahman Mad Admara, Mus'ab Umair Hasan, Asqalani Asyraf
SMANH: Neezam Ariffin, Rosdi(mia), Zuwairi, Shakir Shafiee, Izzudin Zainal Abidin
SMKSP: Zulazizi Mohammad, Khairul Rusydi, Hassan Sukiman, Zahid Wahab, Hazim, Shahrul Abu Bakar (sambest)
KUiTTHO: Suharto Keneddy, Kaviarasan A/L Murugaya, Zulfadhli, Abdul Majid Zulkepli, Abu Ubaidah, Suria Affandi, Raynullah
US: yang ni takleh declare lagi sebab masih ada kat sini. kang diorg perasan pulak. haha..Budak usrah aku takyah citelah..sorg kentut pun bau ramai2 amik sikit sorg..walaupun senyap dah boleh kenal sape yg melepas tu..cit..

mintak maaf kepada nama yang aku tak tertulis..bukan sengaja aku tanak tulis cuma nnt panjang sgt.

dan kepada yang perempuan, pun aku tak tulis jugak sebab dikhuatiri anda akan diserang oleh peminat2 I yang lain ;p. You know who you are. I am still your buddy, sampai ada lelaki soleh yang akan menyuntingmu. kalo tak soleh, meh kita solehkan sama2. Lepas kawin, takleh la kan..kang aku kene balun pulak ngn suami.adeh.

Walaupun tak semua mereka akan baca warkah ini..tapi ini untuk korang (dan yang sudi membaca posting ni, untuk korang juga..)



Thursday, January 13, 2011

rindu kekasih

Bismillah..


Entah kenapa akhir2 ini, banyak kali aku diingatkan kepada Rasulullah..baik dari tazkirah orang, status FB, mahupun lagu2 dll..bukanlah selama ini tak ingat kat dia (ye ke..) tapi akhir2 ni terasa sampai ke hati..

Rasulullah..hmm.sape dia ni? sapa dia bagi aku? kita tak pernah bersua muka..tak pernah bersembang atau apa2. so, kenapa nak ingat kat dia pulak. sebab Allah suruh? heh..umur dah besar2 ni tak mainla guna alasan tu kan..

Daripada seerah, aku tahu dia seorang yang digemari semua orang sebelum dia jadi nabi. dan disayangi ramai orang bila dah jadi rasul. sebab dia baik, penyayang, lembut, murah senyuman.. sebab itu dia jadi ikutan ramai. orang nak ikut sifat2 yang baik ni. aku, senyum pun susah..

Tapi, bila terdengar kisah dia sebelum dia wafat, terasa sangat menyentuh kalbu. bermula dengan Fatimah, anak dia yang sangat rapat dengan dia. waktu rasulullah sakit, dia ada sembang ngn Fatimah something. mula2 Fatimah menangis, lepas tu Fatimah tersenyum suka pulak. rupa2nya nabi cakap dia akan pergi bertemu Allah tak lama lagi. patutla Fatimah sedih. tapi pastu nabi cakap orang yang paling awal akan ikut dia adalah Fatimah. suka pulak Fatimah nak pergi meninggalkan dunia ni. tapi mmg berbaloi la sebab dapat spend masa untuk bersama dengan ayahnya balik..

Bila rasul sedang nazak, last yang dia fikir bukan harta pusaka..bukan bisnes.. Tapi rasul ingat kat aku. ye, aku. nabi sebut ummati ummati ummati. ummatku..aku la tu. kot. tapi..ummat dia tu, adalah manusia2 bersih yang mahu mengikut jejak langkah baginda..yang ikut nasihat dan tunjuk ajar dia..yang banyak senyum, yang banyak sedekah, yang fikirkan pasal orang lain..bukan diri sendiri. yang menjaga keluarga sebaik2nya..yang menjaga maruah..

aku...termasuk ke dalam golongan tu? sayunye rasa hati bila terfikir ini..ada orang cakap, kalau nabi dok kat seblah kita skang, agak2 dia senyum ke sedih tgk perangai kita seharian? mesti dia sedih kot tgk perangai ummat dia hari ini terutamanya aku..Kalau dia mengalirkan air mata, mestilah seluruh dunia turut sayu bersamanya..

Allahu rabbi...
sape sanggup tgk nabi sedih? bahkan sape lagi sanggup jadi orang yang menyebabkan kesedihan nabi? hati ni bagai ditoreh toreh kalaulah aku tergolong dalam golongan ni..memang celakalah aku kalau aku terus camni dan tanak jadi orang yang macam nabi nak..

Astaghfirullahal azim...Ya Allah..ampunkanlah dosa-dosa dan kejahilan aku selama ni..ampunkanlah dosa-dosa dan kejahilan keluargaku dan kawan2ku ya tuhan yang Maha menerima taubat..

Pernah pada satu hari, sedang nabi duduk dengan para sahabat baginda. waktu tu rasul cakap kat Abu Bakar," aku rindu pada ikhwanku"..Abu Bakar tanya "bukankah kami ini ikhwanmu?.." lalu dia jawab, "kamu sahabat2 ku..ikhwan ku adalah mereka yang tak pernah melihat aku, tetapi mereka beriman aku sebagai rasulullah, dan mereka mencintai aku. lebih dari anak dan ibubapa mereka.."

Rasul merindui aku..
Wahai Rasulullah..kau rindukan aku, kan?
Aku ingin sekali menjadi ikhwanmu itu ya rasulullah..
Aku ingin mencintaimu..manusia agung yang belum pernah aku lihat belum pernah aku tatap wajahmu dihadapanku..

Ya Allah...kurniakanlah rasa rindu dan cinta kepada kekasihMu Muhammad alaihi solatuwassalam dalam diri kami ini..
Betapa bahagianya hati ini jika nabi senyum padaku..apatah lagi merindui diri ini..
bila dengar lagu cahaya selawat dendangan Raihan, terkenang mulianya pengorbananmu..kebaikan yang kau seru..birapun halangan menimpa namun dirimu tetap tabah. demi membawa kita kepada keredhaan Allah...

mengalir air mata ini kerana kesayuan, kerana kerinduan..

Allahumma solli wasallim wabaarik 'ala Muhammad, yang ku cinta..yang ku rindu setiap hari..

walaupun kita tak bersua hari ini...akan ku usahakan agar kita dapat bersama di sana nanti..