


jomlah kita berfikir sejenak, dan timbang2kan...
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]






kan lawa warna warni dunia ni..kalo satu kaler je tak best la (source)
gambar dari al-jazeera
1st, aku suka melihat somebody is doing something to get what he/she believe is right. tak kisah la kuning merah hijau biru skalipun as long as mereka bergerak berjuang untuk sesuatu, that is a good start. u know, lama sangat dah rakyat di malaysia di'beku'kan otak mereka, di ajar supaya tidak buat benda2 bodoh takut itu dan ini terjadi.
analogi simple ialah anak2 mat saleh kat sini (even anak indonesian aku jumpa waktu STC aritu) dibiarkan je main2 kotor, main lumpur pasir dll waktu dorg kecik2. bila sakit, nnt antibody dorg increase. bila terkena sakit, dorg belajar bahawa itu bukan cara yang betul. mereka belajar dari itu semua. org kita malaysia harapan la nak biar. bila anak2 sakit terkena hujan terus budak tu kene marah kan org dah cakap jangan main hujan kan dah menyusahkan aku nak kne bawak gi spital lah ape lah (rupanya tanak bg sebab takut menyusahkan diri)..last2 jadilah budak tu senyap tak aktif dan melembu sahaja..
kecik2 budak blajar bercakap dengan cara antaranya tgk tv dan bsembang ngn kawan2 lain..bila budak tu cakap benda yang tak sesuai, cara nak atasinya kenela ajar benda baik dengan lebih bersungguh supaya budak tu tahu mana baik mana tidak. bukan potong lidah budak tu or salotep mulut dia. kan bisu jadinya? .ini yang berlaku pada mahasiswa kita hari ini. pegawai2 penaja/ipta sound budak2 jgn terlibat aktivism la usrah la nnt balik takut lawan kerajaan. kalo benda yg kerajaan buat tu bagus dan elok ape nak ditakutkan entah..jadilah mahasiswa kita melembu bodoh ternganga bila cetusan cetusan peristiwa berlaku di sekeliling dunia. itu yang bila besar2 jadi menteri kena interview ngn stesen tv jawab benda merapu tuh..memalukan betul..
so, aku suka melihat pemuda kita bergerak ke arah apa yang mereka percaya benar mengikut ijtihad masing2 setelah mendengar nasihat2 dari pemimpin2, ulama2, orang tua2, dan mereka buat keputusan untuk memilih warna masing2. that is good.

ni pemuda kita ke bukan aku tak sure la ;p
2ndly, aku suka kalau dapat melihat masing2 berjuang dan berhujah dengan menghormati orang lain. perbezaan pendapat itu adalah lumrah, namun bergaduh dan berpecah belah itu bukan penyelesaiannya.
masing2 ada Facebook, masing2 boleh tulis and post di wall dan status masing2 dengan aman tentang apa yang mereka percaya benar. kalo ada tidak bersetuju, boleh kemukakan dengan profesional and facts..kalo tak baik takyah ada ruangan komen tu kan? tak pun baik lock je wall tu..tp yang awak gi kaco kat posting dia bikin panas cari gaduh mencarut2 tu apehal? buat pulak serangan2 peribadi lah, kutuk mengutuk kafir mengkafir lah, provoke sana sini tu kenapa? nanti akan memalukan diri sendiri je tau. baik jgn buat lah benda2 macam ni..hish bertamadun la sikit..cepat benor melatah kan menjadi bad example kepada generasi hadapan.
itu kalo di FB la..kalo di blog, blog lah..kalo di akhbar, akhbar lah..kalo di tanah pula, janganlah sampai bertumbuk bergaduh..buatla benda2 yang bermoral dan boleh sampai ke matlamatnya. dah awak sokong putih, awak pakaila baju putih, awak register la mengundi utk putih. kalo itam, itam la..melalak2 pastu tak reg utk vote camne pulak tu..
pastu kalo orang buat something, marching in the rally for example, takyahla nak kutuk2 kata dorg bodoh la, buang masa ke hape ke. kalo dia rally tu dalam halaman rumah awak ha takpe la nak marah. kalo dia rally bising memekak kat sebelah telinga awak pukul 1 pagi awak takleh nak tido ke ha semburlah mereka dengan spray nyamuk tu..kalo tak, berlapang dada jelah. kalo kata dorg mngaco keharmonian negara awak yg sedang aman itu, mereka juga boleh claim yang disebabkan rakyat mandom macam awak lah keharmonian dan keamanan mereka juga dikaco dan dirampas dek kepimpinan negara yang tidak adil kepada mereka (ini claim mereka la kan..).
lgpun org merokok tu pun bodoh dan buang masa dan duit bahkan merosakkan kesihatan diri dan orang lain..takde pulak awak kutuk macam kutuk org2 marching tu kan..
3rd, baguslah kalo semua org berlumba-lumba berebut2 untuk tunjukkan yang dia lebih mencintai negara berbanding orang lain..berlumba2 menunjukkan dia berada di dalam kebenaran, tanpa menganiayai dan menzalimi orang lain.
kalo awak berada di pihak yang benar dan awak teraniaya, doalah banyak2 semoga Allah beri bantuan, moga Allah beri kesedaran dan hidayah kepada yang menzalimi tu, dan org2 lain yg tak sedar tu..tak kira la awak pemimpin adil yg sedang cuba diguling rakyat, atau awak pasukan keselamatan yang terpaksa berhempas pulas dibalik siraman air dan gas2 merbahaya, atau awak orang kebiasaan yang tak dapat buat kerja seharian dek tersekat di tengah kekalutan itu..doalah..Abu Jahal pun berdoa moga Allah tunjukkan pihak mana yang benar sewaktu beliau dalam perjalanan ke perang badar aritu.
insyaAllah kalo dua2 pihak pun bawak benda yang benar, kan akan bersatu jugak keduanya..kalo salah satu tu batil, tidak akan bercampur yang batil dengan yang benar. semoga semua orang boleh nampak dan memilih yang benar dengan rela hati, bukan terpaksa.
4th, ni antara isu yang keras sikit. adala org yang bawak point bahawa yang anjurkan bersih tu ada niat nak menjatuhkan islam sebab dia adalah antara orang yang lantang memperjuangkan tuntutan isu murtad (the murtad side of course). bimbang makcik ni ada niat lain utk tgk org islam berpecah belah. takut islam akan ditekan di Malaysia katanya.
komen aku: org murtad tu tentu2 murtad sebab dia tak rasa islam ni best. kalo dia rasa islam ni best mesti dia tanak murtad. kan? kalo takut orang murtad, jomla kita amalkan islam betul2 supaya islam yang best ni terbukti best. jgnla takut tak ketahuan. biasanya yang takut ni kalo dia di pihak yang salah..makcik tu pun, dan org2 bukan islam yang lain pun kalo dorg nampak islam ni adil, ringan, bersih, wangi, glemer, best, mesti dorg join. kalo tak join pun mesti dorg hormat. dalam dunia ni zionis je yang takleh terima agama lain terutamanya islam. bukannya semua yang menentang islam sebab dorg zionis..tp dorg takut ngn islam sebab apa yang muslim potraykan tentang islam selama ni.
memetik kata2 seorang rakan cina " Following Bersih stories on Twitter, we talked about how good Malaysians can be…we remembered certain events (occured during the rally) and openly admitted those from other races who have been kind to us. And we confronted our stereotypes of always painting them a certain way." kita pun ada stereotype kat dorg kan?

ni antara pics yang menyebakkan aku..belas kasihan tu kan islam?
seterusnya, kita bukan pejuang manusia, tapi pejuang islam. kalau apa yang sedang diperjuangkan oleh muslim itu adalah kezaliman, itu bukan perjuangan kita. kalau apa yang sedang diperjuang oleh seorang non-muslim itu adalah keadilan, itu adalah perjuangan kita. nanti kalau non-muslim yang sama itu perjuangkan kezaliman, kita akan lawan pula. kan macamtu yang Saidina Abu Bakar pesan waktu mula2 jadi khalifah.