Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Wednesday, June 8, 2011

harta bukan rezeki..

bismillah..

Beberapa minggu yg lalu, aku berkesempatan untuk bekerja part time untuk MSD Chicago menjadi driver kepada tetamu yang datang dari kementerian di Malaysia.

Kerja dua hari yang diberikan gaji sebanyak $100 sehari, tambah dengan tips yang diorang bagi, tambah dengan duit2 upah kiriman corelle diorang ape semua..kira2 agak mewah jugak la. Berkepuk jugak duit yang masuk dalam poket dalam masa 3-4 hari tu.

Di tambah pula dengan duit jualan kereta mustang kesayangan kami tu, dapatla balik modal sorang $700..hmm kira2 banyak jugak lah duit yang masuk dalam akaun aku seminggu dua ni.

Namun memegang duit yang banyak tu, beberapa perkara telah menjadikan aku tidak happy, tidak bahagia.

First skali, walau banyak macammana pun duit aku dapat untuk kerja part time aku tu, hati aku ni tetap meronta2 dan jeles dengan partner yang kerja sama macam aku, tp dia 4 hari, so dpt gaji lebih, tips berlipat kali ganda lebih, dapat pulak ‘org2 besar’ tu belikan gajet2 untuk dia.. biarpun aku dah dpt banyak, lebih dari expectation aku, still…hisy tak suka betul perasaan tamak haloba dengki yang hitam itu..sampai satu tahap aku rasa nak muntah dengan duit2 tu..tak tenang lansung!

Pastu pulak, ada miscommunication dengan adala satu company dengan projek yg kami buat utk kawan2 jugak. Company tu plak member yang lead. Bila melibatkan duit ni, ha mula la rasa orang sana tak amanah la. Tipu la. Nak amik untung lebih la.. Syak wasangka dalam hati makin membara..keikhlasan nak tolong orang pun makin terhakis..


Lepas tu, bila simpan duit2 tu dalam bank, bayar credit card ape sume, tgk2 still tak dpt cover sepenuhnya hutang dengan kad kredit tu. Sedangkan sebenarnya pada permulaan, hutang dengan kad tu sikit je..pusing pusing bayar bill tu bill ni ape sume, tak cukup jugak..aku still berhutang. Duit bahagian jual kereta $700 yg sepatutnya menjadi simpanan (sbb dpt tiba2 luar dari budget) pun dah 'selesai' entah ke mana.


Mmgla duit tu takkan hilang camtu je. Dah ditakdirkan belanja aku juga banyak untuk seminggu dua ni. Blanja utk ke Midwest Game 2011, blanja makan/beli2kan adiah utk kawan2 yg dah nak grad ape sume..Maybe jugak sebab aku ni suke melabur..beli barang2 utk org2 kat mesia, nnt dorg bayar balik..cumanya aku takleh nak guna harta banyak yg berkepuk2 tu even utk setelkan kad kredit aku. Aku ni mmgla jenis hati tak tenang bila ada baki hutang..


So selesai dihitung kira, aku seolah2 tak dapat ape pun dari duit2 yang aku dapat seperti yang disebutkan di atas. Harta aku, tapi bukan rezeki aku. Hutang masih ada, duit masih kurus.


********
Beza harta dan rezeki?

Dalam bahasa mudah, harta ialah apa sahaja yang kita nampak bernilai pada mata kita. Kereta dua tiga bijik, banglow kat sana sini, jam2 tangan berjenama tu.. Rezeki pulak adalah apa sahaja yang menjadi manfaat untuk diri kita di dunia ni. Kereta yang kita gunakan, rumah yang kita berteduh, jam yang bgtau kita bila sampai waktu..


Contoh: ada duit RM50 dalam poket kita..jalan2 skali ternampak orang meminta sumbangan. Bg RM50 tu kat dia, kita tinggal 0. Ternyata RM50 yang patutnya boleh buat makan sampai kenyang, or boleh buat gunting rambut, or apa2 jelah..tak menjadi rezeki kita tetapi rezeki orang lain. Kita tak dpt manfaatnya di dunia ni. Diakhirat maybe ada manfaatnya insyaAllah.


Contoh: roti gardenia inti ikan bilis yang sedap tu, hampir2 masuk ke dalam mulut kita, tetapi terjatuh ke dalam sungai dan di makan oleh ikan2 sepat yg sedang berenang2 di situ..ternyata roti itu bukan rezeki kita. Tp kalo kita tangkap ikan td tu, goreng dan makan, ha itu rezeki lah haha..

********

kadang2 aku pelik..waktu takde harta banyak, boleh je survive. Boleh je gi kelas naik bas. Boleh je survive takde henpon yang canggih manggih. Tp makin lama makin rasa hebat. Drive kereta sendiri, henpon mau ada internet siap..lepas tu mula sakit kepala duit asek tak cukup. Mula risau harga minyak makin naik..adui..



Kata orang tua-tua:


semakin besar periuk, semakin banyak keraknya..



yang memberi maksud mudah semakin besar gaji seseorang tu, makin banyak jugak belanjanya. Rumah besar, kne la bayar letrek lebih. Kereta besar, kenela bayar minyak lebih, road tax lebih..
kata orang muda-muda:


dalam sebulan, sehari duit masuk, setiap hari duit keluar..



yang membawa maksud ha sendiri mau ingat la..


********


kalu asik fikir pasal duit ni takde, duit ni tak cukup..kita akan slalu igt pasal harta, dan lupa pulak pasal nikmat2 lain yang Allah kurniakan. Lupa pasal nikmat penglihatan..lupa nikmat pernafasan dengan udara segar saban hari. Lupa nikmat ukhuwah dengan rakan2..baaanyaklah lagi nikmat2.


"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah(yang dilimpahkan kepada kamu),tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." Surah An-Nahl:18

“Maka yang mana satu diantara nikmat- nikmat tuhanmu yang hendak kau dustakan” Surah Ar-Rahman: 13


Marilah bersama-sama menjadi orang yang selalu beryukur, berterima kasih, merasa cukup dengan apa yang ada. Janganlah kufur, lupa, gundah gulana terhadap apa yang Allah berikan kepada kita. Janganlah botak kepala pening memikirkan rezeki kita, kerana Allah lah yang memberikan rezeki kepada kita, bukan diri kita sendiri.



Astaghfirullah alAzim.


Alhamdulillah..terima kasih Allah.

Monday, June 6, 2011

dekat ke jauh...?

bismillah

Aku belajar dari pemerhatian hidupku, dan rakan2ku juga..

Dan aku melihat, ada satu perkara yg aku rasa sangat perlu untuk diambil iktibar dan pengajaran.

Aku ada 2 orang kawan..both insyaAllah soleh. Ada basic islam yang kuat dari sekolah menengah yang islami.

*******
Sorang ni, katakanlah namanya A. aku kenali beliau dengan pakej. Maksudku, sejak aku kenali dari awal lagi, sudahpun berpasangan. Si ‘kawan’ A ni juga seorang yang solehah juga, ada asas sekolah agama juga.

Setakat yg aku perasan, mereka tidaklah keterlaluan dalam berhubungan. Takla bersentuhan..takla berkepit nak motor bersama.. cuma kadang2 call, sms, makan sama2 berteman..camtu jela..

bukanlah aku menyokong perhubungan ini, tapi aku tak juga menghalang. So-so kata orang. Aku gembira juga kalau mereka ni cepat2 setel dalam keadaan yang terjamin halal.

Cumanya.. harapan mereka ke arah pernikahan seolah-olah sangat jaaauh lagi. Ada saja perkara yang menjadi halangan dan alasan untuk mereka tak dpt nak bernikah segera. Terutamanya dari pihak keluargalah. Nak suruh kerja dulu lah, nak suruh ikut turn abg/kakak kawin dulu lah.. sehinggakan mereka kelihatan jauh hati untuk meneruskan langkah ini. Sedangkan waktu berkawan dan bercinta sudah memakan hampir separuh dekat (mungkin).

Apa kesudahan mereka ni?

Belum pasti..buat masa sekarang, mungkin kene tunggu dalam setahun dua lagi kot baru boleh dpt green light utk bertunang..kawin mestila lepas tu kan..kne tunggu lg la mungkin..Tp belum hantar surat rayuan ke pihak keluarga lg. lepas hantar rayuan harap2nya bolehla settle segera.

*******

Sorang lagi ni, namakan saja dia B. Dia seorang yang menjaga hati dengan urusan silang jantina ni. Setakat yang aku perasan, mmg takdelah dia nak berangan2 ke, mngorat2 ke ape ke..kadang2 bergurau tu adala.. Aku juga pernah ditegur beliau supaya lebih menjaga hubungan (aku pun bukanla baik sgt kan..) inter-jantina ni.

Tapi bila sampai masanya untuk bernikah, alhmdulillah urusan beliau sangat lancar dan mudah. Tempoh merisik (bertanya) selama seminggu yg diberikan kepada bakal pasangan pun, hanya mengambil masa 4-5 hari untuk mendapat jawapan positif. Terus bertunang seminggu dua kemudian, dan selepas 4-5 bulan, bakal bernikah awal July ini(bulan depan). Keluarga pun bereh je..

Alhmdulillah, bakal pasangan beliau yang juga adalah kawan aku, pun mempunyai asas islami yg kuat, bekas budak skolah agama juga.

*******

So, 4 orang kawan aku, 2 pasang merpati, 1 sahaja yang nampak jalan..1 lg sedang berusaha ke arah itu (semoga tidak berputus asa!)..

Lalu apa yang mungkin berbeza dari dua situasi ini?

Menjaga hati..menjaga hubungan dengan Allah..

Both couple pun tahu halal haram.. And they try to avoid it. Cuma perhaps couple A tu, termasuk dalam bahagian syubahah yang banyak kelabu dari hitam dan putihnya..

It’s time to muhasabah..

Sebelum sampai masanya untuk berumah tangga nanti, aku akan (dan sedang) cuba untuk tidak membiarkan hati dilambung maksiat silang jantina ini. Aku nak urusan aku nanti lancar dan dipermudahkan..siapa tak nak kan?

Untuk aku yang selama ini maybe tidak fikir pun pasal ni, untuk kawan2 ku yang menjadi A dalam cerita ini, or aku-aku yang menyangka there is nothing wrong dalam berhubungan dan bercinta sebelum nikah, masih belum terlambat untuk menguatkan disiplin diri, bersabar sehingga tiba masanya.

Mungkin ada yang akan berkata, "alah kawan aku sorang tu bercouple baek punya..semua benda dah buat..mudah je urusan pernikahan diorang.. takde masalah pun.." Jaga-jaga..janganlah ini menjadi 'istidraj' (rezeki yang makin menjauhkan kita dari Allah)..

Janji Allah dalam quran:

….dan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik…… [Surah al-Nur, ayat 26]

Tadahkan tangan, mohonlah taubat dari Allah dengan menyaksikan bahawa Sungguh ya Allah, Kaulah satu-satunya Cinta hatiku yang hakiki..bukan dia..

Aku tidak mahu lansung cintaku kepadaMu terhakis dan diketepikan oleh perasaanku kepada dia..

Tapi aku manusia lemah..aku manusia yg menzalimi diri sendiri..

Selama ini hatiku tidak sabar..hatiku tidak redha..hatiku terlalu mendambakan belaian manusia sehinggakan aku biarkan perisai hatiku jatuh terhadapnya..

Oh God please help us..kuatkan aku, kuatkan dia..semoga kami bersatu selepas kami mendapat keredhaan dari Mu..

ameen

Friday, June 3, 2011

hati mahu pulang..

Bismillah


Sepanjang aku berada di Purdue ni, apabila aku merasa penat mental, aku akan cuba untuk lari dari sini. Aku cuba escape. Selalunya aku akan spend masa di Chicago bersama dengan ‘abg’ Ust Aziz, ‘akak’ Ummi Aisyah, ‘ibu’ auntie Sarah and makcik Ain.. lepak-lepak dengan mereka membuatkan perasaan aku sedikit sebanyak terubat dan ter’therapy’. Sanggup aku drive 3 jam semata-mata untuk ini. Dahla diorg ni suka masak yg sedap2.. bolehla terubat sikit rindu kampung halaman..


dan saat yg paling tak best ialah waktu nak drive pulang ke Purdue, menghadapi hari isnin yang menjadikan aku seolah2 kembali menjadi robot.. Bangun pagi buta untuk ke kelas.. Homework assignment project lab belambak..sedikit sekali masa yg boleh diluangkan untuk membasahkan HATI.


Point aku sebenarnya nak cakap, manusia mempunyai sifat yang suka untuk kembali kepada fitrah. Walaupun jauh blajar sampai ke luar negara, fitrah untuk spend masa dengan keluarga tu tetap ada. Disebalik mengikut acuan mengejar materialism, fitrah untuk mencari benda yang mengubat hati itu pasti ada.


Kat situ datang pula fungsi quran, solat berjemaah di masjid, halaqah dan usrah mencari tuhan bersama kawan2..ini menjadikan fitrah2 yang disebutkan tadi disantuni. Tertunai.




Tapi..


Ada masanya, hati rasa kecewa. Hati rasa benci. Benci dengan diri sendiri sebab terrbuat benda2 yang tak sepatutnya.


Fail exam. Not performing in class dan tempat kerja. Maksiat. Apa sajalah..


lalu fitrah mahu pulang tadi dimain2kan oleh perasaan yang dipengaruhi syaitan. Katanya: orang akan bercakap buruk pasal dirimu. Kau tak cukup bagus. Keluargamu akan membuangmu.. mak ayahmu akan marah..kawan2mu akan slalu mengejekmu.. kau dah buat salah dengan mereka, takkan kau masih mahu kembali dan buat2 macam takde apa2 berlaku..jgnla hipokrit..



Lalu hati yang sedang sakit itu, semakin sakit kerana tidak dapat ubat yang sepatutnya.


Ubat Percaya kepada qadar Allah bahawa apa yg berlaku, tiada satu pun yang terjadi tanpa kebenaran dan kehendak Allah. Ubat yang perlu diambil setiap hari, setiap detik. Pasti ada sebab kenapa Allah taqdirkan begitu.


Ubat ukhuwah fillah dan kasih sayang keluarga dan kawan2..ubat yang akan membantu membasahkan hati yg kering, gersang, kecewa itu dengan siraman manisnya ukhwah..segarnya redha ibu ayah..


Dek kerana ikutkan perasaan, kau lari..lari dari kawan2..lari dari ibu ayah..lari dari Dia....lari dari semua..


makin dekat dengan siapa? Kawan barumu syaitan yg tersenyum gembira.




Ini jalannya..


Dalam quran, Allah ajarkan kepada kita satu ayat yang sangat2 perlu untuk kita amalkan.

Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingati Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya. Dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedangkan mereka mengetahui.


Balasan bagi mereka ialah ampunan dari tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan (itulah) sebaik-baik pahala bagi orang- orang yang beramal.
(3: 135-136)





Taubat.


Ya taubat adalah jalannya.


Bukan lari. Bukan mengasingkan diri kerana malu. Bukan menjauhkan diri kerana merasakan diri kotor dan tidak sempurna.


Juga dari hadis nabi yang mafhumnya:


mukmin itu dengan mukmin yang lain, ibarat satu jasad. Apabila sakit satu anggota, anggota lain turut merasa sakitnya.


Tentu saja apabila kita bersedih dan kecewa, mereka yang disekeliling kita juga turut merasainya. Lalu takkan kaki mahu berehat, takkan tangan tak mahu sapukan ubat, tatkala gigi sedang sakit..


Jangan lagi kita tertipu dengan perdaya syaitan itu..


Biarpun apa yang berlaku, pulangkanlah hati ini kepada fitrahnya..

kembalikanlah kepada Rabb, mencari ampunan dan redhaNya..


kembalilah bersama keluarga dan sahabat2 mu yang beriman itu, agar mereka dapat membantu memegang erat tanganmu yang hampir terkulai..




Wednesday, May 18, 2011

Maafkan aku tidak berada di sisimu..

bismillah..

hari ni, aku nak share kisah peribadi.


ummi mengadu perihal adik lelakiku muhaimin yang dia rasakan semakin tidak terkawal (meliar) kerana berambut panjang, ramai kawan pompuan..bermain game slalu..maklumlah org baru lepas spm. ummi stress sebab dia takut adikku terjebak dalam masalah sosial yang selama ini ummi antara pahlawan yang memerangi wabak ini.

bagi adikku pula, ummi slalu marah dia. knapa ummi takleh jadi macam mak org lain, yg lembut2..knapa ummi stress n bawak stress kat tempat kerja tu pulang ke rumah. maklumlah hidup sebagai pendakwah ni, takde pejabat tetap. kat mana2 pun adalah tempat dia bekerja..so dalam cite ni, dia rasa dia kekurangan kasih sayang dan perhatian la kot..(ni normal kan utk usia macam ni?)

alhmdulillah adikku tak terlibat dalam budaya coupling. tp taktaula dari mane dia kenal ramai sgt kawan perempuan yg dok tulis macam2 kat wall FB dia, tag gambar tu gambar ni. macammanala ummi tak risau..

aku dan muhaimin berbual melalui msg FB yang panjang lebar. dan ini jawapanku untuk luahan perasaannya.

kita sebagai anak2 yg muda2 ni..yg masih belum sampai tahap sakit jantung ni...biar je ummi nak cakap ape..or opah(nenek) nak cakap ape. kadang2 tu dorg sebenarnya tak marah pon. cuma cara cakap macam suara tu tinggi sikit..dah style dorg dari dulu macam tu..kita dengar je. mana yang penting untuk kita betulkan, kita betulkanla..improve diri..mane yg tak betul, tuduhan palsu or melulu, biar je dulu..nanti bila suasana tgh ok, tgh makan2 ke..tgh buat ape2 sama2..siram pokok ke ape ke..ha time tu cakapla perkara sebenar.

ummi hot la pasal muhaimin berhutang tu sebab ummi baca kat wall kita yg muhaimin nak cari duit utk beli game/psp. kita kene appreciate kesenangan yg kita ada. kalo ada duit, jgnla guna utk benda2 yg membazir (along byk gak la buat ni kan..beli tu beli ni)..

good job la muhaimin tkde awek. well, ada ramai kawan perempuan tu pun tak bagus juga. sebab ia boleh merosakkan hati kita. tgk gambar2 dorg kat fb..tag sana tag sini..takut2 lama2 syaitan berjaya jugak robek iman kita dan akhirnya tersilap langkah..takmau kan camtu?

since ummi dan ayah banyak berkorban untuk orang lain, susah jugak kita nak expect ummi dan ayah ada untuk mendengar masalah kita. well, kali ni, kita la pulak jadi tempat luahan ummi dan ayah.tak sama mak ayah kita ngan mak ayah org lain..mak ayah org lain ada masa utk keluarga..tp mak ayah kita adalah kepunyaan ummah.. kesian dorg menghadapi macam2 kes kat luar sana. kalau kita pun nak tambah sesak kepala dorg, dorg lagila stress. try kita bagi can kat dorg utk luahkan kat kita. masalah kita? stress kita? kita share sama2 adik beradik la ok? along ada..boleh tak?

sorry lah tanggungjawab utk tunjuk ajar muhaimin, tarbiyah muhaimin tu tanggungjawab along jugak. tp along kat sini jauh2..along tryla utk make it up to you guys dengan belikan itu ini. tapi along tahu itu sebenanya cara yang salah.


faham tak ape yg along cakap ni? ummi takkan sama dengan mak org lain..sebab mak org lain hanya mak diorg je..tp ummi mak semua org..ramai anak2 ummi (terutama yg kat RS tu) semua mengadu dan buat masalah kat ummi..dan ummi dah spend banyak tenaga utk bantu dorg. jomla kita bantu ummi plak k? kita inspire ummi plak?

aku rasa bersalah sangat sebab dia takde abg y boleh guide dia untuk menghadapi hidup dia. abg yg dia ada ni (aku), sejak dulu duduk asrama, berjauhan dengan family..dah 12 tahun dah aku duduk jauh dari family sebab belajar. kalau muhaimin umur 17 sekarang, lebih kurang 1/3 je dari hidup dia yang aku ada bersamanya. belum adik aku yang bongsu tu yg umur 14..

sekarang aku rasa sedih dan sgt bersalah kepada mereka ni. yes aku maybe boleh jadi kawan yg baik, murabbi, most helpful senior or what so ever dekat tempat aku blajar. tp untuk adik2 aku ni?

hmm...

setiap orang ada cabaran dia. setiap keluarga ada cabaran dia. cabaran kami, ialah semua orang jauh2..ayah di saudi, aku di US, kakngah di sabah, mashitah di Shah alam (ni tak jauh sgt la), fattah di skolah asrama. lepas ni muhaimin sambung blajar ke univ, pun jauh jugak maybe..

maafkan along guys..what do I have to do to make things right?

Monday, May 16, 2011

Perempuanku..

bismillah..

dulu..aku pernah melawat Raudatus Sakinah untuk berprogram. Raudatus Sakinah tu adalah pusat perlindungan dan pendidikan remaja perempuan yang tersalah langkah dan mahu kembali ke jalan yang benar (kot).

pesertanya adalah lebih kurang 25 orang perempuan berumur antara 13-25 tahun. manakala fasinya adalah aku dan kawan2 ku 6 orang lelaki semuanya berumur 20 tahun lebih kurang. warden RS tu mintak kami wat program untuk sedarkan girls ni. kat RS, dorg ni dijaga sebaik mungkin dari segi ibadah macam baca quran, solat tahajjud dan juga dari segi pendidikan asas macam menjahit dan memasak. cumanya warden ni risau takut apa yang berlansung di RS ni hanyalah sekadar di luaran sahaja..tak meresap sampai ke dalam tahap kesedaran dan kekuatan jati diri.

so kami fasi pun buat style lain sikit dalam prog kali ni. watak2 lelaki dibahagikan antara kami. ada yg jadi watak funky, ada watak ust, ada watak charming n menggoda, ada watak mulut leser. aku pulak kena watak garang dan serius. mmg sesuaila ngn muka aku yg masam n tak reti senyum nih. minded kami untuk ke prog tu ialah "biasala budak2 jahat nih kene diajar sket..supaya kembali ke pangkal jalan".

prog bermula jumaat malam dengan sesi icebreaking. sekadar berkenalan fasi dengan peserta secara zahir macam asal, umur benda2 tu lah. cumanya semua fasi macam terkelu lidah kerana dihadapan kami bukanlah budak2 jahat seperti yang dibayangkan. tetapi yg ada adalah gadis-gadis ayu, sopan, bertudung ada yang labuh lagi tu..macam tak boleh nak percaya yang mereka ni pernah tersilap langkah, pernah berzina, join black metal, hampir murtad, ketagihan pil dan macam2 lagi lah. dengan muka mereka yg inocent itu, kami kalah di peringkat permulaan.

sehinggalah tamat sesi icebreaking tu, akhirnya kami pulak dibasuh oleh warden kerana telah 'tertipu' dengan penampilan gadis2 ayu tadi. warden pun mula menceritakan latar belakang some of them bukan niat untuk mengaibkan tetapi untuk kami tahu dengan siapa kami sebenarnya berhadapan.

ada yang terlibat dengan black metal sejak umur sekolah rendah lagi. pada waktu tu, dia baru berumur 13 tahun. ketika dihantar untuk masuk ek RS, hampir2 saja dia mencapai pen untuk menikam ibunya yang cuba untuk memulihkan dia dalam masa yang sama menjerit2 "aku bunuh ko mak! aku bunuh ko!" .Terbeliak mata kami yang mendengar cerita tu.

ada yang belajar di IPTA, bercinta dengan lelaki bukan islam dan tinggal serumah, buang keluarga dan bertekad untuk murtad!

ada yang ikut usrah lg (adeh sedihnya), ber'kawan' dengan seorang lelaki ala-ala imam muda yang menjadi sebut-sebutan ibu-ibu di kampung untuk menjadikan si lelaki sebagai menantu idaman..akhirnya syaitan berjaya memerangkap mereka berdua dan terlibat dengan zina..

ada yang selalu dipukul oleh bapa sehingga menjadi ketagih kepada pukulan dan kesakitan, ada yang mula mengenal pil kuda, estacy dll di sekolah, ada yang ditipu oleh boyfren sampai jadi anti lelaki (termasuk kami fasi pun terkena penangan anti lelakinya)..dikatanya kami ni hipokrit..


ada yang...ada yang...kalau 25 orang, ada la 25 cerita masing2 kot...tapi tentulah ada satu perkara yang sama. LELAKI!


panjang kalo nak cerita pasal program tu sepenuhnya. tp yang pasti, selepas program, aku yang terpsycho..


adala 2-3 hari jugak demam mental, asik terbayang muka dorg yang ayu and cun tu bahkan sopan menutup aurat, membayangkan taubat yang mereka panjatkan kepada Allah saban hari, disetiap sujud sujud tahajjud mereka. semoga Allah menerima taubat mereka itu, dan menjadikan mereka isteri2 solehah, mujahidah2 baru yang sejati di jalanNya.


itu yang mendapat peluang kembali bertaubat. yang di luar sana?




yang asik berkepit atas motor oleh lelaki2 dikota mahupun dikampung?

yang masih bergaul bebas tak kenal batasan di ipta ipts? bahkan di peringkat sekolah ?

yang terpengaruh mengikut jantan-jantan di malam hari melepak di warung2 membawa ke kelab2 malam?

yang menjadi habuan pemenang lumba motor untuk malam hujung minggu ni?

bahkan yang baru nak mengenal siapa itu lelaki, sedang menulis surat cinta menggunakan pen warna-warni, letak bedak sembur fragrance sket bagi wangi dan dipasskan kepada posmen karat itu?


kepada gadis di RS aku memarahi mereka (maklumlah watak garang) mengatakan bahawa "hey korang ni kan, tak sedar diri sungguh. aku sebenarnya tak perlu peduli pun kpd korang. korang bukan sedara mara aku, bukan adik beradik aku. buang masa aku je datang sini nak spend masa ngan korang kalo korang suka nak jadi jahat balik"

Padahal naluri Adam yang Allah campakkan rasa untuk melindungi Hawa dalam diriku semakin mengasak.

aku mula merasa sayangnya perempuan-perempuanku ini..mereka ini adik-adik ku, kakak2 ku..

aku mula menjadi protecttive terhadap semua kawan perempuan yang aku ada. aku tak mahu mereka terlibat dengan lelaki2 yang tak ketahuan hala. sedangkan anak pak imam lagi terpedaya.

kepada aku juga aku pesan kepada mereka jangan mudah percaya. kerana aku juga lelaki. dalam kesedaran aku untuk menjaga mereka, bila2 masa sahaja aku mungkin kalah kepada nafsu dan syaitan durjana itu.




kepada yang membaca posting ku kali ini.


kalau korang lelaki:

tolonglah..tolonglah jangan jadi binatang terhadap perempuan. tolonglah sayangi mereka, hormati mereka, jaga maruah mereka. kalau kau mahukan dia, gunakan cara yang betul, cara yang terhormat, gentleman. berjumpa mak ayahnya. nikahlah. dapatkan cop halal dari langit.


hentikanlah menabur fitnah kepada lelaki2 baik bahawa lelaki ni jahat, penipu, hipokrit dll...


ape lg eh nak pesan?




kalau korang perempuan:


tolonglah..tolonglah jaga kehormatan diri. jaga maruah keluarga.

jangan jadi bodoh ikut permintaan2 bodoh lelaki bodoh tu..maruah lelaki tak tercalar sgt pon kalau korang yang terlanjur dan mengandung. jangan tertipu kerana 'kononnya cinta'. kalau benar dia cintakan kau, pasti dia usahakan yang terbaik untuk memilikimu untuk selamanya hingga ke syurga. bukan hanya tersenyum selepas memuaskan nafsu.

berhentilah menayangkan bahagian badan anda dengan memakai yg ketat2, yg seksi2 sebab nak bg lelaki menjegilkan matanya kepada anda. takut2 anda dapat lebih dari pandangan kang..takpun disebabkan anda menayangkan sgt, kawan2 anda yang kene gangguan seksual. suka camtu?

ape lg eh nak pesan?

kalo tak percaya, tgk ni..





Ya Allah, tuhan yang maha mendengar, maha mengetahui, maha pengasih, maha mengampuni, maha menerima taubat..

ampuni kami wahai tuhan..atas keterlanjuran kami selama ini..terimalah taubat kami..terimalah taubat kawan2 ku di RS yang sentiasa mengharapkan cebisan hidayah dariMu..yang selalu mengimpikan masih ada jalan pulang baginya..

ya Allah, jadikanlah kami hamba yang sentiasa mengingatimu, yang sentiasa bersyukur kepadaMu, dan menjadi sebaik2 abid kepadaMu.

Wednesday, May 11, 2011

Aku Bukan Tuhan

Bismillah..


baru-baru ini, aku terasa sedikit 'down'. kerana beberapa sebab.



pertama, agenda tarbiyah summer untuk MISG semakin memerlukan perhatian untuk dibincangkan, tetapi aku terasa seolah2 semua orang sibuk dengan urusan masing2 sehingga tak sempat nak beri perhatian untuk agenda penting ni. dengan jumlah ahli yang semakin ramai dan berfokus, tentunya kerja keras semakin perlu dikerah..tapi semakin lama aku terasa macam semakin ramai makin jauh..makin terlepas dari ikatan ukhwah dan tarbiyah ini..

is it just me? or mmg ada something wrong dengan kita?



programs yang di aturkan, sambutan hanya sekadarnya..kerana ramai yang ada 'hal' lain. wakaupun programs bukan segalanya..tapi it is one good benchmark to see are we really doing this. keciciran anak buah tentunya menunjukkan lubang2 keciciran pimpinannya..



tidak ikhlas kah aku? masih tidak serius kah aku? banyak mmbuang masa kah aku? masih banyak membuang masa berFB dan menonton? jarang2 buka quran mungkin? solat malam makin samar?



seterusnya, alhmdulillah result examku untuk semester spring lepas dah kuar td. alhmdulillah walaupu tak cemerlang, tp 'selamat'. keluar result bermakna semester ni dah berakhir..yang membawa maksud some of my brothers are getting ready to graduate, and leaving me here.



yang menyedihkan, ialah they are my family these 3 years. lepas ni masing2 dengan hala tuju masing2..dengan walimah mereka yang aku belum tentu dapat hadiri..dengan hidup mereka yang selama 3 tahun ini kita kongsi bersama, lepas ni sudah tidak lagi..



yg memedihkan, ialah aku melihat kawan2 silih berganti meraikan hari mereka tamat belajar. dan aku masih di sini. melihat mereka sedang mengejar kerjaya, membina batu asas kehidupan, berkeluarga, dan aku masih di sini..



kepada seseorang itu: kau tinggal sejengkal untuk menyertai mereka merayakan hari itu, namun tentunya Allah ada perancangan yang lebih besar buatmu, buat kita untuk tinggal di sini satu semester lagi. semoga kau sentiasa dalam iman yang mantap dalam menerima ketentuan ini.



begitulah...



bila melihat segala yang dirancang, tidak memuaskan hati...kadang terasa kenapa hasilnya begini?



sekali lagi aku terlupa..setelah berkali2 aku terlupa dan sedar semula, kali ni aku lupa lagi. aku lupa yang tugas ku hanyalah berusaha, membuat sebaik mungkin...itu tugas hamba seperti aku. dan aku bukan tuhan untuk menetapkan kejayaan dalam setiap yang aku rancang..kerana Dia juga merancang, dan perancangannya tentu jauh lebih baik, lebih besar, lebih hebat dari apa yang kita boleh bayangkan..



astaghfirullah...

Thursday, April 14, 2011

Tulang Pelengkap Rusuk ..

bismillah..

Posting ini ku tujukan untuk semua kawan2 yang baru berumah tangga, sudah bertunang dan menghitung hari ‘halal’, yang sedang planning nak meminang, yg tengah kumpul duit, mahupun yang baru aqil baligh ;)

Kepada yg frust bercinta pun boleh jugak baca ni ;) (Gambar hiasan)


Secara novelnya, setiap insan punya hati dan perasaan, mempunyai fitrah ingin membelai dan dibelai, rindu merindu, sayang menyayang dan lain2… bersesuaian pula dengan fitrah manusia yang tuhan jadikan berpasang-pasangan. Bahkan Adam juga ditemani Hawa yang dicipta dari tulang rusuk Adam sendiri untuk menemani Adam hidup sehingga ke akhir hayat dalam berkasih and so on and so on..ni secara novel dan movie nya la kan..

Pasangan adikku Maisarah dan suami, Arif dalam cover novel Cinta Tamparuli ;)

Kerana dek terpengaruh dengan budaya cinta ‘berdua’ ini, selalunya kita yang terhinggap perasaan ingin berteman ini menyangka bahawa gerbang perkahwinan adalah titik noktah dalam melayari perasaan itu. Bak kata pantun melayu


Nasi lemak buah bidara,Buah selasih hamba lurutkan,

Buang emak buang saudara, Kerana kasih hamba turutkan

Serangkap pantun yang membuatkan kita terfikir ya inilah dia perjuanganku..perjuangan mendapatkan kekasih hati. Lalu bercinta dan berkasih sehingga tinggalkan segalanya..lupakan semalam..lupakan esok.. lupa membuat persediaan untuk fasa seterusnya. Eh jap, fasa baru? Bukankah matlamat sudah tercapai?

Bang, perkahwinan tu bukan the end of your fairy tale ye yang can live happily ever after tu....It’s the beginning of a new era. Era berfikir tentang diri sendiri sudah tamat. Ia adalah permulaan era memikirkan ummah pula!


Sesudah berdua, insyaAllah dikurniakan rezeki untuk berzuriat pula. Pernah fikir sejauh ini? (selalu org yang tak bijak, yang tak menjauhi zina tak sampai tahap ni..tu yang bersepah zuriat dibuang merata..astaghfirullah..). Pernah fikir nak anak yang soleh ke, nak anak yang mendoakan, menjaga kita sehingga akhir usia? Sehingga ke akhirat? Sehingga ke syurga?

Ayahnda Ustaz Zulazizi membimbing anaknda Faheem menjadi anak soleh insyaAllah ;)


Atau…nak anak derhaka ke..?anak Tanggang ke..?anak yang murtad dan hina maruah Islam dan keluarga? Na'uzubillah..


Well, ramai yang tak fikir sampai situ. Baik yang bercinta, mahupun parent mereka (yg letak hantaran puluh2 ribu tu, yang buat kenduri juta2 tu, lepas tu duit habis n berhutang…sape susah?)


Mari kita selusuri contoh tauladan dari quran mengenai kisah seorang pemuda bernama Ibrahim (dia lagi..). kalau kita rujuk petikan quran dari surah Al-Baqarah ayat 134 – 139. Sewaktu Allah melantik Ibrahim menjadi imam (ketua) bagi seluruh umat manusia, kira pangkat macam Perdana Menteri dunia la..manusia paling hebat atas muka bumi pada waktu tu, Ibrahim minta apa kat Allah? Dia tak mintak banglo besar, tak mintak kereta sport untuk senang dia nak berdakwah. Dia mintak pertama skali adalah untuk Allah jadikan keturunan dan zuriat dia juga jadi macam dia. Leader dunia, yang dekat dengan Allah, yang boleh bawa kalimah Haq lailahaillah ke seluruh pelosok bumi!


Pastu dalam ayat 136 Ibrahim doa untuk negeri ini diberi keamanan, sentosa, dan diberi rezeki dari buah-buahan..siapa yang ada kat negeri itu? Kan keturunan Ibrahim juga semuanya.. negeri itu (makkah) bermula dari isterinya Hajar dan Ismail.


Ibrahim ajar Ismail bersama-sama dengannya berkerja untuk Allah (membina Kaabah), kemudian sama-sama berdoa supaya Allah jadikan anak cucu mereka manusia yang tunduk dan patuh kepadaNya, dan mengurniakan dalam kalangan mereka itu utusan(rasul) yang mengajarkan kepada kita tentang Allah.. Guess what? Islam sampai kepada kita ni pun berasal dari doa Ibrahim dan Ismail untuk kita semua.

Subhanallah, betapa pengajaran yang sangat cemerlang untuk kita ambil dan contohi dari kisah ini.


kita ni dah bersedia ke jadi parent yang terbaik, contoh terbaik untuk generasi keturunan kita?

dah blajar2 ke untuk tak degil2 bila org nasihat?

tak malas2 bila ada kewajipan dan tanggungjawab?

tak bising2 dan merungut bila things did not go as well we planned them?

kita dah jadi anak soleh ke kepada parent kita supaya anak2 kita tak jadi kuajaq macam kita hari ni?

kita dah hormat orang lain ke supaya anak2 kita jaga maruah dan tak ludah ke muka orang di masa akan datang?

kita jaga tak hubungan kita dengan 'bakal' kita tu supaya anak2 kita nanti tak berzina pulak dengan entah sape2 di masa akan datang?

maaflah some words are harsh but those words tak keluar dalam novels, dalam movies yang kita dok berangan2 nak jadi hero heroin tu..


astaghfirullah..astaghfirullah..

betapa banyaknya benda yang aku kena baiki sebelum melangkah ke alam baru ini..betapa lemah dan kerdilnya diri ini, kalau Allah tak bantu dan pimpin aku dengan petunjuk dan ujianNya, tentulah aku akan tersasar jauh..mungkin keturunan aku juga tidak menjadi hamba yang taat..lalu menolak aku ke gaung neraka..

Na'uzubillah..

Akhir kata, ku menyeru kepada semua yang disebutkan di atas td, untuk sama2 kita bersiap sedia untuk melahirkan generasi yang akan memimpin ummah menyebarkan islam dan memerangi maksiat.

Persiapan membina generasi ini bukan bermula selepas anak itu lahir, bahkan sebelum mengandungkan ia lagi, bahkan sebelum honeymoon lagi, bahkan sebelum berkahwin lagi, iaitu saat memilih pasangan..

Pilihlah pasangan yang hensem, yang cun meletup...yang kaya raya..kalo boleh tanak anak Dato Sri, nak anak Tan Sri..carilah yang keturunan raja2 kalo dapat..tanak yang darah merah, biarlah yang berdarah emas. haha..tapi yang lebih baik adalah yang reti solat, yang tahu mengaji, yang menjaga islamnya..macamtulah mafhumnya pesan nabi..tak gitu?

Tak dapat keturunan raja, keturunan 'raja sehari' pon ok la kan..Zahid dan Affizah


akhir kata pun 3 perenggan ke..adoi..sekian.. peace ;)

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami pasangan, dan keturunan yang menjadi penyejuk di mata, penawar di hati..

Ya Allah, jadikanlah kami sebagai pasangan yang menjadi penyeri di dunia ni, dan menjadi teman setia di syurgaMu nanti..

Ameen ya Allah, perkenankanlah..