Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Tuesday, April 5, 2011

Pencari Tuhan..

bismillah..


pagi ini cuaca tidak begitu sejuk..dan matahari sudah mula berani menampakkan diri menyinar..



teringat pula kisah pemuda mencari tuhan..Ibrahim Alaihissalam. dalam quran ada banyak siri Ibrahim memanggil, menyeru dan memohon agar dirinya dapat mengenal siapa penciptanya..



berikut adalah salah satu petikan quran tentang peristiwa ibrahim mencari sang pencipta..




(Remember) when Abraham said unto his father Azar: Takest thou idols for gods? Lo! I see thee and thy folk in error manifest. (74) Thus did We show Abraham the kingdom of the heavens and the earth that he might be of those possessing certainty: (75) When the night grew dark upon him he beheld a star. He said: This is my Lord. But when it set, he said: I love not things that set. (76) And when he saw the moon uprising, he exclaimed: This is my Lord. But when it set, he said: Unless my Lord guide me, I surely shall become one of the folk who are astray. (77) And when he saw the sun uprising, he cried: This is my Lord! This is greater! And when it set he exclaimed: O my people! Lo! I am free from all that ye associate (with Him). (78) Lo! I have turned my face toward Him Who created the heavens and the earth, as one by nature upright, and I am not of the idolaters. (79)


--source: Quranexplorer.com - (6: 74-79)


Peristiwa ini berlaku ketika ibrahim masih muda remaja bilamana dia melihat persekitarannya pelik kerana menyembah patutng berhala yang dibuat daripada batu oleh tangan-tangan mereka sendiri. Lalu dia berlepas diri dari kejahilan umatnya pada ketika itu dan mencari siapakah rabb yang sebenarnya..


Hari ini kita melihat ramai pemuda yang sudah tidak hiraukan lansung tentang hakikat kewujudan tuhan..menjadi athiest dalam tak disedari. ataupun menjadi athiest separuh masa. sewaktu melakukan ibadah solat, berada di masjid, terasalah sekurang2nya sedikit bahawa sedang menemui Allah, bahawa Allah itu wujud. harap2nya ada lah sedikit perasaan itu wujud dalam hati. selain dari waktu2 tertentu itu? sudah tentu mereka sibuk dengan mengejar perkara-perkara keduniaan. ya kita disibukkan sendiri dengan sistem kehidupan rosak yang diciptakan oleh manusia sendiri.


sekadar contoh,seawal pagi bangun lebih awal dari subuh kerana bersiap2 untuk ke sekolah atau ke tempat kerja. bila terlewat bangun, perkara yang mula2 difikirkan ialah terlepas kelas atau tersekat dalam sesak lalu lintas. kewajipan subuh itu perkara kemudian..kita di ajarkan bahawa sekolah, universiti, itulah hidup kita yang sebenar. belajar quran, memahami sunnah, adalah perkara tambahan yang boleh dapat dalam kuliah2 maghrib, atau dalam slot2 tertentu di tv atau radio. bahkan jurusan agama dalam pendidikan juga diletakkan sebagai kelas ke 3 selepas sains tulin (medic, engineer..) dan kewangan (ekonomi, akauntan..). Sedangkan memelihara Islam adalah kewajipan pertama dalam 5 priority kehidupan.


selepas habis belajar, kena kerja dahulu kemudian baru boleh fikir pasal kahwin atas sebab kemampuan menanggung nafkah. secara logiknya betul, tetapi sudah ditanamkan seolah2 kerja itu mmg rukun dalam nikah. maka orang semua sibuk pula bekerja dan fitrah ingin berpasangan dilampiaskan pada pasangan-belum-halal atau bahkan pelacur/gigolo.


dari celik mata hingga pejam mata, tersekat dalam kitaran yang sama setiap hari..kitaran jahiliyyah kerana tidak bersulam dengan tadabbur alam mengenal tuhan. lalu apa yang membezakan kita dengan athiest?


bila masanya untuk mencari tuhan? bila masanya untuk mengenal islam sebenar2nya? bilakah masanya untuk menyedari hakikat sebenar penciptaan manusia? bila masanya untuk manusia sedar bahawa tiada cinta yang lebih besar dari mencintai kekasih agung itu? bila masanya untuk sedar bahawa rezeki itu datangnya dari Ar-Razzaq, bukan dari boss besar atau dari bonus hujung tahun apatah dari kerajaan pemerintah.


astaghfirullah...


betapa kurangnya masa yang kami peruntukkan untuk mengenalMu, mencariMu..sedangkan Kau sangat dekat dengan kami..


betapa kami ini lansung tidak pernah kenal erti ihsan dalam diri ini..lansung tidak terbayang oleh kami yang Kau sentiasa ada bersama2 kami dalam setiap perkara yang kami lakukan.


astaghfirullah..Ampuni kami ya Allah..


Berikanlah kami peluang, berikanlah kami hidayah, berikanlah kami masa untuk kami belajar tentangMu, agar makin dekat kami kepadaMu..agar lebih tulus dan ikhlas hati kami ini dalam mencari cintaMu..



Wednesday, March 23, 2011

pulang melihat aku

bismillah..


alhmdulillah berkesempatan lagi untuk menulis hari ini. setelah hampir sebulan ku tinggalkan laman coretan jiwa ini.


Maha Suci Allah yang telah memberikan aku peluang untuk aku kembali melihat aku. walaupun hanya secebis kenangan yang aku sendiri tidak sedar akannya. tidak tergores lansung ingatan dalam memori ini tentang aku, 25 tahun dahulu.


bermula dengan sambutan mengejut besday aku pada malam march 13, tepat jam 12 tgh malam. aku sudahpun terlelap kerana keletihan musafir dan berprogram seharian di RIT yg terletak kira2 10-12jam perjalanan memandu. terkejut dengan nyanyian oleh semua ikhwah di rumah tu. siap dengan kek besday buatan sendiri lagi. bukan 1, bukan 2, tapi 2 setengah kek!! dorg mesti dah bosan setiap kali ISR(islamic spring retreat) mesti nak kne sambut besday aku. tahun 2009 sambut sebelum bertolak ke ISR Minnesota, 2010 setelah pulang dari ISR Iowa dan kali ni, ketika ISR RIT. agak2nya aku lahir waktu parent aku tgh program ke ek?



jawapannya: tidak! ummi kata dia due dah nak beranakkan aku waktu tu tgh shopping kat market..patutla aku suka pi pasar malam (ada kne mngena ke?) . iaitu di Hartford, Connecticut. alhmdulillah jugak berkesempatan untuk melawat Hartford Hospital, hospital kelahiran aku..dan University of Hartford, univ tempat ayah belajar sewaktu aku dilahirkan.




Hartford adalah satu bandar yang sederhana besar, ibu negeri Connecticut. bandarnya tersusun cantik, kemas. perumahan perkampungannya juga sangat permai. terasa macam dok kat oversea plak. no wonder banyak dalam american movie dorg kalo nak settle down life dengan keluarga, Connecticut antara tempat yang menjadi sebutan.


berjodoh untuk bertemu dengan uncle Johari (joe) di Hartford. dia dah jadi permanent resident dan kerja kat situ dah lama. yet loghat utagha dia masih pekat. kami tumpang solat dan dijamu dengan mee rebus oleh american cook, Mr. Bert (taktaula name penuh dia apa). handal masak masakan melayu mamat nih walaupun tak pandai ckp melayu. bak kata apis, you dont have to speak malay to cook a good malaysian food. memula dia ni la yg tunggu kat depan pintu rumah..igtkan uncle joe ni american. pucat abih muka semua org tanak masuk rumah sebab takut nak speaking. haha..



sampai kat UoHartford tu, aku terkenang sejenak..nak kata terkenang memory, mmg sifar. tapi aku terkenang betapa Allah takdirkan aku hidup begini, hari ini, bermulanya di sini..kerana aku lahir di sini, aku belajar di US ni sekarang. dan kerananya, aku bercita2 untuk spend masa lebih dari sekadar belajar kat US ni..maybe kerja mencari pengalaman setahun dua..sambil menjenguk2 perkembangan tarbiyah di sini..

kerana aku lahir di sini, aku dapat bertemu dengan ikhwah2 ku di sini hari ini. dan spent hampir 3 tahun bersama mereka. and thank you guys sebab sudi hadiahkan aku satu hari dari trip kita semata2 untuk aku kembali melihat tempatku bermula..thanks for being so cool about it (walaupun kene bahan berkali2 gak)..


satu nikmat apabila dapat melihat tempatku bermula itu..alhmdulillah aku bermula baik. bagaimanakah tempat aku berakhir nanti? adakah aku akan berakhir baik juga?


Ya Allah, kurniakanlah kami pengakhiran yang baik..kurniakanlah ibu bapaku pengakhiran yang baik..kpada kaum keluargaku muslimin muslimat pengakhiran yang baik..pengakhiran dalam menyebut kalimah Haq Mu..pengahiran ketika sedang berjuang di jalan yg Kau redhai.


khas buat ayah bonda, kalau2 terbaca post kali ni..


I know I'd never thank you guys enough..terima kasih sebab melahirkan akem. terima kasih sebab membesarkan (sampai betul2 besar hehe), terima kasih sebab mendoakan akem menjadi seorang yang bijak dengan memanggilku hakim sejak kecik. skang dah tak brape nak bijak sebab semua org panggil akem je..or lg glemer akeym (tp ayah slalu tulis akiem)


terima kasih sebab tak pernah give up menegur, memarah, merotan, menasihat, memeluk, me me me semua lah sampailah akem menjadi akem yg sekarang. I remember once waktu kecik2 dulu, ummi menangis dan maleh nak marah akem n kngah sebab give up kot..nakal sgt..I am so very very sorry for that tears..kalo boleh ganti setitis air mata tu dengan emas, mesti dah kaya raya kita skarang huhu..


ummi, I cannot deny that I got my caring and loving personality from you. kepada kawan2 laki dan pompuan kalo rasa best kawan ngn aku sebab aku penyayang, caring, prihatin, ummi is 10 times better. thats why I am proud to share my ummi with everyone. (share jadi mak je, bukan jadi bini kpd ayahmu..hoho)


special thanks to ayah, walaupun kita jarang berbual tentang hati dan perasaan (laki macho kan..) but I admit that you thaught me a lot about life. I mean A LOT! and now, I talk like you, I answer the phone like you, I give speech like you, I even laugh like you sometimes but mine is louder hehe.


I know I have you guys in me..and always will.


Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibubapaku yang telah memelihara aku sejak kecil..kami bersama di dunia ini, oh Allah satukanlah kami bersama lagi di dalam syurgaMu kelak.

Thursday, February 24, 2011

Mula dari benih..



Bismillah..

Seronok kan bila tgk kat satu2 tempat tu, ramainyeee orang yang join program2 islami. skali program tu mmg meriah. yang datang pun ramai..bersemangat..speaker pun hebat2..tempat pun best..makanan pun best..tp yang paling best ialah pengisiannya bertajuk yang glemer, semasa, dan sedap didengar..

bila attend program2 tarbiyah yang macam tu, selalunya terasa diri jeles dan nak buat seperti yang itu di tempat kita juga. kenapa? maybe sebab puas kot bila dapat sambutan dari semua orang camtu. Tapi kita lupa bahawa program sebegitu hanyalah tarbiyah spark yang bersifat sementara. apa yang lebih penting, ialah bagaimana untuk kita follow up peserta yang terkesan dek pengisian, dan bagaimana untuk membawa mereka ke jalan perubahan dan jaga mereka sehingga mereka jadi lebih mantap dari kita.

selalunya setelah habis a big event macam tu, kadang tu ramai pula yang serik dan merasakan dah cukuplah usaha dan amal yang telah dilonggokkan demi acara tersebut berjalan lancar..tarbiyah selepas itu? silakan buat sendiri. nak nak pula bila event yang kita lihat itu diuruskan oleh puluhan orang untuk menjayakannya, dan kita pula bangga mampu buat seperti mereka dengan hanya beberapa orang anggota. dan akhirnya? penat sendiri..dan bertanya dimanakah silapnya strategi dakwah dan tarbiyah ini..

ibarat fitrah pokok..

umpamakan program hebat itu seperti sepohon pokok yang sudah matang. Orang melihat cabangnya tinggi dan mencapah sehingga membolehkan kita menumpang teduh. orang merasakan buanya itu banyak, sedap dan manis. orang bahkan mengambil getahnya, dan benihnya untuk dibuat semaian di tempat lain pula.

menumpang teduh di bawah pokok..


dan semua orang mahukan pokok itu. kita mahukan ia, dan kita mahukan ia sekarang!

bai..kat mane ko nak beli pokok yang terus besar camtu? camne nak angkut dan tanam kat seblah rumah? larat plak nak angkat?

dulu aku selalu ikut ayah ke kebun untuk membantunya membina dusun buah. kadang ku tanam benih pokok..tabur baja..buang semak di sekeliling..pokok durian, dukong, mangga, jambu, rambutan pon ada. tapi waktu pokok ni kecik, cara jaga dia semua serupa je lebih kurang. dan pokok2 ni takde pun berbuah dalam masa dekat. setahun takde. pokok durian dalam 5 tahun camtu kot baru berbuah. bayangkan 5 tahun tu, pergi kebun untuk bekerja, berpeluh,kene duri dan pacat je. mane hasilnya? takde. ayah cakap ni kita tanam skarang ni, untuk anak2 la makan bila kitorang dah besar nanti. aku hanya mengiakan jelah sebab yang penting pastu ayah blanja makan ;)

jangan berteduh bawah pokok ini!

dakwah, tarbiyah, kehidupan manusia, pelajaran, semuanya boleh diambil pelajaran dari kisah pokok ni. Allah ajar kita bahawa kita kene sabar, step by step, kita curahkan kasih sayang kepada benih pokok ni dulu...sampai masanya nanti, dia pula yang akan berbakti kepada kita.

situasi di tempat kita..

bayangkan kalau tarbiyah di satu lokaliti tu baru bermula. dengan ahli yang baru boleh dibilang dengan jari. ilmu, amal dan fikrah pun baru tahap2 tali pinggang kuning, takkanlah kita meletakkan strategi untuk mereka bekerja keras dengan buat event2 besar, atau masuk bertanding dalam MPP misalnya..atau dilambakkan dengan jawatan itu ini, sehingga akhirnya mereka penat sendiri di sana.. anak pokok yang baru berputik sudah disiat kulit untuk getahnya, atau sudah berbaring dibawahnya untuk menumpang teduh. manakan sama hasilnya nak dibandingkan dengan pokok yg sudah lama tertanam. anak pokok baru tumbuh sekaki manakan nampak dari kejauhan..manakan sama glemer program oleh ahli baru dengan ahli ditempat lain yang sudah lama berkecimpung..

sepatutnya sewaktu ahli2 ini masih baru, mereka di siram dengan tarbiyah yang menyegarkan..dibaja dengan baja2 iman..dibuang semak samun yang membantutkan pertumbuhan..mereka belum diharapkan berbuah..bahkan kitalah yang perlu menjaga anak pokok ini agar tak patah ditiup angin. hasilnya? buahnya? mungkin bukan untuk kita..tapi untuk generasi akan datang..sabarlah..

boleh ke berteduh bawah pokok besar ni?


step for beginers yang tak glemer ni tak ramai yang sedar kepentingannya..sebab mereka menyertai kerana terkesan dek pokok yang besar. dek redup teduhnya dari sinaran UV. dirasakan perlu ada pokok seperti ini dirumah kita..tapi bukan dengan cara menebang pokok ini dan ditanam semula, tetapi benihnya itu diambil dan disemai.insyaAllah jika benih tarbiyah ini dijaga dengan baik, akarnya akan menjunam ke bumi, dan pucuknya akan menjulang ke langit. cabangnya akan orang jadikan teduhan, buahnya? tentu sahaja buahnya 'termahal' di pasaran.. dan benihnya akan dijadikan semaian di tempat lain pula..

kuncinya? sekali lagi, sabarlah.. dan berdoalah..


Allahumma tsabbit qulubana fi sabilika..Ya Allah tsabatkanlah hati kami ini dijalan Mu. Semoga kami dapat menanam benih2 tarbiyah di merata tempat, sehingga akhirnya semua ummat manusia berteduh dibawah dahan kasihMu itu.

Tuesday, February 22, 2011

Maple

Bismillah..
rupa2nya maple tu adalah sejenis pokok macam pokok kayu manis, dan org buat air gula (macam madu) dari maple ni..baru ku tahu. itu pun selepas bertandang ke negara maple: Canada.

Alhamdulillah weekend lepas (Feb 18-20) berpeluang menziarahi ikhwah akhwat di Ottawa Canada dan berkongsi stories dengan mereka di sana. majlis yang mengumpulakn lebih kurang 40 students dari Carlton univ, univ of Toronto, Hamilton, dan ada lg yg ku tak tahu kot. baru je bersemangat nak tinggalkan musim sejuk di purdue, akhirnya winter semula di Canada (lebih kurang suhu -17 celcius...je)

perkongsian kami (aku ngn paan) banyak berkisar ttg pemuda, pelajar, dan islam untuk semua bangsa. alhmdulillah audience memberikan respon yang menggalakkan..hadir awal ke program, tak ponteng2 dan selalu ceria. seronok lah bila kita buat lawak diorg gelak..takdela rasa macam tak laku kan..

perkongsian tafsir surah an-nas sebagai warming up perkongsian untuk melihat respon peserta dan dijadikan ice-breaking antara kami dan mereka. hadith ghulam dan buku syahadatul haq (abul a'ala al-maududi) di kongsikan bersama dengan pemuda-pemuda bersemangat ni. tempoh sehari setengah dirasakan sangat tak cukup untuk mengenali mereka dengan lebih mendalam, walaupun itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan kami sudah merasa menjadi sebahagian dari keluarga Canada. I really2 want to go there and visit them again. soon insyaAllah.


cakap berdegar2 bersemangat, akhirnya yang bercakap tu diuji lebih awal oleh Allah. dalam perjalanan pulang, sebelum naik flight kami telah ditahan di US homeland security. biasanya unit ni ada di pintu masuk US, kami tak sangka akan berjumpa mereka di tanah Canada. akhirnya setelah kami berdua ditahan, sedikit interview, akhirnya dilepaskan. takdela teruk pun cuma terlepas flight balik jela. and that was the last fligt into the US for that day. meaning kami kene stay sampai esok baru boleh balik. flight esoknya kul 930 pg. so kami akan dtg semula awal. terpaksa ponteng kelas lah. terus email lecturer habaq kata tak dpt dtg kelas, tak dpt submit hw dll.

alhmdulillah rumah ikhwah canada ni 5 min je dari airport. so spend the night with them lagi. lupa pulak, makanan sepanjang berada di Canada ni mmg superb. kedai halal brcambah, makanan waktu program was perfect(nasi lemak daun pisang, murtabak mini..), and last but most important, kami beli chicken wings malam tu untuk 'melepaskan geram'. takdela banyak sgt pon..dekat2 seratus ketul...je.

belum pukul 7 pg, sudah terpacak di airport. rupanya flight kami gy first Ottawa-Washington d.c - Indy delayed for 2 hours. akak jaga counter United Airlines tu bagi kami tiket lain..soh naek ngn company lain Air Canada plak guna route Ottawa-Toronto-Indy. pi lah ke Air Canada. tgk2 tiket Toronto-Indy dia lupa nak belikan..melangutlah kat kaunter AC tu lame2 sampailah setel. Alhamdulillah setel juga akhirnya. dan maleh nak cite mehnah2 lain, akhirnya sampailah kembali ke Purdue kul 8 mlm td.

gi canada mudah je..but had a long way home..

banyak belajar sabar juga sepanjang ziarah 2 hari ni. belajar untuk sentiasa senyum kat makcik jaga kaunter, abg2 jaga security, kat pakcik2 polis, dan lain2. belajar berdoa banyak banyak banyak kat Allah sebab Dia yang aturkan segalanya. bahkan doa org musafir ni mustajab (nak kne cari dalilnya nih..sape tahu boleh sharekan ye..)

antara 'jambu' yang kami sempat snap..


gambar kenangan ikhwah canada feb 2011

Thursday, February 10, 2011

Rupanya aku pun terlupa

bismillah

ku kongsikan kata-kata semangat oleh kawanku dikala aku tengah sedikit down dan lost.

Salam untuk saudara seislam..
terdetik dihati untuk menules panjang..
maaf kalau coretan ni tak sesuai masenye dan isinye..

kerana aku juga akan terlupe, tertanye2 sebagaimane hakim mempersoalkannye. suatu hari nnti pasti saye akan mengalaminye...
dan ketika itu, haruslah semue mengingatkan sy ape yg telah sy tules ini..
kerana aku seorang manusia, yang sering tenggelam dalam lautan dunia.

ketahuilah sahabatku, da'wah anda bukan untuk membantu islam semata
da'wah anda bukan untuk berukhuwah dan mengumpul, mengejar pahala..
tapi da'wah anda untuk mencapai redha ALLAH
terkadang kiter terlupe, untuk bertawakkal kepada ALLAH
tawakkal untuk segalanya..
untuk ibadah, untuk solat sujud yg belom pasti diterima..
apatah lagi tarbiyyah yg dipenuhi corak dunia

kalau semata yg ingin dicari adalah pahala,
kutip smpah pasti akan diberikan pahala..
makan minum tidur., jaga kesihatan, itu cukup memberikan pahala..
namun yg dicari bukanlah pahala
kerana pahala tak dpt menghapuskan dosa
pahala tak dapat menenangkan jiwa
pahala tak dapat membelikan aku syurga!

yg dicari adalah berkat dan rahmat...
yg dikejar adalah redha dan penerimaanNya..

dan dalam perjalanan pencarian itu, seringkali akan ader mehnah
kerana kiter adalah seorang manusia.
yang Dia janjikan sebuah kehidupan yg penuh cabaram
kerana kiter adalah seorang Muslim
yang Dia janjikan kesenangan diakhirat bile dunia dipenuhi cabaran
kerana kiter adalah seorang hamba
yang Dia janjikan hadiah terbesar disyurga, bersama Dia 'selame-lamenye'..
'selame-lamenye'..


"jalan ini bukan untuk mereka yang mengimpikan kejayaan pada usia mereka.
jalan ini untuk mereka yang mengimpikan kejayaan bersama" - Syed Qutb

Allah tidak menghalang kiter menggapai cita2
Allah tidak melarang kiter mencari cinta
namun haruslah yang kiter gapai, yang kiter cari, untuk dapat redha Dia..

maka gapaila cita
carilah cinta..

dan jika tidak tergapai sebuah cita, usah risau kerana kiter pasti akan menggapai cita yang lain
dan jika tidak tercapai sebuah cinta, usah risau kerana bidadari syurga sedang menunggu hakim disana, pendamkanlah , azamkanlah.


dan tidaklah berarti kiter murabbi harus sentiasa kuat dan tidak diduga
kerana lebih faham agama, lebih besar cabrannye..


dan sesungguhnye aku bersyukur, kerana dianugerahkan dengan saudara2 yang punye jiwa pencinta untuk terus memacu jalan da'wah ini kerana mereka tahu tiada seorang pun yng tahu dimana akhirnya.
maka mereka yakni antum, berusaha, dan berusaha.. dan usaha itulah yang menyemarakkan semangat saye
make mari same2 kiter lebih berusaha

renungkanlah kekasih-kekasih ALLAH dan kekasih-kekasih saye, kerana saya ingin mencari antum disyurga sane

ALLAHumma ameen...


Terima kasih atas perkongsian beliau.kepada saya, dan kepada kita semua.

tulisan yang ternukil dari hati, kan berbekas di hati juga.

Ameen.

Wednesday, February 2, 2011

kita masih ada kita..

Bismillah..


Apakah nilai harga sebuah persahabatan? adakah nilainya sama dengan nyawamu? adakah hanya sekadar perbalahan kecil dan salah faham, sudah mampu membuatkan kau membenci dia, dan serik untuk bersahabat lagi?

Sedangkan Rasulullah pun ada Abu Bakar,sahabat baik yang rapat dengan baginda. Umar, yang sanggup menghunus pedang untuk siapa yang menyakiti baginda. ini membawa erti bahawa sahabat baik ini adalah suatu fitrah. bukan mengada-ngada nak ada bff lah ape lah..

sahabat yang baik, adalah sahabat yang bila kita lihat muka dia, menambah keimanan kita kepada Allah. bila kita dengar suara dia, terasa macam nak menambah amal. kadang2 bila kita dekat dengan dia, kita rasa takut, kita rasa diri ni banyak sangat buat maksiat dan dosa. benci tau bila dia ni datang dekat dengan kita, rasa diri hina, malas, tak cukup amal. tapi kalau dia tak datang, tentulah lebih banyak maksiat yang kita dah lakukan..tentulah hati ini sudah keras dan hitam..tentulah syaitan tidak lagi memandang kita kerana bagi syaitan, kita dah boleh 'urus' diri sendiri.

sahabat dengan sahabatnya yang lain adalah ibarat cermin. bukan sekadar untuk menampakkan aku ni hensem, tetapi yang lebih utama sebagai tempat untuk aku rujuk sewaktu nak menyikat rambut, nak membuang misai/janggut, nak memicit jerawat. paham la tu kan? ada ke org waktu tgk cermin, nampak jerawat kat muka dia pastu gi marah cermin tu sebab cermin tu penipu. ada ke? gila kot org tu..

mafhum hadith Rasulullah, tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri. atau orang mukmin dengan mukmin itu ibarat satu jasad. sekiranya sakit satu anggota, anggota lain akan turut terasa kesakitannya.

bahasa pasarnya ialah, kalau sahabat tu masuk rumah, dan terus ke dapur mencari nasik dan lauk dan kita tak rasa apa2 pun yang salah dengan itu...ataupun tgh makan nasi, kita taruh lauk baek punya dalam pinggan konon2 nak makan yg tu last la kan.. tiba2 dia amik yang kita dok simpan tu..ape kita rasa? kalo masih ada rasa cam nak lempang dia, means kita belum lagi jadi sahabat yang terbaik untuk dia.

nilai persahabatan bagiku

di sebalik aku yang kelihatan riang dan gembira ini..terdapat satu jiwa. satu jiwa yang sangat sangat menghargai erti sebuah persahabatan. sangat.. kerna bagi aku, tanpa sahabat-sahabat yang mencorakkan aku, aku tidak menjadi seperti ini sekarang..

dulu, waktu zaman budak2 dulu, aku tak rapat sangat ngan family..so these friends of mine, they are my family at that time. they are a lot closer to me. aku ceritakan dan kongsikan segalanya dengan mereka sebab aku tak kongsi ngn keluarga. waktu tu aku rasa cari pasal la kalo share ngn ummi dan ayah. haha..
sahabat bagi aku, adalah diri aku, tapi dalam jasad yang lain. aku dan dia sangat memahami satu dan lain, sampai tak persoalkan ape yang dia buat untuk kebaikan aku sebab aku tau dia buat itu sebab sayangkan aku.

bukan bermaksud dengan sahabat kita ni, kita tak pernah bergaduh. yes, aku pernah bergaduh dengan kawan2 baik aku tu. ada yang aku libas dengan tuala sampai lebam2..ada yang aku baling shampoo sebotol kat dia..ada yang aku flying kick dari belakang. ada yang pernah aku benci seluruh hati pada waktu tu..tapi, siapa yang aku nak tipu? kasih sayang antara kami ibarat air, dicincang takkan putus. sehinggalah TUAN PAIP menutup pili air, sehingga itulah kasih sayang antara kami akan sentiasa bertaut. insyaAllah.

tapi sehingga waktu itu tiba, kami akan sama-sama sedaya upaya menjaga kami dari melakukan maksiat kepada Allah.

ye seperti biasa, dengan kawan baik yg dah bertahun, pasti akan kalah juga dengan gadis yang mungkin baru dikenali beberapa bulan. aku akui fitrah kawan2 aku setakat ni takdela senget..insyaAllah semuanya akan menuju ke gerbang perkahwinan dengan wanita. bukan dengan aku.

kadang tu, ada benda yang boleh menggegarkan persahabatan ini. tapi aku sanggup aku dimarahi oleh mereka sebab tidak mahu mereka terlibat dengan maksiat, asalkan aku tahu kelak insyaAllah api neraka tidak ada sebab untuk menyentuh kulit mereka. aku sanggup dipersalahkan sekarang, dan mungkin aku akan terpaksa melepaskan persahabatan kita secara zahir, namun aku memandang dan mengikutimu dari jauh. sekiranya kau terjatuh lagi, jangan khuatir..akulah insan yang akan menyambutmu.

Dan akan sampai satu masa, di mana aku akan terpaksa melepaskan mereka untuk mereka bina keluarga mereka sendiri. bermaksud mereka ada lagi tanggungjawab yang lebih besar. menjaga dan membesarkan isteri2 serta anak2.. aku anggap bakal2 isteri mereka sebagai adik2 aku sendiri. kalau calon mereka ni aku kenal, dan mereka juga kawan aku, I will do my best, untuk persiapkan mereka berdua menjadi bakal ibu dan ayah yang terbaik di dunia. yang akan menjadi lubuk keturunan2 yang baik2 dan berserah diri kepada Allah. ini janjiku pada diriku sendiri.

kepada Allah ku panjatkan doa.

Ya Allah Ya Hannan, Ya Rahim, Ya Rahman..suburkanlah cinta dan kasih antara kami, tautkanlah hati kami..sehingga kami bertemu semula di syurgamu ya Allah..

Ampunilah dosa-dosa semua sahabat2 ku yang pernah aku kenali sejak aku mula mengerti akan dunia ini..Kau ampunilah dosa mereka, Kau limpahkanlah hidayah kepada mereka agar mereka kenal dan bersama dalam jalanMu yang sebenar..

Ya ilahi, Kau jagalah mereka di mana sahaja mereka berada. Kau berikanlah ujian-ujianMu kepada mereka, agar sentiasa mereka kembali dan mencariMu. agar mereka tak lupa kepadaMu.

Kau jadikanlah kami, sertakanlah kami dalam barisan orang-orang yang memperjuangkan agamaMu.

Ameen ya Rabb..Ameen ya Rabbal Alamin.


aku masih kenal, ingat, dan hubungi kawan2 yg rapat ngn aku, sejak aku tadika. these are some of the pictures dalam computer aku. rakaman-rakaman memori yg lain sentiasa tersemat di hati sanubari aku.

ni gambar waktu skolah SMANH



dorg ni dah buat rumah aku cam umah sendiri..



budak asrama SMKSP tahun dua ribu lebih


some of the names yang mengisi memori aku dulu..

Tadika Ihkam: Fathi Tahir, Anas Kamarudin
SRIAAG: Abdul Rahman Mad Admara, Mus'ab Umair Hasan, Asqalani Asyraf
SMANH: Neezam Ariffin, Rosdi(mia), Zuwairi, Shakir Shafiee, Izzudin Zainal Abidin
SMKSP: Zulazizi Mohammad, Khairul Rusydi, Hassan Sukiman, Zahid Wahab, Hazim, Shahrul Abu Bakar (sambest)
KUiTTHO: Suharto Keneddy, Kaviarasan A/L Murugaya, Zulfadhli, Abdul Majid Zulkepli, Abu Ubaidah, Suria Affandi, Raynullah
US: yang ni takleh declare lagi sebab masih ada kat sini. kang diorg perasan pulak. haha..Budak usrah aku takyah citelah..sorg kentut pun bau ramai2 amik sikit sorg..walaupun senyap dah boleh kenal sape yg melepas tu..cit..

mintak maaf kepada nama yang aku tak tertulis..bukan sengaja aku tanak tulis cuma nnt panjang sgt.

dan kepada yang perempuan, pun aku tak tulis jugak sebab dikhuatiri anda akan diserang oleh peminat2 I yang lain ;p. You know who you are. I am still your buddy, sampai ada lelaki soleh yang akan menyuntingmu. kalo tak soleh, meh kita solehkan sama2. Lepas kawin, takleh la kan..kang aku kene balun pulak ngn suami.adeh.

Walaupun tak semua mereka akan baca warkah ini..tapi ini untuk korang (dan yang sudi membaca posting ni, untuk korang juga..)



Tuesday, February 1, 2011

Sabarlah duhai hati..

bismillah

arini nak berkongsi cerita sikit..

tentang, ibadurrahman..yakni hamba kepada yang Maha Pengasih..

dari surah al-furqan: 63-76

Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan.

Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.

Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan Kami, jauhkan azab Jahannam dari Kami, Sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal”. Sesungguhnya Jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.

Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.

Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan yang demikian itu, niscaya Dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan Dia akan kekal dalam azab itu, dalam Keadaan terhina,

Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; Maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Dan orang-orang yang bertaubat dan mengerjakan amal saleh, Maka Sesungguhnya Dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya.

Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.

Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat- ayat Tuhan mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang- orang yang tuli dan buta.

Dan orang orang yang berkata: “Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada Kami isteri-isteri Kami dan keturunan Kami sebagai penyenang hati (Kami), dan Jadikanlah Kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

Mereka Itulah orang yang dibalasi dengan martabat yang Tinggi (dalam syurga) karena keSABARan mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan Ucapan selamat di dalamnya, Mereka kekal di dalamnya. syurga itu Sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman.” (QS 25:63-76)


sepanjang2 ayat yang di atas, saya cuma nak kongsikan satu benda je.daripada ayat last tu..mereka akan dibalasi dengan martabat tinggi kerana kesabaran mereka..kuncinya? sabar..

sahabat yang dikasihi..

betapa sabar ini akan banyak bermain dalam hati kita..

ya, kadang kala kita marah..kadang kala kita kecewa, kadangkala kita gembira..cemas, takut.. tapi kita kena apa? kena sabar....

perjuangan ini dijanjikan Allah penuh dengan mehnah dan tribulasi..akan ditentang oleh taghut2...makanya kita sabar..

perjuangan ini akan menyebabkan masa kita banyak terhabis, harta kita banyak terbelanja..makanya kita sabar..

kadangkala kita tak faham, tak tahu dan terasa berat oleh arahan orang atasan/naqibah/murabbiah kita..terasa seperti itu tak sesuai dengan diri kita..makanya kita sabar..

sewaktu asyik melihat bondong-bondong manusia menyerah diri untuk bersama dalam tarbiyah,segala2nya nak dibuat untuk meraikan mereka...sabar...

sewaktu mendapat berita gembira juga, terasa semua benda di dunia kita yang punya, terasa kita kene buat segala2nya..sehingga kadang terlupa kepada tanggungjawab utama sebagai khalifah..makanya sabar..

bila kawan2 lain mendapat khabar gembira, dan kita juga mahukan itu! tetapi belum mampu...maka sabarlah..

kadang tu kita rasa kawan baik yang sangat kita percayai, buat something yg kita tak terduga..terasa dikhianati..kena sabar....

selalunya kita rasa kawan2 kita ini terlalu banyak kelemahan, banyak main, tak serius, buat kerja lambat..tak seperti kita..makanya kita sabar..

bila kita rasa persatuan ini tak sempurna..banyak lubang2 di sana sini..terlalu memenatkan hati yang sudah kuat bekerja..makanya kita kena bersabar..

sebab, kita biasanya tak tahu pun situasi sebenar..kita tak tahu pun benda yg terjadi kat kita, sebenarnya sebab mereka semua sayangkan kita..sebab Allah nak kita dekat dengan Dia..kita tak nampak tu..tp kita marah dan tak sabar..

Kisah pemuda yg hampir tak sabar

pernah suatu hari seorang mutarabbi bertanya kepada murabbinya perihal dia sudah give up dengan berusrah kerana dirasakan usrah tidak lagi sesuai dengan cara dan dirinya.. kerana orang lain dirasakan selalu lambat, malas, banyak main, masih berbuat maksiat, terlalu banyak meminta dari memberikannya apa-apa, ukhuwah dirasakan kering, kaku, pendek kata tidak sempurna..

murabbi mana yang tidak bergetar hatinya menghadapi situasi ini..binaan yang selama ini cuba diberikan segala2nya bertanya untuk pergi dari medan perjuangan..tetapi tidak tergambar semua itu di riak wajahnya..

lalu sang murabbi bertanya kpd si pemuda. ya akhi, sewaktu enta sedang menaiki kapal merentasi lautan luas, kapal yang enta naiki kapal yang buruk, layar berlubang, papan dah reput, persekitaran busuk berbau kotoran manusia..lalu apa yang akan enta pilih untuk sampai ke tujuan?

ya kalau enta terjun untuk berenang, enta akan terasa nyaman dek bersihnya air laut, terasa segar, mungkin bermain2 dengan ikan lumba-lumba, seronok..tapi sekuat manakah enta untuk berenang sehingga ke pantai? nanti makan dan minum bagaimana? marabahaya mendatang nak buat macammana?

pemuda sudah terdiam dan tunduk..terasa perit hatinya kerana tidak sabar..

murabbi menyambung, ya kapal ini banyak cacat celanya..kapal ini cuma ada kelemahan manusia..tetapi untuk terjun dan berenang, bukan itu caranya. lupakah kita pada pantai yang kita usahakan? lupakah kita pada redha Allah yang kita dambakan?

seharusnya kita sabar, dan bersama2 dalam kapal untuk cuba membaiki apa yang dirasakan tidak elok. bukan memencil diri dan teruskan niat untuk pergi..

itu adalah kisah murabbi dan mutarabbi yang keluar dalam majalah tarbiyah di indonesia.

maka sahabat2 yang hebat2 dihadapan saya ini, satu yang ku pinta,

sabar..

sabar dan berserahlah kpd Dia..

istighfarlah di atas ketidak sabaran kita dahulu..semoga Allah kurniakan kita dengan kesabaran para anbiyak..

betapa sabarnya Zakaria sehingga dibelah dua..
betapa sabarnya Nuh ketika dipaling oleh anak sendiri..
hebatnya sabar Ayyub ditimpa bencana dan ditinggalkan anak isteri..
sabarnya Ibrahim atas perintah hijrah Allah membawa hajar dan ismail jauh di tengah gurun..
sabarnya Muhammad dibaling batu oleh warga Thaif, sehingga baginda menahan Jibril dari memusnahkan mereka kerana mendoakan agar ada pembela islam dari keturunan mereka..

Duhai Allah kekasih hati kami..bantulah kami..kuatkanlah kesabaran kami sebagai tanda kami ini pendokong islam..supaya kami tahan dan tak tercicir dari medan ini

ameen