Bismillah..
Alhamdulillah alhmdulillah alhmdulillah..
segala puji bagi Allah yang telah menjadikan/melakukan sesuatu dengan hikmah yang besar..
genap seminggu lepas berlaku satu kemalangan yang telah meragut pergi nyawa seorang saudaraku.. saudara yang baru aku kenali setahun lebih sdikit, namun terasa seperti bersama sejak azali.. pertama kali kami berkenalan dalam sebuah liqa usrah untuk mereka2 yg baru pulang ke Malaysia..baru sesaat dua kenal kami sudah bergaduh2 manja..haha kenangan..
tak perlu aku menulis tentangnya dengan lebih lanjut.. ramai yang sudah memanjangkan kisah ini ke seluruh dunia..( sini, sini, sini, sini, dan banyak lagi yang kekal dalam sanubari masing-masing..) sungguh! arwah semasa hidupnya sangat bersungguh mengajak manusia untuk menjadi saksi kebenaran..syahadatul haq..sehingga kematiannya juga turut menjadi saksi, tazkirah hebat, pemberi semangat, penyambung perjuangan untuk umat..samada yang mengenali arwah semasa hidupnya, mahupun yang baru mengenali selepas perginya..
beberapa sahabatku juga turut tersedar dan mahu kembali ke jalan dakwah ini disebabkan bukti kejayaan arwah di hadapan mata kita semua..ya, kejayaan..kejayaan abadi..
kerjanya hanyalah sebagai guru (baru beberapa bulan)..gaji pun tak sebesar mana..baru membeli motor untuk kesana ke mari..
ini bukan kejayaan naik gaji..
ini bukan kejayaan dapat kahwin..
bukan dapat kereta..
bukan dapat beli rumah..
sewaktu semua insan yang sebaya dengan arwah (termasuklah aku) memberikan sebahagian masa utk memikirkan, memerah keringat untuk perkara2 yang di sebutkan di atas, engkau sahabatku sudah mendapat kejayaan hakiki..
sewaktu kami berkira-kira tentang kerja kami, bisnes kami..engkau sudahpun ditawarkan persaraan yang diidamkan semua orang... iaitulah husnul khatimah...
apakah mungkin ada lagi orang yang mahu lari..mahu lalai..siapa lagi yg peduli dengan dunia ini? setelah melihat apa ganjaran yang engkau kecapi hasil kegigihanmu terhadap dakwah dan tarbiyah ini? apakah mungkin kami bermalas-malasan lagi? apakah mungkin kami bertangguh-tangguh lagi? sedangkan masa kami entah sampai esok..entah sebentar nanti..
memang ini satu tamparan buat kami..sewaktu hidupmu rajin sekali kau menampar kami dengan kata-katamu..pergimu, sempat jugak menampar kami lagi berkali-kali ..
jeles..ya memang aku jeles..kau sudah mendapat kerehatan abadi..syurga untukmu ya akhi..insyaAllah syurga untukmu..
aku? belum pasti..pagi ku ingat..petang ku alpa..begitulah silih berganti..
terdetik di hatiku bertanya, kenapa Allah mengambilmu sedangkan kau bekerja keras untuk dakwah ini...kenapa tidak aku yang malas ini..yang tak significant lansung dalam perjuangan ini..
namun aku teringat bahawa dunia ini memang tempat bekerja..kau sudah laksanakan tugasmu dengan baik, lalu Allah ambil nyawamu..dan Allah masih beri peluang untukku..untuk kita semua untuk turut bekerja dengan bersungguh..sehinggalah tiba salah satu dari dua ini..kemenangan islam, atau mati syahid..insyaAllah..
Allahumma ya Allah..
Tsabatkanlah hati kami dalam jalan dakwah kepadaMu ini..
janganlah Kau tarik hidayah yg telah kau berikan kepada kami ini...
Ambillah nyawa kami sewaktu kami sedang berkerja keras berjuang di jalanMu..
Perkenankanlah ya Allah..
akhi,
masa kami juga akan tiba..sudilah menyambut kami di pintu syurga nanti..
Ameen..
live173影音live秀 , live173影音live秀 , live173影音live秀 , live173影音live秀 , live173影音live秀 , live173影音live秀 , live173影音live秀 , live173影音live秀 , live173影音live秀 , live173影音live秀
ReplyDelete