alhmdulillah, PRU malaysia ke 13 kali ni, aku terlibat dengan agak berat. sepanjang sebelum mula kempen, tempoh kempen, hari pru, post-pru pun ada jugak yg aku terlibat. suka kiranya untuk aku kongsikan beberapa pengajaran yang aku perolehi dari pru kali ini.
ini bukanlah kali pertama aku mengundi di Malaysia. kali pertama aku ialah pada 8 Mac 2008 untuk dun gombak setia dan parlimen gombak. pada masa itu, aku hanyalah pengundi biasa..ada matlamat..namun hanya untuk diri sendiri..
2008 adalah transisi zaman aku dari belajar di Univ tempatan ke univ luar negara. minda yg aku bawak, masih lagi minda mahasiswa tempatan. ya, kita tak boleh terlibat politik...politik ni kotor..kita boleh terlibat hiburan..konsert sana sini, jom hebah sana sini..itu boleh..tidak kotor..tidak dihalang AUKU...
kesan dari environment pressure pada waktu itu telah mewujudkan pemuda pemudi yg malas berfikir untuk masa depan negara..yang penting hiburan mesti jalan.. telah mewujudkan pemuda pemudi yang takut untuk bersuara..kalau dahulu takut untuk kehilangan tempat belajar, kini takut pula kehilangan tempat kerja..lebih baik tidak berubah apa2, hanya kos sara hidup sahaja yang berubah (bertambah)..
adalah satu tindakan bijak dari parti yang memegang tampuk pemerintahan sejak dahulu dengan perang-sarafnya yang mengatakan partinya adalah kerajaan, dan pakatan lain adalah pembangkang..sehingga berjaya merubah pemikiran rakyat secara tidak sedar bahawa takut untuk memilih selain 'kerajaan' kerana tanah air pasti akan porak poranda selepas ini..bahkan media juga terus memainkan sentimen tersebut walaupun selepas pembubaran parlimen yang sebenarnya membawa maksud belum ada kerajaan baru, dan belum tentu siapa yang akan menjadi pembangkang.
sentimen perkauman, penerapan rasa takut agama lain akan menghancurkan masa depan islam di tanah air, 'hadiah' untuk pengundi2 parti pemerintah adalah antara faktor lain yang berjaya disuntik ke dalam jiwa rakyat marhaen.
suka aku memetik kata2 Dr.Asri supaya rakyat ubah, ubah dan ubah lagi sehinga kerajaan yang terbentuk menjadi kerajaan yang terbaik untuk rakyat. malangnya pemikiran rakyat kebanyakannya terlupa bahawa kerajaan adalah untuk serve rakyat, bukan rakyat terhutang budi dan berterima kasih kepada kerajaan. takut untuk berubah kerana takut 'kerajaan lama' akan meng-apa-apakan mereka.
apakah yang harus kita selaku rakyat sedar ini lakukan? duduk berdiam diri kerana tak mahu terlibat dalam sebarang perbalahan, perdebatan kerana kita orang timur tidak suka bergaduh (tapi kutuk belakang suka)?
jangan kalian terlupa bahawa kita di dalam kapal yang sama. tersalah pilih nakhoda boleh menyebabkan sama2 sesat di lautan..tersalah pilih pemimpin negara boleh menyebabkan kita rakyat yang akhirnya terpaksa menguis pasir untuk mencari sesuap nasi (sedangkan mereka bermewah seboleh mungkin...)
Wakil rakyat mana pun kita pilih, parti mana pun kita pilih, sepatutnya ia adalah pemilihan yang berasaskan ilmu dan fakta, dan jangkaan2 intelek, bukan kerana rasa takut kepada orang atasan, atau sebarang sentimen2 lain.
********************
aku terlibat sebagai petugas keselamatan untuk seorang calon yang bertanding. dalam team aku ada beberapa orang lama yg berkerjaya bagus, dan juga ada beberapa orang muda yg berniaga bagus..ini adalah sample (sort of) dari masyarakat kita.
aku sedikit kecewa dengan beberapa kes yang berlaku. orang2 lama mengatakan bahawa mereka tidak boleh terlibat penuh, tak boleh nampak muka on the ground kerana dikhuatiri akan menjejaskan kerja mereka. mereka hanya makan gaji...fine...datang pula orang yang berniaga, juga mengatakan bahawa mereka tak boleh terlibat sgt, takut customer nampak nanti customer akan berkurang sebab mereka terlibat dengan parti tertentu...fine...atleast nak jugak mereka ni terlibat daripada org lain yg tak mahu terlibat lansung..
ini apa?? takutkah kita dengan masa depan kita? takutkah kita akan kekurangan rezeki yang Allah telah janjikan kepada kita sejak azali lagi?
sahabat2, ini tidak lain adalah syirik (kecil kot). menyangkakan ada selain Allah yang boleh memberi kesan kepada rezeki kita. astghfirullahal aziim. istighfar segera andai kita juga pernah berfikiran sedemikian..
samalah kita andai kita fikir kerajaan itu kerajaan ini dapat memberikan rezeki kepada kita, mereka yang membayar gaji kita setiap bulan, atau kerana merekalah kita boleh belajar sampai ke menara gading dll..berhati2lah kita dalam perkara keimanan ini...
**********************
aku dan ahli usrah aku berbincang tentang realitinya ummat ini, dan bagaimana seharusnya kita semua selaku orang yang ingin mengembalikan islam ke muka bumi ini, bekerja keras dalam meneruskan perjuangan di masa hadapan. perjuangan menyebarkan islam secara fitrah, sehingga masuk ke setiap rumah2 di lokaliti kita. praktikalnya andai ada usrah untuk setiap kejiranan, dipimpin oleh usrah ketua2 taman, dipimpin oleh usrah ketua kampung, dipimpin oleh wakil rakyat yang dilantik..bukankah itu satu chain of command yang sangat cantik dalam merakyatkan kepimpinan dan menyuarakan keperluan setiap ahli masyarakat?
namun adakah kita bersedia untuk melaksanakannya kepada 30juta org penduduk di malaysia? berapa murabbi kader dakwah yang diperlukan? yang sedia ada sekarang ni termasuk aku sendiri pun masih banyak bermain2 dan sibuk dengan cita2 sendiri...hmmm
apepun, banyak lesson learned dari penglibatan aku dalam PRU kali ini. insyaAllah sekiranya diberi peluang, aku mahu terlibat lagi akan datang untuk memperjuangkan masa depan diri dan rakyat lain..insyaAllah..
Moga Allah perkenankan. amiin.
live173影音live秀 , live173影音live秀 , live173影音live秀 , live173影音live秀 , live173影音live秀 , live173影音live秀 , live173影音live秀 , live173影音live秀 , live173影音live秀 , live173影音live秀
ReplyDelete