Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Tuesday, October 30, 2012

persiapan..

Bismillah..

2-3 minggu kebelakangan ini masa aku dipenuhkan dengan aktiviti2 persiapan..ada beberapa perkara yang perlu aku siapkan sebenarnya..

yg pertama, alhamdulillah aku telah berjaya menjadi student master secara rasmi di UiTM Shah Alam ni..of coz persiapan2 sebelum tu memang memakan masa dan banyak kerenah. kena isi borang2, dapatkan pengesahan2...pegi ke jabatan2 sana sini jumpa orang sana orang sini orang sana soh gi sini org sini soh gi sinun (well you know the drill in Malaysia kan..) untuk pergi ke kaunter terakhir untuk registration dan akhirnya alhamdulillah pada 24 October 2012 dapat juga aku menjadi pelajar research fulltime yg rasmi. dapat kad pelajar lepas ni bolehla gi main bowling dapat student rate hehe..jimat2..gi ngn adik2 usrah la kan (cover baek)..

yg kedua persiapan untuk majlis perkahwinan..ni dah bermula lebih awal tp takla intense sangat kan..mula2 kena setel borang2 di pejabat2 agama..hiv test, kursus pra perkahwinan, pilih pakaian yg sesuai untuk hari kejadian...buat kad jemputan dll..kemas rumah kemas bilik sampai rasa cam nak dok dalam rumah je tanak kuar sbb best sgt (cehh..)..siapa yg dah kawin pasti teringat juga bagaimana zaman korang dulu, dan yg bakal kahwin kalo nak tau camne urusan dia bleh la bgtau, insyaAllah I will try to give some steps and tips katne yg best and murah..

oh btw, kalau ada sape2 readers yg belum dijemput secara rasmi ke majlis nanti, mine insyaAllah pada 18 Nov 2012 bertempat di Pusat Komuniti Koperasi Polis Fasa 2. jemputlah datang untuk mengabihkan makanan..kalo korang tak datang sape plak nak makan semua tu kan..sian makcik catering penat2 masak..



walaubagaimanapun, persiapan yg lebih penting dari majlis tu nnt ialah persiapan menggalas tanggungjawab2 baru..menjadi orang baru, menerima orang baru, berfikir bukan untuk diri sendiri sahaja dan semuanyalah..itu yg lebih ku risaukan..tgh baca buku men from mars tu tak abih2 lagi..rasa macam ada lagi buku2 yg lebih penting untuk di baca sepanjang perjalanan ini nanti. korang ada suggestion?

terus...persiapan pembinaan masa depan ummah. akhir2 ini mad'u dan aku juga turut sama2 bz..tp rasanya cam dorg bz pun lebih bersemangat dari aku. skang tgh minggu exam tetap tanya tanya bila liqa kita abg hensem? (ok part last tu tipu je)..mereka yg diamanahkan kepada aku ini, adalah cream of the cream (budak2 pandai daripada yg pandai2 di Malaysia) dan on the top of that, the cherry (mereka yg bukan sahaja pandai tetapi menyedari tujuan hidup sebenar) and of cos tangkai cherry tu (yg bukan sekadar sedar bahkan paling komit dan bersungguh), itulah yg diamanahkan kepada aku..memang kalau dorg ni dapat kat sukarno, pastilah diorang boleh mengegar dunia. kalau bg kat alfred, dorg boleh jadi batman. kalau bg kat Raja Gopal, diorang pasti membawa pulang piala dunia...kalau bg kat IHAB, pasti diorg jadi selayak Morsi..tp sebab diorg ni dapat kat aku, hmm...Moga Allah berikan kekuatan untuk mereka bertahan atas jalan ini dengan ketidak seriusan aku membina dan membentuk mereka..dan moga Allag bagi aku kekuatan untuk berkongsi dan memberikan yg terbaik yg aku ada selagi nafas masih menyelurusi rongga-rongga jasadku ini..

Dah 2 kali aku solat jenazah kat masjid qariah aku dalam masa terdekat. dan beberapa lagi kematian kawan2 parent aku yg aku tak dapat nak hadiri. Tarikh masuk master, tarikh nikah, tarikh walimah takpelah aku fokus persiapan sebab tahu bila ia akan tiba..tp tarikh aku kena menghadap ilahi tu aku tak tahu. entah tahun depan bulan depan entah2 esok..persiapan yg aku dok buat untuk bertemuNya ni dah siap semuanya ke? adakah mati ketika tidak bersedia itu, satu option yang kita nak terima?



Ya Allah..sudahilah hidup kami dengan kesudahan yg baik..janganlah kau sudahi hidup kami dengan kesudahan yg buruk dan jahat.


Ameen.

3 comments:

  1. congrats akem dapat smbg master! all the best! :D
    congrats & all the best juga utk majlis & kehidupan lepas tu..semoga dipermudahkan Allah..insyaAllah..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete