Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Monday, October 1, 2012

persiapan berubah fasa

bismillah..

tik tok tik tok masa semakin menghampiri..

amanah dan tanggungjawab yang berat sedang menanti..bersediakah aku untuk menanggung lebih dari apa yang aku ada sekarang? untuk mula memikirkan tentang 2 orang? tentang keluarga? hmm...sentiasanya soalan ini bermain2 di fikiran..

selalu aku pesankan kepada ahli usrahku akhir2 ini untuk selalu membaca doa rabbana hablana tu..

"wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami isteri-isteri dan zuriat keturunan kami penyejuk mata..dan jadikanlah kami pemimpin di kalangan orang bertaqwa" (25 : 74)



supaya mereka realise bahawa apa yg sedang mereka lalui ini juga adalah satu persediaan untuk menjadi bapa yg sesuai untuk isteri dan anak yg penyejuk mata itu.

doa nabi ibrahim ni, ku rasakan sangat sesuai dengan kita yg menggunakan usrah sebagai amal dakwah. yang mana kita bukan sekadar ingin menjadi orang soleh yg beribadah di masjid, orang bertaqwa yang dekat hatinya dengan Allah..bahkan lebih dari itu. untuk menjadi pemimpin bg orang2 bertaqwa..menjadi murabbi mereka!

ye benar..aku bukanlah baik sgt..semua org akan cakap camtu. termasuklah aku sendiri. tp usrah ni bukanlah untuk org baik tp untuk org yang mahu jadi lebih baik..dan org yg memimpin hijrah ini tentulah besar ganjaran dari Allah.. bukankah andai ada orang yg mendapat hidayah lantaran usaha kita itu ganjarannya lebih baik dari dunia dan seluruh isinya? (mafhum hadith).

to be honest, preparation utk menjadi bapa (atau ibu) yg terbaik bg aku, adalah dengan menjadi murabbi usrah. apa yg akan murabbi2 ini pelajari dalam usaha memimpin kawan2, adik2 menuju islam secara keseluruhan, itulah juga sebenarnya yg diperlukan oleh seorang bapa untuk memastikan anaknya hidup dan membesar dalam acuan islam yang lebih praktikal. bukan sekadar teori seperti yg kita belajar dalam kelas2 pengajian islam satu masa dahulu.

kalau kita lihat dari sudut pandang ini, jelas menunjukkan bahawa sebenarnya yg menjadi murabbi itulah yg akan banyak belajar bagaimana menjadi seorang ayah, kawan, pemimpin dan sheikh (org yg lebih hikmah) sebagai persediaannya untuk menjadi seorang suami/ ayah. Sekiranya sejak dari zaman bujangya lagi dia sudah berusaha untuk merealisasikan doa "menjadi pemimpin orang2 bertaqwa", insyaAllah bila dia memimpin keluarganya nanti, ahlinya juga akan menjadi orang2 bertaqwa..dan ahlinya juga pula menjadi pemimpin orang2 bertaqwa yg lain.

bukankah ini juga salah satu dari cita2 kita?

siapa yg pada hari ini tidak takut dengan realiti anak2 muda yang berperangai semakin menyesakkan dada? dan siapa pula antara mereka ini yang cuba berbuat sesuatu supaya anak keturunan mereka tidak terjebak dalam kancah ini sejak sekarang walaupun mungkin belum plan untuk berkahwin? semoga kita menjadi salah seorang yang bersiap sedia dari hari ini untuk melihat pelaburan (zuriat) kita di masa hadapan nnt tidak rosak bahkan lebih dekat dengan Allah lebih lagi daripada diri kita sendiri.

mohon doa dari rakan2 semoga kita sama2 sentiasa bersiap sedia untuk menjadi bapa (atau ibu) yang terbaik untuk pasangan dan zuriat kita.

No comments:

Post a Comment