Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Saturday, April 28, 2012

Lembut


Bismillah..

Selalu aku terkenangkan antara peristiwa yg tak dapat aku lupakan sewaktu menunaikan umrah tempoh hari, ialah pengalaman berjumpa dengan seorang pakcik melayu malaysia ketika makan tghr pada suatu hari tu.  Selama seminggu sebelum tu seringkali hati ini tertunggu2 bilalah agaknya akan ada seorang yg memberikan taujihat (macam tazkirah/pengisian) dalam bahasa melayu sebab banyak kelas pengajian dalam bahasa arab yg tak dapat ku fahami.  Luahan hati ku didengari Allah, lalu dipertemukan aku (dan adik) dengan pakcik tu.

Dari cara pakcik mat, sudah dapat ku baca dia adalah orang yg berharta. Pakaiannya. Gayanya. Rokok yg dihisap tanpa henti. Namun hatinya sangat baik. diajaknya kami bersembang. Nak dibelanja kami makan tp kami dah beli sendiri.  sembang2 macam2.. Dikongsikan pengalaman2 beliau. pengalaman hidup. pengalaman umrah. Penuh pengajaran.

Aku tanpa melengahkan peluang, terus meminta agar pakcik memberikan nasihat kepada kami yg masih muda ni. Pakcik mat mengambil nafas panjang, lalu pakcik mat berpesan kepada kami: (lebih kurang beginilah bunyinya..)

" Ini tanah makkah yg sedang kita pijak ni, yg kita sedang mengerjakan umrah ni, ada banyak sejarahnya. janganlah kita hanya melakukan umrah tanpa memikirkan dan mengambil pengajaran daripadanya.

Di kota ini lah dulu nabi kita Muhammad dimaki dihina, dipulaukan, diejek gila dan sebagainya kerana membawa islam. Di sinilah para sahabat disiksa dibunuh demi mempertahankan aqidah.  Lihat betul2 sekeliling ni, dan ambillah semangatnya. Kalau bukan kerana mereka disini 1400 tahun dahulu, mungkin tidak sampai islam pada kita hari ini. "

Muka pakcik mat sudah merah sebak sebaik menyebut tentang rasul yg sangat dicintai. matanya sudah bergenang.

" Waktu pakcik menunggu untuk pintu ziarah makam rasul, bila pintu dibuka, orang merempuh masuk. Pakcik tertolak jatuh tersungkur ke depan. Pakcik bangun perlahan. Pakcik kata dalam diri pakcik " Ya Rasulullah, apa yg aku hadapi hari ni cuma sedikit berbanding apa yg kau hadapi dahulu. Aku tak apa2. Aku tak kisah semua ni, demi mu wahai kekasih Allah". "

Berjuraian air matanya  sewaktu berkongsi tu. Pakcik mat bukan orang muda. Umurnya lebih separuh abad. Aku yakin memang sakit dihimpit ditolak sehingga tersungkur sedemikian. Namun sempat lagi dinisbahkan kepada perjuangan muhammad dahulu.

Aku pun turut sebak. Ku tarik nafas dalam. Cuba untuk tidak menangis di hadapan adik perempuanku. mungkin sebab aku lelaki.  Pakcik mat adalah seorang kontraktor. tangannya nampak kasar dan gagah. aku dapat rasakan betapa 'lelaki'nya pakcik mat mencari rezeki yg halal. Namun aku sangat mengagumi kelembutan hati pakcik mat, dan sayangnya, rindunya beliau kepada rasul junjungan.

Aku terus mencelah sambil mendoakan beliau, dengan menceritakan tentang kisah kerinduan nabi kepada ikhwan(saudara)nya. Kali ni dia dengan aku sekali berlinangan air mata. Mudah-mudahan dia, aku, dan kita semua adalah ikhwan yg disebutkan oleh baginda rasul.








*****
Akhir2 ini aku terasa lebih cenderung ke arah pendekatan yg lembut. Tulisan2 Ust Pahrul Mohd Juoi di blog beliau, siri2 perkongsian Ust Don, kedua2nya lembut, dan kedua2nya banyak membawa kita kepada kisah2 nabi Muhammad, dan kerinduan kepada baginda.

Aku memang terkenal dengan gayaku yg kasar dan bengis. Bersuara lantang. Marah, Serius. Mungkin satu perkara yg paling mudah diingati oleh kenalan2 lama ialah sekurang2nya aku ini garang.  Mungkin seperti Umar. Namun tak pernah lagi aku dengar nabi menggunakan pendekatan seperti aku. Cara nabi semuanya lembut. Tenang. Berhikmah. Ia bukan hanya berkesan kepada Abu Bakar yg lembut. Tapi juga Umar yg keras. Ia tidak membina generasi yg lemah longlai. Tapi berjaya membina generasi yg membawa islam ke puncak keagungannya.

Perlukah aku berubah? Menjadi lembut dan tenang? Atau seperti adanya ini pun memang sudah lembut?


5 comments:

  1. Byk persoalan aku kat post ko kali ni kem. Haha

    1) Pakcik mat tu bukan aku kan? Sure kan? Sbb aku lom sampai Makkah lg. Plus, tgn aku mmg kasar tp aku bkn kontraktor, dan juga usia aku blom melebihi setengah abad. hehe

    2) Perlu ke kita berubah menjadi someone else utk berjihad/berdakwah? Bg aku, ko x perlu nak lembut kem. Setiap manusia berbeza, masing2 dgn cara sendiri. Cara yg paling sesuai dgn ko adalah cara yg skarang, lembut tp tegas (yeke ni?) haha betol la bro, as long as tak melangkaui batas2 agama, segala usaha dakwah yg ko dah lakukan, sgt bermakna..
    tol x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) bukan ko kot..ke ko? aku pun konpius mat..haha

      2) berubah utk ikut org lain tu mmg aku rasa tak perlu..tp ini ikut nabi..nabi yg mmg diturunkan utk kita ikut. camne skang?

      Delete
    2. Kalau kita tak ikut cara nabi tapi kita mampu bawa org lain utk ikut nabi..boleh ke? Aku fokus kepada CARA/PENDEKATAN membawa seruan nabi.

      Delete
  2. "kerana dirimu berharga"
    http://www.iluvislam.com/inspirasi/tokoh/4725-hanya-dengan-bismillah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. aww...terasa diriku begitu berharga..

      Thanks anon!

      Delete