sedang aku duduk2 di suatu hari, aku menerima satu sms..
"hakim, aku rasa aku sombong la.."
satu pengakuan yang jarang2 didengar..walaupun dari suara hati sendiri..
satu pengakuan yang aku kira membawa mesej tersirat..meaning "bantulah aku membuang karat ini dari hatiku.."
aku duduk dihadapan baitullah..memikirkan ayat itu..aku pun turut termuhasabah..aku pun sombong jugak..
Sombong dalam sejarah
kalau nak fikir2..sebenarnya satu2nya maksiat yang dilakukan oleh iblis sehingga menyebabkan beliau dicampak keluar dari list syurga hanya kerana beliau sombong. merasa diri lebih hebat dari adam.
ya dia itu makhluk tanah..yg kotor..yg dipijak2..duduknya dibawah..
aku iblis..makhluk api! hebat..bisa saja membakar apa sahaja yg menyentuh..bakar tanah pun pasti hitam..lihatlah lilin..api disumbunya pasti sentiasa naik ke atas walau macammana pun diletakkan posisi lilin itu. sanggup pula membakar lilin yg sebenarnya membekalkan bahan bakar utknya.
sombongnya iblis tidak mahu sujud hormat kepada adam dirakamkan dalam quran. bukan sombong kepada Allah..sombong sesama makhluk. iblis tak pernah berkata dirinya tuhan..tak pernah melawan Allah selain sekali itu.
lalu dihalaulah keluar dari syurga. namun tetap berjanji utk membantu manusia utk menjadi pengikutnya di neraka kelak.
mungkin atas janjinya itulah...aku juga terikut2 kadang2 sombong..selalu sombong..astaghfirullah...
jenis sombong yg terbiasa
bila masa kita rasa kita lebih baik dari orang lain..bila masa kita rasa kita lebih mulia dari orang lain...bila masa kita rasa lebih tuan dari orang lain..kita dikira sombong..atau nama yg lebih menakutkan iaitu takbur..
bila? bagaimana?
kadang2 kita tak sedar..kadang2 kita sedar tp sengaja teruskan..
bila kita pernah diberi kelebihan..dan kita melihat kekurangan org lain dengan pandangan jijik..pandangan 'padan muka kau!'..pandangan 'pergi jauh dari aku!'..
selalu kan kita rasa camni? kadang seorang tu berbangsa lain..kita rasa bangsa kita lebih mulia lalu kita ejek bangsa dia..racist ini berlaku dalam diri kita. ye mentang2 mereka gelap dari kita..ye mentang2 dia datang dari negara yg kepadatan penduduk sangat tinggi sehingga mnyebabkan rakyat negaranya ada di serata dunia..tak pernah kita pandang rendah kepada mereka2 dari IND**? dari IND******? dari PAKI****?(sorry to friends from these country, I never meant to dishonor you. its just for example)
kadang kita pandang yg sebangsa seagama dengan kita pon..blajar sampai spm..blajar sampai diploma..kerja kampung..kerja kilang..pun ada saja pandangan2 hasutan2 takabbur ni masuk ke dalam hati kita..
astaghfirullah..istighfar dulu astaghfirullah...
lagi?
bila pernah seseorang membuat kesalahan pada kita..kita marah dan tak maafkan. biarpun sengaja atau tak sengaja. biarpun kita tahu ia tak sengaja! biarpun kita tahu dia sudah cuba utk memohon maaf..dan kalaupun dia mmg tak meminta maaf, adakah itu lesen utk kita sombong terhadapnya?
ya ia juga termasuk dalam sombong. sombong mengatakan aku baik..kau jahat. kau berdosa kepada aku. aku takkan maafkan kau. masuklah kau dalam golongan org2 yg rugi di akhirat nnt..dalam neraka! oops mungkin tak sampai tahap tu tp memang boleh sampai kan? sombongnya kita seolah2 kita ini tak pernah buat salah kepada org lain..tak pernah kecilkan hati org lain..seolah2 kita ini maksum..sombongnya aku..takabburnya aku..
sehinggakan membuatkan kita sanggup tak lakukan sesuatu yg baik, hanya kerana kesombongan kita ini. bukankah bertegur sapa itu baik? bukankah duduk dan beriman bersama itu baik? tp kita rasa tak hingin utk buat itu kerana marah dan kecil hati..
astaghfirullah..istigfar dulu...astaghfirullah..
bila lg kita sombong? ada lg?
bila kita melihat seseorang yg melakukan maksiat kepada Allah dengan pandangan menghukum..bukan pandangan rahmah, kasih sayang utk membantu dan menunjukkan jalan yg betul.
dengan pandangan "habisla kau...masukla neraka.."..
bila melihat org yg tidak bertudung or bertudung kecik sebagai perempuan tak sedar agama..
bila melihat orang berdua2an berkapel dengan pandangan "nak kena tangkap basah ni"..
melihat org melepak ditepi jalan maghrib2 sbg kutu2 yg takde harapan utk ummah..
mentangla kita ada belajar agama skit..reti baca quran skit..dah pandai nak menghukum org..bukankah kita ini hanya penyampai? utusan Allah utk islam y rahmat utk seluruh alam..? bukan hukuman utk alam. kan?
astaghfirullah..astaghfirullah...
banyak lagi sebenarnya kesombongan yang mungkin wujud dalam hati kita. tp 3 kesombongan ini yang dapat aku kongsikan setelah muhasabah pada waktu itu. 3 kesombongan ini mudah sekali wujud sewaktu melakukan ibadah umrah.
muhasabah ketika tawaf
sewaktu melakukan tawaf..berhimpit2...
manusia yg berbagai bangsa, berbagai warna..berbagai juga bau dan ragamnya..ada yg ihramnya tebal...ada yg ihram nipis..ada yg bau biasa...ada yg bau tengik peluh..hati yg kotor ini terus sombong memandang rendah kepada mereka.
sedangkan membuang kasta itulah hikmah yang paling mudah dilihat apabila islam disebarkan oleh rasulullah. Islam mengajar kita memandang orang dengan pandangan yg baik. memuliakan org yg lebih bertaqwa.
sewaktu berhimpit2 itu..kita orang malaysia yg kecik ini ditolak ketengah kedepan ketepi oleh bangsa2 lain yg lebih besar dan lebih kasar. kadang2 makcik2 tua yg nampak innocent itu yg sebenarnya yg menolak kita. lalu hati yg lembut ini mudah sekali berkecil hati..melabel mereka sebagai kasar dan mementingkan diri sendiri.
sedangkan kita tahu rasulullah dihina dikeji dpan2 muka oleh perempuan yahudi itu tp atas kesabaran rasulullah, pemaafnya dia mnyebabkan perempuan itu memeluk islam. sedangkan Thaif yg menyiksa rasul itu pun dimaafkan oleh beliau bahkan didoakan agar generasi Thaif seterusnya menjadi generasi muslim.
sewaktu beribadah itu juga dikatakan ada sendiket mencuri..sendiket cubaan menipu orang utk membawa mencium hajarul aswad dengan bayaran yg melampau2 keterlaluan. dan hati yg busuk ini terus mendoakan mereka agar dibalas Allah dengan bala2..tidak didoakan hidayah dan rahmah..
sedangkan badwi yg kencing dalam masjid pon dihalang dari diganggu..sedangkan yg mengaku zina depan nabi pun nabi palingkan muka kerana tak mahu menghukumnya..sedangkan org2 munafiq merosakkan islam pun tak pernah nabi tunjuk dan sebutkan namanya..
astaghfirullah astaghfirullah...
marilah kita buangkan sifat iblis yg ada dalam hati kita ini..jauhkanlah hati kita dari menyuburkan lagi sifat takabbur ini.
pernah aku melihat seorang pemuda yg meminta derma utk sekolah tahfiz/anak yatim di pasar malam. lalu seorang pakcik berkopiah..BERKOPIAH..bertanya kepada pemuda itu, ini utk thailand ke malaysia? pemuda menjawab utk thailand. lalu dia dimarahi oleh pakcik tu. tak boleh mintak derma utk thailand di malaysia..macam2 lagi ceramah pakcik tu tp aku terpaksa pekakkan telinga kerana tak tahan dengan hamburan itu. astaghfirullah..
buanglah perasaan jijik terhadap orang lain. itu perasaan iblis kepada adam.. pandanglah mereka dengan pandangan kasih sayang. pandangan ingin membantu dan berkongsi. apa salahnya berkongsi apa yg ada di dunia ini dengan mereka? bukankah dunia ini hanya sementara? bukankah dunia ini milik Allah untuk dimakmurkan bersama?
maafkan..
untuk yg pernah menyakiti kita..maafkanlah mereka. kita juga pernah membuat salah kepada org lain dan kita juga berharap org itu memaafkan kita..amalkan memaafkan org sebelum tidur, insyaAllah hati kita akan menjadi lebih tenang.
ingat tak kisah seorang ahli syurga yg disebut rasulullah tu? 3 kali rasulullah sebut pada sahabat nanti akan ada ahli syurga lalu depan kalian lalu org yg sama lalu. beliau tidaklah beramal dengan amalan2 yg hebat2 cuma cuba memaafkan saudara seiman setiap kali sebelum tidur. dan hilangkan perasaan dengki terhadap saudara seiman.
cubalah..ya mmg tidak mudah..namun usahalah..doalah..moga Allah lembutkan hati kita utk jadi seorang yg pemaaf dan insyaAllah kita akan menjadi lebih happy dan tenang.
sewaktu aku ditolak dihimpit badan kepala ketika bertawaf..pada mulanya aku marah. namun kemudian aku tersentuh dan menangis sendirian..andai pernah selama ini aku menyakiti orang lain..andai pernah selama ini aku menolak org lain..pernah menghimpit org lain..aku tahu aku juga pernah..secara sengaja atau tidak..secara zahir atau tersirat..moga2 ini menjadi kifarah bagi dosa2ku itu..
thanx akem for the reminder..
ReplyDeleteit is actually a big reminder for myself :(
ReplyDelete