mm..I'm sure almost semua orang islam tahu, apakah wahyu pertama yg turun kepada Muhammad nabi kita. wahyu pertama yang menandakan kenabian. yang menandakan bermulanya kembali sinar islam setelah 600 tahun ditinggalkan oleh Isa al-Masih.
tapi, siapa tahu apakah wahyu kedua? ha..wahyu kedua ialah dari surah Al-Mudathir ayat 1-5. Ayat ni suruh nabi buat apa? suruh nabi sebarkan tentang islam. maka bermulalah era penyebaran islam secara sembunyi. eh, bukan ayat pasal tutup aurat? bukan pasal solat? bukan pasal puasa? tp pasal dakwah? pasal mengenalkan manusia kepada Rabb?
Andai dakwah itu tidak wajib
katakanlah..tugas menyeru kepada mengenal pencipta, tugas mengajak kepada yg baik. mencegah daripada yg buruk tu adalah tak diwajibkan kepada umat islam. Agak2 ada tak orang yg melakukan dakwah di dunia ini?
Pastinya ada! pastinya akan ada orang yg mengajak kepada menderma utk orang yg tak mampu. ajak sentiasa senyum. ajak jaga kebersihan bumi. Green Peace! dan sebagainya. pasti juga ada orang yg menolak kepada mencuri..merosakkan harta benda awam. racist. sexist. dll..
kenapa jadi camni? sebab fitrah manusia ini sendiri Allah jadikan sebenarnya sudah ada naluri berdakwah. berdakwah bermaksud mengajak. mengajak kepada apa? kita berdakwah mengajak kawan2 gi shopping mall sama2. berdakwah ajak gi univ ni univ tu kerja sini kerja situ. dakwah ajak jgn buli orang. jangan buang sampah merata2. begitu kan?
adakah dakwah indikator iman?
ada orang cakap..aku ni pun tak la baik sgt buat apa aku nak ajak2 orang buat baik. aku pun solat tak penuh. aku pun tudung tak labuh. janggut tak panjang dan macam2lah alasan lg kan.
jom kita tgk petikan surah Al-Imran ayat 110 yg bermaksud:
"kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyeru kepada yang baik dan kamu mencegah yang buruk dan kamu beriman kepada Allah....."
Perhatikan, adakah perlu beriman baru berdakwah, atau berdakwah dan iman juga akan bertambah?
LOGIC!
Samada kita faham dakwah atau tidak, kita akui dakwah itu wajib atau tidak, kita mahu berdakwah atau tidak, kita muslim atau tidak, kita sendiri tahu bahawa dunia pada hari ini sudah ROSAK TERUK! semuanya sudah lari dari fitrah kemanusiaan.
Rosak sosial!
rosak ekonomi!
rosak politik! rosak pendidikan! segala2nya rosak!
diri kita sendiri juga banyak kerosakan yg kita nampak mahupun tidak. andai kita tidak berbuat sesuatu untuk membaiki kerosakan ini, na'uzubillah kita tergolong dalam golongan orang yg rugi diakhirat nnt apabila ditanya oleh Allah apakah yg pernah kita lakukan utk mengembalikan manusia kepada Allah? kepada islam? kepada fitrah?
Jangan tunggu lagi!
ayuh wahai sahabat2 semua. jgn kita tunggu lagi untuk mulakan menyeru manusia membuat islah. membuat perubahan menuju islam. HIJRAH adalah fesyen gaya terkini kita di Malaysia. ramai orang sudah makin mahu kembali kepada islam. banyak media2 yang sudah menyediakan alternative islami. ramai juga artis kembali dan mnyeru kepada islam. banyak wadah2 dan NGO yg wujud untuk membantu kita kembali kepada islam. program2 islami juga makin byk!
usrah sudah tentunya sangat2 penting dan membantu utk kita berada dalam lingkungan kawan2 yg mampu menyediakan persekitaran yg baik, mengikat kita agar tidak hanyut dengan arus taghut yg makin deras ini.
ayuh kawan2! jgn tunggu lagi!
Moga Allah golongkan kita dalam golongan orang yg diberikan hidayah dan taufiq utk berubah..dan moga Allah kekalkan iman yg dicampakkan ke dalam hati kita ini..
Ameen.
baik encik macho..ayuh!!!
ReplyDeletejom anon!
ReplyDelete