Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Monday, August 8, 2011

Potret Kejayaan (kebahagiaan, kesenangan, kegembiraan dll)


Bismillah..

satu perkara yang pasti, semua orang nak bahagia..semua orang nak orang yang mereka sayangi juga bahagia..

aku melihat kaumku menginginkan kebahagiaan..

"aku mesti mendapatkan keputusan peperiksaan yang lebih baik dari orang lain sebab aku kene jadi jurutera, doktor, peguam dan semua pekerjaan yang glemer itu biarpun aku tak meminatinya. mak ayah aku pasti kecewa kalau aku tak kerja besar dan bergaji besar macam anak mak minah selang 2 buah rumah dari rumah aku. kalau aku tak berjaya sampai tahap tu, mesti aku orang yang gagal..kecewanya..malunya..bunuh diri lah (jangan!)..kalau aku tak berjaya dalam pelajaran aku, mesti aku tak bahagia..mesti mak ayah aku tak bahagia dapat anak tak pandai macam aku.."

kejayaan (dalam definasi yang kecil) sering kali dihubungkaitkan dengan kebahagiaan..


"disneyland, hollywood, las vegas masih ada beberapa lagi list tempat yang belum di'ziarah'. california dan hawaii sudah boleh dipotong dari to-do-list. wah bahagianya dapat laungkan masa dan duit untuk ke sana. memandu berpuluh jam tidak mengapa..datang US ni hanya sekali jadi dapatkan pengalaman di tempat bahagia tu..lepas ni mungkin dah tak berpeluang lagi untuk ke sana..kan tak bahagia?"

pengalaman aneh (ekslusif y org biasa tak mampu buat) selalu juga dikaitkan dengan kejayaan/kebahagiaan..

di tgh bandar sana, ternampak seorang akak sibuk memilih beg tangan berjenama..separuh duit gajinya setiap bulan dihabiskan untuk membeli setiap keluaran model terbaru beg tangan itu..terutama yang 'special edition'. itu belum kasut dan blouse. merah biru kuning cokelat tua semua warna mesti lengkap. ingin disusun ibarat pelangi di dalam kamar, siap untuk diguna bila2 masa perlu untuk dipadankan dengan mood warna beliau pada hari itu. terasa sangat bahagia bila dapat pakai yang berjenama begitu. lagi mahal lebih bahagia rasanya..biarlah orang lain memakai yang tiruan yang berharga hanya 10% dari harga sebenar..kepunyaanku yang asli..baru boleh setanding dengan bini dato H..itu lebih membahagiakan..

fesyen semasa, harta dan pangkat mampu pula 'membeli' kebahagiaan?

oh, nntkan, kalo nak kawin nnt, hari bahagia tu kene buat tema 'beauty and the beast' tau!..awk jadila beast ye sy nak jadi beauty..nnt kita gi sewa banglo usang kat hutan tu dan hias cantik2 bagi nampak cam istana..pergh amik vid and gambar, lighting dia mesti best giler..pastu panggil semua org datang dengan pakaian bertema jugak..kita panggil pengarah film bollywood dari carikat ABC Production tu utk abadikan kenangan cinta kita.. so kalo tambah darab integrate semua, kos kenduri+hantaran+film+kostum sume2 tu...kita wat pinjaman bank nnt insyaAllah cucu kita akan habis bayar..ok tak?

hari menjadi raja sehari itulah hari yang paling membahagiakan ye tak?

di ceruk-kampung sana, kelihatan seorang ayah yang sedang bertungkus lumus bekerja menoreh getah, mengait sawit, membawa lori dan sebagainya..menginginkan kebahagiaan untuk anaknya lalu dibelikan motorsikal untuk anaknya mudah keluar dan bersama rakan-rakan motor lain..anak melompat 'bahagia' kerana dapat apa yang dihajati lalu pergi tak luangkan masa pun dengan ayah dan keluarga..tak apalah..asalkan anakku bahagia..

dia menyangka kebebasan total itu adalah kebahagiaan..


aku rasa (personal opinion), media telah berjaya memporak-porandakan definisi kebahagiaan..mencelarukan potret kejayaan..

ditayangkan di drama, filem, panggung..

berkerja besar, bergaji besar,sijil sebesar dinding setebal tayar lori itulah yang mesti dicari..mesti diperolehi..tempat2 yang slalu ditayangkan di radio dan tv, kita mesti pergi..slalu kan dalam drama semua org2 kaya2, pakaian berjenama, kereta mewah bersusun dibawah garaj parking yg besar macam kat shopping mall tu? hari raja sehari yang kosnya ditanggung hingga bertahun tahun (ironi plak)?..atau kebahagiaan (keseronokan) generasi muda itu bakal membawa kebahagiaan hakiki 10-20 tahun akan datang..

maka apakah sebenarnya itu kebahagiaan? apa itu kejayaan?

kalau menurut al-quran, dari surah Ali Imran ayat 185:

" setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. dan pada hari qiyamat sahajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya" [3:185]

kalaulah semua potret seperti yang disebutkan di atas itu boleh menjauhkan kita dari neraka dan memasukkan kita ke dalam syurga, pastinya tulah hakikat kejayaan, potret kebahagiaan yang kita dambakan..tetapi ternyata dunia dan kesenangannya itu hanyalah tipu daya..

kat US ni aku nampak, dorg ni takla rigid sgt dalam menilai sebuah kejayaan. kalau pelajar kita ditekankan MESTI jadi doktor, engineer, lawyer baru dikira sebagai berjaya, dorg kat sini kebanyakannya buat bidang apa yang mereka nak dan mereka suka, dan mereka buat yang terbaik utk pakar dalam bidang tersebut. kalau sains, sainslah..kalau seni lukis, lukislah..kalau ahli muzik, muzik lah..kalau kita, APA? AHLI MUZIK?? jeng jeng jeng..(btw harini jadi penyanyi lagila orang nak..).

kalau kita belajar tak pandai kat skolah tu, ha gi la masuk bahagian agama sana..jadi la ustaz/ustazah..belajar islam tu dah jadi option no 3 selepas science dan ekonomi..or last option bg sesetengah org.bila agaknya kita nak ada ulama yang tahap international ye? dah berpuluh tahun dah org kita gi belajar kat al-azhar sana, nape islam still tak rasa macam best ye kat mesia tu? tak popular (melainkan bila ada isu yang dimainkan..)? bila kita nak tunjukkan jadi ulamak tu adalah profession yg berjaya? ini tidak.."anak aku tu jd ustaz..takpelah atleast dia berjaya di akhirat kang..". what? ape atleast?

kat sini kalau tak masuk univ, drop off pun masih mampu hidup dan ramai pulak tu yang berjaya dalam bidang seterusnya yang diceburi..kalau kita, drop off dah kene tohmah dah ngn org sekeliling pressure sampai budak tu gila..yg tak masuk univ kira tak pandai last depa pun give up nak berusaha dan berfikir akhirnya gi la join buat kerja2 yang tak berfaedah bahkan merosakkan..

something has to be done to change this false indoctrination of happiness and success..

alhmdulillah there are some effort from these people yang faham betapa besar peranan media dalam hidup kita, dan cuba mewujudkan alternative. contohnya KITA Production, Brotherhood Arts production ngn short films mereka.






jomlah kita berfikir sejenak, dan timbang2kan...

apakah ertinya berjaya bagi hidup kita kalau kita sebenarnya tak suka dengan apa yang kita buat tu, buat sebab ikut orang, ikut peredaran zaman...betul2 bahagia kah kita?

kalau kita bahagia sekarang, adakah itu kebahagiaan hakiki yang menjamin kita happy selamanya di akhirat kelak?

semoga Allah golongkan kita dalam golongan orang2 yang beruntung, bukan orang2 yang rugi.

semoga diakhirat nanti kita akan dapat kebahagiaan yang paling mantap, bertemu bersua muka dengan Allah kekasih hati.

Ameen.

No comments:

Post a Comment