Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Monday, August 29, 2011

Muhasabah Ramadan..

tiada kata yang aku dapat nak ucapkan sepeninggalan ramadan dari hidupku utk tahun 1423 H ini..


Ramadhan satu nasib tak serupa

Peluangnya sama natijah berbeza

Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berjasa diawal zaman
Ramadhan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah Nur al-Quran
Tapi malam kami muram bertemu dengkur

Mereka berlumba mengejar makrufat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga




bulan yg penuh dengan rahmah dan maghfirah kini di penghujungnya...namun rahmah dan maghfirah itu sentiasa ada sepanjang masa bagi yang mencarinya..semoga semua graduan Ramadan 1432 hijrah berjaya membawa segulung ijazah taqwa untuk diamalkan sepanjang hayat. Ameen

No comments:

Post a Comment