hari ini adalah 1 Syawal 1432H. bermaksud sebulan yang lepas adalah 1 Ramadan 1432H.
Ramadan adalah satu bulan yang Allah wajibkan kita semua berpuasa seperti mana orang2 dahulu berpuasa...mudah2an kita mendapat taqwa.
Ramadan kali ini mengajar aku satu perkara yang aku kira sangat bernilai dalam hidup ini. Sebelum Ramadan aku mendengar satu tazkirah persiapan diri menghadapi ramadan oleh seorang sheikh (boleh baca sharing aku dibawah dalam bahas inggeris yg agak sukar difahami ;p) bahawasanya puasa dalam bulan ramadan ini adalah merupakan satu level lebih tinggi dalam kita menjadi hamba kepada Allah..
dalam sebuah hadith qudsi, He said in a hadith from His messenger peace be upon him, "Every act of man is for him except fasting, it is done for My (Allah's) sake and I will give reward for it. The breath of a faster is sweeter to Allah than the fragrance of musk." (Bukhari and Muslim)
kalau selama ini kita apa yang kita lakukan adalah untuk diri sendiri....namun berpuasa adalah dilakukan untuk Dia..iaitu mengajar kita untuk meninggalkan apa yang kita mahu, kerana kemahuanNya. bererti kita akan kena meninggalkan makan, minum, kemahuan terhadap isteri, lagha2, main game dll demi untuk mendapatkan keredhaan Kekasih agung..
ini satu pengajaran yang lain dari apa yg aku dapat selama 25 tahun aku hidup. selama ini aku berpuasa di siang hari, namun lebih2 lg terikut nafsu makan di malam hari. berbagai juadah yg sangat teringin nak makan waktu bulan puasa, dilangsaikan semuanya sewaktu berbuka..tak tahu lah dari mana datangnya keinginan terhadap kueh2 dan lauk2 yg 'rare' tu sewaktu ramadan. time ni lah nak rasa ikan bakar lah..kueh lompat tikam blakang member lah.. murtabak arnab lah..haish pelik2..bersyukur sgt aku melalui ramadan di negara orang ni tanpa ada bazar ramadan..takdela teringin macam2 sangat..
walaubagaimanapun selalunya di masjid tempat berbuka orang2 bujang macam kami ni, juga dihidangkan makanan yg tidak kurang mencabarnya..nasi briyani lah nasi minyak lah dengan ayam dan kambing bakar..tahu jelah taste org middle east (yg majority dan merupakan tukang prepare slalunya)..namun kali ini aku mengambil keputusan untuk tidak menyertai mereka lansung walaupun sekali demi mengajar nafsu aku yg sangat selalu alah pada MAKANAN.
kalau selama ini senang sgt akal dan hati aku berkata bahawa org itu dan org ini kena kurangkan main game, kena jaga adab berkawan lelaki perempuan, kena menutup aurat dan macam2 lagi lah, kali aku kena kata pada diri untuk kurangkan makan dan kawal nafsu. lalu aku mengambil institusi Ramadan utk menjadi medan tarbiyah aku mengawal nafsu makan..demi kesihatan aku, dan bak kata ust hasrizal: demi dakwah jangka panjang.
inilah sedikit gambaran hasil aku belajar untuk benar2 'berpuasa' tahun ini..

hari ini 1 Syawal 1432h, mudah2an aku istiqamah sehingga ke hari2 seterusnya dalam mengawal nafsu aku ini dalam usaha utk aku menjadi insan yang lebih bertaqwa hasil tarbiyah ramadan kali ini. tolong doakan skali ye?

gambar kanan tu adalah gambar waktu aku mula2 dtg ke US ni..aku kelihatan lebih macho berbanding dulu sebab ada janggut yg menghiasi daguku..thanks to tukang gunting Sufi yang telah men'trim' janggutku sampai nipis camtu..dan mungkin sebab belah kiri camera 5MP (iphone 4) dan belah kanan hanya 2MP (iphone 3G). dan mungkin juga baju berwarna biru yg kak Sila buatkan utk aku hujung tahun lepas utk kenduri kakngah.. ape2pun both gambar macho kan? (ok paragraph ni hanya utk memanjangkan lg post kali ni..sila ameen atau abaikan saja)
moga tarbiyah ramadan untuk aku kali ini mengubah, membentuk dan mengawal nafsu aku terhadap makanan...kalau anda ada perubahan2 yang perlu anda buat, anda juga pasti boleh lakukannya! mari bersama kita improve diri dari sehari ke sehari untuk menjadi hamba Allah yang lebih cemerlang sampailah hari Dia memanggil kita kembali bertemuNya nanti.
wallahu a'lam