Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Tuesday, January 25, 2011

Strategi 2011

bismillah

Terasa sangat segar dengan perkembangan tarbiyah di US ini yang bermula selepas sahaja berakhir Muktamar 2011. Muktamar kali pertama yang ku hadiri dulu tahun 2008 bertempat di Houston Texas, sempat berbual dengan akh Taufiq dan kami berazam dari situ, untuk mengembalikan semula muktamar sebagai tempat berkumpul tahunan yang di nanti-nantikan. Tempat berkumpul yang bukan sahaja hanya sekadar untuk berjumpa kawan, apatah lagi persinggahan sebelum berjalan2 ke Florida dll, tetapi sebagai acara kemuncak dakwah dan tarbiyah oleh MISG di bumi US ini. Untuk itu, ku kembalikan balik rasa syukur ini kepada Allah Ta'ala yang memberikan peluang untuk kita kecapi semua ini..Maha suci Engkau, dan kami memohon ampun atas segala kemungkinan dosa yang kami sedari ataupun tidak, dalam usaha mencapai apa yang kami hajati ini.

Maka tahun 2011 bukanlah tahun untuk kita semua bersenang lenang dan bergoyang kaki bila sudah makin ramai yang mahukan tarbiyah. Bahkan usaha dan gerak kerja harus diilipat gandakan bagi memenuhi hak hak tarbiyah semua ahli yang mahukan kemanisan iman kepada Allah. Kalau tahun 2010 dirasakan sudah mengah dek terkejar ke sana ke mari untuk dakwah dan tarbiyah, tahun 2011 seharusnya lebih dari itu..tahun 2011 mungkin akan menuntut setiap titis darah dan nyawa kita. Biar kita hidup bersusah untuk mencari Allah..biar kita hidup mulia...atau mati syahid! itu cita cita kita!


Namun terlalu banyak lagi agenda-agenda tarbiyah dan dakwah yang memerlukan perhatian kita..Masih ramai lagi kawan-kawan kita di sana yang ternanti-nanti bilakah kita akan mengajak mereka menyertai barisan tentera islam ini..Masih banyak lagi jahiliyyah dalam diri kita semua yang harus diperangi..Masih hebat lagi Taghut di mata manusia yang harus kita tumbangkan. Berhadapan dengan semua ini, memerlukan strategi yang sangat hebat. strategi yang lebih optimum dan terperinci.


Seperti mana sewaktu sahabat Saad bin Abi Waqas hampir buntu memimpin tenteranya seramai 36,000 orang berhadapan dengan tentera parsi yang berjumlah 120,000 orang dalam perang Al-Qadisiyyah. Jumlah tentera yang lebih dari 3 kali ganda ramai tentu saja menggusarkan hati. Khalifah pada waktu itu, Saidina Umar Al-Khattab mengutuskan surat menghantar strategi kepada Saad. Kata Umar:

"Wahai Saad, aku perintahkan kepadamu dan orang-orang yang bersamamu supaya meningkatkan taqwa kepada Allah dalam setiap keadaan. Taqwa kepada Allah adalah sebaik-baik persiapan dalam menghadapi musuh dan strategi terhebat dalam pertempuran. Aku perintahkan kepadamu dan orang-orang bersamamu supaya menjadi orang yang lebih kuat dalam memelihara diri daripada berbuat maksiat berbanding musuh-musuh kalian. Dosa pasukanmu lebih aku takuti daripada dosa musuh-musuhmu."


Saad itu sahabat nabi..namun masih lagi diingatkan oleh Umar untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah. Kita yang bukan sapa-sapa ni bagaimana pula? Masih mahu berlengah-lengah dan berlagha-lagha kah kita?

mari kita sama-sama meningkatkan diri kepada Allah Taala, jadikan Dia sumber inspirasi dan strategi kita. Mudah-mudahan perancangan kita, amalan kita, semuanya dibantu Allah dan diterima olehNya. Mari bersama kita pertingkatkan lagi amalan-amalan sunat kita, those extra credits insyaAllah will be counted sebagai usaha kita mendekatkan diri kepada Dia yang kita cintai.

No comments:

Post a Comment