Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Wednesday, January 26, 2011

Hanya suratan takdir menentukan

bismillah..

Kelmarin, aku eksiden di Indianapolis. kereta yang ku pandu tergelincir dan hilang kawalan disebabkan jalan raya bersalji sewaktu melalui satu selekoh. akibatnya, menghentam pintu kereta yang sedang parking di depan rumah orang itu. alhmdulillah tiada kecederaan berlaku. cuma kereta aku sedikit kemik dan tertanggal cat dan kereta dia kemik banyak di pintu. alhmdulillah lagi kereta dia akan diuruskan oleh syarikat insuran aku..kalo tak mau tambah lagi $2000-$3000 deficit dalam akaun. kereta aku? entah..

Segalanya bermula disebabkan seorang kawan meminta aku membelikan sesuatu untuknya di ibu negeri indiana itu. walaupun terletak lebih kurang 1jam 30 min dari rumah, kawan punya pasal pegi jelah. ditakdirkan GPS yang digunakan membawa kami ke alamat yang salah..dan guess what? di alamat yg salah itulah berlakunya kejadian tadi. Mungkin saja kalau GPS tidak 'mengenakan' kami, kemalangan ini tidak berlaku. tp adakah GPS buat hal itu hanya sekadar kebetulan? atau sudah ditakdirkan? dalam kes ini nak marahkan siapa? GPS? salji? selekoh? atau tuan punya kereta kerana parking di situ?

aku berfikir kembali..terasa seperti malam itu segalanya doesnt make any sense..aku kah yang tersalah langkah kerana pergi ke sana? adakah aku akan selamat kalau aku tak ke sana?

adakah suratan atau kebetulan?

teringat pada suatu masa dulu, pernah ada seorang doctor bedah ini brkongsi cerita dengan aku dan kawan2 dalam satu sesi LDK . katanya kenapa budak kecik kalau mati masuk syurga? sedangkan bila dah besar, membuat kemungkaran kepada Allah, lalu dihumban ke neraka? tidak adillah Allah kalau begitu..kenapa tak dimatikan yang mungkar tadi awal2 supaya dia pun masuk syurga jugak. but then, what is the purpose that He create human in the first place? tanya beliau lagi..

kami sedikit terkelu nak menjawab persoalan doctor nih...kalo budak2 kecik bolehla nak gebang2..ini seorg doc pakar nih..haih camne nak jawab..persoalan itu terbiar tak berjawab pada masa tersebut..that was about 2 years back.

lalu aku buatkan sebuah video khas untuk beliau. hari ini mari kita kongsikan bersama..



Persoalan suratan atau kebetulan ini, adalah persoalan aqidah.. yang telah menjadi perbicangan berkurun terutamanya oleh orang2 rationalist (muktazilah).

There is no such thing as kebetulan..sebab? tiada sebutir pasir pun yang bergerak tanpa Allah tahu tentangnya..tiada sehelai daun pun yang gugur tanpa kebenaran dari Allah untuknya..

kalau siapa2 pernah ada pengalaman pasal ni, dijemput untuk berkongsi idea ye ;)

9 comments:

  1. abg akim ok?
    xpe abg akim xde rezeki..
    anyway tq for sharing =)

    ReplyDelete
  2. alhmdulillah sy ok je aja ;) thanks for asking.

    ReplyDelete
  3. salam,

    aisha yakin, kalau tak eksiden malam tuh and selamat, mungkin akhi akan dapat sesuatu yg lebih teruk. cthnya mungkin = mati. bersyukurlah Allah bg kasih syg, itu MMG rezeki akhi. inshallah when the time comes, Allah will explain why he did that to you in syurga. Im sure its because He loves akhi. wallahualam.

    ReplyDelete
  4. Ameen.

    tq aisha for your du'a.

    dah tentu ada hikmahnya kenapa jadi benda tu kat kita..atleast ada benda nak tulis kat blog ni ye tak? ;)

    ReplyDelete
  5. thanx akem for writing n sharing.. =)
    there is no coincidence in Islam..everything is Allah's will..
    n alhamdulillah..u're safe..

    -lia-

    ReplyDelete
  6. thanks for sharing.

    kesan/hasil yang allah tentukan tu, macam sunnatullah ke?
    bila kita macam ni, this thing will happen, or bila kita buat macam tu pulak, something else happens.

    is it like that?

    ReplyDelete
  7. ye betul tu secara amnya..

    cucuh api kat tangan..panas...sunnatullah.
    tapi Allah ada je kuasa nak tukarkan api jadi sejuk untuk Ibrahim..

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete