Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Tuesday, November 30, 2010

terimalah aku..

bismillah..

ya Allah..hati ini..sudah tidak tahu apa rasanya
rindu..sebak..sedih..sunyi..
mengenangkan diri
yang selalu menjauh dari mu..

ya Allah..hati ini..hitam dan kotor
lalu tak dihinggapi cahaya..
aku meraba bagai si buta..
sudikah Kau, menyuluh hati ini?

tuhan..
adakah aku selalu lupa padaMu?
diwaktu aku senang dan selesa?
dan hanya ingatkanMu..
waktu aku susah dan goyah?
adakah aku tergolong dalam golongan itu?

Rabb..
aku tahu Kau dengari rintihan ku ini..
walaupun aku selalu mengabaikan kata-kataMu..
kerana rahmatMu, kerana kasih sayangMu
pada setiap hambaMu..
tidak tertanding luas dan hebatnya..
Kau, yang Maha hebat dalam menyayangi..

tapi, kenapa aku makin jauh dariMu?
tidakkah Kau mahu aku jadi hambaMu yg soleh?
adakah aku tidak layak untuk itu?
adakah Kau tidak pandang akan diriku ini?

ya Allah..ya Allah....ya Allah..
jangan ya Allah..
janganlah kau abaikan aku dari kasih sayangMu..
pilihlah aku oh tuhan..
pilihlah aku...
ambillah aku..
untuk jadi sebahagian dari mereka yang dekat denganMu..

aku sayang padaMu..
aku mahu aku sayang padaMu..
aku mahu aku cinta padaMu lebih dari semua yang ada di langit dan di bumi ini..
tapi hati aku yang kotor ini..
selalu saja bimbang
selalu risau dan takut..
kalau dunia ini tiada padaku
adakah aku akan hidup dengan senang esok hari..
seolah2 dunia ini tuhanku..bukan Kau..

astaghfirullah..
ampuni aku ya Allah..
ya Rabbi..
bukan sengaja aku menduakan Mu..
aku alpa..aku leka..
terimalah taubat ku ini oh Allah..
janganlah kau humbankan aku
dalam kalangan orang2 yang kau tak pandang..
ampuni aku ya Allah..
maafkan aku..

ya Allah,
aku yakin akan janjiMu
di sana nanti
ada syurga..
yang indah permai...
didalamnya ada segala2nya..
ada sungai yang indah..
ada teman2 yang cantik dan membahagiakan..
semua yang akan kesana, pastinya tenang..
pasti seronok..

tapi, layakkah aku untuk bersama mereka di sana......................
Allah.....

terimalah aku..

sape mintak, dia dapat

bismillah

baru2 ini, kita menyambut eidul adha, hari dimana pengorbanan menjadi tema..perngorbanan cinta, harta, masa dll. kita berdoa bersungguh2 agar Allah jadikan kita, seperti ibrahim dan ismail. sanggup berkorban apa saja demi Tuhan yg Esa. kita berdoa moga Allah terima pengorbanan kita ini..

bila kita doa macam2 ni..biasalah. Allah akan bg ujian untuk tgk kita ni sebenarnya betul ke nak jadi cam yg kita mintak tu? doa diri jadi sabar, Allah bg kita geram, bg kita marah, bg kita sedih...tgk sabar ke tak..

kita doa Allah bg kita jadi daie sejati, hati tak dipenuhi duniawi..dunia tempat utk bekerja bukan utk lepak dan enjoy..akhirat yg utama..Allah uji lagi dengan bg dunia yg sedikit ni letak di tapak tgn kita. nak tgk kita simpan ke hati ke, atau biarkan dunia di tangan. bg duit gaji, bg duit elaun, bg kereta bg van. tgk sket berkira ke tak. org nak pinjam nak bg ke tak..org mintak infaq nak bg ke tak..

kadang, kita tertipu dengan fitnah duit dan harta ini. menyangkakan bahawa semua yg kita pegang sekarang, semua rezeki kita. risau pula kalo makin sikit duit ni, kang nnt masa depan aku camne? nak balik mesia, nak berjalan2 ke cali lah las vegas lah, nak beli barang2 buah tgn utk keluarga, nak kawin, nak itu nak ini..kalo takde duit, camne semua tu nak tercapai? kan duit tu tuhan? astaghfirullah..

menyangkakan bahawa perancangan kita untuk masa depan ini, adalah perancangan yg terbaik. sedangkan dalam doa sehari2 meminta Allah berikan aku yg terbaik dalam hidupku dunia akhirat. tapi terus bengang, sedih, geram bila Allah aturkan sesuatu untuk kita. camne?

ujian demi ujian demi ujian, datang untuk kita buktikan kita benar2 beriman, dan akhirnya lulus ujian. mudah2an kita tergolong dalam golongan yg lulus ujian ini. amin insyaAllah.

ya Allah..
Kau berikanlah ibu ayah ku, adik2 ku..sahabat2 ku..berikanlah kami petunjukMu,hidayahMu, pengampunanMu, bantuanMu, agar kami jadi manusia yang cinta padaMu melebihi cinta kepada yang lain..
agar kami jadi hamba yang selalu ingat kepadaMu..bukan terlalu larut dalam dunia yang sementara ini..

Monday, November 15, 2010

Meraikan Hari Cinta Sejati

bismillah..

Eid mubarak everyone..selamat menyambut hari aidil adha untuk tahun ke 1431 H ni..

bila ditanyakan, ape sebenarnya yg kita raikan di hari ini? ramai yg terpinga-pinga..
kalau eidul fitri diraikan bila kita berjaya menahan nafsu dari beraja dalam diri selama sebulan, lalu eidul adha untuk apa? kita takde puasa pape (kecuali puasa sunat)..nak kata buat haji (rukun Islam ke5), bukanya kita gi haji pon..takkan org yg g haji je yg boleh meraikan eidul adha ni kan..nak kata meraikan pengorbanan ibrahim menyembelih ismail? really? bapak sembelih anak, nak diraikan besar2an? sempena ibrahim sembelih kibas gantian dari Allah? mestilah kita pon tumbangkan lembu kambing jugak..tapi org kampung yg buat..kita tak buat..

hari raya korban..sebab org korban lembu kambing kerbau...ye ke sebab tu? org korbankan kita yg raya..cam tak releven utk diri kita je..so, takyah raya? haha bidaah ape plak nih..

Menyingkap sejarah Ibrahim

Ibrahim adalah seorg nabi, yang lari menyelamatkan iman dari Iraq ke palestine, dan seteldown kat palestine bersama isterinya Sarah, dan seorg hamba, Hajar. lama mereka hidup bertiga tanpa mempunyai cahaya mata..tentunya seorang bapa runsing, bagaimana keturunannya akan berkembang tanpa anak..tentunya seorang rasul, nabi, daie, gusar..siapa yang bakal menyambung perjuangan menyeru umat menuju pencipta?

Sarah yang pada ketika itu memahami situasi suami tercinta, membenarkan Ibrahim berkahwin pula dengan Hajar demi mendapatkan waris. * Pengorbanan yg pertama*. Alhmdulillah, Allah telah mengurniakan rezeki kepada Ibrahim dan Hajar untuk mendapat cahaya mata yang dinanti-nantikan. bapa mana yang tak gembira dapat anak oii..(oh..bapayang soh awek buang anak tu tak gembira kot). Setelah lama menantikan zuriat, akhirnya dikurniakan Allah seorang bayi lelaki, Ismail.

Allah perintahkan Ibrahim membawa Hajar dan Ismail pindah ke padang pasir panas, kira kira 1400km dari rumah Sarah. Lalu mereka pun berjalan..berjalan..berjalan...Hajar tak tahu nak pindah ke mana..tapi dia ikut je..jalan..jalan..berbekalkan kurma..jauh kot 1400km tu kalo bjalan..maybe naik ape2 tunggangan (tak tau).. sesampainya di sebuah lembah, Ibrahim pun suruh Hajar duduk di situ, dan dia terus patah balik untuk kembali ke rumah Sarah. Hajar terkedu, lalu bertanya kepada Ibrahim "adakah ini perintah Allah?" Ibrahim mengiyakan lalu Hajar terus redha. fikirnya, kalau ini perintah Tuhan yang Maha Penyayang, takkanlah Dia akan membiarkan dia dan anaknya mati kekeringan di situ. betapa Hajar yakin dengan Allah.. *Pengorbanan yg kedua*. Ibrahim pula, dengan isteri yang disayangi, dengan anak yang sangat2 diharapkan dan dinanti, akhirnya diarahkan tuhan untuk membiarkan mereka di lembah gersang itu, tentunya memeritkan. *pengorbanan ke tiga*. namun pastinya ada hikmah besar perintah Allah itu..rupa-rupanya dari pengorbanan ini, akhirnya wujud telaga zam-zam, wujudnya perkampungan , dan Makkah yang mulia..dari situ juga wujud keturunan Ismail yang membawa ke Muhammad, kekasih kita.

hari berganti hari..bulan berganti bulan..tahun ke tahun..akhirnya Ismail sudah meningkat remaja. Ibrahim yang pergi menyeru umat menyerah diri kepada Allah di kejauhan, sudah tentunya membuak2 rindu kepada anaknya yang seorang ini. walaupun pada ketika ini, Sarah telah melahirkan Ishaq, namun manakan sama kasihnya kepada anak yang pertama itu. sudahlah ditinggalkan beribu batu, malah sudah bertahun tidak berjumpa. (macam kita la yang blajar jauh dari keluarga..mesti rasa nak balik kan sempena hari raya ni..nak2 yang dah lame tak balik..huu rindu..)

di suatu hari, Ibrahim pulang ke Makkah untuk berjumpa dengan Ismail dan Hajar. rindu yang tidak kepalang itu akhirnya diluahkan..Tuhan saja yang tahu betapa perasaan itu sangat mengharukan..(bayangkan jejak kasih..mesti sampai nangis2 punya kan..)..dulu waktu ditinggalkan, Ismail masih bayi..sekarang sudah pandai bercakap,berlari..bertambah2 lah sayang si bapa kepada anaknya ini..sayangnya melebihi segala2nya..sehinggalah...

contoh scene lebih kurang camni la..nak amik feel lepaskan rindu ni kan..




pada suatu malam, Ibrahim bermimpi, bahawa Allah memerintahkan Ibrahim untuk menyembelih anaknya Ismail. aduh..tentu sekali hati bapa ini tidak tenteram..bapa mana tak sayang anak..bapa mana sanggup melihat anaknya mati..bapa mana sanggup menyembelih anaknya sendiri? lalu ditanyakan tentang perkara itu kepada Ismail. Ismail dengan tenang menjawab "laksanakanlah perintah Allah itu ayahku". Hebat anaknya yang seorang ini..sanggup menggadai nyawa demi perintah tuhan..

mereka berdua pun lalu bersiap sedia untuk melakukan pengorbanan ini. Ismail membuka bajunya dan diserahkan kepada Ibrahim. katanya dia tidak mahu Hajar bersedih sekiranya ternampak percikan darah pada baju Ismail tu nanti. Ismail lalu dibaringkan, kepala menghadap ke bawah kerana tidak sanggup Ibrahim melihat wajah anak kesayangannya itu sewaktu tangannya sedang memotong leher Ismail. *Pengorbanan yg ke empat..yg paling susah*



sedang pisau yang tajam itu menghiris leher Ismail, ternyata pisau itu tidak lut..rupanya Allah mahu menggantikan Ismail dengan seekor kibas. Jika Allah tak gantikan dengan kibas itu, dah tentu Ismail sudah tiada..dan tentu Muhammad juga tiada..dan mungkin alasan ini akan dijadikan oleh ramai manusia durjana untuk membunuh anak mereka sendiri, kerana nabi pun buat..

















Pengajaran dari kisah penyembelihan

apa yang dapat kita ambil dari kisah ini, sebenarnya bukan sahaja kita disunatkan menyembelih haiwan ternakan berupa lembu, kambing, kibas dan lain2...tetapi ia sebenarnya jauh lebih besar dari itu.

apa yang Allah perintahkan Ibrahim untuk sembelih, pada fizikalnya adalah Ismail, namun pada hakikatnya, adalah kecintaan kepada Ismail yang melebihi kecintaan kepada Allah..andai kata Ibrahim menolak untuk menyembelih Ismail, atas alasan sayang dan cinta kepada Ismail, terbuktilah bahawa Ibrahim lebih cintakan Ismail dari Allah..namun Ibrahim lulus dalam ujian kecintaan ini..

Allah tidak mahu sesiapapun, bahkan NABI Ibrahim untuk mencintai apapun, bahkan anak kesayangan, melebihi cinta kepadaNya. maka hari eidul adha ini, adalah hari untuk membuktikan bahawa kita cinta kepada Allah lebih dari kita cinta kepada sesiapapun, kepada apa pun.. lebih dari ibu ayah kita, lebih dari anak-anak kita, lebih dari suami, isteri, tunang, boipren, gelpren, rumah, kereta, study, henpon, ape jelah..




sebab itu kita disunatkan mengorbankan harta kita (duit, emas,dll) dalam bentuk sembelihan haiwan ternakan, dan diagih2kan kepada orang ramai..bukan sembelih pastu makan sorang..untuk membuktikan kita tak sayang sangat kat harta kekayaan dunia tu..kita lebih sayang Allah..

inilah masa untuk kita MUHASABAH CINTA..

Katakanlah : "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).

At-Taubah : 24

bersempena eidul adha kali ini, mari kita bersama-sama kembalikan cinta sejati kita kepadaNya..kembalikan Ilah(sembahan kecintaan) kita kepadaNya..

Selamat Menyambut Hari Cinta Sejati.

Thursday, November 11, 2010

Perjuangan ini..untuk orang-orang yg manja??

bismillah..

Jalan dakwah ini susah..
kerana susahnya jalan yang dilalui
beronak, berduri
tanahnya keras berdebu
tidak pula dihampar permaidani gebu
lalu semestinya sang pejuang mengeluh
kerana dia pejuang yang manja..

jalan tarbiyah ini panjang..
bukan sehari bukan setahun
entah mana hujungnya
perjalanannya'bosan' dan sunyi
orang lain sudah bersara
namun sang pejuang masih berkelana
terkadang kau cemburu
lalu sang pejuang mengadu
kerana sang pejuang seorang yang manja..

tawa riang anak anak
senyuman manis kekasih hati
masa berehat beradu bersenang
kau tak punya itu
namun pastinya kau juga merindu
hatimu merayu rayu
untuk dipeluk dibelai dirai
sudah tentu
kerana kau seorang yang manja

kata-katamu tak dipeduli
kadang ditohmah dan dimaki kembali
tak terkira luka-luka pedih di hati
dan kau menangis dan merintih lagi
sememangnya kau, pejuang yang manja..

saban malam
dikala manusia sedang tidur nyenyak
kau tak lena tidur
kau menangis
kau mengadu
kau mengeluh
kau merintih
kau merindu
kau merayu
dengan Dia yang sentiasa dekat denganmu
Dia yang selalu menunggu rayuan dan rintihanmu
Dia yang selalu malayani manjamu




Ya..
memang perjuangan ini untuk orang yang manja
manja dengan Rabbnya