Bismillah..
Alhamdulillah
sudah hampir sebulan aku kembali ke Malaysia tanah air tercinta. Ternyata kepulanganku
banyak membuahkan soalan-soalan di kalangan orang di sekitar kerana tempoh hari
ku katakan yang aku mahu terus berada di bumi Amerika itu untuk beberapa tahun
lagi.
Namun kini
aku pulang, dan mengubah perancangan aku itu. Kini aku sedang menjadi Research
Assistant dan sedang memohon untuk menyambung pelajaran ke peringkat master di
UiTM dalam bidang yg sama seperti diploma dan degreeku, kejuruteraan mekanikal.
Macam tak percaya yang aku masih berada di institusi pendidikan setelah 8 tahun
(sejak 2004) di sini. Aku sangkakan yg aku sudah serik. Tetapi inilah aku hari
ini.
Kenapa?
Persoalannya ialah kenapa aku memilih jalan ini.
Selepas
menamatkan pelajaran di Purdue tempoh hari, aku merancang untuk bekerja sebagai
seorang jurutera. Tentulah! Setelah bersusah payah berusaha untuk lulus dalam
bidang ini. Namun lama kelamaan aku merasakan yang aku lebih cenderung untuk
membangunkan dan bekerja untuk manusia berbanding mesin.
Seluruh
hidup kita ini tujuannya ialah untuk mencari ketenangan, kebahagiaan,
kegembiraan. Ianya berada di hati manusia. Hati yang tidak terdidik dengan
hakikat kehidupan sebenar akan terus mencari yang bukan-bukan utk mencipta
kebahagiaan ini. Lalu disitulah peranannya ahli-ahli sains yang tugasnya adalah
untuk menyelesaikan masalah dan salah satu masalah yang utama manusia ialah
kepuasan. Ada kereta, mahukan kereta yg lebih besar, lebih mahal barulah puas. Ada
henpon mahukan yg lebih nipis, lebih bergaya lebih hebat barulah puas. Ada pakaian
mahukan yg lebih berjenama lebih glamor barulah puas. Lalu orang sains saban
hari bekerja keras mencipta membina untuk memuaskan nafsu manusia yang tidak
akan pernah puas andai ianya tidak diisi dengan iman. Iman bahawasanya sungguh
dunia ini hanyalah tempat persediaan utk ke akhirat.
Graduan
university yang diserap masuk dalam arus membina teknologi hari ini sebenarnya
ramai yang diperangkap oleh teknologi itu sendiri. Contoh: sudah dapat kerja di
Kuala Lumpur dan untuk hidup di bandar besar seperti ini tentulah perlu ada
kenderaan, tempat tinggal dll. Maka belilah mereka kereta standard harga RM50K
secara hutang kerana tentu tidak ada simpanan sebanyak itu pada masa mereka
grad. Mahu mencari rumah samada sewa atau beli juga dua2 perlukan kepada
pembayaran bulanan. Rumah dan kereta sahaja sudah mampu mengikat pemuda hari
ini untuk terus bekerja gigih, korbankan masa utk segala-galanya yang lain,
kadang terpaksa melakukan sesuatu yg diluar prinsip hanya semata2 kerana
hutang. Andai tidak bekerja, bagaimana untuk membayar hutang kereta selama 5
tahun ini? Hutang rumah selama 20 tahun ini? Hutang pelajaran dahulu juga kena
bayar semula. (majority graduan berhutang ini, tahniah!) Dan belum cerita yang
sudah terjebak dengan kad hutang.
Pemuda harapan
ummah hari ini sudah tidak lagi mampu untuk memikirkan tentang ummah kerana
beban mereka sendiri pun tidak temampu untuk tidak difikirkan. Apabila pemuda
tidak berfungsi sebaiknya, bagaimanakah kepimpinan kita nanti? Pemuda tidak
mempunyai masa utk mengenal dunia tentulah kelak akan menjadi pemimpin yang
tidak matang dan jahil dalam memacu hala tuju ummat masa hadapan.
Oh, by
the way kitaran ini sudah berlansung beberapa generasi, dan sekiranya tidak
kita sedari dan ubah sekarang, tentunya penyakit ini akan terus menyerang
generasi keturunan kita juga.
Lalu aku
bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik di institusi pengajian tinggi Negara,
dengan harapan mudah-mudahan aku dapat mengubah hati-hati yang tidak puas itu ke
arah mendapatkan kepuasan yang lebih manis bersama islam. Untuk ini aku juga
perlu menyediakan diri secukupnya kerana manusia yang tiada apa-apa, tidak
dapat memberi apa-apa. Doakanku.
Itu salah
satu sebabla. Tapi ada lagi satu sebab yang amat penting iaitu aku memikirkan
bukan lagi hanya untuk diriku, tetapi untuk masa depan berdua, bertiga dan
seterusnya.
Dulu
perancangan aku utk menetap di bumi kelahiranku itu hanyalah perancangan aku
sendiri. Tempoh hari aku bertanya kepada dia bagaimana perancangannya
kehadapan. Katanya dia mesti berkhidmat untuk Malaysia untuk beberapa tahun
atas janjinya kepada negara. Aku rasakan elok juga kalau aku turut bersama-sama
berada di sini untuk menemani. Mudah-mudahan dia tahu yang aku ini boleh dibawa
berbincang dan merancang itu bersama-sama, bukan hanya aku yang boleh bersuara
ye. InsyaAllah bila diizinkan Allah pasti aku akan kembali semula ke tanah
tumpah darahku itu utk berbakti di sana pula.
Mohon doa
dari kalian semoga kita semua sentiasa tsabat dalam jalan mencari erti hidup,
dalam jalan mencari kebahagiaan hakiki, dalam jalan bertemu Rabb yang dicintai
dan dirindui. Biar apa pun pekerjaan kita, biar di tanah mana pun bumi ini di
pijak, biar di langit mana pun kepala ini menjunjung, tetaplah hati ini, jiwa
ini, hidup dan mati ini tidak lari dari tujuan hakiki, untuk Allah Rabbul
Izzati.