(Remember) when Abraham said unto his father Azar: Takest thou idols for gods? Lo! I see thee and thy folk in error manifest. (74) Thus did We show Abraham the kingdom of the heavens and the earth that he might be of those possessing certainty: (75) When the night grew dark upon him he beheld a star. He said: This is my Lord. But when it set, he said: I love not things that set. (76) And when he saw the moon uprising, he exclaimed: This is my Lord. But when it set, he said: Unless my Lord guide me, I surely shall become one of the folk who are astray. (77) And when he saw the sun uprising, he cried: This is my Lord! This is greater! And when it set he exclaimed: O my people! Lo! I am free from all that ye associate (with Him). (78) Lo! I have turned my face toward Him Who created the heavens and the earth, as one by nature upright, and I am not of the idolaters. (79)
--source: Quranexplorer.com - (6: 74-79)
Peristiwa ini berlaku ketika ibrahim masih muda remaja bilamana dia melihat persekitarannya pelik kerana menyembah patutng berhala yang dibuat daripada batu oleh tangan-tangan mereka sendiri. Lalu dia berlepas diri dari kejahilan umatnya pada ketika itu dan mencari siapakah rabb yang sebenarnya..
Hari ini kita melihat ramai pemuda yang sudah tidak hiraukan lansung tentang hakikat kewujudan tuhan..menjadi athiest dalam tak disedari. ataupun menjadi athiest separuh masa. sewaktu melakukan ibadah solat, berada di masjid, terasalah sekurang2nya sedikit bahawa sedang menemui Allah, bahawa Allah itu wujud. harap2nya ada lah sedikit perasaan itu wujud dalam hati. selain dari waktu2 tertentu itu? sudah tentu mereka sibuk dengan mengejar perkara-perkara keduniaan. ya kita disibukkan sendiri dengan sistem kehidupan rosak yang diciptakan oleh manusia sendiri.
sekadar contoh,seawal pagi bangun lebih awal dari subuh kerana bersiap2 untuk ke sekolah atau ke tempat kerja. bila terlewat bangun, perkara yang mula2 difikirkan ialah terlepas kelas atau tersekat dalam sesak lalu lintas. kewajipan subuh itu perkara kemudian..kita di ajarkan bahawa sekolah, universiti, itulah hidup kita yang sebenar. belajar quran, memahami sunnah, adalah perkara tambahan yang boleh dapat dalam kuliah2 maghrib, atau dalam slot2 tertentu di tv atau radio. bahkan jurusan agama dalam pendidikan juga diletakkan sebagai kelas ke 3 selepas sains tulin (medic, engineer..) dan kewangan (ekonomi, akauntan..). Sedangkan memelihara Islam adalah kewajipan pertama dalam 5 priority kehidupan.
selepas habis belajar, kena kerja dahulu kemudian baru boleh fikir pasal kahwin atas sebab kemampuan menanggung nafkah. secara logiknya betul, tetapi sudah ditanamkan seolah2 kerja itu mmg rukun dalam nikah. maka orang semua sibuk pula bekerja dan fitrah ingin berpasangan dilampiaskan pada pasangan-belum-halal atau bahkan pelacur/gigolo.
dari celik mata hingga pejam mata, tersekat dalam kitaran yang sama setiap hari..kitaran jahiliyyah kerana tidak bersulam dengan tadabbur alam mengenal tuhan. lalu apa yang membezakan kita dengan athiest?
bila masanya untuk mencari tuhan? bila masanya untuk mengenal islam sebenar2nya? bilakah masanya untuk menyedari hakikat sebenar penciptaan manusia? bila masanya untuk manusia sedar bahawa tiada cinta yang lebih besar dari mencintai kekasih agung itu? bila masanya untuk sedar bahawa rezeki itu datangnya dari Ar-Razzaq, bukan dari boss besar atau dari bonus hujung tahun apatah dari kerajaan pemerintah.
astaghfirullah...
betapa kurangnya masa yang kami peruntukkan untuk mengenalMu, mencariMu..sedangkan Kau sangat dekat dengan kami..
betapa kami ini lansung tidak pernah kenal erti ihsan dalam diri ini..lansung tidak terbayang oleh kami yang Kau sentiasa ada bersama2 kami dalam setiap perkara yang kami lakukan.
astaghfirullah..Ampuni kami ya Allah..
Berikanlah kami peluang, berikanlah kami hidayah, berikanlah kami masa untuk kami belajar tentangMu, agar makin dekat kami kepadaMu..agar lebih tulus dan ikhlas hati kami ini dalam mencari cintaMu..
No comments:
Post a Comment