Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Wednesday, March 23, 2011

pulang melihat aku

bismillah..


alhmdulillah berkesempatan lagi untuk menulis hari ini. setelah hampir sebulan ku tinggalkan laman coretan jiwa ini.


Maha Suci Allah yang telah memberikan aku peluang untuk aku kembali melihat aku. walaupun hanya secebis kenangan yang aku sendiri tidak sedar akannya. tidak tergores lansung ingatan dalam memori ini tentang aku, 25 tahun dahulu.


bermula dengan sambutan mengejut besday aku pada malam march 13, tepat jam 12 tgh malam. aku sudahpun terlelap kerana keletihan musafir dan berprogram seharian di RIT yg terletak kira2 10-12jam perjalanan memandu. terkejut dengan nyanyian oleh semua ikhwah di rumah tu. siap dengan kek besday buatan sendiri lagi. bukan 1, bukan 2, tapi 2 setengah kek!! dorg mesti dah bosan setiap kali ISR(islamic spring retreat) mesti nak kne sambut besday aku. tahun 2009 sambut sebelum bertolak ke ISR Minnesota, 2010 setelah pulang dari ISR Iowa dan kali ni, ketika ISR RIT. agak2nya aku lahir waktu parent aku tgh program ke ek?



jawapannya: tidak! ummi kata dia due dah nak beranakkan aku waktu tu tgh shopping kat market..patutla aku suka pi pasar malam (ada kne mngena ke?) . iaitu di Hartford, Connecticut. alhmdulillah jugak berkesempatan untuk melawat Hartford Hospital, hospital kelahiran aku..dan University of Hartford, univ tempat ayah belajar sewaktu aku dilahirkan.




Hartford adalah satu bandar yang sederhana besar, ibu negeri Connecticut. bandarnya tersusun cantik, kemas. perumahan perkampungannya juga sangat permai. terasa macam dok kat oversea plak. no wonder banyak dalam american movie dorg kalo nak settle down life dengan keluarga, Connecticut antara tempat yang menjadi sebutan.


berjodoh untuk bertemu dengan uncle Johari (joe) di Hartford. dia dah jadi permanent resident dan kerja kat situ dah lama. yet loghat utagha dia masih pekat. kami tumpang solat dan dijamu dengan mee rebus oleh american cook, Mr. Bert (taktaula name penuh dia apa). handal masak masakan melayu mamat nih walaupun tak pandai ckp melayu. bak kata apis, you dont have to speak malay to cook a good malaysian food. memula dia ni la yg tunggu kat depan pintu rumah..igtkan uncle joe ni american. pucat abih muka semua org tanak masuk rumah sebab takut nak speaking. haha..



sampai kat UoHartford tu, aku terkenang sejenak..nak kata terkenang memory, mmg sifar. tapi aku terkenang betapa Allah takdirkan aku hidup begini, hari ini, bermulanya di sini..kerana aku lahir di sini, aku belajar di US ni sekarang. dan kerananya, aku bercita2 untuk spend masa lebih dari sekadar belajar kat US ni..maybe kerja mencari pengalaman setahun dua..sambil menjenguk2 perkembangan tarbiyah di sini..

kerana aku lahir di sini, aku dapat bertemu dengan ikhwah2 ku di sini hari ini. dan spent hampir 3 tahun bersama mereka. and thank you guys sebab sudi hadiahkan aku satu hari dari trip kita semata2 untuk aku kembali melihat tempatku bermula..thanks for being so cool about it (walaupun kene bahan berkali2 gak)..


satu nikmat apabila dapat melihat tempatku bermula itu..alhmdulillah aku bermula baik. bagaimanakah tempat aku berakhir nanti? adakah aku akan berakhir baik juga?


Ya Allah, kurniakanlah kami pengakhiran yang baik..kurniakanlah ibu bapaku pengakhiran yang baik..kpada kaum keluargaku muslimin muslimat pengakhiran yang baik..pengakhiran dalam menyebut kalimah Haq Mu..pengahiran ketika sedang berjuang di jalan yg Kau redhai.


khas buat ayah bonda, kalau2 terbaca post kali ni..


I know I'd never thank you guys enough..terima kasih sebab melahirkan akem. terima kasih sebab membesarkan (sampai betul2 besar hehe), terima kasih sebab mendoakan akem menjadi seorang yang bijak dengan memanggilku hakim sejak kecik. skang dah tak brape nak bijak sebab semua org panggil akem je..or lg glemer akeym (tp ayah slalu tulis akiem)


terima kasih sebab tak pernah give up menegur, memarah, merotan, menasihat, memeluk, me me me semua lah sampailah akem menjadi akem yg sekarang. I remember once waktu kecik2 dulu, ummi menangis dan maleh nak marah akem n kngah sebab give up kot..nakal sgt..I am so very very sorry for that tears..kalo boleh ganti setitis air mata tu dengan emas, mesti dah kaya raya kita skarang huhu..


ummi, I cannot deny that I got my caring and loving personality from you. kepada kawan2 laki dan pompuan kalo rasa best kawan ngn aku sebab aku penyayang, caring, prihatin, ummi is 10 times better. thats why I am proud to share my ummi with everyone. (share jadi mak je, bukan jadi bini kpd ayahmu..hoho)


special thanks to ayah, walaupun kita jarang berbual tentang hati dan perasaan (laki macho kan..) but I admit that you thaught me a lot about life. I mean A LOT! and now, I talk like you, I answer the phone like you, I give speech like you, I even laugh like you sometimes but mine is louder hehe.


I know I have you guys in me..and always will.


Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibubapaku yang telah memelihara aku sejak kecil..kami bersama di dunia ini, oh Allah satukanlah kami bersama lagi di dalam syurgaMu kelak.

3 comments:

  1. bestnye jalan2..
    hepy belated birthday abdul hakim!!
    may Allah bless u n ur family too.. =)

    -Lia-

    ReplyDelete
  2. ameen..tq lia!

    macho

    ReplyDelete
  3. seonok baca posting ni sampai nangis plak...hehe...camne tu. anyway, tqvm abdul hakim(moga jadi bijak semula!)for the special dedication..love u very~ much! Marah tu bukan give up tapi letih marah ni kalau dah berkali2...now i start learning to be cool if i get angry...and to be that, u've got to be old like me...haha!

    ReplyDelete