Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Thursday, October 21, 2010

berangkatlah senang mahupun susah

bismillah..

dicelah2 kesebokkan diri menghadapi dunia realiti, ku sempatkan juga menjengah ke halaman ini..dengan doa ya Allah mudah mudahan aku istiqamah dalam segala perbuatanku..

alhmdulillah, seminggu dua ni aku berkesempatan untuk berjalan sambil menziarahi ikhwah di beberapa tempat sambil berkongsi kefahaman yang sikit ini kepada mereka..terubat rasa rindu yang selama ini terbuku dek jurang jarak, walaupun kita masih bertemu di alam maya, tapi kehangatan ukhwah tu tidak terasa...kasih sayang itu tidak mengalir ke tubuh kerana tidak melalui dakapan2 hangat persaudaraan kita..


perkongsian ISK ke Michigan State Univ , east lansing yang dihadiri oleh kurang lebih 60 org peserta yang sangat setia dan mata sentiasa fokus tidak terpejam (hanya berkelip), membuatkan mereka adalah audience yang paling best yg pernah ku jumpa. apatah lagi mereka ini dari latar belakang yang pelbagai..menimbulkan kesenangan di hati ku kerana mereka boleh bersatu teguh demi melihat islam bangkit di dalam diri dan univ mereka ini..

ya Allah, rahmati dan tetapkanlah hati mereka di jalanMu..semoga mereka tergolong dalam golongan pendokong2 agamaMu..

dalam perjalanan pulang, berkesempatan untuk singgah ke univ of iowa, iowa city. well actually takdela singgah sebab mmg bukan ondeway pon..cuma kesempatan cuti ini, diambil oleh ikhwah purdue untuk melawat adik2 tersayang yang lama menyepi di sana..alhmdulillah masing2 masih hidup, dan muka masih berseri2..dan masih melompat2 menggambarkan betapa mereka ini bertenaga..cuma kata mereka, mereka kehilangan momentum tarbiyah setelah 3 bulan bercuti summer tempoh hari.. namun cahaya iman itu masih terpacncar2 dari muka mereka..
sempat kita alirkan sedikit kata2 semangat, dan 'kasih sayang dari dakapan' kepada mereka, mudah2an mereka akan terus melangkah kuat dan gagah di medan perjuangan ini..

ya Allah, buangkanlah dunia yang mencengkam di hati kami ini..gantikanlah ia dengan percaya kepada syurgaMu..gantikanlah ia dengan pendambaan terhadap redhaMu..



gambar: kedudukan tempat2 disebut di peta USA

5 hari kemudian, dapat pula panggilan minta bantuan menginginkan pengisian iman dan islam dari university of minnesota, minneapolis. sekali lagi ISK dikongsikan..disini, dikumpulkan pemuda2 yang mahukan islam dalam diri dan university masing2..dari minnesota, dari wisconsin dan dari iowa..berjumlah mencecah 25 org lelaki (prog asing laki pompuan)..perkongsian yang sama, tetapi kali ini audience berbeza..rata2 audience sudahpun tahu tentang sejarah islam cuma belum pernah menyusun ia dalam big picture..ataupun sudah lupa atau buat2 lupa..
namun kerjasama yang diberikan sangat cantik..kehangatan dan kasih sayang yang saangat terasa dan kurindukan, membuatkan airmataku tidak tertahan lagi lalu membasahi pipi sewaktu membaca doa rabitah..

ya Allah..kekalkanlah hati hati kami ini dengan kemesraan..dengan cinta kepadaMu..matikanlah hati2 ini didalam jalan dakwahMu..


kata Allah dalam surah At-Taubah: 38

Wahai orang orang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.

sekalung penghargaan buat teman2 seperjuangan dari purdue univ..hafiz, imran, paan, mat..yang turut bersama2 dalam 'ziarah' kali ini..yang bersengkang mata memandu sejauh ribuan kilometer, belasan jam, demi untuk perjuangan ini..moga mata kalian yang berjaga itu, adalah termasuk dalam mata yang dijamin Allah dihindarkan dari api neraka..
dan urusan2 kalian..yang sanggup dikemudiankan selepas perjuangan ini..exams, masa rehat, dan lain2..juga moja, mache, aiman dan wan yang stay di 'base' untuk bantu menguruskan urusan kami yang tertunggak..
moga Allah beli dari antum dengan bayaran syurga.. tiada harga lain yang layak membelinya..

ikhwah, ingatlah..kita adalah siapa yang kita inginkan..kita mahu bermalas2an, kita akan jadi malas..kita mahu bertangguh2, kita akan tertangguh..kalau kita mahu, kita akan cuba sedaya upaya cari..dan ternyata, selangkah kau langkah menuju Allah, seribu langkah Dia kan datang kepadamu..

No comments:

Post a Comment