Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Sunday, October 31, 2010

Malam yang gelap..



Di suatu malam..antara malam malam yg gelap
entah apa yang terjadi padaku..
kegelapan menutupi diriku wahai Rabb..

terasa sempitnya langit dan bumi..
hatiku tidak disirami cahaya..
dan air mataku mulai menitis..
ya ilahi..

aku ingkar dan berdosa besar
dan aku sangat sedih
dibelengu oleh dosa wahai tuhan..
adakah ada keampunan bg aku yg berdosa..
yg sentiasa dalam noda..

kau yang menciptakanku..
yg mengasihani ku
yg memberiku rezeki..
sentiasa bersamaku bila masa sahaja..
tetapi aku berpaling dariMu..
aku lupa aku milikMu
aku memilih jalan ku sendiri..oh tuhanku..

dan hari ini aku kembali..
dari kegelapan yang tak terbatas..
dengan hati yg luka..
dengan jiwa yg keliru..
aku telah lemas..tanpa ku sedari..
tiada penyelamat bagiku kecuali Engkau
tiada penyelamat melainkan Engkau..

-diterjemah dari syair Muhammad Husayan-

Monday, October 25, 2010

untuk korang..

aku mintak maaf sahabat..


kerana sejak korang kenal aku, banyak benda best yg korang takleh buat..


sejak cuti pertama kita, aku dah bawak korang pergi program..dahla program yg bosan..aku sendiri pon bosan..aku tau korang semua pon bosan jugak..dahla drive jauh..sejuk pulak tu..dan disitu bermula..sejak dari saat itu, semua cuti korang, ada aje program yg aku mintak korang pergi..korang tak dapat nak berjalan2 ke tempat2 menarik macam kawan2 lain berjalan..korang tak dapat nak berehat macam kawan2 lain berehat..even waktu cuti summer, balik malaysia pon, aku tetap mintak korang datang program..waktu kat malaysia, dahla korang duduk jauh2..pon kene gi kl untuk program..


belum kira cuti hari minggu lagi..ada aje usrah lah, meeting lah..itu lah ini lah yang aku setkan untuk korang..banyak sgt masa korang yg aku dah amik..korang dahla letih2..baru balik kerja yg 3-4 jam berpenat lelah..ada yang kene tangguh wat hw..study nak exam..tangguh bsukan, tangguh main game..semata2 untuk aku suruh usrah..kadang tu sampai pagi buta korang kene tahan dari tido..waktu yg orang lain boleh buat ape saja dorg nak buat..korang tak boleh..


aku mintak maaf sahabat..


sebab aku, korang takleh nak bersuka2 dengan pasangan korang..tak macam happy couple yang lain..aku bukannya paham sebab aku bukannya ada awek..yelah..muka pun tak hensem mana...senang2 je aku soh korang jaga pergaulan la ape la..sebok lah aku ni!


aku mintak maaf sahabat..


aku banyak tegur tu tegur ni..suruh tu suruh ni..ada je benda tak kena kat mata aku ni yg aku nak tegur..macamlah aku ni hebat sangat..macamla aku ni perfect sangat..bg arahan sana sini..macamla aku ni pandai sangat..yg kene buat kerja, korang jugak..yg kene korban duit, korang jugak..


aku mintak maaf lagi wahai sahabat..


orang lain dapat duit biasiswa boleh beli itu ini..korang, belum apa2 dah nak kne infaq sana infaq sini..manakan nak kumpul duit nak bawak mak ayah datang graduation lg, nak kawin lagi, nak beli itu ini semuanya terbantut..duit korang, hak korang la nak guna ke mana2..


aku sangat2...betul ni..sangat2...mintak maaf..


dan aku jugak..sangat2 berterima kasih...


sebab..

koranglah family aku kat sini..korang je adik2 dan abang2 yg aku ada waktu aku kesusahan..tolong bg duit kat aku..tolong masak untuk aku..tolong semuanya..koranglah family aku kat sini, dan moga2 korang sudi jadi family aku sampai bila2..


sebab...

korang bagi aku kekuatan untuk aku improve diri ini..aku bukanlah orang yang hebat..aku tak pandai cam korang..aku tak..korang ada semua kelebihan dari aku..suara korang pun lagi sedap dari suara aku..tp sebab korang ada, aku jadi semangat nak jadi lebih baik dari aku yang sebelum ini..sebab korang, aku rajinkan jugak diri membaca buku2..blog2..rajinkan beribadah sebab tanak kalah ngn korang..aku jeles ngn korang..


sebab..

korang hadir dalam hidup aku..aku tak dapat bayangkan hidup aku, mesti lame gila kalo korang takde..kalo aku masuk univ lain, bukan univ ngn korang..maybe aku dah ntah jadi ape2..


aku tak dapat bayangkan lagi beberapa bulan lagi kita dah nak berpisah..sungguh aku tak sanggup dan tanak bayangkan..


untuk korang..

aku tak mampu bayar dengan duit..

aku tak mampu bagi hadiah intan permata..

aku tak mampu bg pangkat dan harta..


yang aku mampu...

hanya doa yang boleh aku panjatkan kepada Dia..

hanya nama2 korang ku kenang dan ku sebut dalam sujud cintaku..

moga, korang menjadi semulia2 manusia di dunia..

dan kelak di padang mahsyar..korang dinaungi arasy Allah

kerana korang pemuda2 hebat..

krana kita bertemu dan berpisah keranaNya..

dan nanti..korang bersama Rasulullah yang dirindui..di syurga..

ameeen....


ku tujukan...untuk persahabatan kita..

Thursday, October 21, 2010

Doa Rabitah Pengikat Hati


YA ALLAH,

Engkau mengetahui hati-hati ini

telah berkumpul kerana mengasihiMU,

bertemu untuk mematuhi perintahMU,

bersatu memikul beban dakwahMU,

hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk

mendaulat & menyokong syariatMU,

maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatannya…

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini

Tunjukkanlah akan jalanNYA yang sebenar,

Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu

yang tidak kunjung malap,

Lapangkanlah hati-hati ini dengan

limpahan iman dan keyakinan

dan keindahan tawakkal kepadaMU,

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan

ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,

Jika Engkau mentakdirkan mati,

maka matikanlah pemilik hati-hati ini

sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,

Engkaulah sebaik-baik sandaran

dan sebaik-baik penolong,

YA ALLAH,

Perkenankanlah permintaan ini…
Amen

berangkatlah senang mahupun susah

bismillah..

dicelah2 kesebokkan diri menghadapi dunia realiti, ku sempatkan juga menjengah ke halaman ini..dengan doa ya Allah mudah mudahan aku istiqamah dalam segala perbuatanku..

alhmdulillah, seminggu dua ni aku berkesempatan untuk berjalan sambil menziarahi ikhwah di beberapa tempat sambil berkongsi kefahaman yang sikit ini kepada mereka..terubat rasa rindu yang selama ini terbuku dek jurang jarak, walaupun kita masih bertemu di alam maya, tapi kehangatan ukhwah tu tidak terasa...kasih sayang itu tidak mengalir ke tubuh kerana tidak melalui dakapan2 hangat persaudaraan kita..