bismillah..
Mainkanlah lagu dibawah sambil2 baca entry kali ni..
Aku suka muzik. Aku juga suka nyanyian. Aku lebih suka dengar alunan instrumental sahaja, atau alunan suara sahaja..bukan gabungan dua2 itu. kalau lagu biasa, biasanya yang akan disebut2 sedapnya dari lagu itu ialah penyanyi utamanya. Jarang sekali org mention pasal penyanyi latar (backup voice) atau pemuziknya.. So aku prefer asing. Aku lebih dapat meghargai setiap unit yang wujud dalam lagu itu bila ia beralun di telinga.
Dari situ telinga aku melihat..
Dari situ telinga aku melihat satu 'connection' dari pemuzik2 di atas dengan hati ini.. Mata aku tak nampak apa2 tapi hatiku terasa senang dan bahagia. terasa rasa hebatnya dan gahnya lagu yang dimainkan sampai hati boleh bergetar memberi respon.
oh by the way, sape yang takde pendengaran takleh rasa ni...so dalam hebat2 lagu tu tadi..hebat pemain2nya memainkan alatan masing2..hebat lagi lah penciptaan mechanism telinga oleh tuhanku..entah macam mana boleh dengar ntah..ada je org yang ada telinga tapi takleh dengar..
telinga zahir ni, yang berhubung ngan otak..lalu menafsir setiap bait bunyi yang didengari..
telinga yang lebih penting adalah telinga yang berhubung dengan hati. telinga yang bila dengar lagu ni, emm..rasa seronok..rasa bahagia..telinga yang bila mendengar ayat2 Allah..maka bergetar hatinya..
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka, dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakal (Al-Anfal-2)
lalu Allah tegur kita dalam surah Al-A'raf (179)..
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
semoga kita semakin beriman dengan kurniaan telinga(pendengaran) oleh Allah ini.. dan tidak termasuk dalam golongan yang lalai dengan nikmat Allah.
Dari situ telinga aku melihat..
kalau di video klip tu, brader yang main celo (macam biola tapi besar tapi diletakkan di lantai) tu mainkan part dia dalam lagu ni sorg2..mesti bunyi dia pelik.. kalo abg yang main trompet bergulung tu main sorang2 kat dalam bilik rumah dia pun..mesti dah kene marah ngn jiran2..apetah lagi kalo conductor dia tu buat gaya macam tu sorg kat tepi trafic light..mesti dah dibawa ke rumah orang gila..
tapi bila semua cebisan ini dikumpulkan di satu tempat (yang indah plak tu, tajmahal lagi..)..digabungkan, masing2 mainkan peranan masing2..lalu terciptalah alunan gemersik menusuk kalbu..membuatkan jutaan pendengar berdiri kekaguman..tidak kurang yang mengalir air mata..
inilah dia hikmah kerjasama..setiap orang dalam orkestra itu, memainkan peranan masing2..alatan masing2..tak semua buat kerja yang sama...tapi semua buat kerja bersama2..pada timing yang cantik..dibawah kelolaan conductor yang tidak penat membuat gayanya dalam memimpin..cuba bayangkan kalo pakcik yang baju putih main piano kat depan tu, nak hasilkan lagu se'GAH' ini, sorang2..mestila tak boleh kan..tapi bila beramai2..bersatu dan bekerjasama camni.. kan jadi lagu..
Allah pesan kat kita soh kerjasama dalam surah At-Taubah (71),
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah)
menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang
makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan
mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah;
sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
macamtulah kita dalam kehidupan seharian, apatah lagi dalam berdakwah dan bertarbiah..mestilah bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain..
tak semestinya semua kene buat kerja yang sama..tapi sama2lah membuat kerja..
ada yang memandu ke kedai, ada yang memasak, ada yang menyediakan bahan, ada yang mengemas, ada yang melayani tetamu, maka jadilah sebuah openhouse yang best (sempena musim openhouse ni..)
Semoga kita juga tergolong dalam golongan orang2 yang diberi rahmat oleh Allah seperti yang disebutkan dalam ayat tadi..
ameen
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]
Tuesday, September 28, 2010
Sunday, September 12, 2010
adakah aku bersyukur
bismillah..
Allah kata, sesungguhnya sedikit daripada hamba-hambaku yang BENAR BENAR bersyukur..(saba:13)
hmm..persoalan syukur ni, selalu dibangkitkan..dah 2 minggu kat masjid greater lafayette ni khutbah pasal bersyukur..aku? ntah..tidor kot waktu dgr khutbah sebab tu tak reti2 beryukur..haih..
kenapa aku tak benar benar bersyukur?
sebab selalunya bila tgk kelebihan2 kat orang lain..sering sahaja rasa nak apa yg dorg ada..slalu nak komplen..benda tak memuaskan hati..nak yang lagi power..
ape lg yg aku nak? aku rasa hidup aku kat US ni dah paling terhebat aku boleh kecapi sebagai student kot..
Allah kata, sesungguhnya sedikit daripada hamba-hambaku yang BENAR BENAR bersyukur..(saba:13)
hmm..persoalan syukur ni, selalu dibangkitkan..dah 2 minggu kat masjid greater lafayette ni khutbah pasal bersyukur..aku? ntah..tidor kot waktu dgr khutbah sebab tu tak reti2 beryukur..haih..
kenapa aku tak benar benar bersyukur?
sebab selalunya bila tgk kelebihan2 kat orang lain..sering sahaja rasa nak apa yg dorg ada..slalu nak komplen..benda tak memuaskan hati..nak yang lagi power..
ape lg yg aku nak? aku rasa hidup aku kat US ni dah paling terhebat aku boleh kecapi sebagai student kot..
Tuesday, September 7, 2010
pagar atau rumah?
ayah aku selalu pesan, islam ni bukannya buat tu takleh buat ni takleh, tapi buat semua boleh kecuali ... (merujuk kpd benda2 yg takleh)
kita boleh makan apa saja,kecuali arak, pork dll..kita boleh bersukan apa saja,kecuali melibatkan judi dll..boleh pakai apa saja asalkan menutup aurat..kita boleh berkawan ngn sapa saja, kecuali yg boleh membawa kepada zina dll..
islam pagar eh?
kita boleh makan apa saja,kecuali arak, pork dll..kita boleh bersukan apa saja,kecuali melibatkan judi dll..boleh pakai apa saja asalkan menutup aurat..kita boleh berkawan ngn sapa saja, kecuali yg boleh membawa kepada zina dll..
islam pagar eh?
Subscribe to:
Posts (Atom)