Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Tuesday, November 15, 2011

Nak naungan arash Allah di akhirat!

Bismillah

kelmarin aku bersama2 dengan adik2 usrah aku di purdue..(tak la adik sgt..lebih kurang sebaya je kan..). Kita berbincang tentang kasih sayang..Al-Hubb..hebat sangatkah kasih sayang ni sampai boleh jadi bahan halaqah kan? jawapannya selepas ini...

Hebat la! penyampai yg hensem tu share bahawa kat akhirat nanti, kat mahsyar sana..ada 7 golongan orang yang akan dinaungi dari bahang hari perhitungan..bayangkan...tgh terik mentari macam waktu summer tu, tetiba kat atas kepala kita ada awan yang menaungi..redup...mesti best kan? kalau kat akhirat mesti ratus2 kali ganda lagi best punya!! camne nak dapat naungan ni? salah satunya ialah dengan menjadi salah seorang dari dua orang (or tiga..empat...seterusnya) pemuda (or pemudi) yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah azzawajal.

senang ke susah ek nak termasuk dalam golongan ini? jom selongkar..

ada orang dekat us ni (kat negara lain pon), yang sanggup travel berejam2 cecah belas2 jam semata2 untuk ziarah ahli usrah mereka..korbankan masa, wang dan tenaga..kadang tu bersengkang mata drive utk tujuan ini (moga mata korang dipelihara Allah dari neraka). almaklumlah kat US ni kadang tu hanya sorg dua je org yg berminat utk mengenal islam dengan cara ni dan mereka pulak terpisah jauh berjam-jam.. kadang2 tu waktu spent for traveling lagi lama dari masa spent bersama dengan sahabat diorg tu. atau tu nnt nak gi muktamar MISG kat LV tu jauuuh sgt tp demi mencari keredhaan Allah, berkasih sayang bertemu dan berpisah degn sahabat2 lain.. (kalau niat sebenarnya nak gi jalan2..terpaksa je singgah muktamar..ini Allah yang lebih tahu hati kita)..

insyaAllah mereka ini berkasih sayang, bertemu dan berpisah tak lain hanya kerana Allah..moga mereka mendapat naungannya di akhirat kelak.

check diri sendiri sket. aku, kadang2 sama2 ngan kawan2 sekitar aku ni pun taklah sesayang mana..kadang2 tu ada syaitan hasut baek punya bila nampak sorg ni, hati aku mencebik menyampah. or sorg tu bila teringat kat dia hati rasa takde selera (mcm mknn plak dah).. ish2 perangai yang tak elok oleh diri ini. korg jangan ikut ye. korang jadilah orang yang macam Allah sebut dalam surah Al-Fath: 29 iaitu orang2 y bersama2 dengan rasulullah adalah orang yang bersikap tegas dengan orang yang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka..atau pun banyak lagi lah ayat2 dalam quran dan hadith2 yang menekankan pasal kasih sayang ni..cuma aku je yang tak dapat nak amalkan lagi..

lagipun, kalau sama2 kita yang muslim, yang sama2 mencari redha Allah ni, yang sama2 nak lepak2 hang out kat syurga ni tak saling lemah lembut berkasih sayang antara kita, nak harapkan siapa lagi kan?

atau...rasa macam kita ni lagi hebat dari org lain ek? mnyebabkan kita rasa jelik dengan mereka? jaga-jaga wahai diri, wahai sahabat2..jangan sampai jadi macam kisah ni..



na'uzubillah kita pernah memandang hina orang lain..kadang2 kita selalu memandang orang lain dengan pandangan yang senget hanya kerana mereka berbeza. warna mereka berbeza? bahasa mereka berbeza? cara kerja mereka berbeza? cara dakwah mereka berbeza? tanya ini pada diri anda..adakah tuhan mereka berbeza dengan tuhan kita? sudahkah tetap anda ke syurga mereka tidak bersama anda?

sedangkan perbezaan inilah yang menimbulkan keharmonian..saling mencukupkan..saling menguatkan..macam Allah cakap dalam quran pasal Dia ciptakan berbagai2 jenis dan bangsa untk saling mengenal..yang paling baik ialah yang paling bertaqwa..konfirm2 org yg rasa dia lagi baik dari org lain tu bukan org yg bertaqwa..astaghfirullah..

yes, kadang2 kita rasa kita macam tak buat salah pun..dia yang mula dulu. dia yang pandang serong kat kita..dia yang paksa2 kita soh tu lah ni lah..dia yang muka tak senyum dengan kita..dia yang bla bla..so kiranya dia jahat la ni ek? kita baik? mmg dia sengaja nak buat salah dengan kita ye? kita tak pernah buat salah kat org lain? maafkan je lah dia or mereka itu mudah2an salah2 yang kita pernah buat dekat org lain secara sengaja ataupun tak, pun turut dimaafkan juga..

sama2 kita selalu berdoa mudah2an sama2 kita ini tergolong dalam golongan orang yang berkumpul, bertemu dan berpisah kerana Allah..moga Allah rapatkan, tautkan, ikatkan, simpulkan hati-hati kita mudah2an dengan kasih sayang ini, dapat kita bergerak dengan lebih laju, berkerja dengan lebih ikhlas, menghadapi hari-hari dengan lebih ceria..

2 comments:

  1. Assalamualaikum En. Macho!

    Hehe.

    Antara penyakit jadi orang yang "cuba-cuba nak jadi baik" ini itulah selalu pandang serong kat orang lain.

    Lagilagi macam ana, konon dari dulu baik ala-ala skema kadang-kadang suka campak persepsi tak berasas kepada org sekeliling.

    Astaghfirullah. Moga Allah ampun kekhilafan hati.

    ReplyDelete