Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Thursday, October 13, 2011

Antara berjuang dan senjata


bismillah

hari ni, aku nak bersembang pasal satu benda y common sense..tp ramai pulak yang nampaknya terkeliru..aku sendiri pun kadang2 terkeliru jugak..pasal ape ye agak2? cube tgk kat tajuk tu la..

seorang perwira sedang diancam oleh musuh yang cuba untuk merampas keadilan yang sedang dinikmati. maka sang wira itu pun terus menggunakan ilmu bergocoh yang dia belajar secara asas iaitu tarik rambut, gigit telinga, pukul2 ke..baling batu dan sebagainya lah..common sense la waktu ni. tp ape pun, dia akan buat sehabis baik utk menang dalam pertarungan mengembalikan keadilan itu. samada menang dan hidup harmoni, atau kalah dan mati syahid dalam berjuang..wira islam tak pernah rugi =)

maka ilmu pertahankan diri mula dipelajari untuk lebih membantu diri menghadapi musuh itu. habis segala ilmu persilatan takewando judo silambam semuanya dicuba untuk melengkapkan skill diri. tentu sekali tujuan utama adalah untuk berhadapan musuh kan..so that pertarungan tanpa ilmu yg cam tadi punya susah sampai 2-3 hari bergocoh tu, dapatla dikurangkan menjadi 2-3 jam sparing sambil terbang2 semua, supaya menang dan dapatlah buat kerja lain pulak pastu seperti menanam kobis atau mengail udang galah disungai (bayangkan setting kisah2 pendekar dulu2).


bila kepakaran senjata api menyusul tiba, mulailah pejuang pun turut sama bersenjata, pistol kiri kanan pinggang, pedang dihunus di belakang badan ditutup perisai besi, pisau belati tersisip di boot dan tangan memegang selaras sniper. cukup bersedia untuk pertempuran jarak dekat mahupun jauh. atau shotgun lebih susuai ye? atau M-16? nampak AK-47 keluaran Rusia lebih kuat dan sesuai untuk semua jarak? emm...beli semua lah..pening pula memikirkan senjata yang mana yang lebih best. banyak lg senjata2 yang menarik minat. beli semua dan dijadikan koleksi di ruang tamu pon macho gak..musuh datang? biarlah dia..nanti dia tgk senjata aku yang banyak dan mantap ini mesti dia takut lalu lari mencicit..


wah..sang wira sudah bertukar profesion..dari seorang pejuang kpd seorang collector..badan dulu tangkas kini sudah berkarat sendi..

semuanya kerana apa? kerana pejuang lupa yang mana alat yang mana matlamat. matlamat untuk mengembalikan keadilan muka bumi beralatkan senjata kini sudah bertukar senjata pula menjadi matlamat..kadang 'nama perjuangan' dipergunakan pula untuk memudahkan beliau mendapatkan lagi koleksi2 baru..

ya sungguh..manusia itu mudah sekali lupa. seringkali didatangkan Allah dengan ujian2 utk melihat adakah kita mampu bertahan mengejar matlamat bila Allah bantu dengan mendatangkan alat?

katakan belajar disekolah/universiti..adakah masih tetap dengan matlamat itu? atau kini sudah terlupa lalu sibuk dengan asik bertukar telefon bimbit?selalu meninjau2 untuk upgrade laptop/komputer baru? atau gusar memikirkan baju apa lagi yang nak dipakai ke kelas sebab baju tu dah pernah pakai semalam, yg ni plak dah pakai minggu lepas...ish kene kumpul duit nak beli baju lain ni...untuk menjadi pelajar cemerlang aku kene guna pen yang berharga RM10 ke atas sahaja! adui...ni dah salah matlamat ni....

atau...belajar di Universiti itu sebenarnya matlamat kah? lalu selepas grad nnt dah boleh mati dengan tenang dan aman? kerana aku graduan universiti sekian2..mati pun tersenyum :) begitu kah? atau apakah matlamat hidup kamu sebenar2nya? sanggup bersengkang mata tak tidur malam demi menyiapkan projek itu ini..kadang masa utk solat pun diabaikan..solat pun asik teringatkan hw.. kelas jam 7.30 og weekdays boleh bangun tapi bila takde kelas, subuh ke mana hala..aduh...untuk ini sahajakah hidupmu? kenapa? tak pernah jumpa org yang hidup bahagia walaupun dia tak masuk universiti? tak boleh imagine camne orang nak hidup kalau tak blajar kat skolah? agak2 nnt dalam kubur malaikat tanya tak 'dari universiti apa kamu graduate?' ?

takyahla kan nak terangkan matlamat hidup lagi skali kat sini...rasa2 macam posting aku kat blog ni asek pasal matlamat hidup je..dah takde point lain ke nak sentuh? nampak sgt cetek ilmu..

begitu juga dengan dakwah..menyeru umat manusia kepada Allah..kepada islam. itu perkara pokoknya..itu matlamatnya..biarpun tanpa senjata perjuangan tetap perlu diteruskan..apabila mendapat bantuan wadah dan jemaah sebagai senjata mengukuhkan barisan, menyusun dan mengoptimum gerak kerja, sepatutnya semakin tangkas berjuang. mendakwah manusia kepada matlamat..bila mereka sedar tanggungjawab diri di dunia ini, mereka juga akan turut bangun berjuang..nah pada waktu ini mereka mungkin akan bersama dengan kita menggunakan senjata wadah dan jemaah kita. sekiranya ya, baguslah..sekiranya berjuang menggunakan senjata lain? jgnlah berkata ah ko ni apela pakai keris..zaman sekarang orang pakai pistol la...lupa dah ye mana satu alat mana satu matlamat? Biarlah..yg penting berjuang seikhlas hati menggunakan cara yang dia selesa..bukan berbalah pula kerana senjata. kelak takut mnjadi fitnah pula org yg ada 'senjata' ni kerja nak berbalah je pulak...takut2 org taknak join pula berjuang...

yes sangat susah untuk pastikan hati ini sentiasa ikhlas..apatah lagi tatkala diuji dengan cucukan2 dari pihak2 lain yang seolah2 mencabar ego perjuangan kita..lihatlah senjata kami best~...ada laser....senjata kami ada teropong...sebenarnya raaaamai lg org yang tak sedar pun bahawa hidup kita ini sebenarnya perlu berjuang...takkan nak promot senjata dulu pulak..kalau dah sampai tahap ramai sgt pejuang yang benar2 faham..insyaAllah dah takde masalah kekeliruan lepas tu..

harap2 pahamlah ye analogi yang dikongsikan..kalau tak paham sila angkat tangan, berdiri, kenalkan nama, dari kelas ape...ha pastu tanyalah soalan ;p



semoga Allah sentiasa memelihara diri kita, hati kita, niat kita..agar sentiasa berjalan ke arah matlamat yang betul...sentiasa benar dan tidak terkeliru yang mana tujuan, yang mana bantuan..yang mana telur kuning, yg mana telur putih..

ameen


4 comments:

  1. really liked the point you made about "wah..sang wira sudah bertukar profesion..dari seorang pejuang kpd seorang collector." there are many methods of self-defense that allow us to fully utilize our bodies - whether tae kwan do or aikido or silat - which should be sufficient. There is also wisdom in using swords (as in the Prophet SAW's time) during battle instead of firearms or nuclear weapons: you only kill the person you intend to kill, without "casualties" that we take so lightly or as a given these days. Again, interesting read.

    ReplyDelete
  2. Sarah, sorry did not get a chance to respond to your comment.

    yes there are many kind of methods of self defense..but the main point here is to not drunk with all the 'tools' and at the same time we forget what is it actually you are fighting for..

    ReplyDelete
  3. Fighting fighting!

    Saya Abu bin Samad, dari kelas 5 Amanah, nak tanya Encik Macho
    Betulkan langkah pertama mengajak manusia ialah untuk menanam adanya rasa nak berjuang itu pastu bila dia daha da kesedaran, ada nampak matlamat, kemudian barulah dia pilih alat untuk bangun berlawan - sesuai dengan kapasiti dia sebagai pahlawan.

    Gunalah lembing ke, keris ke, nak silambam pun boleh -asalkan tidak melanggar syariat. Dan kalau kita nih pengguna keris yang mahir, takyah la nak kondem pengguna lembing atau AK-47. Begitu?

    Err, betulkan pemahaman saya, jika tersalah

    p/s: Adui, lagu gitar memula nih sedap sangat.. terdistracted sikit. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Abu. selagi mana belum ada khalifah yg mengarahkan kita semua untuk hanya menggunakan 1 cara sahaja, kita sepatutnya bebas memilih cara apa yg sesuai utk kita berlawan dengan musuh. yg penting kita tidak duduk saja biarkan musuh menggugat keadilan sejagat.

      kondem mengondem nih bukanlah amalan yg mulia. apatah lg kita sesama pejuang. tak tahulah kalau mmg senjata yg dia reti gunakan hanya mulut dan lidah berapi.. kalau adik Abu faham lah ;p

      Delete