Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Tuesday, February 22, 2011

Maple

Bismillah..
rupa2nya maple tu adalah sejenis pokok macam pokok kayu manis, dan org buat air gula (macam madu) dari maple ni..baru ku tahu. itu pun selepas bertandang ke negara maple: Canada.

Alhamdulillah weekend lepas (Feb 18-20) berpeluang menziarahi ikhwah akhwat di Ottawa Canada dan berkongsi stories dengan mereka di sana. majlis yang mengumpulakn lebih kurang 40 students dari Carlton univ, univ of Toronto, Hamilton, dan ada lg yg ku tak tahu kot. baru je bersemangat nak tinggalkan musim sejuk di purdue, akhirnya winter semula di Canada (lebih kurang suhu -17 celcius...je)

perkongsian kami (aku ngn paan) banyak berkisar ttg pemuda, pelajar, dan islam untuk semua bangsa. alhmdulillah audience memberikan respon yang menggalakkan..hadir awal ke program, tak ponteng2 dan selalu ceria. seronok lah bila kita buat lawak diorg gelak..takdela rasa macam tak laku kan..

perkongsian tafsir surah an-nas sebagai warming up perkongsian untuk melihat respon peserta dan dijadikan ice-breaking antara kami dan mereka. hadith ghulam dan buku syahadatul haq (abul a'ala al-maududi) di kongsikan bersama dengan pemuda-pemuda bersemangat ni. tempoh sehari setengah dirasakan sangat tak cukup untuk mengenali mereka dengan lebih mendalam, walaupun itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan kami sudah merasa menjadi sebahagian dari keluarga Canada. I really2 want to go there and visit them again. soon insyaAllah.


cakap berdegar2 bersemangat, akhirnya yang bercakap tu diuji lebih awal oleh Allah. dalam perjalanan pulang, sebelum naik flight kami telah ditahan di US homeland security. biasanya unit ni ada di pintu masuk US, kami tak sangka akan berjumpa mereka di tanah Canada. akhirnya setelah kami berdua ditahan, sedikit interview, akhirnya dilepaskan. takdela teruk pun cuma terlepas flight balik jela. and that was the last fligt into the US for that day. meaning kami kene stay sampai esok baru boleh balik. flight esoknya kul 930 pg. so kami akan dtg semula awal. terpaksa ponteng kelas lah. terus email lecturer habaq kata tak dpt dtg kelas, tak dpt submit hw dll.

alhmdulillah rumah ikhwah canada ni 5 min je dari airport. so spend the night with them lagi. lupa pulak, makanan sepanjang berada di Canada ni mmg superb. kedai halal brcambah, makanan waktu program was perfect(nasi lemak daun pisang, murtabak mini..), and last but most important, kami beli chicken wings malam tu untuk 'melepaskan geram'. takdela banyak sgt pon..dekat2 seratus ketul...je.

belum pukul 7 pg, sudah terpacak di airport. rupanya flight kami gy first Ottawa-Washington d.c - Indy delayed for 2 hours. akak jaga counter United Airlines tu bagi kami tiket lain..soh naek ngn company lain Air Canada plak guna route Ottawa-Toronto-Indy. pi lah ke Air Canada. tgk2 tiket Toronto-Indy dia lupa nak belikan..melangutlah kat kaunter AC tu lame2 sampailah setel. Alhamdulillah setel juga akhirnya. dan maleh nak cite mehnah2 lain, akhirnya sampailah kembali ke Purdue kul 8 mlm td.

gi canada mudah je..but had a long way home..

banyak belajar sabar juga sepanjang ziarah 2 hari ni. belajar untuk sentiasa senyum kat makcik jaga kaunter, abg2 jaga security, kat pakcik2 polis, dan lain2. belajar berdoa banyak banyak banyak kat Allah sebab Dia yang aturkan segalanya. bahkan doa org musafir ni mustajab (nak kne cari dalilnya nih..sape tahu boleh sharekan ye..)

antara 'jambu' yang kami sempat snap..


gambar kenangan ikhwah canada feb 2011

6 comments:

  1. Sabda RasulULLAH s.a.w, bermaksud: “Tiga doa yang pasti akan dikabulkan Allah S.W.T ialah doa orang teraniaya, doa orang dalam perjalanan dan doa orang tua terhadap anaknya.” [Tirmidzi]

    untuk antuma berdua,
    Sabda RasulULLAH s.a.w bermaksud: “Perjalanan adalah sebahagian daripada azab. Dia tidak dapat makan enak dan minum sepuas-puasnya serta tidur dengan nyenyak. Apabila seorang daripada kamu sudah menyelesaikan hajatnya, segeralah kembali kepada keluarganya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

    alhamdulILLAH... selamat pergi dan selamat jua kembali..
    smeoga perjalanan itu, dicatat penuh keemanan dan kebaekan.. ameen ALLAHumma ameen


    -F

    ReplyDelete
  2. Thanks F..

    ooo haah pnah dgr la hadith tu..

    hidup ini mmg suatu perjalanan..dan kita akan kembali kepadaNya..

    ReplyDelete
  3. hamilton la bukan humington yg bunyik mcm bloomington kat US tu..

    ReplyDelete
  4. baru prasan ada post ni~kena rembat feed ni

    ReplyDelete