mu..aku...mu..aku...sama2 terdedah kepada ancaman menjadi munafiq..
cari2 sket pasal maksud munafiq ni yg berasal dari perkataan na-fa-qa dan nampak macam sama root word dengan perkataan infaq..
dari segi bahasa na-fa-qa ni bermaksud lubang/terowong..ada yg kata ia adalah lubang tikus di pergunungan. yang mana dia masuk untuk bersembunyi. ada yang kata dia masuk ke dalam terowong kemudian dia cari jalan keluar pula.
so kalau infaq tu, duit masuk dalam poket, tapi kita keluarkan untuk bg kepada org lain.
kalau nak relate dengan munafiq ni, mungkin ia memberi maksud orang yang masuk ke dalam islam sebagai perlindungan / cover up. tapi sebenarnya dia ada lubang lain untuk keluar/cari jalan keluar.
mesti kita selalu dengar pasal munafiq ni...and most of the time, kita tak rasa bahawa maybe ciri2 munafiq ni ada pada diri kita..yelah..kita kan orang baik...cool...tak kacau org lain..menutup aurat dah sempurna..tak gedik2 itu ini..
dah lama dah nak share ngn semua pasal munafiq ni..tapi takut...sebab diri sendiri pon 2 kali 5 juga. moga2 perkongsian ini menjadi titik perubahan aku dan kamu untuk menjadi orang yg better in the future.
biasa dah kita dengar ciri2 org munafiq ni ada 3..daripada hadith rasulullah tu.
1. bila dia berkata2, dia berdusta
2. bila dia berjanji, dia mungkiri
3. bila dia diberi amanah, dia khianat.
bila tgk tiga ni..rasa2 diri macam boleh lepas..takdela pernah menipu sgt pon..melawak2 adala..mungkir janji ni, bukan selalu org politik ke yg buat? haha... khianat? uish berat sgt tu..takde takde tak pernah..
boleh lepas? haha
bila tgk balik rupanya dalam quran pun banyak juga Allah cerita pasal org munafiq ni. kalau di awal2 quran, Allah cerita pasal 3 golongan..org beriman, org yg kafir, dan org munafiq. dan ratio ayat untuk ketiga2 mereka ni berbeza. orang beriman ada 4 ayat (ayat 2-5), orang kafir 2 ayat (6-7), dan orang munafiq ni 13 ayat (8-20).
bahkan, ada surah khas Al-Munafiqun lg dalam juzuk 28! kalau kata iman dan kafir tu ibarat putih dan hitam, munafiq ni boleh kata grey area jugak la..dan paling mudah untuk kita jatuh terjebak juga.
jom buka surah munafiqun tu..cari dalam quran masing2 ye..kita baca dan cuba tadabbur sama2..
Sahih International
When the hypocrites come to you, [O Muhammad], they say, "We testify that you are the Messenger of Allah ." And Allah knows that you are His Messenger, and Allah testifies that the hypocrites are liars.
Sahih International
They have taken their oaths as a cover, so they averted [people] from the way of Allah . Indeed, it was evil that they were doing.
Sahih International
That is because they believed, and then they disbelieved; so their hearts were sealed over, and they do not understand.
Sahih International
And when you see them, their forms please you, and if they speak, you listen to their speech. [They are] as if they were pieces of wood propped up - they think that every shout is against them. They are the enemy, so beware of them. May Allah destroy them; how are they deluded?ayat 1-2 Allah ceritakan background sket..org yg camne dizaman nabi dulu yg munafiq ni...dia buat apa..
tp dalam ayat 3, sangat mendalam. Allah kata sesungguhnya mereka telah beriman..kemudian mengingkari...maka Allah kunci hatinya sampai dia dah tak boleh memahami lagi..
pernah tak..suatu masa dulu kita rasa kita sangat beriman? solat nak paling di awal waktu..paling nak mudah senyum kepada org di sekitar..paling eager nak belajar pasal islam, dan share dengan orang lain..
tak lama lepas tu, ape jadi dengan kita? bila azan..dah mula kata jap lagi la aku gi solat..banyak kerja nak buat..
aku tension...orang lain tak senyum watpe aku nak senyum..belajar islam nnt jelah..yg share islam kat aku tu pun perangai teruk, buat ape nak join mereka?
nampak tak kita mula menutup hati kita sendiri...ye mula2 kita beriman, kemudian kita mula malas..mula negatif.. sama kan dalam ayat 3 tu? kalau berterusan macam ni, apa akan jadi? Allah akan kunci hati kita..dan akhirnya tiada lagi peluang utk kita memahami..na'uzubillah..astaghfirullah..
aku ada jumpa dah beberapa orang yg nampak seolah2 mereka sendiri mengunci hati mereka untuk menjadi lebih baik. not necessarily utk usrah ke dakwah ke...secara umum..even aku sendiri pernah rasa macam ni..rasa malas nak peduli...rasa mcm buang masa..rugi..
nak tau lg ape ciri org munafiq? dalam ayat 4 ada sebutkan..
1st, nampak daru luar, seolah2 dia mcm bagus...soleh..solehah..bila dia bercakap tu, rasa macam mmg point yg betul dan boleh diterima. Allah umpamakan mereka seperti kayu yg bersandar..tegap dan kuat dan cantik, tp hanyalah tersandar tidak berbuat apa2..
2nd, mereka merasakan setiap teriakan adalah untuk dia. negative thinking...merasakan semua org tgh berckp buruk pasal dia...ni aku namakan bersangka buruk berlapis..dia bersangka buruk bahawa orang sedang bersangka buruk pasal dia. mesti org tgh kata aku jahat..mesti org tgh kata aku tak layak kawan dgn diorg yg baik2 yg soleh2 tu..
ada orang, sgt2 risaukan diri sendiri...merasakan semua benda againts dia..semua benda terjadi adalah sbb tanak bg dia happy..jeles..seolah2nya dunia ini tidak adil baginya. jgnla camtu...tak percaya ke kepada Allah yg maha Adil? you think Allah terlepas pandang pasal yourself ke? mustahil bg Allah itu..
astghfirullah astaghfirullah...
ciri no satu tu paling mengena diri aku. sbb perwatakan aku yg besar dan bising ni...muhasabah diri supaya lepas ni lebih berhati2 dalam berkata2...dalam perbuatan..action speaks louder than words.. dakwah bil hal lebih bagus dari dakwah bil qaul..
ciri no dua tu...hmm...susah cerita. sbb tu Rasulullah selalu ajar ummat islam supaya bersangka baik..kalau kawan kita tu ada buat benda yg tak sepatutnya, sentiasa cari idea untuk bersangka baik..mungkin dia tak perasan..mungkin dia terpaksa..mungkin dia tu, mungkin dia ni...even sampai 99 sangkaan baik kita tu semuanya tak logic, maka tambahlah 1 lagi sangkaan yang ke 100 bahawa mesti ada sebab yg kita tak tahu kenapa dia buat camtu..
orang mukmin ni kan bersaudara..ukhwah adalah teras kegemilangan..tanpa ukhwah ni, kita takkan gemilang...kita akan berpecah...kita akan bergaduh.. setinggi2 ukhwah adalah melebihkan saudara sendiri (ithar), kita bagi dia apa yg kita suka. dan selemah2 ukhwah adalah berlapang dada...redha, bersangka baik...kalau ini pun kita tak boleh buat, maka tiada ukhwah dalam diri kita pada waktu itu...bila tiada ukhwah, adakah itu petanda bahawa kita tidak beriman? muhasabah diri kita sama-sama..
bersangka buruk ni adalah sumbu kepada kejahatan...bermula dengan bersangka buruk sahaja, macam2 boleh jadi. boleh terjebak kepada mengumpat (back biting) yg neraka adalah tempatnya. boleh menjerumus kepada fitnah (yg juga neraka tempatnya). boleh membawa kita sendiri untuk menjadi hilang semangat..merasa pesimis...dan lain2..
ada quote mengatakan..
________
ye..memang kita tak boleh nak ubah diri kita semudah itu. bila orang cakap berimanlah, bukannya kita boleh terus jadi beriman..bukan kita bole terus jadi perfect...
but the 1st step ialah menyedari kita ada masalah ni, dan kita nak buat something about it..kalau kita terus rasa kita ok je..perfect je..orang lain lagi teruk..then kita takkan dapat jadi insan yg lebih dekat dengan Allah. bukankah cita2 kita adalah untuk bertemu Allah..adakah kita rasa kita cukup sekadar ini untuk bertemuNya?
jom kita muhasabah...dan take step by step to be a better person insyaAllah. mulakan dengan senyuman, take a deep breath and say to yourself I want to be better...ask Allah for forgiveness and strength to be a better person.
wallahu a'lam.