Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Thursday, February 14, 2013

H.U.T.A.N.G

Bismillah..

teringat dulu2 waktu kena hafal ayat dari quran...antara ayat yg paling mencabar ialah ayat paling panjang dalam quran iaitu satu page terus (so takleh hafal separuh muka je)..yg waktu tu tak amik tahu pun dia cite pasal apa..tp rupanya pasal hutang..

yes...hutang..something yg kita tak perasan tapi majoriti kita telah tersangkut dalam sistem hutang. is it good? is it bad? jom kita bincang..

majoriti graduan tanah air (some overseas too) tamat belajar dalam keadaan berhutang. hutang MARA, hutang ptptn.. aku pun masih tersangkut dalam hutang ptptn sewaktu buat diploma dulu sebanyak 15k..kalo campur dengan 'upah pengurusan' lebih kurang 17k hutang aku yg belum start bayar lg sebab masih belum berkemampuan..

someone told me that system negara kita sangat bijak dalam 'mengikat' generasi muda kita supaya tidak berpeluang menjadi manusia yg outspoken, outstanding dll dengan cara memastikan mereka ini berhutang sebaik tamat belajar.. tamat belajar dengan hutang puluhan ribu terbeban di benak..utk membayar semula hutang ini, kenalah kerja bersungguh2 untuk dapat income bulanan..


kalau nak kerja yg gaji lebih mantap, kena kerja di bandar2 besar..kena ada transportation. it is common to have a vehicle kan..kalo tak mesti rasa ketinggalan, susah nak mobile..maka berhutang lah lagi. dapat beli Myvi (no offence) kena bayar RM600 avg setiap bulan selama SEMBILAN TAHUN!! by the time abih bayar ni, kereta tu dah rupa apa tak tahu lah..thanks to our system yg kalau nak beli kereta yg lebih mantap dari tu mestilah bayar lebih mahal atau berhutang lebih lama..

untuk hidup di KL, kalau gaji RM3k sebulan selepas tolak hutang berapa sangatlah yg boleh simpan..hutang kereta, sewa rumah, tols, minyak, makan minum sehari2..mana nak simpan duit untuk kawin..

ada pulak yg berhutang untuk kahwin..untuk MAJLIS kawin!! bukan untuk sebuah perkahwinan..hanya kerana MAJLIS, masa depan perkahwinan menjadi taruhan..sebabkan nak majlis yg grand untuk sehari, jadi hamba hutang bertahun2..

pastu dah mula fikir pasal nak beli rumah...hutang pulak lagi..kalau nak rumah yg accessible dekat ngn town, dekat ngn public transportation makin mahal..tempoh hutang makin lama..30 tahun? 40 tahuun?

namun kita tetap tak mahu ketinggalan..kawan2 lain dah pakai kereta import..dah mula 'make-up' kereta..kawan2 lain dah ada gadget itu ini...mereka dah mula pakai motor berkuasa tinggi trend masa kini..mereka dah itu mereka dah ini.. kita pressured...minda pressured..iman pressured..kalau lemah, kita juga turut terjun kepada benda yg kita tak perlu lalu kita makin menambah HUTANG!

bila diri terikat dengan hutang2 macam ni.. hati mula rasa gelisah untuk berfikir luar daripada sistem..untuk menyuarakan keadilan dan ke'bersih'an.. takut pulak kalau nnt kena buang kerja, macammana nak bayar semua hutang2 ini? ia membunuh suara kita..membunuh minda kita untuk berfikir..membunuh hati kita untuk merasai nikmat kehidupan...hari2 kita hanya untuk kerja makan tidur untuk kerja keesokan harinya semula..

kita mula trade life kita, tarbiyah kita, islam kita dengan kerja ini..seolah2 kerjalah yg memberikan rezeki..usrah entah ke mana..dakwah jatuh entah nombor berapa..yelah..kerja dapat gaji..dakwah lagi kena kuar duit..kena infaq lagi..

sahabatku,

adakah perkara ini suatu benda yg aku tipu? tak! inilah realiti..semuanya kerana hutang..yg entah sempat atau tidak kita habis bayar..ataukah, penjamin kita yg harus menanggungnya bila kita tiada lagi? anak kita?

ya aku juga semakin pressured dengan keadaan sekeliling..hati aku semakin terasa terdesak kadang tu..aliran duit masuk terlalu kecil berbanding aliran keluar..bagaimana mampu untuk aku terus hidup untuk menanggung keluarga, membayar minyak untuk aku berada ke sana ke mari..sungguh aku tidak mampu jika tidak keranaNya..

sahabat..

hutang2 ini..sistem2 ini..sering sahaja membawa kita lari jauh dari iman kita..dari hakikat siapa sebenarnya yg memberikan kehidupan..siapa sebenarnya yg memberikan rezeki..dialah Ar-Razzaq..Al-Waliyy..terlupa kita kepada hadith no.4 susunan imam nawawi.. bahawasanya rezeki untuk kita sudahpun tertulis sejak azali lagi..tidak perlu kita risaukan kerana tiada siapa yg akan mencuri rezeki itu.. bak kata imam Hasan Al-Basri tentang rahsia zuhudnya:


 "Aku tahu bahawa rezekiku tidak akan diambil oleh orang lain, maka hatiku menjadi tenang. Aku tahu bahawa amalanku tidak akan dilakukan oleh orang lain kecuali diriku sendiri, maka aku sibuk melakukan amalan-amalan untukku. Aku tahu bahawa Allah memantau aku, maka aku malu menemuiNYA dengan dosa-dosa. Aku tahu bahawa kematian sentiasa menantiku, maka aku sediakan bekalan untuk bertemu Allah". (sumber)

Alhamdulillah sehingga kini, aku masih hidup..rezekiku masih cukup..sekiranya rezekiku sudah habis, maka itu masanya untuk aku pergi. tiada apa yg perlu dirisaukan tentang rezeki ini..yg perlu dirisaukan ialah cukupkah amalan sebaik sahaja masa kita tiba untuk pergi bertemuNya?

pesananku kepada sahabat2 yg berpeluang, terutamanya yg bakal grad..

1. elakkan berhutang..belanja mengikut kemampuan..tak mampu beli kereta baru, beli sahaja 2nd hand..tak perlu rasa malu..tak perlu nak menunjuk..tak mampu kereta, motor sahaja..atau public transportation.. tak mampu beli rumah, sewa sahaja dahulu..

2. do not spend the money you don't have. beli cash. kumpul duit dulu bila cukup nanti bayar cash.. kadar interest yg tinggi (bahkan ianya riba' yg wajib diperangi!) akan merugikan kita..pinjam 60k untuk bayar kereta hari ini..at the end of 10years kita bayar a total of what? 100k?dan kita hanya ada kereta buruk waktu tu..

3. gunakan kesempatan belajar untuk kumpul duit. berniaga..melabur ke.. jangan malu untuk menjual produk. cuma jgn jual produk lebih dari kita 'jual' islam..asik bercakap pasal bisnes tp tak cakap pasal islam..that is not right.

4. korang yg dapat biasiswa, jgnlah joli sgt..beli game beli tv besar lah ape..simpan sket duit tu utk elak hutang masa depan. dulu aku kumpul duit beli motor 1000cc dan bawak balik..modal share dengan org..keuntungan jual motor tu 20k..bahagi dua ok la tu mana nak dapat senang2 10k kan? campur dgn modal atleast adala tambahan beberapa ribu lagi untuk back up..

5. yg paling penting! should be no 1 punya nasihat, tp takut terlepas pandang... kata org dan aku pun yakin: rezeki kita adalah apa yg berguna untuk kita..mknn..pakaian..kenderaan..selagi mana ia berguna utk kita. duit dalam poket, belum tentu kita punya. apa salahnya selalu2kan infaq..sedeqah...bantu orang..mungkin duit kita akan menipis, tp insyaAllah rezeki kita akan makin tebal..ia semakin berkat..macamlah korang tak pernah rasa duit rm200 dalam dompet 2-3 hari dah takde, tp kadang2 duit rm10 dalam dompet lepas seminggu pun tak terusik..ha..magic kan? tandanya berkat tu insyaAllah..

selalu2lah membaca maathurat dan berdoa seperti yg diajarkan ar-rasul dalam doanya itu..

Nabi awal2 lagi dah ajar untuk mengelakkan kita terlibat gejala hutang ni..sabda nabi juga ada yg mafhumnya sekiranya kita mati dalam keadaan berhutang, roh kita akan tergantung antara langit dan bumi sehingga dilangsaikan hutang kita itu (sumber)..taknaklaaa mati dalam hutang..hutang puluh2 ratus2 ribu sape nak tlg bayarkan agaknya..

hmm..tu je yg aku nak share untuk kali ini..dah lama pendam tapi hari ini berkesempatan juga untuk meluahkannya..

semoga kita sama2 yakini bahawa rezeki itu dariNya..bukan dari bos..bukan dari kerajaan..maka bekerjalah untukNya lebih dari bekerja untuk sesiapapun yg lain..mudah2an berkat2 selalu..