Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]
Monday, January 14, 2013
Ayuh...
Assalamualaikum..
apa khabar akhi? apa khabar iman?
orang mukmin mestilah iman dia lebih baik hari ini dari semalam kan? iman esok mestilah lebih mantap dari hari ini kan?
ingatkah akhi bahawa kita pernah satu masa dahulu berikrar, paling tidak pun berjanji kepada diri sendiri bahawa aku ingin keluar dari kitaran bodoh manusia robot.. apabila melihat video ni..
kita pun tersentuh..kita pun berazam..untuk tidak menjadi seperti mereka. tidak hanya hidup seperti binatang..
tetapi hari ini, mari kita tanya balik diri kita..adakah aku hari ini seperti aku yang diharapkan sewaktu iman memuncak tinggi itu? ataukah aku tidak lain hanya kerja-balik-makan-tido-bgn pagi-pergi kerja semula setiap hari... hujung minggu sempat menarik nafas untuk sekadar memulakan semula minggu2 yang sama.. menyangkakan diri sendiri sudah mengecapi kebahagiaan hakiki.. turun ke demo menyuarakan hak rakyat, dan menyangka tugasan khalifah itu sudah selesai?
"cakap senangla..aku kena kerja setiap hari untuk mencari rezeki, bayar kereta, rumah, anak bini.."
adakah kita menyangka kerja itu yg menghidupkan kita? kerja untuk hidup-hidup untuk kerja? jgn sampai syirik kita menyangka kerja itu yg memberikan kehidupan kepada kita..
di mana Allah dalam hati kita paa hari ini pada saat ini? ataukah hanya mengingati Allah di kala sepi dikala berhadapan ujian?
ke mana hilangnya semangat umar abdul aziz dalam diri kita? ke mana perginya ruh salahuddin al-ayubi yang berkobar2 untuk membela agama Allah dulu?
akhi yang ku cintai dan ku rindui..
mari kita ambil selangkah ke belakang, tariklah nafas dalam2.. muhasabah diri ini..muhasabah iman ini..buka mata dan lihatlah dunia dengannya..buka telinga dan dengarlah alam ini..buka hati dan berfikirlah..bukankah ini bezanya kita dengan binatang?
masihkah kita percaya bahawa diri kita ini sebenarnya seorang pejuang? pejuang kebenaran? pejuang islam? atau kita juga sudah turut tenggelam dalam sistem manusia..yang mengatakan 2+2=5.
Subscribe to:
Posts (Atom)