Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Friday, February 10, 2012

musafir II


bismillah..

alhmdulillah berpeluang menulis lagi..masih dibawah tajuk yg sama. well, kita adalah musafir for life kan..dunia ini hanyalah tempat bermusafir, akhirat itu destinasi yang dituju. tak pernah kita nampak seorang musafir mengaut segala material bersama dengannya..hanya beberapa perkara penting dan perlu sahaja dibawa bersama. yg lain semua ditinggalkan..kita juga harus berpada2 jangan penat utk melangkah menuju akhirat kerana bebanan dunia yg diheret bersama terlalu berat..

ok kalau di posting yg lepas aku tunjukkan jaulah 'rasmi' ke muktamar di LV, kini aku ingin berkongsi pula jaulah2 yg turut ku lalui sepanjang selepas graduasi. sebulan lamanya aku bermusafir mentadabbur alam. boleh aku katakan pemandanganku menjadi semakin luas. bak kata org dulu2, jauh berjalan luas pemandangan. ya memang tempat2 yg aku ziarahi itu jauh2 dan luas2 semuanya ;)

setibanya kami di airport LV, terus menyewa kereta dan memandu 6-7 jam ke Arizona untuk melihat BATU! kami mengejar sunrise di Grand Canyon dan alhmdulillah sempatlah melihat sunrise walaupun tak sempat berada di puncak GC.

aku terfikir sewaktu berada di Arizona, di kawasan gurun itu..betapa kerdil sungguh aku ini..nak dibandingkan dengan alam yg saaaaangat luas terbentang di hadapan mata ketika itu. mata kita yang lemah ini dah tak nampak dah apa benda yg ada kat celah2 gunung tu..kalau ada org kat situ pun kita mungkin tak nampak. tp Allah yg Maha Melihat boleh nampak semua benda, dan boleh jaga semuanya! Maha Suci Allah dari sifat lemah seperti kita.

Lihatlah alam yang terbentang luas

GC ni ialah a pure batu. hanya BATU!! apa yg hebatnya pada batu ini sampai manusia sanggup drive berejam2 jauh beribu batu utk tgk BATU? Rabbana ma khalaqta haza bathila. takkanlah Allah jadikan sesuatu ini dengan sia2..tp apa ye guna GC ni? tak pulak pernah jadi penempatan manusia ke ape dlm tu..hmm wondering..

destinasi selepas muktamar pula ialah California! 1st day kami spent utk pusing2 sekitar Los Angelas. Tgk bandar LA dari bukit Hollywood, spent sunset di tepi pantai Venice. sekali lg nampak alam luas terbentang.

Berlatarbelakangkan Lake Hollywood dan bandar LA



Tiba di persisiran pantai tu betul2 2-3 minit sebelum masuk waktu maghrib. nampaklah matahari yg bulat itu seolah2 'tenggelam' di tgh lautan. dan belajar dari pak imam Ismail (ayah safwan yg juga sedang explore LA haritu) bahawa waktu maghrib masuk ialah apabila matahari hilang terus 'ditelan bumi' dan maghrib tamat apabila warna merah2 di langit tu juga hilang diganti kegelapan malam. ooo camtu ye pakcik? faham2..


sunset di Venice Beach, CA

seterusnya mlm tu juga bertolak ke San Francisco 8 hours driving. rasa macam tak sampai 8 jam..budak2 ni speeding kot haha. tiba di SF, macam tak percaya bandar SF dipenuhi kabus. mula2 ingat kabus sebab pagi..rupanya 2 hari kami di sana SF penuh kabus. kadang tu jarak penglihatan was less than 10m! 2 hari cubaan kami utk bergambar dengan Golden Gate Bridge itu gagal. MasyaAllah..Allah cuma hantarkan air, kita dah tak mampu melihat alam yg indah ini. mudah sgt kalau Allah nak tarik mana2 nikmat yg Dia berikan kpd kita..sedangkan kita masih kurang bersyukur...kurang sangat bersyukur...

disebabkan ramalan cuaca menyatakan hari akan tetap berkabus, some of us decided utk gi tgk whale di Monterey Bay. lebih kurang 1 jam perjalanan atas bot sederhana besar dengan wave yg boleh tahan tinggi membuatkan beberapa dari kami mabuk. mabuk yg halal ni. mabuk laut. kecuali seorang yg sgt teruja bila dapat melihat seal, grey whale, dolphin, tak lupa kpd pelican dan harrier yg mengejar roti yg kami sedang makan. waktu org lain mata pusing2 kerana mabuk, dia mata bercahaya dan melompat2 serta tertawa berdekah2 kerana kegirangan. dia terhibur melihat makhluk alam yg lain, dan atleast kami terhibur melihat beliau =)


dalam boat otw bjumpa dengan Grey Whales dan Dolphins


hari ketiga (dan terakhir) barulah alhmdulillah cuaca sangat baik. dapat jga kami pusing2 SF dengan gembira, naik turun bukit..dan yg paling best ialah spend the sunset di atas bukit di Golden Gate National Park, bersama2 satu kontinjen ikhwah, menikmati pemandangan alam bersama2, di new years eve itu. terasa nikmat ukhwah yg sangat manis, dan segala kepenatan musafir, kehampaan kerana plan2 yg tidak menjadi/cuaca kurang baik terus hilang dan terasa trip ini sangat berbaloi. betapa mudahnya Allah mengubat hati kami dengan nikmat y lain. mungkin seperti itulah kata dari sebua hadith, barang siapa yg dimasukkan ke dalam syurga, dia akan berkata hidupnya dahulu tidak pernah sesaat pun susah..semuanya terlupa dek kenikmatan baru yg Allah berikan itu. begitu juga sebaliknya. siapa yg dicampakkan ke dalam neraka, terlupa terus segala kegembiraan yg pernah dia lalui di dunia dahulu dan berkata hidupnya mmg dari dulu tak pernah gembira. na'uzubillah.. lebih kurang begitulah. (siapa tahu details pasal hadith ni?)

oh tq along aimadhuddin sbb upload plak hadith ni kat fb
‎'Pada hari kiamat akan didatangkan seorang ahli neraka yang paling banyak mengenyam kenikmatan dunia, lalu ia dicelupkan sesaat ke dalam Neraka, kemudian ia ditanya; "Wahai anak Adam, apakah telah engkau dapatkan kenikmatan? Pernahkah sebuah kenikmatan menghampirimu? Ia menjawab; "Demi Allah, tidak wahai Tuhanku", Demikian pula didatangkan seorang ahli Syurga yang paling sengsara hidupnya ketika di dunia, lalu dia dicelupkan sesaat ke dalam Syurga. Kemudian ia ditanya; "Wahai anak Adam, apakah engkau pernah merasakan kesengsaraan ? Adakah sebuah malapetaka menerpamu? Ia menjawab, "Demi Allah, tidak pernah sedikitpun kesengsaraan dan malapetaka menerpaku." (HR. Muslim)

Golden Gate Bridge, SF akhirnya berjaya juga dirakamkan di dalam gambar

berakhir sudah trip west coast kali ini..for some of us maybe sdikit hampa bila tak dpt gi tempat2 yg dihajati..for some others tidak merasa sedemikian. aku juga sangat gembira dan berpuas hati. sebab? what matters more is with whom we spent the time..dan aku gembira dapat spent masa ngan moja, sufi, zammil, zubayr, hadad, yus, basyir, bb, nik, syafiq, shafeeq, nazrin..oh ali ngn hazrool juga! dan bersama mereka mentadabbur alam ini...sgt2 dirindui! waaaaaaa rindunyaaaaa!
Ahli usrah jaulah kami =)


semoga kenikmatan dan ukhwah abadi dapat lagi kita selami bersama..kalau tak di dunia ini, mudah2an di syurga nanti..ameen insyaAllah.

Rabitah sket ;)