Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Tuesday, November 4, 2014

Pencatit

kalaulah kita nampak malaikat yang disebut sebagai Raqib dan Atid dalam surah Qaff ayat 17-18, tentu kita lebih berhati2 dalam lisan (lidah dan tulisan kita) di ruang maya ini.
kalau dulu2 belajar kat skolah, ustaz kata nnt kat akhirat mulut akan dikunci, dan tangan kaki akan berkata2 tentang apa yang dilakukan..mungkin waktu tu dalam hati ini berkata aku tak mencuri so insyaAllah tangan aku tak ada benda nak dakwa aku. siapa sangka hari ini banyak sungguh yang akan jari jemari kita buktikan depan Allah nnt, terhadap apa yang kita tuliskan di ruangan whatsapp kita sewaktu mengumpat si polan...di ruangan maya kita mengutuk sekian sekian mamat dan minah..
tak sampai akhirat lagi, mulut kita dah terkunci kerana hebatnya tangan kita jari kita menulis buruk dan fitnah.. menulis mengalahkan pemberi fatwa, adakah tulisan bersulam taqwa? tuhan lebih mengetahui..
dulu2 mungkin kita tak dapat nak bayang akan kehebatan Allah akan 'play back' semua amalan kita sebelum kita diadili ke syurga atau neraka itu.. pada hari ni kita boleh scroll balik timeline FB kita dan tgk balik semuanya yg pernah kita coretkan luahkan like sana share sini.. heck, FB siap buatkan video utk kita lg.. pasti budak2 hari ini lebih mantap aqidahnya bila ustaz ajar pasal hari kiamat kan?
sedih bila melihat terlalu banyak negativity spread and shared around..kata2 yang kasar..label orang sana bodoh orang sini sesat orang sinun itu ini..
sebelum taip, sebelum like, sebelum share, lihat bahu kiri dan kanan..agak2 dicatat sebagai kebaikan atau kejahatan oleh dua pencatat mulia itu..

Salam 1432 Hijrah