Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal [Al-Imran:190]

Wednesday, June 12, 2013

Rendah Hati

Bismillah..

walaupun sebelum ni aku pernah berkongsi tentang ibadurrahman, tapi kali ini sekali lagi ingin ku kongsi bersama setelah berbincang dengan sahabat2 dalam usrah kami.. mari kita bersama merujuk surah Al-Furqan, 25: 63-77.

Hamba kepada Ar-Rahman..

Ar-Rahman ni adalah satu sifat Allah yang sangat biasa kita sebut, tapi mungkin jarang kita fahami. ada setengah terjemahan mengambil maksud Maha Pemurah, ada yang mengambil maksud Maha Pengasih. dalam english kita fahami ia sebagai The Most Merciful.

selalu aku berimpi untuk mendalami 99 maksud asma'ul husna yang kita boleh nyanyikan tu...tp maksudnya dalam bahasa melayu kita sangat miskin..

anyway, kata ustaz, kalau nak faham maksud Ar-Rahman ni..kenalah fahami surah Ar-Rahman..yang dalamnya ada banyak kali diulang "maka nikmat tuhanmu yang manakah lagi yang kamu dustai" tu..

let say, kita ambil maksud Ar-Rahman ni sebagai Maha Pengasih.. pasti ada sebab kenapa Allah sebut Hamba kpd yang Maha Pengasih, instead of 98 lagi nama Allah yang lain..

katakan kita ada seorang yang rapat dengan kita, pengasih orangnya..ibu kita, suami/isteri kita, abg/kakak kita contohnya..apa untungnya kita ada mereka yang sangat pengasih tu?

adik2 usrah aku cakap, kalau camtu apa yang kita mintak mesti dapat..ye lah..untuk org yg kita kasihi, apa dia mintak mestilah kita usahakan untuk bagi. kan? maka kalau Allah yang maha pengasih tu iktiraf kita sebagai ibadurrahman, mesti doa kita mustajab..kita doa apa mesti dapat..nak apa saja mesti Allah kabulkan..

but guess what? kalau kita betul2 kasihkan orang tu, bukan setakat apa yg dia mintak kita bagi, bahkan apa yang dia tak mintak pun kita nak bagi jugak kalau kita rasa benda tu dia perlukan, atau sesuai untuk dia..kan? mesti kita nak bagi yang terbaik untuk orang yg kita kasihi tu. maka kalau Allah iktiraf kita ibadurrahman, pastilah Allah berikan yang terbaik untuk kita..di dunia kita..bahkan di akhirat kita...

diorang cakap lagi, kalau kita kasihkan orang tu, orang tu buat salah, mesti kita maafkan...sebab kita taknak tgk dia susah, susah hati dan sbgainya..kalau kita ibadurrahman? lagi lagi lagilah Allah akan maafkan dosa-dosa kesalahan kita yang sengaja mahupun tak sengaja..kan?

bahkan sebelum kita nak buat kesalahan pun, pasti Allah akan guide kita untuk tidak buat kesalahan tersebut. Allah akan berikan hidayah untuk kita sedar mana baik mana buruk, Allah akan berikan kita taufiq untuk berusaha bergerak kepada yang terbaik, Allah akan guide kita untuk buat benda-benda baik je. inilah dia iman..kan? maksudnya hati ibadurrahman ni mesti bersih dan dapat connect dengan Allah secara direct. kan selalu orang2 soleh, ulama2 tok guru2 camtu? kan kekasih agung Muhammad s.a.w juga di guide oleh Allah? pastilah kita tak setara baginda...tapi dapat sikit macamtu pun dah bagus kan?

ini bukanlah tafsir dari ulama2 tentang maksud ibadurrahman..tapi ini adalah tadabbur lintasan hati kita bila kita baca quran yang mmg diturunkan untuk kita semua baca dan fahami ni..

maka untunglah siapa yang menjadi ibadurrahman ni...yang Allah iktiraf jadi hamba "khas" Dia nih..

ciri-ciri ibadurrahman..

kami kira2 dalam list tu adala lebih kurang 14 ciri kalau nak jadi ibadurrahman..memang banyak jugak..tp tak mustahil untuk buat semua..

cuma aku nak share kat sini 2-3 ciri pertama sahaja..itu pun dah cukup mencabar kita untuk lakukan..

biasanya dalam quran ni, turutan dan susunan ayat tu menunjukkan priority. walaupun semua 14 ciri yang disebutkan dalam ayat tu dihubungkan dengan perkataan "wa" yang bermaksud "dan" memberi makna kena ada semua ciri2 tu, tapi jom kita tgk ciri yang mula2.

25: 63 Dan Ibadurrahman itu adalah mereka yang berjalan dimuka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil mengata/menggangu mereka, mereka mengatakan "salam" (atau perkataan yang baik/selamat).

mereka yang berjalan dengan rendah hati...

bagaimana kita berjalan? adakah dengan meninggi diri? merasakan diri better dari orang lain?

"aku student grad oversea kot..."
"hormatla sikit aku lagi tua dan berpengalaman.."
"aku bawak kereta lagi power dari ko..cube ko ketepi boleh tak? "
"tgkla budak tu isap rokok..takde masa depan..tak macam aku. aku ikut usrah..."
" pakai tudung tapi pakai seluar! pakai tudung labuh dan jubah cam aku kan lebih solehah?"

atau bagaimana? astaghfirullah...tak payah gi tgk ciri2 yang banyak...ciri yang pertama ni pun kita selalu fail.. berjalan selalu lupa kalau Allah tak bagi nikmat sihat, aku tak boleh berjalan macam hari ni..
kalau tak kerana buruh2 pembinaan yang kotor dan busuk tu, tak dapat aku nak berteduh dan bekerja hari ni..

dan apabila orang jahil 'mencabar' mereka, mereka berkata perkara yang baik..

ni pun susah...kalau orang yang lg power dari kita cabar kita, biasanya kita sabar, segan, malu, takut kena buang kerja dan lain2...tp kalau orang yang mmg rendah dari kita, yang buat salah kat kita cari pasal, mmg senang je kita nak naik angin kan? ni namanya ego..

ish budak ni, dahla jahil agama..pandai pulak nak menegur aku...
ish budak ni dah la hari-hari buat taik cari pasal ngn aku..aku lempang kang baru sedar diri kot..
macam-macam lagi lah kita api-apikan ego kita tu..

aku paling fail bab ni terutama waktu bawak kereta. tgh que lama dah, tiba2 ada orang potong que, atau orang masuk tak bg signal..atau makan jalan...cepat je darah aku ni mendidih. rasa macam nak langgar je orang tu. hmm...jauh lagi nampaknya aku ni dari ciri ibadurrahman....ciri yang pertama pulak tu..adoi..astaghfirullah...

betapa pandainya syaitan ni mencucuk kita..dia boleh buatkan kita ego dalam kedua2 keadaan..samaada ketika menzalimi atau terzalimi..

yang menzalimi - awak tu budak baru nak belajar bab agama...baru nak ikut usrah..tak payah nak lebih-lebih ye. saya ni dah lama dalam bidang ni..jangan nak ajar saya..

yang terzalimi - ye lah...aku sedar aku ni tak soleh..tak layak nak berkawan dengan diorg tu. diorg jelaa yang bagus..aku taknak dan takkan lagi dah lepak ngn dorg.

nampak tak permainan dia kat situ? yang menzalimi mmg dah berjaya syaitan permainkan...yang terzalimi pun syaitan cucuk supaya
1. menjauhi daripada menjadi orang yang mahu dekat dengan kebaikan dan
2. tetap merasakan diri lebih bagus sebab atleast aku ni tak zalim n jahat macam diorg.

teringat aku waktu mula2 sampai US dulu. the act of racism can be suppressed by both the racist, and the victim. yang racist tu mcm biasala cakap eh ko ni asian la tak layak kawan ngn kami. dan victim pon kalau dia rasa tak layak nak kawan, dia juga sebenarnya racist! well played syaitan...well played.

so bagi aku, ciri pertama dari ibadurrahman ini adalah satu ciri yang sangat penting..yang mana kalau kita semua dapat amalkan, insyaAllah bumi ini pasti akan jadi tempat yang lebih indah untuk didiami kan?

Ciri kedua- qiamullail.

25:64 dan mereka yang menghabiskan masa malam kepada tuhan mereka untuk sujud dan qiam. 

ini pastilah ciri yang kita rasakan lebih penting untuk membuktikan kehambaan kita kepada Allah Ta'ala. kan? kalau hamba Allah yang beriman, kita bayangkan qiamullailnya tak pernah tinggal..setiap malam..

tapi, ciri ini diletakkan kedua selepas ciri rendah diri dan berkata baik tadi! mengapakah??

maka disebabkan oleh waktu yang tidak mencukupi, saya buka untuk perbincangan kepada para pembaca tentang ini. ciri dari ayat 63 dan 64 ini...ternyata menimbulkan persoalan kepada kita.

insyaAllah saya akan sambung penulisan ini dalam siri yang kedua.

until then..